Tekanan darah
adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah
yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris =
Hypertension) merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi
dari tahap biasa secara kronik.Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga
bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai
keadaan darah tinggi.
Kadar tekanan
darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan
badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula
tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda
yang sebenar.
Di sini terdapat beberapa petua dari beberapa artikel mengenai cara untuk menurunkan darah tinggi terutamanya kepada golongan yang sudah berusia. Berikut adalah beberapa petua yang boleh diamalkan.
- Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya.
- Rebus beberapa helai daun pandan wangi dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan minum setiap pagi dan petang.
- Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
- Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
- Makan biji buah Peria.
- Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
- Minum air rebusan daun Pokok Ati-ati.
No comments:
Post a Comment