Saturday, February 24, 2018
Friday, February 23, 2018
PETUA MENGETAHUI KUALITI TELUR
TELUR
elur
ialah ovum yang dihasilkan oleh haiwan betina untuk pembiakan. Ia sering
dipergunakan sebagai makanan, dan merupakan salah satu sumber protein yang
baik.
Kebanyakan
telur yang boleh dimakan, termasuk telur-telur burung dan penyu, terdiri
daripada kulit telur yang keras dan berbentuk bujur, putih telur atau albumen,
kuning telur, serta berbagai-bagai selaput yang nipis. Setiap bahagian telur
boleh dimakan, walaupun kulitnya biasanya dibuang. Selain itu, telur ikan serta
kaviar juga boleh dimakan.
Kuning
telur merupakan kandungan utama untuk protein dan kolinadan digunakan secara
meluas dalam masakan. Oleh kerana kandungan proteinnya, Jabatan Pertanian
Amerika Syarikat mengkategorikan telur sebagai Daging dalam Piramid Makanan
Walaupun
nilai pemakanan telur, terdapat beberapa isu-isu kesihatan yang bakal timbul
daripada kualiti telur, penyimpanan, dan alahan individu.
PETUA MENGETAHUI KUALITI
TELUR
Rendamkan
telur ke dalam air.
1)
Telur terbaring di dasar bekas bererti telur itu berat dan masih BARU.
2)
Telur sedikit miring di dasar bekas bererti telur sudah 1 minggu.
3)
Telur berdiri di dasar bekas bererti telur sudah 1 minggu.
4)
Telur terapung bereti telur sudah lama dan berkemungkinan busuk.
PETUA MENGURANGKAN KESAN KULIT TERKENA AIR / MINYAK PANAS
TERBAKAR & MELECUR
TERBAKAR ialah
suatu kecederaan pada tisu kulit dan lain-lain tisu badan disebabkan terkena
oleh api yang menyala, bahan api (flame), haba atau objek-objek panas, haba
sejuk, bahan kimia, radiasi atau arus elektrik berkuasa tinggi.
MELECUR ialah
kecederaan disebabkan oleh haba lembab, seperti air mendidih wap atau minyak
panas.
Terbakar
dan melecur biasanya adalah serius. Selain daripada kesakitan dan renjatan yang
serius selepas kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut.
PETUA MENGURANGKAN KESAN
KULIT TERKENA AIR / MINYAK PANAS
LIDAH BUAYA
Sapukan
bahagian kulit yang berkenaan dengan sedikit lendir daun lidah buaya / aloevera
dan buah manjakani yang telah ditumbuk lumat.
KAPUR SIRIH
Oleskan
kapur sirih pada bahagian yang melecur. Biarkan hingga kering. Setelah kering
oleskan lagi. Anda akan terasa selesa tanpa meninggalkan parut.
KOPI
Tepek
kopi serta merta pada bahagian yang berkenaan. Anda akan rasa pedih seketika.
Selepas anggaran 10 minit tanggalkan. Anda akan dapati kulit tidak melecur atau
melepuh.
GETAH PELEPAH PISANG
Sapukan getah pelepah pisang pada bahagian
yang berkenaan dengan sekata. Elakkan terkena air supaya kulit tidak melepuh.
TELUR
Pecahkan sebiji telur dan kacau. Sapukan telur
pada bahagian yang berkenaan menggunakan kapas. Apabila kering sapukan lagi.
SABUN
Gosok
perlahan-lahan bahagian berkenaan dengan cecair sabun mandi. Lakukan hingga
rasa sakit hilang.
UBAT GIGI
Sapukan
ubat gigi, kicap atau marjerin pada bahagian berkenaan. Biarkan hingga kering.
Elakkan dari terkena air anggaran selama setengah jam. Kulit akan berasa
sedikit gatal dan mengelupas tetapi tidak mengelembung dan berair.
PETUA MELEGAKAN SAKIT PERUT
SAKIT PERUT
Sakit perut adalah
rasa sakit yang muncul di antara bahagian dada dan panggul. Penderita sakit
perut boleh merasakan sensasi kram, pegal, dan tertusuk di area perut. Hampir
semua orang pernah mengalami sakit perut. Sebahagian besar tidak memiliki
penyebab yang serius, tapi ada beberapa sakit perut yang menjadi gejala dari
penyakit lain yang lebih serius dan berbahaya. Kita harus boleh mengenali
gejala yang muncul pada sakit perut untuk mengetahui penyebabnya sehingga boleh
diubati dengan cepat dan tepat.
PETUA MELEGAKAN SAKIT PERUT
SUSU KAMBING
Renehkan
susu kambing asli (mentah) bersama dengan buah tamar. Amalkan meminumnya
selalu.
PISANG KELAT
Ramas
3 biji pisang kelat yang ranum bersama kulit-kulitnya dan ambil airnya untuk
diminum.
HALIA
Tumbuk
halia sebesar ibu jari, lima ulas bawang putih, lima ulas bawang merah dan 7
biji lada hitam hingga lumat. Perah airnya untuk diminum.
PETUA MENGHILANGKAN KETUMBIT
KETUMBIT
Ketumbit boleh
dibahagikan kepada dua jenis. Yang pertama akibat jangkitan kuman pada pangkal
bulu mata.
Jenis kedua ialah
keradangan yang disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak
untuk menentukan bulu mata kalis air (kalazion).
Ketumbit tidak
berbahaya, tidak kira saiznya besar atau kecil. Ia tidak menjejaskan
penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku
bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata.
PETUA MENGHILANGKAN
KETUMBIT
Cubalah
petua mudah di bawah ini untuk menghilangkan ketumbit.
UBI KENTANG
Parut
sebiji ubi kentang dan bungkus dalam sehelai kain yang nipis. Sapukan bunjut
kain itu pada bahagian mata yang terkena ketumbit dalam keadaan berbaring.
SUDU
Gesel
2 batang sudu besi sehingga panas. Sapukan bahagian sudu yang bergesel itu pada
bahagian mata yang terkena ketumbit. Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit
hilang.
Thursday, February 22, 2018
PETUA MERAWAT GUSI BERDARAH
GUSI
Gigi dan gusi adalah seperti isi
dan kuku di mana kedua-duanya berkait rapat dan tahap kesihatan gusi pasti
memberi kesan kepada gigi. Penyakit gusi disebabkan kuman plak pada gigi
berdekatan dengan gusi, yang tidak dibersihkan dengan betul. Kuman ini
menyebabkan gusi menjadi radang atau bengkak. Jika penyakit gusi tidak dikawal
dengan baik, ia akan memburuk sehingga boleh menyebabkan gigi menjadi longgar
dan tertanggal.
Seperti
gigi, gusi juga terdedah kepada ancaman daripada pembentukan plak. Sekiranya
plak tidak ditanggalkan secara kerap, termasuk di kawasan di bawah garisan
gusi, ia akan merengsakan gusi seterusnya mengakibatkan penyakit gusi. Penyakit
gusi bukan sahaja menyebabkan kesakitan dan pendarahan gusi tetapi juga akan
melemahkan sokongan terhadap gigi.
PETUA
MERAWAT GUSI BERDARAH
TEH GARAM
Bancuh
setengah sudu teh garam dengan segelas air suam. Gunakan untuk berkumur setiap
hari selepas bangun dari tidur. Kesan ketara kelihatan dalam masa 3 hari.
DAUN KACANG DAN DAUN INAI
Rebus
beberapa helai daun kacang dan daun inai sehingga mendidih. Masukkan sedikit
asam gelugur dan garam. Kacau hingga garam larut dan tutup api. Suamkan dan
gunakan untuk berkumur. Lakukan hingga sembuh.
PETUA MENGURANGKAN SELESEMA BAYI
SELESEMA
Selesema
(juga dikenali sebagai radang hidung dan farinks, nasofaringitis,
rinofaringitis, koriza akut,[1] atau juga pilek atau songsering di sesetengah
tempat) ialah suatu penyakit berjangkit virus bagi salur pernafasan atas yang
terutamanya menjejaskan hidung.
Gejala
termasuk pembatukan, sakit kerongkong, hidung berhingus, bersin, dan demam yang
biasanya beransur hilang dalam tujuh hingga sepuluh hari, dengan sesetengah
gejala berlanjutan sehingga tiga minggu. Melebihi 200 strain virus terlibat
dalam sebab selesema; rinovirus ialah yang paling am.
PETUA
MENGURANGKAN SELESEMA BAYI
MINYAK KELAPA
Sapukan
sedikit minyak kelapa pada batang hidung bayi, biarkan hingga kering. Jika
tidak sembuh, dapatkan rawatan selanjutnya.
BATANG DAUN SIRIH
Ambil
batang daun sirih.Tekan hingga keluar lendirnya. Ambil lendir ini dan sapukan
pada batang hidung bayi, biarkan hingga kering. Jika tidak sembuh, dapatkan
rawatan selanjutnya.
AIR KUNYIT TUA
Bersihkan
hidung bayi dengantuala bersih. Sapukan air kunyit tua (tumbuk atau kisar
sedikit kunyit tua dan perah airnya)ke bahagian hidung hingga mulut.Bayi akan
bernafas dengan selesa selepas itu.
PETUA MELEBATKAN RAMBUT
BOTAK
Botak adalah
ketiadaan sebahagian atau kesemua rambut, dan merupakan sebahagian dari topik
lebih mengenai "rambut menipis ". Tahap dan pola kebotakan
berbeza-beza, tetapi punca biasa merupakan androgenic alopecia, alopecia
androgenetica, atau alopecia seborrheica, dengan istilah terkemudian umumnya
digunakan di Eropah.
Pola
kebotakan berbeza dari alopecia areata, yang biasanya membabitkan kehilangan
tompokan rambut. Bentuk alopecia areata melampau adalah alopecia totalis, yang
membabitkan kehilangan keseluruhan rambut, dan bentuk paling melampau, alopecia
universalis, yang membabitkan kehilangan keseluruhan rambut dari kepala dan
badan
PETUA
MELEBATKAN RAMBUT
PATI SANTAN KELAPA
Apa yang anda
perlukan untuk melebatkan rambut ialah pati santan dari sebiji kelapa. Pati santan
kelapa adalah bahan penting dalam usaha untuk melebatkan rambut secara
tradisional.
Untuk mendapatkan
pati santan, ambil kelapa parut dari sebiji kelapa tua. Masukkan sedikit air
suam pada kelapa parut tadi dan ramas-ramaskan. Perah pati santan dari kelapa
parut tersebut dan buang hampasnya.
Basahkan rambut
anda dahulu dan lumurkan pati santan ke kesluruhan kepala sehingga ke akar
rambut. Bungkus kepala dengan tuala bersih dan kering selama setengah jam.
Kemudian bilas keseluruhan kepala anda dengan air suam.
Amalkan petua ini
2-3 kali seminggu.
PETUA HITAMKAN RAMBUT
UBAN
Rambut
merupakan anggota badan yang terletak di atas kepala. Lazimnya rambut berwarna
hitam. Namun sesetengah orang rambutnya berwarna perang terutamanya pada mereka
yang tinggal di Barat.
Rambut
boleh kehilangan warna kerana kekurangan melanin iaitu bahan pewarna semulajadi
yang terdapat di dalam badan yang juga dikenali sebagai pigmen.
Apabila
usia semakin meningkat, penghasilan pigmen dalam folikel rambut semakin menurun
dan mungkin akan berhenti membekalkan bahan perwarna dan menyebabkan rambut
menjadi putih atau beruban.
Bagaimanapun seluruh rambut tidak akan beruban dalam masa
yang singkat kerana ia mengambil masa 10 hingga 20 tahun. Waktu seluruh rambut
akan beruban bergantung kepada tempoh jam biologi masing-masing.
PETUA
HITAMKAN RAMBUT
Petua Hitamkan
Rambut Beruban Dengan Daun Kari:
1) Campurkan 1 sudu
minyak kelapa dengan segenggam daun kari.
2) Masak atas api
sederhana sehingga daun kari hangus.
3) Tutup api dan
biarkan sejuk pada suhu bilik.
4)
Gunakan minyak ini sebagai minyak rambut. Amalkan selalu.
PETUA TURUNKAN PANAS BADAN
DEMAM
Demam (juga
dikenali sebagai pyrexia atau hiperthermia terkawal merupakan isyarat perubatan
biasa dengan cirri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5–37.5 °C
(97.7–99.5 °F) disebabkan peningkatan pada titik set pengawal suhu badan. Peningkatan
pada titik set ini mencetus ton otot dan menggigil.
Ketika suhu
badan meningkat, terdapat rasa sejuk umum sungguhpun suhu badan meningkat.
Sebaik sahaja tahap suhu baru dicapai terdapat rasa panas. Demam merupakan satu
tindak imunisasi balas yang cuba menangani jangkitan bacteria atau virus. Demam
boleh dicetuskan oleh pelbagai keadaan dari selamat kepada potensi serius.
Kecuali demam yang tinggi, rawatan biasanya tidak diperlukan, bagaimanapun,
ibuprofen adalah berkesan bagi menurunkan suhu badan.
Demam
berbeza daripada hiperthermia luar kawal, biasanya dirujuk hanya sebagai
hiperthermia, dari segi hiperthermia merupakan peningkatan suhu badan melebihi
titik set pengawalansuhu badan, akibat penghasilan suhu melampau/ pengawalan
suhu yang tidak mencukupi.
PETUA TURUNKAN PANAS BADAN
Badan
selalu berasa panas akibat suhu persekitaran yang tinggi atau makan makanan
yang memanaskan badan? Badan sering berpeluh menimbulkan masalah bau tengit dan
adakalanya sukar untuk tidur malam?
Cubalah
mana-mana petua di bawah ini untuk menghilangkan atau menurunkan panas badan.
BUAH LEMON
Minum
jus dari sebiji lemon dengan bancuhan bersama segelas air dan sedikit gula.
TIMUN
Kisar
sebiji timun hingga halus, tambahkan sedikit garam dan gula. Minum setiap pagi,
petang dan malam selama beberapa hari.
KELAPA MUDA
Tebuk
sebiji kelapa muda dan masukkan sesudu besar jintan manis ke dalamnya. Biarkan
semalaman dan minum semua airnya sehingga habis pada keesokan pagi. Cuba
amalkan seminggu sekali
BUAH BELIMBING
Kisar
sebiji buah belimbing bersama segelas air kosong tanpa ditambah gula. Tapis dan
minum airnya 2 kali sehari
ALOE VERA
Lumurkan
lendir daun aloe vera ke ubun-ubun, bahagian bawah ketiak serta dada.
PELEPAH DAUN PISANG
Layur
2 pelepah daun pisang. Letakkan satu di atas lantai, baring di atasnya manakala
satu lagi untuk menyelimuti tubuh dari atas. Lakukan 3 kali sehari
ASAM JAWA
Ramaskan
asam jawa dengan semangkuk air. Sapukan air tersebut ke bahagian ubun-ubun dan
seluruh kepala serta lain-lain bahagian badan sebelum tidur.
AIR KOSONG
Paling
mudah minum banyak air kosong. Mudah buang air kecil yang turut membawa keluar
haba dari dalam badan.
Subscribe to:
Posts (Atom)