Showing posts with label CERITA LAWAK. Show all posts
Showing posts with label CERITA LAWAK. Show all posts

Saturday, November 28, 2020

LOBAK MERAH DAN KHASIAT UNTUK KESIHATAN

Lobak merah (Daucus carota subsp. sativus) merupakan sejenis tumbuhan yang menyimpan makanannya dalam umbi. Ia digunakan oleh manusia sebagai makanan. Warnanya jingga, namun warna ungu, merah, putih dan kuning juga wujud. Teksturnya rangup ketika segar

Lobak merah nie baik untuk mata, kulit, tulang, hati dan otot. Lobak nie pun bagus untuk bersihkan darah, bantu sistem pencernaan dan anti gas perut. Lain lain khasiat lobak merah adalah seperti berikut :

1. Sebagai tonik

Makan lobak merah mentah atau minum jus secara konsisten dapat jadi tonik yang terbaik untuk mata dan kulit. Lobak jugak boleh pertahankan kesihatan yang baik.


2. Masalah mata

Minum jus lobak merah boleh memperbaiki kemampuan penglihatan. Makan dan minum jus lobak merah setiap hari dapat mengubati rabun tau.


3. Sakit kepala

Minum jus campuran lobak merah, ubi bit, dan timun. Campuran jus nie mampu kurangkan sakit kepala.


4. Batu karang

Minum 1 gelas jus lobak merah, ubi bit, dan timun dalam sukatan yang sama. Campuran nie dapat hancurkan dan keluarkan batu karang daripada tubuh.


5. Reumatisme

Minum jus lobak merah yang dicampurkan ubi bit secara konsisten dapat berikan kelegaan daripada reumatisme


6. Masalah kulit

Minum jus lobak secara konsisten dapat sembuhkan jerawat, kulit kering, gatal gatal dan darah kotor. Kulit pun akan jadi cantik jea.


7. Gangguan perut

Minum jus campuran lobak merah dan bayam setiap kali lepas makan dapat bantu hilangkan sembelit. Makan lobak segar atau minum jus lobak secara konsisten akan sembuhkan cirit birit, yang disebabkan pencernaan yang kronik dan kurangkan ketidakselesaan kulit.


8. Masalah pundi kencing

Minum jus lobak merah 2x sehari dapat jaga saluran pundi kencing supaya tidak kotor atau tersumbat.


Sunday, September 24, 2017

BANYAK MINUM AIR KOSONG LEBIH BAHAYA BERBANDING MAKAN DAGING KAMBING

Menurut kajian terbaru, banyak meminum air kosong boleh menyebabkan darah tinggi jika dibandingkan dengan makan daging kambing.

Air kosong atau suam yang selama ini dikatakan sebagai minuman sihat telah dipertikaikan.

Ujikaji telah dibuat selama 3 malam terhadap 2 orang peserta yang dipilih secara rambang.

Malam 1
Peserta A diberi makan sup kambing manakala peserta B diberi 2 botol air mineral 500ml.

* Reaksi keduanya normal.

Malam ke 2 :
Peserta A diberi kari kambing dan peserta B diberi 3 botol 500ml air mineral.

*Reaksi peserta A normal manakala peserta B sedikit tidak selesa.

Malam terakhir :
Peserta A diberi kambing bakar dan peserta B diberi 2 botol air mineral 1 liter.

• Reaksi peserta A masih normal manakala peserta B emotional.

Peserta B telah mengamuk dengan membaling botol air mineralnya dan terus merampas baki kambing bakar peserta A sambil berkata "Kalau hari-hari minum air kosong, mati la aku!!"

Kesimpulan ujikaji:
Dengan hanya meminum air kosong sahaja, ia boleh menyeba