Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

Saturday, October 23, 2021

KHASIAT IKAN SALMON UNTUK KESIHATAN

Salmon adalah nama biasa bagi beberapa spesies ikan dari keluarga Salmonidae. Beberapa ikan lain di dalam keluarga ini dipanggil trout; perbezaannya adalah disebabkan kehidupan migrasi ikan salmon dibandingkan dengan sikap perumahan ikan trout, satu perbezaan yang betul untuk genus Salmo. Ikan ini hidup dalam lautan-lautan Atlantik (satu spesies migrasi Salmo salar) dan Lautan Pasifik selain juga di Tasik-Tasik Besar benua Amerika Utara (kira-kira sedozen spesies dari genus Oncorhynchus).

Secara tipikal, salmon adalah anadromous: ia menetas di air tawar, berpindah ke laut, kemudian kembali semula ke air tawar untuk membiak. Walau bagaimanapun, terdapat spesies yang hanya mampu hidup di habitat air tawar. Ia kemungkinan besar disebabkan oleh perternakan spesies-spesied tertentu ikan salmon. Folklore membuktikan bahawa salmon akan kembali ke lokasi sebenar di mana ia ditetaskan, kajian telah membuktikan kebenaran dakwaan ini, akan tetapi sifat bagaimana memori ikan ini berfungsi telah menjadi perdebatan panjang.


KESIHATAN TULANG

Kombinasi asam lemak omega 3 dan protein kalsitonin yang terkandung dalam ikan salmon telah terbukti dapat meningkatkan kekuatan tulang.Selain itu, ikan salmon yang juga merupakan kaya akan mineral penting seperti kalsium, zat besi, fosfor dan selenium yang baik untuk kesehatan tulang dan mencegah segala macam masalah tulang.


MEMBANTU MENGURANGI DEPRESI

Vitamin dan mineral yang terkandung dalam ikan salmon seperti vitamin A, vitamin D dan kemudian dikombinasikan dengan asam lemak omega 3 membuat ikan salmon memiliki efek antidepresan.

MENGURANGI RISIKO SERANGAN JANTUNG

Serangan jantung disebabkan ketika jantung dipaksa keras untuk menghasilkan darah karena arteri mengeras. Mineral dan asam lemak omega 3 yang terkandung dalam ikan salmon dapat mempertahankan pembuluh darah untuk menghindari plak yang dapat menyebabkan serangan jantung.


MENGURANGI RISIKO STROK

Ikan salmon kaya asam lemak omega 3 dan zat besi yang memberikan kontribusi dalam menghilangkan plak dari pembuluh darah dan meningkatkan produksi sel darah merah, sehingga dapat mengurangi risiko stroke.


MENGONTROL KOLESTEROL

Asam lemak omega 3 dapat membantu dalam mengoptimalkan produksi HDL atau kolesterol baik dan mengontrol jumlah kelebihan LDL atau kolesterol jahat dalam tubuh.


BAIK UNTUK WANITA HAMIL

Selama kehamilan wanita harus memastikan bahwa semua nutrisi untuk perkembangan janin dan kesehatan ibu. Ikan salmon tidak hanya baik untuk perkembangan janin, akan tetapi vitamin dan mineral yang terkandung pada ikan salmon juga baik untuk menjaga stamina ibu selama dan setelah kehamilan.


MENINGKATKAN KUALITAS MEMORI

Asam lemak omega 3 pada ikan salmon juga baik untuk meningkatkan memori. Beberapa penelitian yang dilakukan untuk beberapa anak yang ibunya memberikan mereka ikan salmon secara teratur dibandingkan dengan kelompok lain dari anak-anak yang tidak mengkonsumsi ikan salmon menunjukkan perbedaan yang sangat signifikan. Anak-anak yang mengkonsumsi ikan salmon secara teratur memiliki memori yang lebih baik daripada mereka yang tidak.


MENCEGAH PENYAKIT ALZHEIMER DAN PARKINSON

Mengkonsumsi asam lemak omega 3 dapat membantu dalam mencegah Alzheimer serta Parkinson. FDA dan DHA ditemukan dalam ikan salmon memiliki peran penting dalam meningkatkan fungsi otak.


MELINDUNGI SISTEM SARAF

Asam lemak omega 3, DHA, FTA dan beberapa mineral yang ditemukan dalam ikan salmon memiliki kontribusi besar dalam memastikan perkembangan optimal sistem saraf.


MENGURANGI KANSER

Ikan salmon tidak hanya kaya akan vitamin dan mineral, tetapi juga beberapa asam amino yang telah terbukti dapat melawan kanker. Sebagai antioksidan seperti karotenoid yang ditemukan dalam ikan salmon mampu melindungi sel dari kerusakan yang disebabkan oleh radikal bebas sehingga mengkonsumsi salmon dapat membantu melindungi tubuh dari risiko kanker dengan mencegah perkembangan sel-sel kanser.


RESEPI GULAI IKAN SALMON

BAHAN-BAHAN:

  • 500 gram ikan Salmon
  • 1 bungkus rempah kari
  • 1 biji bwg besar hiris
  • 4 ulas bwg putih hiris
  • Sedikit daun kari
  • 1 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sudu serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil kfc halba campur
  • Sedikit air asam jawa
  • Tomato dan bendi secukupnya
  • 1/4 santan pekat
  • Air secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Sediakan bahan.Tumis bahan hiris dan halba campur,minyak biar lebih sedikit baru gulai cantik elok.Slowkan api.Masuk rempah kari,cili kering kisar dan serbuk jintan manis.Kacau rata.
  2. Terus masuk 1 gelas air serta air asam jawa sekali. Masak hingga pecah minyak.Biar masak slow dengan api sederhana.
  3. Masak rempah sampai pekat dan pecah minyak. Masuk santan dan air utk kuah.Kuah jangan terlalu cair ya,biar sedang2 pekat.Biar mendidih,masukkan ikan,bendi dan tomato.
  4. Tutup masak sekejap,kalihkan biar masak samarata.Kacau slow supaya tidak hancur.Agak dah masak tutup api dapur. Rasa apa yg kurang,tambah apa yang patut.
  5. Siap,selamat mencuba.

 

Sunday, November 29, 2020

KHASIAT KISMIS UNTUK KESIHATAN

Kismis adalah anggur yang dikeringkan dan dapat dimakan langsung atau digunakan dalam masakan. Pada abad ke-11 Masehi tentara salib memperkenalkan kismis di Eropa setelah kembali dari Mediterania. Kismis sangat manis karena memiliki konsentrasi gula yang tinggi, dan jika disimpan lama, gula tersebut akan terkristalisasi di dalamnya. Proses ini dapat menyebabkan kismis menjadi kasar, walaupun tidak berpengaruh bagi penggunaannya. 

Dekristalisasi kismis dapat dilakukan dengan merendam dalam cairan (alkohol, sari buah, atau air mendidih) sebentar untuk melarutkan gula.

Zabib, yang berasal dari bahasa Arab untuk menyebut kismis, merupakan buah kismis yang kering. Sementara nama kismis dalam bahasa Indonesia berasal dari kata "kishmish" di bahasa Hindi, Urdu, dan Persia.

Kismis merupakan anggur yang dikeringkan. Biasanya kismis terdapat dalam dua jenis iaitu kismis hitam dan kuning. Kismis boleh dimakan begitu sahaja atau digunakan dalam masakan. Selain itu kismis mengandungi banyak khasiat.

KHASIAT KISMIS 

  • Menambah berat badan
  • Meningkatkan penghasilan sel darah merah
  • Menjaga kesihatan dan kekuatan gigi
  • Kismis kaya dengan garam mineral dan vitamin vitamin yang baik untuk tubuh
  • Kismis baik untuk kecergasan minda
  • Serat yang tinggi dalam kismis bantu kurangkan sembelit
  • Membersihkan hati
  • Mencerahkan mata
  • Banyak nye khasiat kismis ni kan. Boleh jek kita jadikan kismis ni makanan harian untuk anak anak kita. Lagi sihat dan baik untuk pertumbuhan dan perkembangan anak anak kita tau.  Moga bermanfaat. 


Friday, November 27, 2020

MENANGANI SERANGAN SAKIT JANTUNG

Penyakit jantung koronari tersenarai sebagai penyakit pembunuh nombor satu di dunia, dan dianggap 'musuh nombor satu' dalam kehidupan yang paling ditakuti. Menduduki tempat teratas, penyakit jantung bukan lagi menjadi pembunuh misteri. Paras kolesterol yang tinggi, diabetes, hipertensi, kegemukan, merokok, kurang melakukan senaman, faktor jantina, dan proses penuaan adalah antara faktor penyumbang kepada penyakit ini.

Justeru, isu-isu yang dikaitkan dengan penyakit ini lebih banyak berkisar kepada aspek pencegahan yang merangkumi gaya hidup sihat, pemakanan seimbang, senaman dan sebagainya. Namun, statistik kematian mengenai penyakit jantung tetap mencatatkan peningkatan yang membimbangkan.

Penyakit yang berkenaan jantung dikenali sebagai penyakit kardiovascular. Antara penyakit jantung adalah sakit koronari jantung atau juga dikenali sebagai penyakit jantung Iskemia (Ischaemic Heart Disease)

BAGAIMANA NAK MENANGANI SERANGAN JANTUNG :-

Katakanlah kita bertolak blk kerumah pd jam 7:25 mlm bersaorangan setelah seharian bekerja mencari rezeki. Pada ketika itu anda berasa amat letih, gundah gulana dan kecewa. Tiba2 anda merasa sakit yg amat sgt di dada membawa ke tangan dan rahang anda. Perjalanan terdekat kerumah sakit lebih kurang 5km dari rumah anda. Malangnya anda tidak yakin mampu bertahan sejauh itu.  Anda telah dilatih ilmu CPR tetapi tidak dilatih utk kegunaan keatas diri anda. Memandangkan kebanyakan mereka yg menerima serangan jantung tanpa menerima sebarang bantuan dan mula nk pengsan mempunyai hanya 10 saat sebelum pengsan.

  • Walaubagaimanapun mangsa boleh membantu diri dgn batuk sekuat mungkin. Setiap kali batuk hendaklah diselangselikan dgn menarik nafas panjang. Batuk tersebut hendaklah mendalam berpanjangan sehingga terasa di dada
  • Bernafas panjang dan dalam dan batuk hendaklah diulang setiap 2 saat sehingga bantuan tiba atau sehingga terasa dpt bernafas spt sediakala.
  • Bernafas panjang akan membantu memasukkan oksijen kedlm jantung dan batuk mendalam membantu menegpam jantung dan memulihkan perjalanan darah. Ia juga membantu mengembalikan degupan jantung spt sediakala. Ini membolehkan mangsa tiba ke hospital.


Thursday, November 26, 2020

PENYAKIT TIROID DAN PETUA RAWATAN

Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia. Kelenjar tiroid terdiri dari dua lobus, satu di sebelah kanan dan satu lagi disebelah kiri. Keduanya dihubungkan oleh suatu struktur ( yang dinamakan isthmus atau ismus. Setiap lobus berbentuk seperti buah pir. Kelenjar tiroid mempunyai satu lapisan kapsul yang tipis dan pretracheal fascia. Pada keadaan tertentu kelenjar tiroid aksesoria dapat ditemui di sepanjang jalur perkembangan embriologi tiroid.

Struktur ismus atau isthmus yang dalam bahasa Latin ertinya penyempitan merupakan struktur yang menghubungkan lobus kiri dan kanan. Posisinya kira-kira setinggi cincin trakea 2-3 dan berukuran sekitar 1,25 cm. Anastomosis di antara kedua arteri thyroidea superior terjadi di sisi atas ismus, sedangkan cabang-cabang vena thyroidea inferior ber-anastomosis di bawahnya. Pada sebahagian orang dapat ditemui lobus tambahan berupa lobus piramidal yang menjulur dari ismus ke bawah

Sel tiroid adalah satu-satunya sel dalam tubuh manusia yang dapat menyerap iodin atau yodium yang diambil melalui pencernaan makanan. Iodin ini akan bergabung dengan asam amino tirosin yang kemudian akan diubah menjadi T3 (triiodotironin) dan T4 (triiodotiroksin). Dalam keadaan normal pengeluaran T4 sekitar 80% dan T3 15%. Sedangkan yang 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2.

 T3 dan T4 membantu sel mengubah oksigen dan kalori menjadi tenaga (ATP = adenosin tri fosfat). T3 bersifat lebih aktif daripada T4. T4 yang tidak aktif itu diubah menjadi T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan ginjal. Proses ini juga berlaku di organ-organ lain seperti hipotalamus yang berada di otak tengah.

 Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi tiroid ialah TRH (thyroid releasing hormon) dan TSH (thyroid stimulating hormon). Hormon-hormon ini membentuk satu sistem aksis otak (hipotalamus dan pituitari)- kelenjar tiroid. TRH dikeluarkan oleh hipotalamus yang kemudian merangsang kelenjar pituitari mengeluarkan TSH. TSH yang dihasilkan akan merangasang tiroid untuk mengeluarkan T3 dan T4. Oleh kerena itu hal yang mengganggu jalur di atas akan menyebabkan produksi T3 dan T4

Antara orang-orang yang berisiko menghadapi masalah penyakit kelenjar tiroid ialah:

  • Perempuan
  • Genetik
  • Mengidapi sakit pituitari atau endokrin yang lain
  • Usia lebih 60 tahun
  • Merokok
  • Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama:
  •  
  • Hipertiroidisme / Tirotoksikosis
  • Hipotiroidisme

Dalam kes hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :

  • Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
  • Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri
  • Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan

Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:

  • Bengkak di leher
  • Cirit birit
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Angin yang tidak menentu
  • Kejang otot
  • Oesteoporosis (kereputan tulang)
  • Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut tidak kuat
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walaupun selera naik
  • Lemah

 

PETUA  RAWATAN TIROID

  1. Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan iodin seperti ikan masin dan rumpai laut
  2. Mengurangkan kobis, turnip, kacang tanah, mustard yang menghalang penggunaan iodin oleh badan
  3. Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan vitamin B seperti ikan, bijirin untuk mengatasi masalah turun berat badan
  4. Banyakkan mengambil makanan yang kaya dengan protein seperti ikan dan telur sebagai menggantikan tisu otot dalam kes kehilangan berat badan
  5. Kurangkan atau berhenti merokok dan pengambilan alkohol dan kafein yang dapat mengurangkan kadar metabolisme
 

 

Saturday, October 17, 2020

JENIS AIR YANG BAHAYA UNTUK DIMINUM

Air (Tulisan Jawi: اير; H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup.Air juga mampu wujud dalam 3 bentuk :-

Ais (pepejal) <=> Air (cecair) <=> Wap (gas)

Di muka bumi ini, air merupakan bahan yang paling kerap ditemui terutama dalam bentuk cecair. Walau bagaimanapun, terdapat juga kuantiti air yang besar yang wujud dalam bentuk gas (wap) di atmosfera dan dalam bentuk pepejal (ais dan salji).

Air adalah 1 keperluan yang paling penting dalam tubuh badan kita.8 gelas sehari yang disyorkan untuk memenuhi keperluan kita sehari.Tetapi dalam keadaan tertentu air juga boleh menjadi racun kepada badan manusia.Terdapat 5 jenis air yang bahaya jika diminum.​


AIR MATI

Air mati adalah air yang disimpan dalam tempoh yang terlampau lama dan tidak digunakan atau diminum.Ia akan mengakibatkan melambatkan proses pembesaran sel metabolisme kanak², dan mempercepatkan proses penuan.​


AIR YANG MENDIDIH LAMA

​Mendidihkan air dengan terlalu lama ia akan mengakibatkan penambahan kalsium magnesium atau kandungan logam lain dan nitrit.Air ini bahaya jika diminum kerana akan mengakibatkan gangguan pada fungsi usus.​


AIR LEBIHAN KUKUSAN

​Minum air jenis ini akan mengakibat perubahan patalogis pada sistem pencernaan, saraf, dan pegahasilan darah.​


AIR YANG TIDAK DIMASAK

​Air yang tidak diamasak tidak sesuai untuk diminum kerana ia masih mempunyai klorin.Klorin mampu menghilang zat yang terdapat didalam air.​


AIR YANG DIMASAK KEMBALI

​Ini selalu berlaku, sisa air yang sudah dimasak, dimasak kembali bagi kerana inginkan air panas. Perlakuan ini akan mengakibatkan kandungan nitrit dalam air bertambah.​

SYMPTOMPS OF COVID-19

Coronaviruses are a large family of viruses that cause respiratory infections. The coronavirus that originated in Wuhan, China is a new strain of coronavirus that has not been detected in people before.

The virus was initially known as the ‘Novel Coronavirus (nCoV-2019)’, but it’s now officially named Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus 2 (SARS-CoV-2).

The infectious disease caused by this virus is called COVID-19.


Symptoms of COVID-19 include:
  • fever
  • chills or night sweats
  • cough
  • sore throat
  • tiredness
  • difficulty breathing
  • headache
  • muscle pain (myalgia)
  • joint pain
  • loss of sense of smell (anosmia)
  • distortion of sense of taste (dysgeusia)
  • vomiting
  • diarrhoea
Four out of 5 people infected with COVID-19 experience a mild to moderate respiratory illness.

How severe is COVID-19?

Four out of 5 people infected with COVID-19 experience mild or moderate symptoms; however, in more severe cases breathing difficulties can develop into pneumonia.

People at most risk of serious infection include:

  • people 70 years of age or older
  • people who are 65 years or older with chronic medical conditions
  • Aboriginal and Torres Strait Islander peoples who are 50 years or older with a chronic medical condition
  • those with compromised immune systems (such as people with cancer)
If you do need to visit your doctor, it is very important that you call before visiting, to describe your symptoms and travel history.

If you have severe difficulty breathing, call triple zero (000) immediately and tell the call handler and the paramedics on arrival about your recent travel history.

TANDA ANDA DIJANGKITI COVID 19

Pandemik COVID-19, juga dikenali sebagai pandemik koronavirus atau wabak koronavirus ialah pandemik penyakit koronavirus 2019 yang sedang berlaku secara global berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). 

Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan Disember 2019 di bandaraya Wuhan, Hubei, China, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020.Sehingga 28 September 2020, lebih 33.4 juta kes COVID‑19 telah dilaporkan di lebih 188 buah negara dan wilayah, mengakibatkan lebih 1.004 juta kematian manakala lebih 24.7 juta orang telah pulih


SIMPTOM COVID 19

Anda mungkin dijangkiti #COVID19 jika mengalami sekurang-kurangnya 2 simptom ini.  
1. Demam (fever) 
2. Badan seram sejuk (Chills)
3. Kekejangan otot (Rigors)
4. Mialgia (Myalgia)
5. Sakit kepala
6. Sakit tekak (sore throat)
7.  Mual atau muntah (Nausea or vomiting) https://t.co/KeG2BNoAZ6
8. Cirit birit (Diarrhea)
9. Kelesuan (Fatigue)
10. Hidung tersumbat sehingga sukar bernafas atau hidung berair (Acute Onset Nasal  Congestion or running nose)

ATAU 
salah satu simptom ini. 
1. Batuk (Cough)
2. Kesesakan nafas (shortness of breath)
3. Kesukaran bernafas (Difficulty in breathing)
4. Hilang deria bau (lost of smell)
5. Hilang deria rasa (lost of taste) 

ATAU 
Penyakit respiratori yang teruk dan mengalami salah satu simptom ini:
1. Radang paru-paru/Pneumonia
2. Sindrom Kesukaran Pernafasan (ARDS)

SIMPTOM COVID 19

Pandemik COVID-19, juga dikenali sebagai pandemik koronavirus atau wabak koronavirus ialah pandemik penyakit koronavirus 2019 yang sedang berlaku secara global berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). 


Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan Disember 2019 di bandaraya Wuhan, Hubei, China, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020.Sehingga 28 September 2020, lebih 33.4 juta kes COVID‑19 telah dilaporkan di lebih 188 buah negara dan wilayah, mengakibatkan lebih 1.004 juta kematian manakala lebih 24.7 juta orang telah pulih
SIMPTOM COVID 19

Anda mungkin dijangkiti #COVID19 jika mengalami sekurang-kurangnya 2 simptom ini.  
1. Demam (fever) 
2. Badan seram sejuk (Chills)
3. Kekejangan otot (Rigors)
4. Mialgia (Myalgia)
5. Sakit kepala
6. Sakit tekak (sore throat)
7.  Mual atau muntah (Nausea or vomiting) https://t.co/KeG2BNoAZ6
8. Cirit birit (Diarrhea)
9. Kelesuan (Fatigue)
10. Hidung tersumbat sehingga sukar bernafas atau hidung berair (Acute Onset Nasal  Congestion or running nose)

ATAU 
salah satu simptom ini. 
1. Batuk (Cough)
2. Kesesakan nafas (shortness of breath)
3. Kesukaran bernafas (Difficulty in breathing)
4. Hilang deria bau (lost of smell)
5. Hilang deria rasa (lost of taste) 

ATAU 
Penyakit respiratori yang teruk dan mengalami salah satu simptom ini:
1. Radang paru-paru/Pneumonia
2. Sindrom Kesukaran Pernafasan (ARDS)

Friday, September 27, 2019

PETUA MELEBATKAN RAMBUT

Rambut merupakan anggota badan yang terletak di atas kepala. Lazimnya rambut berwarna hitam. Namun sesetengah orang rambutnya berwarna perang terutamanya pada mereka yang tinggal di Barat.

Kita sering merasa rendah diri apabila rambut kita Nampak botak dan tidak selebat orang lain. Berikut merupakan petua yang boleh diamalkan,selamat mencuba



DAUN PANDAN

  • Tumbukkan beberapa helai daun pandan sehingga hancur. Kemudian,masukkan sedikit air dan perah.
  • Sediakan semangkuk santan dan campurkan dengan pandan tadi. Kacau rata dan simpan semalaman.
  • Keesokan harinya, sapukan bahan tadi pada rambut dan biar selama setengah jam. Bilas rambut dan lihat hasilnya dalam beberapa minggu.

DAUN ASIN ASIN

  • Tumbuk segenggam daun asin-asin sehingga lumat.
  • Perahkan airnya dan campurkan dengan semangkuk santan kelapa.
  • Lumurkan pada rambut. Biarkan beberapa minit.
  • Kemudian bilas dengan air suam.
  • Selamat mencuba ye semoga bermanfaat

MAKSUD AUTISM

Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (Bahasa Inggeris: pervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Bahasa Inggeris: psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan (dari "Autism Society of America": http://www.autism-society.org/site/PageServer ). Autisme lebih kerap dikalangan lelaki berkulit putih.

Pada masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. (Walaupun terdapat organisasi bergelar Sembuhkan Autisme Sekarang "Cure Autism Now"). Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak.

Sindrom Asperger dipercayai sebagai bentuk autisme fungsi tinggi, tetapi ini bukanlah sentiasa benar. Perbezaan utama antara sindrome Kanner, dengan autisme klassik, dan sindrome Asperger adalah Asperger tidak mempunyai kelewatan jelas dalam pertuturan, dan kecergasan adalah biasa atau lebih. Dalam autisme Kanner terdapat kelewatan jelas dalam pertuturan dan biasanya mempunyai kecergasan rendah dari kebiasaan . Autisme Kanner dengan IQ<80 dirujuk sebagai "fungsi rendah autisme", sementara sindrome Kanner dengan IQ>80 dikenali sebagai "autisme fungsi tinggi".


Sebenarnya autism bukan penyakit... tapi ramai pulak yang mengatakan ianya suatu penyakit. Kanak-kanak autisme adalah seperti masalah terencat akal pada tahap berbeza adalah disebabkan proses pembelajaran mereka lebih lambat, mempunyai  masalah untuk berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku.

 Kanak-kanak yang mengalami sindrom ini akan menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan.👌

ciri-ciri kanak-kanak autism                          

1. Tidak mampu Bersosial

a) Tidak menghiraukan orang lain

b) Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain,

c) Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.

d) Tidak suka dipegangan, dipeluk atau dicium

e) Susah berkerjasama, berkongsi dan menunggu giliran

f) Lebih suka bermain sendiri

g) Tidak suka bermain yang menggunakan imaginasi

 

2) Tidak Bertutur dan Berkomunikasi

a) Lambat bercakap

b) Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang

c) Tidak boleh berkomunikasi dengan baik

d) Bercakap dalam nada yang pelik – seperti menyanyi atau bercakap macam robot

e) Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual, hanya kepada satu pihak sahaja.

f) Mungkin mengulang perkataan yang sama tetapi tidak memahami maksudnya


3) Mempunyai Masalah Dalam Pemikiran dan perlakuan

a) Suka melakukan perkara yang sama/berulang dan tidak suka kepada pembaharuan. Mereka mudah terganggu apabila disuruh melakukan perubahan

b) Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik, roda kereta dan objek berputar.

c) Sangat sensitif terhada bau, rasa dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan diluar kawalan.

d) Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang

e) Tidak boleh duduk diam

f) Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang dewasa


4) Masalah Tingkah Laku

a) Suka mengasingkan diri. Biasanya kekecewaan ditunjukkan dengan tindakbalas negatif seperti mengamuk, marah-marah dan agresif.

b) Bersikap positif – tidak faham keadaan semasa dan keadaan baik dan buruk

c) Tidak tahu bersosial – jika melakukan kesalahan ianya sangat mudah dikesan

d) Aktif tetapi perangai pelik – kanak-kanak jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.

 

Kanak-kanak autisme bukanlah kanak-kanak golongan berisiko atau bodoh, cuma kebanyakkan masyarakat sekarang tidak tahu cara atau bagaimana untuk mendekati mereka. Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme biasanya adalah lebih perlahan daripada kanak-kanak normal.

Pandangan lain mengenai kecacatan ini adalah autisum adalah berterusan on a continuum, dengan itu boleh juga dikenali sebagai masalah spektrum autistik autistic spectrum disorder. Masalah berterusan ( continuum ) lain yang berkait adalah Kegagalan Integrasi Deria ( Sensory Integration Dysfunction ) yang berkaitan dengan bagaimana cara kita menyelaras maklumat yang kita terima daripada deria kita. Autism, Sindrom Asperger, dan Kegagalan Integrasi Deria adalah berkait rapat dan saling bertindan.

KHASIAT SAYUR TAUGEH

Tauge atau kecambah ialah anak benih yang baru bercambah dan menjadi sejenis sayuran yang popular dan boleh dimakan mentah atau sesudah masak. Disamping itu, ianya bersih daripada racun kulat atau serangga, dan mempunyai vitamin A dan C dan sumber kalsium yang tinggi.


Walaupun ada pelbagai jenis tauge, di Malaysia hanya terdapat dua jenis tauge yang utama dan biasa digunakan dalam masakan harian iaitu tauge halus dan tauge kasar.

Cara penghasilannya adalah mudah dan bersih jikalau langkah-langkah tertentu diambil dan diawasi. Tauge dicambah dengan mengalirkan air pada biji benih selama beberapa minit dalam beberapa kali sehari sehinggalah tauge mencapai tahap matang yang dikehendaki. Tahap matang tauge berbeza mengikut pasaran tempatan. Tauge biasanya dijadikan dalam ramuan bahan makanan penduduk Asia dan kini menjadi pilihan juga bagi masyarakat Barat.  Tahukah anda terdapat 6 khasiat tauge yang baik yang ramai tak tahu.. Antaranya:

1. Cegah Kanser

2. Baik Untuk Wanita

3. Lebih Subur

4. Kurangkan Lemak

5. Buang Kotoran

6. Lebih Muda


CEGAH KANSER

Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.


MENCEGAH KERAPUHAN TULANG

Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

 

MENINGKATKAN KESUBURAN

Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

 

KURANGKAN LEMAK

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau ‘lemak jahat’ LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.


BUANG KOTORAN

Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.


LEBIH MUDA

Taugeh juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.             

Thursday, September 26, 2019

ELAKKAN KOPI SEBELUM PENERBANGAN

Kopi adalah minuman yang dicampurkan dengan air panas yang disedia daripada benih panggang, biasanya dipanggil biji kopi, bagi tumbuhan kopi. Disebabkan kandungan kafeinnya, kopi mempunyai kesan perangsang pada manusia. Hari ini, kopi adalah satu daripada minuman paling disukai itu di seluruh dunia.

Kopi adalah pertama diminum dalam abad ke-9, apabila ia telah ditemui di tanah tinggi Etiopia.Dari situ, ia merebak ke Mesir dan Yemen, dan pada abad ke-15, telah sampai Armenia, Farsi, Turki, dan di utara Afrika. Dari dunia Islam, penyebaran kopi ke Itali, dan seluruh Eropah, dan ke Amerika.     


Kenapa jangan minum Kopi sebelum menaiki penerbangan?

Ini sebab kenapa menikmati secangkir kopi ketika menunggu penerbangan menjadi amalan tradisi tersendiri khususnya buat pencinta kopi.

Semua sedia maklum, kopi mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan. Selain menjadi lebih produktif, kopi juga mampu untuk mengurangkan berat badan. Namun awas! Mengambil kopi pada waktu yang salah dan secara berlebihan boleh memberi impak yang negatif khususnya kepada mereka yang ‘mabuk’ atau mual ketika menaiki pesawat.

Golongan terlibat akan terkesan apabila meminum kopi menjelang penerbangan. Jadi, amalan minum kopi sebelum penerbangan harus segera dihentikan. Secara dasarnya, ramai mengatakan minum kopi sebelum naik pesawat dapat menghidrasi tubuh dan menghilangkan rasa mual atau sakit kepala ketika di udara.

Memetik artikel Reader’s Digest, kafein pada kopi akan menyebabkan wujud rasa gelisah dan impak ini akan bertambah apabila seseorang berada di ketingian. Selain itu, minum kopi sebelum penerbangan juga dapat menyebabkan masalah pencernaan kerana kopi memiliki sifat diuretik yang ringan.Impak kafein akan bekerja selama 5-6 jam. Jadi, minum kopi sebelum penerbangan boleh membuatkan kondisi tubuh menjadi teruk. Sebaiknya, minumlah sebotol air hingga tiba di destinasi tujuan.

 

 

 


Tuesday, September 24, 2019

PETANDA KOLESTROL TINGGI DALAM DARAH

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati. Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL). Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Dalam tubuh manusia kolesterol tersebar dalam bahagian-bahagian tubuh tertentu seperti kulit otot, saraf, otak dan juga jantung. Jika Anda tidak mahu berisiko mengalami berbagai penyakit karena kolesterol, Anda harus berwaspada dengan ciri ciri kolesterol tinggi sedari awal.

Berikut adalah ciri-ciri jika Anda terkena penyakit kolesterol tinggi :

KEBAS KEBAS
Biasanya kebas kebas terjadi karena duduk terlalu lama karena posisi yang tidak berubah, sering merasa kebas kebas merupakan salah satu ciri dari penyakit kolesterol tinggi, maka dari itu apabila anda mengalami selalu kebas kebas, anda harus segera melakukan pemeriksaan.

SERING MUAL DAN MUNTAH
Mual dan muntah ini terjadi karena saluran pencernaan mengalami gangguan, penyakit kolesterol tinggilah yang menyebabkan terjadinya gangguan pada saluran pencernaan, biasanya kesan tibdak balas yang akan ditimbulkan adalah selalu mual dan muntah.

HILANG KESEIMBANGAN
Biasanya orang yang menderita kolesterol tinggi akan mengalami rasa tidak selesa, situasi tersebut biasanya mengakibatkan hilangnya keseimbangan, apabila keadaan ini terjadi, biasanya otot otot akan menjadi lemah.

RASA SENGAL LEHER DAN PUNGGUNG
Orang yang menderita kolesterol tinggi juga biasanya akan mengalami rasa tergang pada kawasan leher dan sisi punggung, kondisi ini disebabkan oleh munculnya tekanan darah tinggi yang muncul secara bersamaan

TUBUH RASA LEMAH
Biasanya orang yang menderita penyakit kolesterol tinggi akan mengalami lemah aliran darah dan juga kekurangan oksigen, kondisi seperti ini bisa menimbulkan tindak balas tubuh akan menjadi lemah.

MENGALAMI SAKIT KAKI DAN TANGAN
Selain akan mengalami lenguh atau sengal pada leher dan sisi punggung, orang yang mengalami kolesterol tinggi juga akan mengalami rasa sakit pada kaki dan tangan, apabila anda mengalami kondisi seperti ini segera lakukan pemeriksaan.

EMOSI TIDAK STABIL
Ciri yang satu ini mungkin masih jarang disedari oleh orang ramai, perlu anda ketahui orang yang mengalami kolesterol tinggi biasanya akan mengalami perubuahan emosi, seperti mudah sekali untuk marah padahal penyebabnya adalah hal yang remeh,

WAJAH MERAH
Pada kes yang serius terutama orang yang menderita penyakit hipertensi, biasanya akan terkesan dgn pengembangan pembuluh darah, yang mana kondisi tersebut boleh menyebabkan wajah orang yang mengalaminya akan menjadi merah.

SAKIT KEPALA
Meraskan sakit kepala ini biasanya lebih kerap terjadi pada orang yang menderita penyakit darah tinggi yang mana kondisi tekanan darahnya sudah sangat tinggi, maka dari itu apabila anda mengalami kondisi seperti ini kemungkinan besar anda mengalami kolesterol tinggi.

OTOT KAKI LEMAH
Mengalami lemah pada otot kaki juga merupakan salah satu ciri dari penyakit kolesterol tinggi, kondisi seperti ini biasanya disebabkan karena lemahnya aliran darah ke otot kaki sehingga mengakibatkan otot kaki menjadi lemah.

SUKAR BERNAFAS
Pada umumnya mengalami kesukaran  untuk bernafas merupakan salah satu ciri umum penyakit asma, namun mengalami kesukaran bernafas merupakan salah satu ciri dari penyakit kolesterol tinggi yang harus anda waspada juga.

KETAT DADA
Ciri ciri terakhir orang yang mengalami penyakit kolesterol tinggi adalah sering mengalami sengal dan ketat pada dada, apabila anda mengalami kondisi seperti ini segera lakukan pemeriksaan agar tingkat kadar kolesterol tidak menjadi tambah tinggi.

Cara terbaik untuk mengenalpasti kolesterol tinggi atau tidak adalah dwngan menjalani ujian darah. Karena kolesterol tinggi yang tidak terkawal sangatlah merbahaya dapat mengakibatkan penyempitan pembuluh darah, stroke bahkan serangan jantung.