Pejamkan mata secara perlahan-lahan
Pakar tingkah laku kucing yang terkenal menggunakan teknik ini untuk menenangkan kucing yang ketakutan supaya mempercayainya dalam rancangannya My Cat From Hell dalam saluran Animal Planet. Anda juga boleh melakukan teknik ini setiap hari untuk menyatakan kasih sayang kepada kucing anda.
Benarkan kucing melepaskan baunya kepada anda?
Nak tahu jika kucing itu berminat untuk jadi kawan anda atau tidak? Krieger mengesyorkan anda menunjukkan jari telunjuk anda pada ketinggian paras hidung kucing tersebut. Jika kucing tersebut mendekati jari anda dan menyentuh jari anda dengan hidungnya jadi ia mahu berkawan dengan anda. Kucing tersebut kemudian akan menggesel pipinya di sepanjang tangan anda untuk melepaskan baunya kepada anda. Ini adalah tanda-tanda yang menunjukkan kucing tersebut percaya dan ingin berkawan dengan anda.
Melaga kepala
Kriger tidak menggalakan untuk meniru tingkahlaku ini, namun sekiranya kucing anda benarkan anda melaga muka anda kepadanya jadi silakan. Anda mungkin akan bersih namun kucing anda akan hargai usaha anda.
No comments:
Post a Comment