Showing posts with label KEBAIKAN BUAHAN. Show all posts
Showing posts with label KEBAIKAN BUAHAN. Show all posts

Friday, October 22, 2021

KHASIAT JANTUNG PISANG

Jantung pisang adalah merupakan bunga pisang yang akan bertukar menjadi buah pisang apabila matang. Jantung pisang ada dijual dipasar-pasar untuk dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu. Jantung pisang akan dicelur sebelum dihidangkan untuk dimakan bersama sambal belacan

Di Thailand jantung pisang menjadi famous sekarang kerana di eksport ke Germany. Walaupun di eksport bertan, tetapi masih tidak dapat memenuhi permintaan dari Germany.   Kalau satu jantung pisang dijual dikampung2 di Thailand dgn harga 20 Baht atau dlm RM1.20 satu, tetapi bila dieksport ke Germany harganya 1000 Baht atau RM120.00 satu jantung.

Mengapa orang Germany suka jantung pisang? Untuk menjaga kesihatan dan untuk menurunkan berat badan. Orang Germany sekarang sudah beralih tidak memakan daging, sebagai ganti mereka guna jantung pisang. Mereka on 'vegan diet' iaitu hanya makan sayuran. Mereka masak kari, masak goreng ayam dough (?), buat sup dan salad.

Jantung pisang mempunyai serat sprt daging. Selain itu ia juga adalah ubat herba.  Banyak manfaat jantung pisang ini rupanya:

  1. Penyelenggaraan gigi. Buat gigi lebih putih.
  2. Membanyakkan susu ibu.
  3. Rawatan gastritis.Rawat luka segar dan menghisap nanah.
  4. Melegakan bengkak dari gigitan serangga.
  5. Kurangkan gula dlm darah untuk pengidap kencing manis.
  6. Penyelenggaraan nutrien darah, membantu anemia/kurang darah.
  7. Membantu aliran darah dengan baik.
  8. Menyembuhkan luka di mulut dengan lebih cepat.
  9. Membuat kulit licin.

Bagi pengenalan khasiat Jantung pisang disini saya kongsikan satu resepi sambil baca khasiat boleh la masak resepi ni.

JANTUNG PISANG MASAK LEMAK DENGAN UDANG

BAHAN BAHAN:

  • 1 biji jantung pisang
  • 250 gram santan segar
  • Udang
  • Garam
  • Gula - opsyenal

BAHAN KISAR:

  • 2 tangkai cili merah
  • 4-5 tangkai cili api - ikut pedas disukai
  • 4-5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

PROSES PENYEDIAAN

  1. Jantung pisang dikupas sehingga bahagian kulit yang berwarna cerah. Kemudian dibelah 4 dan direbus sehingga lembut. Angkat dan hiris mengikut yang disukai. Basuh dan tos.
  2. Tuang bahan kisar di dalam kuali dan masak atas api kecil seketika sehingga hampir kering. Tuang santan dan kacau rata sehingga hampir mendidih.
  3. Masukkan udang dan kacau rata.
  4. Masukkan jantung pisang dan garam serta gula secukup rasa. Masak sehingga mendidih. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api.



Monday, October 11, 2021

KHASIAT BUAH EPAL HIJAU UNTUK KESIHATAN

Epal (Jawi: ‏ايڤل‎‎), apel (Jawi: اڤل),tufah atau topoh (Jawi: تفاح‎; nama saintifik: Malus domestica) merupakan sejenis tanaman saka berbuah pom dalam genus Malus dalam keluarga mawar (Rosaceae), dan juga antara tanaman yang paling banyak dicucuk tanam di dunia.

Pokok buah ini bertaburan asal dari Asia Barat, di mana leluhur liarnya masih ditemui. Terdapat lebih daripada 7,500 kultivar (baka) epal yang dikenali di dunia yang mendatangkan pelbagai ciri-ciri yang diingini. Kultivar epal berbeza dari segi hasil tanaman dan saiz mutlak pokok itu, walaupun bercambah dari penanti yang sama.


Buah epal mempunyai khasiat untuk kesihatan manusia. Mengamlakan salah satu pemakanan berasaskan buah epal akan memberi manfaat kesihatan seperti berikut:


1. Mengurangkan Risiko Barah Kolon, prostat

Mengikut kajian, epal boleh mengurangkan risiko barah kolon, barah prostat dan barah paru-paru.Berbanding dengan buah-buahan yang lain dan sayur-sayuran, epal mengandungi jumlah vitamin C yang tidak seberapa, tetapi kaya dengan sebatian antioksidan yang lain.Biarpun tidak sebanyak buah-buahan lain, namun kandungan serabut dalam epal membantu mengawal pergerakan usus secara lembut dan sihat, maka ia dapat mengurangkan risiko barah kolon. Serat epal juga membendung penyakit jantung,mengawal berat badan dan tahap kolesterol,kerana buah epal tiada kolesterol dan ada serat yang mengurangkan kolesterol dengan mencegah penyerapan semula.

 

2. Mencegah Penyakit Barah

Terbukti bahawa bahawa epal yang dibiakkan secara in vitro memiliki sebatian fenol yang boleh mencegah barah serta menunjukkan aktiviti antioksidan. Fitokimia fenol yang utama dalam epal adalah kuersetin, epikatekin, dan prosianidin  Namun demikian, benih epal adalah sedikit beracun kerana mengandungi sedikit amigdalin, sejenis glikosida sianogen; meskipun boleh menghindarkan burung, namun tidak cukup berbahaya kepada manusia.

 

3. Mengekalkan Tahap Kolestrol

Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Iowa, Amerika Syarikat, kulit epal yang mengandungi asid ursolik mampu membantu mengekalkan tahap kolestrol dan gula dalam darah pada peringkat terkawal. Selain itu, apabila tindak balas antara asid ursolik dengan hormon tubuh badan ternyata ia mampu mengekang sedikit demi sedikit penyusutan otot akibat proses penuaan.

4. Boleh mengempiskan perut

Jus epal
Epal dikatakan mampu mengempiskan perut dengan mengamalkan meminum dengan campuran serai. Meminum air epal ini juga perlu konsisten dan kerap. Menu bagi menghasilkan air Epal adalah seperto berikut :

BAHAN-BAHANNYA :

  • 3 biji epal hijau
  • 5 batang serai diketuk
  • 1.5 liter air 

 CARA-CARANYA :

  • Epal tu dipotong 6 (macam biasa kita makan tu).
  • Serai 5 batang diketuk.
  • Masukkan 1.5 liter air dalam periuk.
  • Masak sehingga epal lembik. Siap.
  • Minum ketika suam-suam.

Tuesday, December 1, 2020

KHASIAT AIR KELAPA

Kelapa (bahasa Inggeris: coconut) atau juga lebih dikenali sebagai nyiur adalah tumbuhan saka, tempoh ekonomi adalah melebihi 25 tahun. Pokoknya boleh mencapai ketinggian 6 hingga 30 meter bergantung kepada variasi. Ia didapati di semua kawasan tropika. Keseluruhan pokok kelapa dapat dimanfaatkan kepada pelbagai guna.

Pokok kelapa (Cocos nucifera L.) adalah ahli keluarga Arecaceae (keluarga palma). Ia merupakan spesies tunggal yang dikelaskan dalam genus Cocos dan merupakan pokok palma yang besar, tumbuh setinggi 30 meter, dengan pelepah daun pinnate sepanjang 4-6 meter, dengan helaian daun pinnae sepanjang 60-90 cm; pelepah tua luruh meninggalkan batang pokok yang licin.

Air daripada buah kelapa boleh diminum dan isi kelapa yang lembut boleh dimakan mentah. Kelapa muda juga dikukus, direbus atau dipanggang sebelum airnya diminum dan isinya dimakan. Dalam masyarakat Melayu terutamanya, kelapa tua diproses untuk dijadikan kelapa parut, santan dan minyak masak seharian. Korang nak tau tak, kalau kita minum air kelapa selama seminggu secara konsisten, apa jadi pada badan kita? Berikut merupakan khasiat air Kelapa Muda : 

1. KUATKAN IMUNISASI

Melawan virus selesema, typhus dan penyakit berjangkit dan menghilangkan bakteria penyebab pada penyakit gusi dan jangkitan kuman dari pundi kencing.


2.  BERI TENAGA

Air kelapa meningkatkan penghasilan hormon yang memberi tenaga pada tubuh badan. Bila kita minum air kelapa secara konsisten, kita dapat rasakan badan lebih segar, ringan dan bertenaga.


3. BUANG TOKSIN 

Air kelapa bersifat diuretik semula jadi yang membuang toksin dalam badan. Ia dapat mengelakkan dari terjadinya batu karang.  Bagi yang ada masalah batu karang, memang disarankan minum air kelapa.


4. BAGUS UNTUK SISTEM PERKUMUHAN 

Mudah membuang air besar dan elakkan sembelit terjadi.


5. TURUNKAN BERAT BADAN

Semakin banyak minum air kelapa, semakin kurang selera makan kita. Sebab ia mengenyangkan perut untuk jangka masa yang lama.  Lagi bagus bila dimakan dengan isinya sekali. , kandungan fiber kelapa adalah tinggi.


6. KURANG SAKIT KEPALA / PENING

Bila badan terlalu dehidrasi dan stres, kita mudah diserang sakit kepala. Kandungan elektrolit dari air kelapa mampu mengembalikan ion badan yang hilang akibat kekurangan air.


7. KULIT SEMAKIN BERSERI DAN MUDA 

Bila banyak minum air kelapa, semakin tinggi kandungan air dalam badan. Ini menjadikan kulit kita tak lagi kering dan kusam. Ia juga adalah salah satu amalan untuk awet muda. Air kelapa dapat mengurangkan masalah glaucoma dan katarak. Ia juga dapat elakkan risiko sakit jantung. Selain diminum begitu, air kelapa ni boleh jugak dinikmati dengan bermacam cara lain. Ada ‘coconut shake’, ada aiskrim, ada ‘ice blended’ ada jelly dan banyak lagi.



KHASIAT LIMAU KASTURI

Limau Kesturi (Citrus microcarpa, English= Calamasi) adalah berasal dari Filipina, dan tersebar ke asia tenggara. Di Amerika, ia dipanggil sebagai Kalamasi atau limau Panama, memandangkan ia bisa tumbuh di kawasan tropika.

sering dijadikan minuman sejuk bersama air batu. Ia dipercayai mampu menyejukkan badan dan menghilangkan dahaga dengan lebih berkesan.

KHASIAT DAN KEBAIKAN DARI LIMAU KASTURI 

Khasiat limau kasturi yang kita semua tak tahu sebelum ini. Saya kongsikan untuk manfaat bersama dan semofa bermanfaat :


1 . Untuk Batuk

Sediakan sudu besar.Perah limau+kicap+garam sikit ke dalam secubit, sukatan limau n kicap muat2 satu sudu besar tu = minum setiap pagi and malam. Batuk akan beransur pulih. Sebelum minum bismillah selawat dulu mohon Allah sembuhkan. 


2 . Untuk Ubat Demam

Petik 2-4 genggam daun limau kasturi. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperah, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.


3. Mengubati Lelah

Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minum campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Boleh amalakan pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukup amalkan cara ini seminggu sekali sahaja.


4. Kuruskan Badan dan Kempiskan Perut

Perahan air limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biar teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan minum air ni dan inshaAllah boleh turunkan berat badan n dapat perut flat fit.


5 . Mengatasi Masalah Kelemumur

Cuba amalkan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.


Sunday, November 29, 2020

KHASIAT BUAH DAN KULIT MANGGIS

Manggis (Garcinia mangostana) ialah tumbuhan tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Pokok manggis boleh tumbuh daripada 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan. Buah manggis dikenali sebagai "ratu segala buah" sementara buah durian (Durio spp.) dikenali sebagai "raja segala buah".

Terdapat juga spesis/subspesis lain seperti berikut: Garcinia mangostana, Garcinia pedunculata, Roxburgh, Garcinia Kydia, Roxburgh, Garcinia indica, Choisy (Garcinia purpurea), Roxburgh; Brindonia indica dan DuPetit-Thouars.

Manggis antara tumbuhan yang lambat tumbuh dan tumbuhan tropika. Ia sensitif dan tidak mampu hidup pada suhu di bawah 40F atau lebih daripada 100F, biji benih mati pada 45F.

KHASIAT BUAH MANGGIS

  • Buah manggis kaya dengan 40 dan lebih bahan Xanthones yang merupakan sejenis super-antioksida. Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan.
  • Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar sesuku inci tebal dan mengandungi cecair amat pengering (astringent), yang mana, pada musim hujan, menghasilkan cecair melekit kekuningan, yang merupakan sejenis gamboge. Orang-orang Cina menggunakan kulit pokok sebagai sumber pewarna hitam, dan turut juga menggunakannya bagi mengubat cirit-birit.
  • Selain itu, manggis juga mempunyai cathechins, polyphenols dan polisakanida yang berkesan untuk menjadi agen-antioksida semulajadi dan juga bahan anti-bakteria dan anti-kulat.
  • Vitamin C, zat besi, niasin, kalsium, protein, serat, vitamin B1 & B2 dan lain-lain mudah diperolehi secara semulajadi daripada pemakanan manggis.


Lain lain khasiat yang ada daripada Buah Manggis dan lain lain bahagaian dari Manggis adalah seperti berikut :


KHASIAT DARIPADA KULIT MANGGIS

Petua kulit manggis adalah seperti berikut. Kulit manggis dijemur sampai kering dan dijadikan serbuk. Kemudian masukkan ke dalam kapsul. Diambil setiap hari sebagai makanan tambahan kesihatan.


CIRIT BIRIT

Kulit buah manggis digunakan dalam perubatan melayu tradisional untuk mengubati CIRIT BIRIT  Caranya ialah kulitnya diasah pada pasudan airnya diminum. Air rebusan kulit manggis boleh merawat penyakit bengkak usus.


DARAH TINGGI

Mengurangi tekanan darah tinggi, hypertension atau tekanan darah tinggi juga terjadi kerana adanya gangguan pada pembuluh darah, dan risiko terhadap penyakit jantung dan stroke. Ambil beberapa pucuk daun manggis. Rebus sehingga air bertukar menjadi kekuningan . Biarkan air suam sedikit. Selawat tiga kali, minum 1/2 gelas waktu pagi, 1/2 gelas waktu petang


KENCING MANIS

Daun manggis terbaik bagi penyakit kencing manis. 

  • Ambil 2 atau 3 helai daun manggis, kemudian basuh bersih-bersih. Daun yang sudah dibersihkan seterusnya direbus sampai airnya menjadi kehijaun seperti teh hijau.(rasapun macam air teh).
  • Amalkan Minum 2 atau 3 kali seminggu air daun manggis bagi mereka yang terkena kencing manis kemudian pergi jumpa doctor buat pemeriksaan darah, pasti anda menerima keputusan yang baik tentang kencing manis anda.


BERAK BERDARAH

Ambil segenggan kulit manggis dibasuh dan dikeringkan (iaitu dijemur sampai kering (garing). Rebus bersama 5 cawan air hingga tinggal 1 cawan pekat air rebusan itu. Amalkan meminumnya selalu. InsyaAllah penyakit anda akan sembuh.


ULSER MULUT

Bagi mengatasi ulser dalam mulut, air rebusan daun dan kulit pokok boleh diminum. Di samping itu juga ia boleh disapu pada luka.


LUKA GIGITAN SERANGGA

Kulit manggis yang telah kering ditumbuk halus dan dibancuh dengan sedikit minyak ditekap di pada luka atau bengkak gigitan serangga.


BUASIR

Keringkan kulit buah delima + kulit manggis,dibuat serbuk untuk amalan minuman.


MEMUTIHKAN GIGI

Kulit manggis dibakar dan ditumbuk hingga halus dan gunakan ia seperti ubat gigi.


LANCAR HAID

Air rebusan akar manggis digunakan untuk  melancarkan haid.


GOUT

Kulit manggis amat berkhasiat untuk membuang asid urik di dalam badan. Pengidap gout boleh mengamalkan kulit manggis ni. Caranya ambil buah manggis Kupas, isi dia enak di makan , ambil kulit dia, hiris macam asam keping dan jemur sampai kering.Bila nak guna, ambil air panas, 2 3 hirisan kulit manggis direndam. Sedia di minum apabila menjadi suam.Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.


MENURUNKAN BERAT BADAN

Berita baik untuk anda yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Kandungan Xanthone dalam buah manggis membantu membakar lemak dan meningkatkan metabolisma badan.


MENGECUTKN CYST

Rebus kulit manggis  minum airnya jika anda disahkan mempunyai cyst. Insya Allah cyst anda akan kecut. Caranya, masukkan kulit manggis sehingga setengah periuk, kemudian masukkan air sehingga penuh. Rebus sehingga air tinggal separuh periuk. Minum satu cawan pagi &  malam.


Saturday, November 28, 2020

KHASIAT BIJI DAN BUAH NANGKA

Pokok Nangka (Artocarpus heterophyllus or A. heterophylla) merupakan spesies pokok dalam keluarga mulberi (Moraceae), yang merupakan pokok tempatan di Asia Tenggara dan Selatan. Ia merupakan pokok kebangsaan Bangladesh. Pokok Nangka juga didapati di Afrika Timur contohnya. Di Uganda dan Mauritius, termasuk juga dikeseluruhan Brazil. Nama botaninya Artocarpus heterophyuus Lam

Buah nangka sememangnya sedap untuk dimakan. Namun ramai yang mengelak biarpun rasanya manis dan sedap. Ia sering dianggap sebagai makanan yang menyebabkan angin dalam badan. 


Kalau korang nak tau, buah nangka ni ada banyak khasiat dan kebaikannya. Dibawah ni saya share beberapa petua kecantikan guna biji nangka.

1 - HILANGKAN KEDUTAN DI WAJAH

Campuran biji nangka dengan susu segar dapat menghilangkan kedutan ringan di wajah. 

Caranya :

  • Rendam biji nangka dalam susu sejuk seketika, kemudian, kisarkan campuran tersebut. 
  • Setelah itu, sapukan pada kedutan pada wajah. Amalkan setiap hari.

PETUA 2 - SIHATKAN RAMBUT

Bagi yang mengalami masalah rambut yang lambat panjang, boleh lah mencuba petua makan biji nangka. 

  • Basuh bersih biji nangka, rebus hingga empuk dan boleh dimakan. 
  • Biji nangka juga boleh membantu melancarkan edaran darah pada kulit kepada sekaligus mampu menyuburkan rambut.

PETUA 3 -  CANTIKKAN KULIT 

Caranya :

  • Rendamkan biji nangka dalam susu bersama madu. 
  • Kemudian, kisar semua bahan tersebut dan sapukan pada keseluruhan wajah. 
  • Biarkan hingga kering dan bilas bersih.

Khasiat buah nangka pula ada la seperti berikut :

1. MELAWAN KANSER

Buah nangka adalah satu makanan anti kanser, kerana ia mengandungi nutrien phytonutrients yang mampu melawan punca kanser. 


2. BAIK UNTUK MATA

Kandungan vitamin A serta C dalam nangka adalah antioksidan yang sangat baik untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh dan dapat menjaga kesihatan mata kita


3. MENJAGA TEKANAN DARAH

Kandungan kalium yang sangat tinggi dimana amat berguna untuk menjaga tekanan darah supaya terus normal dan mencegah sebarang jangkitan.


4. MENCEGAH RISIKO HEART ATTACK & STROKE

Buah nangka juga mempunyai banyak vitamin B seperti niacin, riboavin, thiamin serta folat yang dimana ianya amat diperlukan oleh tubuh kita.


5. MEMBANTU PEMBENTUKAN TULANG 

Beton (dalam biji nangka) dapat berikan kandungan gizi seperti protein, karbohidrat serta tenaga yang tidak kurang hebat seperti buahnya. 

Mineral yang sangat penting seperti zat besi, fosfor, serta kalsium yang mana dapat menjadi peranan paling utama dalam pembentukan, memperkuat dan meningkatkan kesihatan tulang. 

Rajin makan buah nangka boleh kurangkan risiko osteoporosis. Bukan hanya itu, kandungan kalium dalam nangka juga boleh mengurangkan kadar kehilangan kalsium melalui ginjal.


KHASIAT BUAH LABU

Labu merupakan tumbuhan herba memanjat dan buahnya berbentuk bulat berwarna jingga 

KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH LABU


1- Vitamin A :

  •  untuk cegah katarak mata, 
  • cegah sel kansel
  • sihatkan sistem peranakan


2- Vitamin C - sebagai antioksida


3. Serat Tinggi & Kandungan Lemak Sihat :

  •  untuk lancarkan sistem penghadaman
  • kontrol nafsu makan
  • bantu turunkan kolestrol jahat dalam darah

4. Selain dari itu, labu kuning ni jugak boleh :

  •  bantu masalah radang, 
  • pulihkan masalah saraf dan otak
  • tingkatkan daya ketahanan badan
  • cegah sakit jantung dan 
  • bantu kurangkan serangan migraine. 

5. Kalau nak tau lagi, isi labu yang kuning tu kalau direbus, boleh rawat sakit darah tinggi dan sakit kuning.


6. Biji labu yang dah kering pulak kan mampu rawat masalah cacing. 

 Caranya:

  •  Tumbuk halus biji yang di keringkan.
  • Campur dengan air suam
  • Lepas tapis campuran air tadi, boleh lah di minum.

MasyaAllah, banyaknya kebaikan buah labu. Lepas ni boleh lah kita masukkan menu labu dalam diet harian kita. 


KHASIAT BUAH LANGSAT

Pokok Langsat merupakan sejenis tumbuhan yang berasal daripada hutan Semanjung Malaysia, dan kini ditumbuh secara meluas di kawasan-kawasan tropika disebabkan buahnya yang manis. Pokok ini kini juga didapati di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Lansium domesticum Jack.  atau juga Lansium domesticum var pubescens.

Warna kulitnya adalah antara kuning dan coklat, dan seringnya bertompok-tompok, dengan tekstur yang licin atau lekit-lekit. Apabila kulitnya dikopek, isinya yang terdiri daripada ulas yang berasingan terdedah. Isinya yang lut cahaya adalah manis, tetapi biji-bijinya adalah pahit dan tidak dimakan. Nama sub spesies lain adalah dokong, duku, lansa, langseh, langsep, lanzon, lanzone, lansone, atau kokosan.

Buah langsat hampir nak sama dengan buah duku. Saiz buah, warna kulit buah dan isinya tu sangat mirip dengan buah duku. Apa yang berbeza dengan buah duku ialah rasa buah langsat yang lebih masam sikit dari buah duku. 

Kulit buah langsat juga lebih nipis jika dibandingkan dengan buah duku dan dalam beberapa hari selepas dipetik, kulit langsat juga bertukar hitam dengan lebih cepat.

Tapi kalau nak tahu, di sebalik rasa masamnya, buah langsat mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan dan kecantikan. antara khasiatnya ialah : 

1. KABOHIDRAT

Setiap 100 gram buah langsat mengandungi 13 gram karbohidrat. Kiranya kalau kita makan lebih daripada 100 gram buah ni, dah tentu lagi banyak la karbohidrat yang kita dapat.


2. UBAT KECACINGAN

biji langsat boleh digunakan sebagai ubat cacing.  Keringkan biji buah langsat dan kemudian hancurkan. Di tambah dalam minuman atau dibancuh dan minum.


3. UBAT NYAMUK

Kulit buah langsat mengandung beberapa zat yang cukup dibenci nyamuk. Untuk sebagai ubat nyamuk, keringkan kulit buah ini. Setelah kering, bakar seperti bakar ubat nyamuk. Ini cara lebih alami, kerana ubat nyamuk dari kulit buah langsat tidak mengganggu pernafasan.


4. SENGATAN KALA JENGKING

Getah kulit buah langsat boleh di sapu pada pada kulit yang terkena gigitan kala jengking dan biarkan ia kering. Lakukan berulang kali sehingga bengkak dan luka sembuh sepenuhnya.


5. KUATKAN TULANG DAN GIGI

Dalam 100 gram buah langsat terdapat kandungan fosforus 9 mg dan kalsium 18 mg dan mineral 0.7 gram. Sesetengah bahan ini cukup penting dalam mengekalkan tulang dan gigi yang sihat.  Makan buah langsat secara tak langsung tulang dan gigi kita  sihat yang mungkin dapat mencegah dari sakit tulang dan kehilangan gigi.


6. UBAT REDAKAN PANAS BADAN.

Biji dari buah langsat dapat digunakan sebagai ubat turunkan panas badan. Selepas isinya dimakan, bijinya jangan dibuang.  Jemur hingga kering. Selepas di keringkan, panggang atau sangai biji buah langsat. Setelah itu dikisar halus dan dibancuh dengan air panas. 

Rasanya agak pahit, tetapi ia sangat berkesan untuk menurunkan panas badan. Jadi, jangan teragak-agak nak jadikan langsat ni sebagai makanan ringan yang sihat. Banyak manfaat dari buah langsat ni.


Friday, November 27, 2020

BUAH LIMAU NIPIS DAN KHASIAT UNTUK KESIHATAN

Limau nipis (nama botani: Citrus aurantifolia) merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya dijadikan air minuman dan juga dicampur dalam masakan. Limau nipis dipercayai berasal dari India dan Myanmar atau Asia Tenggara. Kini, ia ditanam hampir di seluruh kawasan tropika dan subtropika.

Buahnya terkenal sejenis perisa yang penting dalam masakan Melayu seperti mi rebus, mi bandung, dan lain-lain. Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 m tinggi. Limau nipis juga boleh dijadikan air yang menyegarkan untuk diminum semasa hari panas terik. Ia turut dicampurkan kepada air teh o bagi menambahkan kelazatan.

Jus buah limau nipis membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Limau nipis juga mengandungi vitamin A dan vitamin C

KHASIAT LAIN BUAH LIMAU NIPIS

1. Ubat Kurus

Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.


2. Ubat Demam

Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.


3. Ubat Ketiak

Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.


4. Ubat Pening Kepala

Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.


5. Ubat Lelah

Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.


6. Ubat Batuk

Campurkan limau, kicap, dan garam. Amalkan minum setiap pagi dan malam, batuk akan beransur pulih.


7. Ubat Kelemumur

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun bunga raya yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun unbga raya bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.


8. Ubat Wangi Rambut

Ambil beberapa biji limau nipis dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.

.

Sunday, September 22, 2019

PETUA KURANGKAN BERAT BADAN DENGAN BUAH PISANG

Hanya Campurkan Pisang Dengan Minuman MUDAH Ini, Berat Badan Akan Berkurang 1 KG Setiap Malam*


Pisang merupakan buah kegemaran ramai orang kerana kesannya yang begitu banyak dan ajaib. Bagi yang sembelit, yang lagi proses menurunkan badan, yang lagi males makan pasti tak bakal tolak kalau dikasi pisang, betul tak? Selain itu, pisang juga adalah buah yang murah dan mudah diperolehi juga merupakan doktor bagi para orang tak mampu.Kerana kesan yang disebutkan tadi, jadi mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk makan pisang sepanjang tahun. Gak cuma gampang dikupas kulitnya, kaya akan nutrisi dan bahkan rasanya juga maknyus enak.

Pisang mengandungi tryptophan yang boleh diubah menjadi serotonin dalam tubuh manusia, membantu merilekskan tubuhmu, memperbaiki mood seseorang dan bahkan mampu meredakan kemurungan. Dan pastinya kesan yang paling ditunggu-tunggu para wanita, ya, kesan yang paling ketara adalah menurunkan berat badan. Pisang yang dicampur dengan susu soya akan mampu bantu mengurangkan berat badan sebanyak 3 kg setiap malamnya. Selain menurunkan berat badan, campuran kedua-dua bahan ini juga boleh mengatasi sembelit.

CARA MENYEDIAKAN
Pertama, siapkan 1 buah pisang dan susu soya sebanyak 100 ml. Setelah itu, kupas pisang tersebut dan masukkan ke dalam gelas, tuangkan susu soya ke dalamnya. Kemudian gunakan sudu untuk menghancurkan pisang sehingga kedua-dua bahan itu bercampur dengan baik. Minum setiap harinya dengan porsi 1 hari 2 cawan.

Bahkan kamu dapat meminumnya 30 minit – 1 jam sebelum makan malam, ini akan membantu untuk menimbulkan rasa kenyang sehingga kamu gak usah makan kalori dan lemak yang terlalu berlebihan. Ini juga dapat membantu pencernaan dan menambahkan nutrisi yang diperlukan tubuhmu.

Jika kamu sedang tidak nafsu makan, kamu boleh makan pisang yang dicampur dengan madu, ini sama dengan hidangan makan malammu. Apa keuntungannya?

1. Memberikan pengambilan air yang diperlukan tubuh

2. Pengambilan vitamin, mineral dan serat makanan yang mencukupi

3. Kesan antioksida yang membantumu menjaga kesihatan

4. Kaya akan enzim yang boleh mengaktifkan fungsi metabolisme tubuh

5. Memberikan perut waktu rehat untuk tidak bekerja terlalu keras setiap masa

6. Kaya akan gula yang boleh bantu mengawal diet yang tidak sihat.

Resipi cuka pisang sebagai menu diet pisang:

1. Pisang, dipotong tipis 1-2 cm

2. Gula merah

3. Cuka buah / beras

Campurkan cuka buah / beras dengan gula merah di dalam balang kemudian aduk rata. Setelah itu masukkan potongan-potongan pisang di dalamnya kemudian tutup balang dan diamkan selama 24 jam. Selepas, cuka pisangmu sudah boleh dimakan.

Resipi ini berasal dari Jepun. Minum cuka pisang tersebut 3 kali sehari sebanyak 3 sudu makan. Minum secara teratur untuk kesan penurunan berat badan yang kamu dambakan. Jika kamu berbuat demikian dengan teratur maka dalam 1 bulan, anda boleh menurunkan 8 kg berat badanmu.

Cuka pisang ini boleh terus diminum, kamu juga boleh membentangkan dengan air sejuk. Boleh diambil 10 minit sebelum atau selepas makan malam.


Monday, April 29, 2019

TOMATO DAN GULA PUTIHKAN BAJU


Tahukan anda, tomato merupakan bahan pemutihan semula jadi yang sangat kuat. Malahan campuran gula bersama tomato dapat membantu menghilangkan kotoran yang terpalit pada baju putih.

mudah, mula-mula rendamkan campuran gula dan tomato bersama baju putih anda semalaman. Nantikan hasilnya esok pagi,

sekali cuci seperti biasa menggunakan sabun pencuci pakaian dan bilas dengan air. Anda pasti dapat lihat perubahannya.




MANFAAT KULIT PISANG


1. Atasi jerawat.
Jerawat ni sesuka hatiii jek nak keluar. Nak nak bila tengah stress. Dah lah stress, tambah stress lagi kena mikir camana nak ilangkan jerawat tu.

Kerik bahagian dalam kulit pisang tu, sapu rata kat muka. Lebihkan kat bahagian jerawat. Biarkan lima minit. Buat konsisten tiap hari sampai seminggu, untuk hasil yang terbaik.

2. Elak dan kurangi kedutan.
Kadang belum tua muka dah berkedut seribu. Jangan bimbang, kulit pisang to the rescue. Kerik bahagian dalam kulit pisang, campur 1 sdt madu asli. Kacau rata, sapu kat muka. Lebih kan kat bahagian kedutan. Biarkan 15 minit, lap bersih dengan tuala hangat. Buat 3 kali seminggu.

3. Wajah berseri.
Dah tak payah pergi salun kecantikan, tak payah bayar memahal lagi dahh. Gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada muka, tiap malam sebelum tidur. Biarkan semalan, keesokannya bilas dengan air hangat.

4. Keluarkan sel kulit mati.
Gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada muka. Biarkan selama 15 minit, bilas bersih.

5. Hilangkan mata panda.
Campurkan bahagian dalam kulit pisang dengan gel lidah buaya. Sapukan pada eye bag. Biarkan 15 minit. Bilas bersih.

KEBAIKAN BUAH DELIMA UNTUK KSEIHATAN

Buah delima memang terkenal dengan khasiat yang sangat baik untuk tubuh kita.. Di sini ada 10 khasiat dan kelebihan Buah Delima..
1) Memgandungi Zat Besi,kalsium,falforus dan vitamin.
Buah ini mengandungi Zat Besi,Kalsium,falforus,vitamin A dan C.
Sejak Zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat Cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya.

2) Mempunyai Khasiat anti-radang
Dalam Perubatan Cina,biji delima putih mempunyai khasiat anti-radang.Buasir meruapakan satu lagi penyakit yang boleh di rawat dan di lakukan beberapa kali sehingga sembuh.

3) Buah delima mengandungi antioksidan
Buah delima mengandungu antioksidan.Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru,cranbarry serta oren kerana polifena dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.Kerosakkan sela akan menyebabkan pelbagai penyakit kensar dan penyakit jantung.

4) Mencegah Penyakit Jantung
Buah delima dapat melindungi jantung kita . Kajian Proceedings Of the National Academy of Sciences menyatakan jus delima dapat mencegas pengerasan arteri dan penyakit lain seperti Serangan jantung dan Stroke. Buah Delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di anteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompakan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal Of Caraliology menyatakan pesakit koroneri (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama 3 bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1%. Aliran darah menurun sebesar 18%.

5) Menurunkan kadar Kolesterol
Buah delima dapat Menurunkan kadar kolesterol dalam darah.Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (Kolesterol jahat) pada tikus.Hal ini menurunkn kadar LDL dan meningkatkan HDL (Kolestrol baik).

6) Mencegah Kanser
Buah delima dapat mencegah dan mengubati kanser ,Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser. Jus buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sihat.
Buah delima juga dapat mencegah pembetukan sel kanser payudara.

7) Mencegah Alzheimer
Buah delima mungkin mencegah dan memperlambatkan penyakit Alzheimer . Dalam sebuah studio,tikus yang dibiakkan utk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima.Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas2 mental yg lbh baik.

Buah delima Sumber nutrisi
Sebiji buah delima memiliki 40% vitamin C utk orang dewasa,bersama dan ianya juga mengandungi folat,serat,kalium,niasin dan vitamin A dan E.

9) Melindungi Hati dan ginjal
Penelitian terbaru menunjukkan bahawa ekstrak delima mencegah kerosakan ginjal dan menlindungi ginjal dari rancun berbahaya. Selain itu delima juga melindungi hati anda membantu meregenerasi hati yang mengalami kerosakan.

10) Buah delima dapat memberikan Zat menyegarkan badan.
Buah delima dapat memberikan Zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat di hadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin ke dalam perot. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang demam.Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik utk cirit-birit ,anemia ,tekanan darah tinggi dan artitis .Di samping itu ,buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah ia mampu menghilangkan keletihan .

Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima di sarankan utk mgubat cirit -birit,sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.


PETUA SUPAYA KENTANG / UBI TAHAN LAMA

1. Jangan basuh kentang jika belum hendak digunakan lagi. Pembiakan bakteria akan lebih cepat berlaku apabila kentang berair dan lembap. Kesannya, kentang akan cepat membusuk dan lembik.

2. Asingkan kentang dengan bawang merah dan bawang putih. Letakkan kentang dan bawang ke dalam bekas yang berlainan.

3. Tempatkan kentang pada suhu bilik dan elakkan daripada terkena sinaran cahaya matahari.

4. Jangan biarkan kentang terperap dalam guni ataupun plastik selepas membeli, segera keluarkan kentang dan letakkan ke dalam bekas ataupun penapis.

Saturday, April 27, 2019

MANFAAT BUAH MAHKOTA DEWA

Di sini saya ajarkan cara menjadikan herba daripada buah mahkota dewa.

1. Petik buah yang berwarna unggu kemerahan. Ketika inilah kandungan antioksidan di dalam buah mahkota dewa tinggi. Warna buah mahkota dewa yang sesuai untuk petik buah dibuat herba.

2. Belah dua buah mahkota dewa.

3. Buang biji yang ada di dalam buah ini. Biji buah mahkota dewa adalah beracun.

4. Hiris nipis isi buah mahkota dewa.

5. Selerakkan di atas pinggan atau dulang. Jemur hingga kering. Pastikan jemur di bawah tempat teduhan. Tak sesuai dijemur terus pada pancaran cahaya matahari. Sinar UV akan mengurangkan khasiat buah ini.

6. Setelah kering, hirisan boleh disimpan di dalam bekas.


MAKLUMAT PENTING

1. Masukkan dua hingga tiga keping hirisan ke dalam air panas 300 mL.

2. Biarkan dalam 5 minit.

3. Minum

Amalkan minum tiga hari sekali jika anda tidak menghidap penyakit kronik.

Jika anda ada penyakit kronik seperti darah tinggi, kanser, dan kencing manis, amalkan minum sekali sehari. Tingkatkan dos sehingga 10 keping hirisan setelah sebulan minum. Apabila penyakit semakin pulih, kurangkan dos. Dan minum seperti normal iaitu tiga hari sekali. Ini kerana jika terlebih dos boleh mendatangkan keburukan

MANFAAT BUAH MANGGIS

BERIKUT ADALAH BEBERAPA MANFAAT MANGGIS YANG DIPERCAYAI BAIK UTK KESIHATAN MANUSIA :

1. Mengurangkan rasa sakit. Anti-inflamasi yang dapat mengurangkan keradangan, ngilu seperti arthritis yang disebabkan oleh latihan olahraga dan luka ringan.

2. Membantu menjaga kesihatan pembuluh darah, kadar kolesterol, melindungi otot jantung, menurunkan tekanan darah tinggi.

3. Fungsinya dalam memerangi radikal bebas, inflamasi dan juga dapat mencegah sel barah.

4. Meningkatkan tenaga tanpa stimulan. Menjaga kesihatan usus sehingga mampu meringankan diare, sembelit, menstabilkan kesihatan usus normal.

5. Baik digunakan pada kulit dan wajah. Digunakan pada kulit untuk mengubati ekzema, melawan bakteri yang menyebabkan  jerawat dan juga membantu mempercepat penyembuhan luka.

6. Membantu mengatasi infeksi, dari virus, bakteri, hinggalah parasit.

7. Dapat mengurangkan gula darah pada diabetes type II dengan menjadi insulin yang lebih efektif.

8. Melindungi kesihatan otak dan saraf, termasuk membantu mencegah parkinson dan alzheimer.

9. Membantu mengatasi alergi (anti histamin) dan menguatkan antibodi tubuh.

10. Membantu mengawal berat badan dan mengurangi lemak tubuh.