Monday, September 23, 2019

PETUA UNTUK TINGKATKAN DAYA INGATAN

Ingatan difahamkan sebagai kebolehan minda seseorang menyimpan maklumat yang diraih dan menyimpannya agar ia dapat dikelarkan semula untuk kegunaan kemudian. Terdapat dua ketegori ingatan iaitu : 

  • Ingatan jangka pendek: merujuk kepada ingatan yang boleh dicapai semula dalam suatu tempoh yang singkat. Ia dipercayai bergantung kepada suatu isyarat audio bahkan juga visual untuk menyimpan maklumat yang ingin diingati. Ingatan jenis ini dianggarkan mempunyai keupayaan menyimpan maklumat mengenai sebanyak 4 hingga 5 benda;walau bagaimanapun keupayaan sebegini boleh dipertingkatkan lagi melalui pembahagian suatu maklumat yang besar kepada kelompok yang boleh dimuatkan serta dikendalikan (chunking).
  • Ingatan jangka panjang: menyimpan maklumat yang diperolehi secara berterusan dan mempunyai jangka hayat yang lama. Ia juga cenderung menyimpan maklumat yang ada secara tersirat atau semantiknya berbanding dengan ingatan jangka pendek yang lebih menangkap apa yang berlaku dalam persekitaran buat sementara waktu.

Berikut adalah petua untuk meningkatkan daya ingatan :

1. KOPI
Kopi boleh meningkatkan penampilan mental dan memori kerana kopi mampu merangsang banyak daerah dalam otak, dan boleh mengaturnya tetap berjaga, ransangan, mood dan kosentrasi. Mengikut kajian, orang dewasa yang meminum kopi sebelum ujian memori menunjukkan perkembangan yang signifikan dibandingkan mereka yang minum kopi tanpa kafein.

2. LATIHAN MENTAL
Kajian menunjukkan bahawa rangsangan mental boleh menjaga otak sihat dan meningkatkan kekuatan daya ingatan. Orang yang memiliki daya ingatan yang bagus dan cemerlang, cenderung mempunyai pelbagai keinginan dan boleh mengatasi tantangan latihan mental. Latihan mental boleh menggunakan teknik seperti puzzle, teka-teki dan minat pada bidang sosial dan budaya.

3. LATIHAN FIZIKAL
Setengah jam melakukan latihan fizikal sebanyak 3 kali dalam seminggu amat memberi kesan terhadap peningkatan kekuatan otak. Olahraga atau senaman pula boleh memperbaiki kemampuan jantung utk mengepam darah lebih efektif.

4. CHEWING GUM
Mengunyah gula-gula getah boleh meningkatkan denyut jantung sehingga memperbaiki oksigen yang dikirim ke otak dan meningkatkan kekuatan kognitif.

5. GINGKO BILOBA
Ginkgo Biloba digunakan sebagai ubat menguatkan daya ingat sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Ginkgo boleh memperbaiki perjalanan darah ke otak dangan membesarkan pembuluh darah sehingga meningkatkan bekalan oksigen.

6. MINYAK IKAN
Minyak ikan banyak mengandungi asid lemak Omega 3 yang merupakan komponen penting dari membran sel otak dan boleh memperbaiki kekuatan daya ingatan.

No comments:

Post a Comment