Friday, October 27, 2017

KHASIAT PERIA KATAK


Peria katak (bahasa Inggeris: bitter gourd, bitter melon, balsam pear atau balsam apple) ialah pokok menjalar subtropika daripada famili Cucurbitaceae yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan. Pokok ini banyak ditumbuh di Asia Selatan, Asia Tenggara, China, dan Caribbean untuk buahnya yang boleh dimakan dan yang merupakan sayur yang paling pahit di dunia. Tempat asalnya tidak diketahui kecuali pokok ini berasal dari kawasan tropika. Nama botaninya Momordica charantia.

KHASIAT BUAH PERIA KATAK

1.Merawat darah tidak sihat, seperti darah bertoksin, dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.

2. Penyakit taun – Peringkat awal taun boleh dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.

3. Penyakit kencing manis – Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.

4. Tenaga – Selalu minum jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina, di samping mengurangkan masalah tidur yang sering terganggu.
5. Masalah mata – Kandungan beta-karotenenya yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan mata.

6. Membersih dan memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan.

7. Meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit.

8. Penyakit Buasir – Buasir boleh dirawat dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi. Bedak sejuk (paste) yang diperbuat daripada akar pokok peria katak pula boleh dibubuh pada buasir supaya lukanya cepat sembuh,

9. Psoriasis – Selalu minum jus peria katak dapat mengurangkan psoriasis dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan, dan lain-lain.

10. Penyakit gangguan pernafasan – Campurkan jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dapat merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paruyang lain.

11. Toxemia ialah pembersihan darah yang kotor daripada toksin. Jus peria katak ini juga mampu membersihkan hati (hepa) dan dapat mengubat jaundice.


KHASIAT LETUP LETUP



Letup-letup; istilah saintifik (Passiflora foetida) (lain-lain nama: maracuja liar, Buah markisa belukar,[ marya-marya, limau air liar, bunga markisa busuk, love-in-a-mist atau running pop merupakan sejenis pokok dalam golongan bunga markisa, ianya berasal dari barat daya Amerika Syarikat (selatan Texas dan Arizona), Mexico, Caribbean, Amerika Tengah dan banyaknya boleh ditemui di bahagian Amerika Selatan. Ia merupaka spesies baru yang dibawa ke wilayah beriklim tropika dan pantropika, seperti Asia Tenggara dan Hawaii. Buahnya boleh dimakan tetapi tidak dijual secara komersil.

Kegunaan dan Khasiat:

Pokok ini digunakan dalam perubatan sebagai ubat untuk pening , sakit pinggang daN kanser .


Buahnya yang muda boleh dijadikan ulam. Buahnya yang masak dan dijadikanjus boleh digunakan untuk merawat sakit kerongkong.

KHASIAT POKOK BANGUN BANGUN


Bangun-bangun, bebangun, pokok ubat batuk, raja bangun, hati-hati hijau atau sedingin ataupun nama saintifiknya Plectranthus amboinicus / Coeus amboinicus merupakan sejenis herba wangi dan boleh dimakan.

Ia selalunya dimakan sebagai ulam dan juga digunakan sebagai ubat tradisional. Pucuk muda bangun-bangun segar dimakan dengan cecahan seperti sambal belacan, budu, cencaluk atau lain-lain pencecah. Rasanya manis, lemak sedikit pedas serta berangin.

Pokok bangun-bangun atau dikenali juga dengan ati-ati hijau biasa ditanam sebagai ulaman dan penyedap rasa dalam masakan. Pucuk mudanya dijadikan ramuan untuk sambal tempoyak. Ia juga dijadikan ramuan untuk nasi ulam. Bangun-bangun senang membiak melalui keratan batang dan daun. Medium pilihan ialah tanah gembur yang mempunyai pengaliran air yang baik dan terdedah kepada cahaya matahari.

Kegunaan dan Khasiat:
Bangun-bangun terkenal dalam perubatan Melayu dan Cina terutamanya untuk menjadi penawar kepada batuk, mual-mual , sakit kepala dan masalah pencernaan. Caranya sehelai daun bangun-bangun diseduh dengan air panas dan dimasukkan sedikit gula batu sebelum di minum.


Jusnya pula boleh dijadikan ubat untuk asma, batuk dan bronkitis. Daun nya yang dilumatkan dapat menjadi penawar gigitan serangga bisa dan kulit melecur dengan cara menampal daun lumat yang telah menjadi seperti pes pada bahagian yang terlibat.

KHASIAT POKOK KADOK


Pokok Kaduk atau nama saintifiknya Piper sarmentosum merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Daunnya menyerupai pokok Sirih tetapi berbeza dengan pokok sirih, ia bukannya pokok memanjat, tetapi tumbuh di atas tanah.

Merupakan sejenis sayuran tempatan yang mudah ditemui. Tumbuhan ini dikenali sebagai Piper sarmentosum roxb dan berasal dari keluarga Piperaceae.

Air yang direbus dengan akar pokok ini dapat melawaskan kencing. Daunnya mujarab untuk merawat demam malaria dengan minum air rebusannya. Air rebusan ini juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selsema ,sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.

Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

Kaduk ialah sejenis tanaman yang banyak digunakan sebagai perisa dalam masakan melayu seperti masak lemak terutamanya masak lemak udang dan ketam. Kaduk sedap dijadikan ulam jika direbus dan dicicah dengan sambal belacan. Ia mudah ditanam dan hidup subur terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap dan hidup liar. Daun kaduk lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakala bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat. Ia adalah tumbuhan jenis memanjat yang sesuai hidup dikawasan beriklim panas seperti tropika. Kaduk hidup meliar terutama di kawasan teduh, lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah keratan batang.

Kegunaan dan Khasiat:

Merawat penyakit sembelit,sakit gigi,sakit malaria, cacing, lemah dan sakit dalam tulang, batuk dan panau

Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang. Daunnya yang ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara menambal pada bahagian panau tersebut.

KHASIAT POKOK PATAWALI



Pokok Patawali atau juga dikenali sebagai Akar Seruntun, Brotowali, Batang Wali mempunyai nama botani Tinospora crispa (Miers). Pokok ini merupakan pokok menjalir dan terdapat pada pagar-pagar lama dan runtuhan rumah tinggal. Ia mempunyai rasa yang pahit, dan dipercayai dapat memahitkan darah, dengan itu mengurangkan gigitan nyamuk. Oleh itu, ia digunakan dalam perubatan tradisional.

Ianya adalah sejenis pokok menjalar yang mempunyai batang berkerutu dan berdaun lebar. Ianya banyak terdapat menjalar dipagar-pagar dan dikawasan rumah lama yang agak terbiar. Seluruh tumbuhan ini mempunyai rasa yang amat pahit sekali dan selalunya disapu pada payudara untuk memudahkan bayi bercerai susu. Batangnya yang pahit itu mempunyai kandungan air yang tinggi. Tumbuhan ini biasa dijadikan bahan yang dicampur dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional. Bunganya berwarna hijau muda yang mempunyai 6 mahkota yang berupa tunas. Bunganya kemudian akan berubah merna menjadi merah dan putih apabila matang. Buahnya pula berwarna merah muda. Kulit batangnya mengandungi alkaloid dan damar manakal akarnya mengandungi berberin dan kolumbin.

Kegunaan dan Khasiat
Dari segi perubatan, batangnya yang berkerutu adalah bahagian utama yang mengandungi khasiat. Batang Patawali digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinngi, kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea.

Tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka.

Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil jattrorrhizine yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria.

Selain daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera makan. Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat menurunkan suhu panas badan(mengubat demam).

Malah di Filipina tonik ini digunakan untuk mengubat sakit jiwa atau tekanan mental. Air rebusan ini juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-sengal(boleh dicampur dalam minyak urut). Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang. Daunnya digunakan untuk mengubat penyakit siflis.


KHASIAT POKOK GELENGGENG


Pokok Gelenggang adalah sejenis pokok yang terdapat di hutan Malaysia, dan nama botani pokok Gelenggang adalah Cassia alata. Dalam perubatan tradisional, Gelenggang digunakan bagi merawat panau atau kurap.

Gelenggang ialah sejenis pokok renek yang mudah dijumpai dipinggir jalan dan belukar.Pokok ini biasa mencapai ketinggian antara 6 hingga 25 kaki.Ia mempunyai bunga yang berwarna kuning dan dilitupi oleh penutup yang menyerupai lilin sebelum bunganya berkembang. Daunnya berbentuk bilateral dan berlawanan secara simetri,daunya akan tertutup pada waktu malam.Buahnya berada dalam kulit seperti buah kekacang dan bijinya kecil berbentuk bulat.

Kegunaan dan khasiat
Tumbuhan Cassia alata Linn ini boleh mengubati penyakit kulit seperti kurap, kudis dan panau dengan kaedah mengikis permukaan kulit yang dijangkiti. Kemudiannya ramas daunnya bersama minyak tanah dan kapur, lalu digosok pada bahagian yang terkena jangkitan.

Manakala daunnya juga boleh dimakan sebagai ulam bagi merawat sembleit dan digunakan bagi membalut tungku bagi kegunaan selepas wanita bersalin. Tumbuhan ini juga didapati mujarab untuk merawat sembelit, penyakit cacacing serta ulser mulut (seriawan mulut)

Kajian sanitifik mendapati ia mengandungi chrysophanol, emodin, allo-emodin, tannin dan rhein yang bersifat antifungal.


**Amaran, perempuan mengandung, menyusukan akan dan kanak-kanak dibawah umur 6 tahun dilarang menggunakan persediaan ini. Orang yang mengidap penyakit seperti cirit birit atau masalah ulser perut juga dicegah dari menggunakannya. Pengambilan daunnya yang berlebihan boleh mendatangkan kematian, bagi haiwan terutamanya disebabkan keracunan oleh asid krisofonik.

KHASIAT TUMBUHAN SENDUDUK PUTIH


Pokok senduduk merupakan tumbuhan yang tergolong kumpulan rumpai. Ia merupakan salah satu rumpai yang perlu dibasmi dalam amalan pertanian di ladang atau kebun. Terdapat dua jenis pokok senduduk berdasarkan jenis bunganya iaitu ungu dan putih.

Kebanyakan senduduk yang terdapat didalam belukar, atau kawasan terbiar berbunga ungu. Senduduk putih jarang didapati tumbuh secara meliar. Ia hanya tumbuh disetengah-setengah kawasan. Dari segi perubatan tradisional, pokok senduduk putih boleh dijadikan ubat terkena racun atau santau

Merupakan tumbuhan renek yang berketinggian sekitar 1 hingga 1. 5 meter. Namun terdapat juga yang mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tumbuh dikawasan bertanah tinggi seperti Cameron Highland. Daunnya berbentuk ringkas dengan permukaan daun yang agak kesat dan mempunyai bulu halus yang keras. Daunnya mempunyai lebar sekira 2 hingga 5 cm dan mempunyai panjang sekitar 5-7 cm. Berbanding dengan spesis berwarna ungu jenis berbunga putih ini agak sukar dijumpai walaupun tumbuh liar disesetengah tempat. Ia mudah membiak jika menggunakan biji benih berbanding dengan keratan batang. Biji benihnya yang tua memerlukan penjagaan rapi kerana mudah terdedah kepada sejenis kulat yang merosakkannya.

Kegunaan dan khasiat
o Dari segi perubatan tradisional, senduduk putih merupakan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Bunga senduduk putih dikatakan mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama.

o  Ia juga dikatakan dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh bercakap).

o  Daunnya yang tua ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampur dengan air digunakan untuk merawat masalah cirit birit dan berak berdarah.

o   Untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita, dua ranting senduduk putih direbus bersama sedikit gula batu, halia dan daun bonglai untuk diminum air


o Pokok senduduk putih boleh dijadikan ubat terkena racun atau santau. Daun senduduk boleh digunakan

Thursday, October 26, 2017

KHASIAT POKOK KAPALTERBANG


Tumbuhan ini menutupi padang ragut dan kawasan lapang. Tumbuhan ini hidup di dalam pelbagai jenis tanah, walaupun tanah berbatu, tetapi tiak dapat hidup di dalam kawasan pokok tebal di mana kanopinya tertutup sepenuhnya. Kadang kala, pokok ini boleh memanjat, hingga ketinggian 4.5 hingga 6.0 meter

Sifat Asal Pokok Kapalterbang
Keseluruhan pokok ini beracun dan boleh memudaratkan. Bahan aktif keracunan adalah Alkaloid pyrolizidin berserta dengan bahan-bahan ?-pinen, cubebene, 7- dan 9-Angeloylretroneecine, intermedine, riderine dan 3′-acetylrinderine.

Kesan Keracunan boleh menyebabkan kerosakan pada hati terutamanya di kalangan kanak-kanak. Keracunan ini boleh dipindahkan daripada ibu kepada anak dalam kandungan melalui uri. Sintom keracunan dapat dikesan setelah beberapa hari dan biasanya dikesan dengan kejadian sakit perut yang kuat, muntah-muntah dan bengkak hati.

Kegunaan dan Khasiat


Dari segi perubatan tradisional daun dan bunganya boleh dijadikan ubat penahan darah. Ianya mesti digunakan secara luaran sahaja. Boleh juga digunakan sebagai racun serangga.

KHASIAT TUMBUHAN CEKUR


Cekur atau cekur putih atau nama saintifiknya Kaempferia galanga Linn dari keluarga "Zingiberaceae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Cekur adalah tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daun cekur boleh mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu. Batang yang muda biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari.
Rizom cekur mengandungi pati, air, zink, kalsium, kalium, zat besi, minyak atsiri berupa sineol, asid metil kanil dan asid cinnamik, etil aster, borneol, kamphene, paraeumarin, asid anisik, alkaloid dan gam.
Ia popular di kalangan ibu-ibu yang baru bersalin bagi mengeluarkan angin dan menguncupkan rahim. Terdapat juga mereka yang memakannya bagi mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam panas. Ia mempunyai bahan yang dapat bertindak sebagai antibakteria, antifungus dan antikeradangan. Dengan mengamalkan memakannya, ia dapat mencegah sakit, sengal tulang, awet muda dan dapat antioksidan.

Selain itu khasiat lain adalah :
o   Meransang selera
o   Membuang angin
o   Ibu bersalin melancarkan buang air
o   Menghilangkan gatal tekak

o   Mengurangkan bengkak

KHASIAT POKOK KUCING GALAK


Pokok Kucing Galak ("Acalypha indica")atau juga dikenali sebagai pokok Ceka Emas atau pokok Chika Emas. Acalypha indica wujud sepanjang tropik Dunia Silam. Di Afrika ia terdapat di Nigeria di Afrika Barat dan sepanjang Afrika tropika dan kepulauan Lautan Hindi. Ia juga terdapat di India, Asia Tenggara, dan Oceania. Ia telah diperkenalkan di kawasan dunia baru yang memiliki cuaca yang bersesuaian

Kegunaan dan khasiat:

Digunakan dengan meluas dalam perubatan haemopati. Dalam perubatan tradisional tumbuhan ini banyak digunakan untuk mengubati masalah yang mennyerang sistem pernafasan seperti asma, bronkitis dan batuk.Ia juga digunakan untuk menambahkan tenaga batin
Penyakit yang di ubati
1. Disentri
2. Batuk
3. Muntah Darah
4. Pendarahan & Luka Luar
5. Asma
6. Bronkitis

7. Menambahkan Tenaga Batin.

KHASIAT TUMBUHAN GANDARUSA

Ia biasa digunakan untuk mengubat lebam akibat terpukul, tulang patah, rheumatik dan bisul. Cara penggunaannya , untuk tulang patah daunnya yang segar atau kering dikisar hingga lumat dan diampur cuka untuk ditampal pada bahagian yang luka dengan syarat tulang telah berada pada kedudukannya yang betul.
Untuk rheumatik 15-30 g daunnya yang segar direbus hingga mendidih dan airnya diminum.
o  Untuk lebam pula daunnya dilayurkan pada api hingga layu dan ditampal pada bahagian yang lebam.
o Ia juga boleh digunakan untuk menurunkan panas badan, menyembuhkan lumpuh otot muka (selalunya disebabkan oleh minor stroke),sakit
kepala, mata dan telinga.

KHAISAT POKOK EMAS COTEK


Pokok Emas Cotek ataupun Mas Cotek merupakan sejenis pokok herba yang digunakan dalam bidang perubatan Melayu. Dalam perubatan Melayu pokok mas cotek ini dibahagikan kepada mas cotek jantan (berdaun kecil) dan betina (berdaun besar) .

Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltoidea merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya di kalangan pengamal perubatan tradisional. Selain Tongkat Ali dan Kacip Fatimah, Mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan.
Nama mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini. Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltoidea.

Kegunaan dan Khasiat
1.    Selain Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) dan Kacip Fatimah (Labisia pumila), mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan. Antara khasiat dan kegunaannya ialah untuk mengecutkan rahim, merawat masalah wanita, mengekal awet muda.

2. Boleh mencegah dan menyembuhkan penyakit paru-paru berair, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit, melancar peredaran darah , gout dan rawatan sakit kulit, migraine, angina akhmar, memotong kolesterol.

3. Flavonoid . Anti-oksida yang kuat bagi membantu mengekalkan peredaran darah yang sihat dan bertindak sebagai anti-radang dan anti-rival


4.    Tannis - Menegangkan tisu yang kendur, mengeringkan perembesan air yang berlebihan (ciri-birit) dan melindungi tisu rosak seperti ekzema atau melecur

5.  Triterpenoids -  Membantu membuang serta mengeluarkan kahak dan membantu menyerap nutrient



6.  Phenols - Membantu mengurangkan serta menghilangkan bengkak dan bertindak sebagai antiseptik

KHASIAT TONGKAT ALI


Tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumi adalah sejenis tanaman saka yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia. Nama botaninya ialah Eurycoma longifolia daripada famili Simaraubaceae. Tongkat ali juga dikenali sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul, dan setunjang bumi.

Tongkat ali merupakan sejenis tumbuhan yang dikatakan mempunyai bahan bagi membantu lelaki yang menghadapi masalah syahwat.

Tongkat ali boleh mencapai ketinggian sehingga 10 meter di dalam rimbunan hutan tanah rendah. Biasanya, daunnya rimbun pada hujung batang. Kebanyakan pokok ini tidak bercabang. Jikapun bercabang, ia terlalu sedikit, iaitu satu atau dua cabang sahaja. Bunganya tersusun padat pada tangkai yang bercabang keluar dari pangkal daun.

KHASIAT TONGKAT ALI
1.    Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan penggalak seks. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras testosterone (hormon yang diperlukan untuk fungsi kelelakian).


2.     Secara tradisi ia digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan. Antaranya, termasuk pening kepala, luka-luka, kurap, disentri, bengkak, kelenjar, antileukemik, antitumor, antiviral, antifidan, insektisidal, antiamebik, antimalaria dan antiradang.Kandungan kimia tongkat ali yang penting dalam industri ialah; eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akar. Maklumat lebih terperinci mengenai hal ini sedang diselidiki. 

KHASIAT KACIP FATIMAH


Kacip fatimah ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia, dan nama botaninya ialah Labisia pumila. Dalam kegunaan tradisional, kacip fatimah digunakan untuk mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual seperti tongkat ali.



KHASIAT KACIP FATIMAH

o   Air rebusan kacip fatimah terutama bahagian akarnya diminum untuk tujuan rawatan. Dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu, penggunaan kacip fatimah terkenal dalam merawat wanita yang baru lepas bersalin.

o   Selain daripada itu juga, keseluruhan pokok ini juga boleh dijadikan debu dan digunakan untuk rawatan buasir dengan cara menyapu pada bahagian buasir yang keluar.

o   Ia juga digunakan untuk mengubati sakit dalam tulang dan meroyan.

o   Ia juga digunakan untuk merawat PCOS.Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) merupakan sejenis penyakit sistem reproduksi wanita akibat ketidakseimbangan hormon dalam badan. Ia memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.

o Mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin.

o   Membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.

o Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita.

o   Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

o   Merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism), Gonorrhea.

KHASIAT ULAM RAJA


Pokok Ulam Raja (nama lain: Pokok kenikir) merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.

Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.

Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.

Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.

KHASIAT ULAM RAJA
1.    Ulamnya yang digelarkan "ulam raja" telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang.

2.   Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja.

3. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.

4.    Memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah dari bahan toksid.

5.    Ia juga dikatakan dapat menguatkan tulang.


6. Klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat terencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.

KHASIAT POKOK MISAI KUCING


Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.

Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berasa licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun bergerigi. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ia boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat.

KHASIAT MISAI KUCING

1.  Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.

2.   Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang.

3.  Mengikut kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

4. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan.

5. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing.

6. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden.

7.    Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah),


8. Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.