JANTUNG
Jantung atau dalam bahasa Inggeris
dikenali sebagai heart (Latin, cor) merupakan organ berongga yang berfungsi
mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang
berulang-ulang. Istilah kardium bermaksud berkaitan dengan jantung, berasal
dari perkataan Greek kardia untuk "jantung".
TANDA TANDA PENYAKIT JANTUNG
|
SEKADAR HIASAN |
APAKAH SERANGAN JANTUNG?
Serangan jantung terjadi apabila aliran
darah ke bahagian otot jantung tersumbat, sekiranya aliran darah ini tidak
dipulihkan dengan cepat, bahagian otot jantung menjadi rosak kerana kekurangan
oksigen dan boleh menyebabkan kematian. Meskipun peranan jantung merupakan pam
darah beroksigen ke seluruh badan, otot jantung juga memerlukan bekalan oksigen
yang dibekalkan oleh arteri koronari.
Menurut US National Heart Lung and
Blood Institute serangan jantung sering terjadi akibat dari satu keadaan yang
disebut Penyakit Arteri Koronari. (CAD). Penyakit ini terjadi akibat
pengumpulan lemak bertahun-tahun sejak kita mula berumar 10 tahun yang
dipanggil plak yang terkumpul di bahagian dalam arteri koronari (arteri yang
membekalkan darah dan oksigen ke jantung), pengumpulan plak yang berterusan ini
akan membentuk darah beku, sekiranya bekuan itu makin membesar, maka ianya akan
menghalang penghantaran darah beroksigen ke bahagian otot jantung seterusnya
otot jantung gagal berfungsi kerana kekurangan oksigen (oksigen amat diperlukan
oleh sel untuk menjalankan respirasi sel). Sesiapa sahaja terdedah mendapat
serangan jantung, sekiranya tiada unsur pencegahan dilakukan besar kemungkinan
seseorang mendapat serangan jantung.
TANDA TANDA SAKIT JANTUNG
Pada zaman ini, penyakit jantung adalah
pembunuh utama. Setiap saat yang berlalu ketika pesakit tersebut mengalami
sakit jantung, adalah amat berharga. Oleh itu, ketahuilah tanda tanda sakit
jantung yang mungkin boleh menjadi penentu di antara hidup atau mati. Ini
sumber dari Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar, DBKL.
LIDAH / GUSI BENGKAK
Lidah atau gusi menjadi bengkak atau
sakit – berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, injap
jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
TERASA KEBAS TANGAN KIRI DAN JUGA
LENGAN Jika sakitnya berpanjangan pada lengan
tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa
terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)
LIDAH TERASA TEGANG DAN
PENDEK
Rasa seronok teruja atau rasa bimbang
tiba-tiba tanpa sebab.
Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit
ke sebelah kiri) – biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda
berat.
RAHANG TIDAK SELESA
Antara tanda tanda sakit jantung yang
sangat jelas adalah ketidakselesaan atau sakit di bahagian rahang anda. Anda
mungkin boleh rasa ketegangan di dalam dan di sekitar bahagian bawah rahang
pada salah satu atau kedua-dua belah bahagian. Ketidakselesaan ini boleh
merebak dari dada ke rahang anda.
LEHER RASA TERBAKAR
Mereka yang pernah alami sakit jantung menggambarkan
ketidakselesaan di bahagian leher seperti tercekik atau perasaan terbakar di
dalam leher. Ketidakselesaan ini boleh merebak dari dada atau bahu ke leher
anda.
SAKIT DI BAHU
Antara tanda tanda sakit jantung yang
seterusnya adalah ketidakselesaan atau sakit di dalam atau di sekeliling salah
satu atau kedua-dua belah bahu anda. Ia digambarkan seperti sakit biasa, berasa
berat atau tekanan yang merebak dari dada ke bahu.
RASA BERAT DI BAHAGIAN DADA
Seterusnya, tanda tanda sakit jantung
yang lain ialah apabila terasa sedikit berat, tegang atau tekanan di bahagian
tengah dada. Sakit yang dirasa begitu teruk sehingga anda boleh merasa tidak
sihat. Walaubagaimanapun, sakit dada seperti perasaan tajam dan dicucuk-cucuk
kebiasaannya bukanlah antara tanda tanda sakit jantung.
SAKIT BELAKANG
Sakit belakang juga merupakan di antara
tanda-tanda bagi mereka yang megalami sakit jantung. Biasanya sakit itu dirasai
di antara kedua-dua tulang belikat anda dan boleh merebak dari dada ke bahagian
belakang anda.
TIDAK SELESA PADA LENGAN
Ketidakselesaan atau sakit di salah
satu atau kedua-dua belah lengan juga merupakan tanda-tanda sakit jantung.
Ketidakselesaan ini boleh merebak dari dada ke lengan anda.
RASA LETIH
Merasa letih yang amat sangat juga
dialami oleh sesetengah orang yang berdepan dengan risiko sakit jantung. Mereka
memberitahu yang mereka sukar untuk melakukan aktiviti yang senang, seperti
berjalan ke bilik air atau mengambil segelas cawan untuk minum.
Elakkan aktiviti bersukan yang berat.
Jangan tidak tahu, ada yang meninggal dunia kerana main futsal buat pertama
kali. Jangan sesekali abaikan tanda tanda sakit jantung seperti ini.
RASA LOYA
Selain daripada itu, anda juga mungkin
mengalami loya atau tidak sihat untuk tempoh yang lama. Anda juga mungkin
berasa pening di samping tanda-tanda sakit jantung yang lain. Peluh yang sejuk
atau peluh jantan juga mungking dapat dirasai. Dan akhir sekali, anda mungkin
berasa seperti semput atau alami kesukaran bernafas. Ia boleh digambarkan
dengan seseorang yang perlu menarik nafas yang panjang disebabkan dada terasa
seperti ketat atau sempit.
LAIN LAIN TANDA
1. Daripada sakit dada rasa sakit mula
merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang
2. Rasa tidak selesa pada dada seperti
dipam angin penuh atau rasa pedih.
3. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan
atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
4. Rasa kepala berpusing tidak
seimbang.
5. Rasa keletihan sepanjang masa.
6. Rasa meloya dan tidak ada selera
makan.
7. Degupan jantung tidak menentu.
8. Nafas terasa pendek.
9. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun
sedang duduk rehat atas kerusi.
10. Membengkak pada bahagian seperti
sendi-sendi di kaki atau abdomen.
11. Saat-saat paling hampir pada
serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.
12. Walaupun sakit dada atau
ketidakselesaan adalah simptom utama dan tanda tanda sakit jantung, sesetengah
orang mungkin tidak alami sebarang sakit dada. Ada juga yang alami sedikit
sakit di bahagian dada sahaja. Ada yang alami satu sahaja simptom, tidak kurang
juga ramai yang alami beberapa simptom yang membuktikan serangan jantung sedang
berlaku. Kami terangkan dengan lebih lanjut lagi.