Sunday, September 22, 2019

PETUA MENCEGAH KEPUTIHAN

🌸Hindari penggunaan sabun, gel dan sebagainya. Hanya gunakan air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan pencuci khas yang mempunyai pH3.8-4.2

🌸Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj Krn ianya boleh mengganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan

🌸Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama

🌸Hindari dari memakai bedak di kawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang

🌸Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan penggunaan yang terlalu lama
Gunakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan.

🌸Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana ini akan memudaratkan keadaan.

🌸Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt, sayuran hijau,bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma lain.

No comments:

Post a Comment