Sunday, September 22, 2019

KHASIAT DAUN KUCAI

Kucai (Tulisan Jawi:كوچاي) adalah dari gugusan tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam untuk tujuan hiasan (ia berbunga) dan sebagai sayuran. Tanaman ini mengambil sedikit ruang dan boleh dimakan keseluruhanya (dari pucuk sampai bawangnya). Jika bunganya tak dicantas ia sesuai untuk dijadikan hiasan pinggan dengan bunganya yang berwarna ungu. Variasi kucai yang popular adalah Kucai Cina yang mempunyai haruman seakan bawang putih pada daunnya. Bunganya pula berwarna putih.

Kucai boleh hidup di atas banyak jenis tanah. Terbaiknya adalah di atas tanah yang agak dalam dan dipenuhi dengan kompos dan bahan organik. Kucai tidak perlu banyak dibaja semasa pembesarannya, sekiranya tanah tadi mempunyai bahan kompos dan organik yang baik..


1. UBATI SAKIT TEKAK & SAKIT PERUT
Kucai dipercayai mampu melegakan sakit tekak. Ia juga mampu melegakan kesakitan perut yang ringan.

2. ELAK SERANGAN JANTUNG
Kucai dikatakan mampu melindungi diri daripada penyakit jantung, strok dan juga mampu membantu tubuh menentang bakteria yang menyebabkan penyakit.

3. MEREDAKAN SENGGUGUT
Kucai juga mampu mengubati senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit. Selain daripada itu, herba ini juga dikatakan mampu meningkatkan kebolehan tubuh mencerna lemak.

4. MERANSANG SELERA MAKAN
Kucai diaktakan mampu merangsang selera makan. Selain itu ia dikatakan boleh membersihkan hidung tersumbat, mengurangkan kembung dan mencegah nafas berbau.

5. EJEN ANTISEPTIK
Kucai bertindak sebagai bahan antiseptik untuk membunuh bakteria jahat yang terdapat dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus.

6. SUMBER VITAMIN C
Kucai mengandungi vitamin c yang mampu mencegah selsema dan berupaya mempercepatkan penyembuhan dengan cara membantu tubuh mengeluarkan mukus/lendir. Ini adalah sebatian sulfur dalam kucai adalah ekspektoran (perembes kahak) semulajadi.

7. MENURUNKAN TAHAP KOLESTROL
Penyelidikan saintifikmenunjukkan bahawa kucai mampu merangsang tubuh mencerna lemak. Oleh yang demikian, pengambilan kucai secara kerap mampu membantu merendahkan tahap kolesterol dalam darah.

No comments:

Post a Comment