Penyakit
(Tulisan Jawi: ڤڽاكيت) adalah keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan
ketidakselesaan, disfungsi, atau tekanan/stres kepada orang yang terbabit atau
berhubung rapat dengannya. Kadang kala istilah ini digunakan secara umum untuk
menerangkan kecederaan, kecacatan, sindrom, simptom, keserongan tingkah laku,
dan variasi biasa sesuatu struktur atau fungsi, sementara dalam konteks lain
boleh dianggap sebagai kategori yang boleh dibezakan.
Terdapat
pelbagai jenis penyakit yang mengancam manusia. Penyakit ini boleh disebabkan
oleh kuman, bakteria, virus, racun, kegagalan organ berfungsi, dan juga oleh
penyakit baka/keturunan.
Salah satu penyakit yang sering menyerang mereka yang berumur ialah sakit badan atau lenguh badan. Berikut adalah petua untuk merawat lenguh badan
BAWANG
MERAH
Ambil 7 ulas bawang merah dan
ditumbuk. Masakkan dengan kira-kira enam camca besar minyak kelapa asli dan
goreng hingga bawang itu menjadi hitam. Gunakan minyak itu untuk menggosok di
sendi-sendi yang sengal itu.
HALIA
Ambil dua ketul halia kira-kira 10
cm, sebiji telur ayam kampung dan madu lebah kira-kira 2 camca teh. Halia
diparut dan ditumbuk, dibubuh sedikit air dan kemudian diperah, ambil airnya
dan bubuh dalam gelas. Masukkan madu dan kuning telur lalu dibancuh hingga
sebati. minumlah dua kali sehari. Insyaallah sembuh.
LADA HITAM
Lada hitam kira² dua puluh biji
ditumbuk hingga menjadi serbuk. Bubuh sedikit minyak kelapa dan minyak kayu
putih. Gosokkan pada sendi-sendi yang lenguh itu.
DAUN
LENGKUAS
Daun lengkuas kira² lima helai,
daun serai wangi tiga helai, dau kunyit lima helai dan daun jerangau lima helai
lalu direbus semuanya dalam satu periuk dengan airnya kira-kira dua gelen.
Gunakan air itu untuk mandi pagi dan petang.
Berurut juga perlu untuk melegakan
lenguh badan. Jangan lupa untuk bersenam juga ye. Begitulah antara beberapa
petua mudah untuk melegakan lenguh-lenguh badan.
No comments:
Post a Comment