Friday, September 27, 2019

KHASIAT SAYUR TAUGEH

Tauge atau kecambah ialah anak benih yang baru bercambah dan menjadi sejenis sayuran yang popular dan boleh dimakan mentah atau sesudah masak. Disamping itu, ianya bersih daripada racun kulat atau serangga, dan mempunyai vitamin A dan C dan sumber kalsium yang tinggi.


Walaupun ada pelbagai jenis tauge, di Malaysia hanya terdapat dua jenis tauge yang utama dan biasa digunakan dalam masakan harian iaitu tauge halus dan tauge kasar.

Cara penghasilannya adalah mudah dan bersih jikalau langkah-langkah tertentu diambil dan diawasi. Tauge dicambah dengan mengalirkan air pada biji benih selama beberapa minit dalam beberapa kali sehari sehinggalah tauge mencapai tahap matang yang dikehendaki. Tahap matang tauge berbeza mengikut pasaran tempatan. Tauge biasanya dijadikan dalam ramuan bahan makanan penduduk Asia dan kini menjadi pilihan juga bagi masyarakat Barat.  Tahukah anda terdapat 6 khasiat tauge yang baik yang ramai tak tahu.. Antaranya:

1. Cegah Kanser

2. Baik Untuk Wanita

3. Lebih Subur

4. Kurangkan Lemak

5. Buang Kotoran

6. Lebih Muda


CEGAH KANSER

Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.


MENCEGAH KERAPUHAN TULANG

Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

 

MENINGKATKAN KESUBURAN

Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

 

KURANGKAN LEMAK

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau ‘lemak jahat’ LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.


BUANG KOTORAN

Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.


LEBIH MUDA

Taugeh juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.             

No comments:

Post a Comment