Kubis bunga (Jawi: کوبيس بوڠا) adalah salah satu daripada beberapa sayur-sayuran dalam spesies Brassica oleracea, dalam famili Brassicaceae. Ia adalah satu tumbuhan tahunan yang dibiakkan dengan benih. Biasanya, hanya kepala (berupa dadih putih) yang dimakan. Kepala kubis bunga terdiri daripada jambak meristem putih. Kepala kubis bunga menyerupai brokoli, yang berbeza dalam mempunyai tunas bunga. Sayur-sayur turunan Brassica oleracea juga termasuk brokoli, kubis brussel, kubis, kailan, dan kubis kerinting, walaupun mereka adalah berbeza kumpulan kultivar.
Diet karbohidrat rendah boleh menggunakan kubis bunga sebagai pengganti yang munasabah bagi kentang atau nasi; di samping kubis bunga boleh menghasilkan tekstur atau rasa mulut yang sama, ia tidak mempunyai kanji yang asal. Seperti kekacang tertentu (termasuk kacang kuda), ia boleh dibuat menjadi tepung dan membentuk makanan seperti piza atau biskut. Bunga kubis mempunyai banyak khasiat antaranya seperti berikut :
MENGATASI MASALAH USUS
Kubis bunga kaya dengan serat yang baik untuk kesihatan usus.Sesiapa yang menghadapi masalah berkaitan usus bolehlah amalkan memakan bunga kubis untuk mengatasi masalah tersebut.
KURANGKAN RISIKO KANSER PROSTAT
KURANGKAN PARAS GULA DALAM DARAH
TURUNKAN PARAS KOLESTROL
Amalkan memakan kubis bunga. Anda boleh memakannya dengan nasi atau dijadikan jus. Saya sarankan siapa siapa ada masalah kolestrol cubalah kerap makan bunga kubis ni.
ANTIRADANG
Kandungan vitamin K di dalamnya bersifat antiradang. Makan bunga kubis secara teratur akan memastikan perjalanan darah yang sihat kerana ia membantu menjaga pembuluh darah. Oleh itu, risiko strok kepada pesakit jantung dapat dikurangkan.
MENGUATKAN SISTEM IMUN
SESUAI UNTUK DIET
Diet adalah dengan mengurangkan makanan berkanji seperti nasi. Justeru, bunga kubis merupakan pilihan yang paling baik kerana ia rendah karbohidrat dan tidak mengandungi zat tepung. Malahan, ia berkesan untuk menurunkan berat badan.
SESUAI UNTUK WANITA HAMIL
Semasa proses kehamilan, wanita digalakkan makan bunga kubis yang kaya dengan folat, vitamin A, B dan C. Ia sangat baik untuk kesihatan janin dalam kandungan.
MENCEGAH SEMBELIT
Bunga kubis kaya dengan serat yang boleh dijadikan tonik untuk usus bagi melancarkan pembuangan pembuangan najis. Jika anda ada masalah sembelit, minumlah jus bunga kubis.
SESUAI UNTUK GOLONGAN
Vitamin dan mineral yang terdapat di dalam kubis bunga membantu menguatkan sendi dan tulang sejak dari zaman muda lagi. Selain itu mampu menguatkan minda dan ingatatan dan mengelakkan masalah nyanyuk dalam usia yang terlalu cepat.
KEBAIKAN UNTUK LELAKI
Kelebihan kubis bunga untuk lelaki ialah kesan yang baik terhadap libido. Malahan, ia dapat mengekalkan stamina dan kecergasan.
No comments:
Post a Comment