Friday, September 10, 2021

KHASIAT DAUN KESUM

Kesum (Polygonum minus) adalah sejenis tumbuhan herba dari keluarga Polygonaceae yang terdapat di Malaysia dan negara yang beriklim tropika. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Vietnam. Ia digunakan sebagai ulaman dan bahan untuk masakan seperti Asam Pedas dan juga Laksa Penang. Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan tanah lembab dan berair seperti di tepi kolam, tepi parit dan juga di kawasan kebun keliling rumah kampung (selalunya di tepi bilik air). Daun kesum merupakan bahagian yang paling banyak digunakan terutamanya dalam masakan. Ia akan menghasilkan rasa masam lemak dan aroma yang cukup menyelerakan setelah dicampurkan dalam masakan. Nama lain bagi kesum adalah seperti Chinese Knotweed (English), Duo mao lio (China), Surudo kudami (Jepun). Walau bagaimanapun ianya adalah spesis yang lain dari Kesum di Malaysia.

Bunga kesum mempunyai 4 kelopak berwarna putih keunguan dengan ditengahnya terdapat stigma dan filamen yang juga berwarna putih dan sedikit keunguan. Saiz bunga kesum sangat kecil. Ia tumbuh pada bahagian pucuk terutama pada pokok yang telah berumur lebih dari 4 bulan dan yang menerima 80-100% cahaya matahari. Buah kesum jarang sangat kecil dan hanya boleh dilihat jika diperhatikan dengan betul-betul.

Antara kebaikan kesum termasuklah 

  • Menguatkan daya penglihatan
  • Mengatasi masalah kembung atau ketidakhadaman
  • Mengharumkan tubuh
  • Mengatasi masalah keputihan
  • Baik untuk wanita lepas bersalin
  • Menghilangkan panau – Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh
  • Mengekalkan stamina, mengekalkan kesihatan dan awet muda – Makan pucuk daun kesum sebagai ulam setiap kali makan nasi.
  • Mengharumkan tubuh
  • Bagi wanita lepas bersalin – anda bolehlah cuba merebus daun ini dan minum air rebusannya ketika suam.
  • Air rebusannya juga boleh diminum untuk merawat masalah keputihan.
  • Tonik hati, buah pinggang dan darah
  • Mengeluarkan angin dari perut dan usus.
  • Merangsang dan melawaskan pembuangan air kecil dan pembuangan air besar,
  • Membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, sebagai stimulan serta merangsang haid.
  • Ubat Gout/radang sendu.
  • Merawat radang sendi
  • Melegakan batu karang.
  • Masalah kelemumur – Jus yang dihasilkan melalui perahan daunnya pula dikatakan boleh merawat masalah kelemumur, menghitamkan rambut
  • ubat kudis 



KHASIAT CEKUR

 Cekur atau cekur putih atau nama saintifiknya Kaempferia galanga Linn dari keluarga "Zingiberaceae", ialah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Cekur adalah tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daun cekur boleh mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu. Batang yang muda biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari.

Rizom cekur yang dikupas kulit, ditumbuk bersama cili lalu dimakan bersama nasi. Pucuk muda cekur pula dimakan mentah atau dicelur dan kemudian dicecah dengan cecahan seperti sambal belacan, budu, cencalok ataupun pencecah yang lain. Pucuk yang dihiris halus boleh dimasukkan ke dalam masakan seperti nasi kerabu, nasi ulam dan kerabu. Rasanya sedikit pedas dan rangup serta wangi apabila dimakan

Rizom cekur mengandungi pati, air, zink, kalsium, kalium, zat besi, minyak atsiri berupa sineol, asid metil kanil dan asid cinnamik, etil aster, borneol, kamphene, paraeumarin, asid anisik, alkaloid dan gam. Ia popular di kalangan ibu-ibu yang baru bersalin bagi mengeluarkan angin dan menguncupkan rahim. Terdapat juga mereka yang memakannya bagi mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam panas. Ia mempunyai bahan yang dapat bertindak sebagai antibakteria, antifungus dan antikeradangan. Dengan mengamalkan memakannya, ia dapat mencegah sakit, sengal tulang, awet muda dan dapat antioksidan


8 Manfaat Kencur dan Cara Membuatnya...


KHASIAT KENCUR UNTUK UBATI BATU KARANG

  • Siapkan dua rimpang kencur, cuci sampai bersih
  • Dihaluskan dengan cara diparut
  • Campur dengan 1 gelas air panas
  • Campyrkan sampai rata, kemudian saring ambil airnya
  • Tambahkan sedikit garam dapur
  • Minum ramuan tersebut sampai habis.
  • Lakukan perawatan tersebut satu kali sehari

 

KHASIAT KENCUR UNTUK MENGUBATI PERUT MEMULAS ATAU SAKIT PERUT

  • Ambil satu rimpang kencur
  • Cuci sampai bersih
  • Parut kencur yang sudah kita bersihkan tersebut
  • Tambahkan dua senduk makan air masak dan sedikit garam
  • Saring ambil airnya
  • Minum air ramuan tersebut
  • Lakukan perawatan tersebut 2-3 kali sehari
  • Campur rimpang kencur tersebut kesegenggam beras yang sudah direndam air
  • Tumbuk sampai halus kedua ramuan tersebut
  • Balurkan atau oleskan pada bagian tubuh yang keseleo

 

KHASIAT KENCUR UNTUK OBATI PENYAKIT DIARE

  • Siapkan dua rimpang kencur
  • Dua siung bawang merah
  • Tumbuk sampai halus kedua ramuan tersebut
  • Bungkus kedua ramuan yang sudah kita tumbuk tersebut dengan daun pisang
  • Bakar beberapa saat (jangan sampai gosong, hanya hangat)
  • Balurkan atau oleskan ramuan tersebut kebagian perut

 

KHASIAT KENCUR UNTUK OBATI RADANG LAMBUNG

  • 2 rimpang kencur sebesar ibu jari dikuliti sampai bersih dan dikunyah.
  • Di telan airnya, ampasnya di buang,
  • kemudian minum 1 gelas air putih dan diulangi sampai sembuh.


KHASIAT DAUN PEPIJAT

Pokok Pepijat atau nama saintifiknya Elettariopsis curtisii merupakan sejenis pokok herba yang tergolong dalam famili Zingiberaceae. Tumbuhan lain yang termasuk dalam famili ini adalah seperti kunyit ( Curcuma longa ) dan halia (Zingiberofficinale). Kebiasaannya, tumbuhan di dalam famili Zingiberaceae mempunyai rizom atau umbisi yang boleh digunakan samada dalam perubatan herba atau dalam masakan.

Daun herba cemomok atau juga  dikenali sebagai daun pepijat, mungkin agak kurang popular kerana baunya kurang enak jika dihidu seakan serangga pepijat. Namun begitu terkenal dengan pelbagai khasiatnya. Anak pokok ini dalam keluarga  Zingiberacea iaitu  merupakan tumbuhan yang tergolong dalam keluarga halia.

Pokok cemomok hidup subur di kawasan yang udaranya lembab, tanah yang lembab dan mendapat naungan yang sepenuhnya dari tumbuhan lain. Daunnya seakan-akan daun kunyit. Bunganya berwarna putih. Bau pijatnya akan bertukar menjadi satu aroma yang amat menyelerakan bila dimasak. Aromanya lagi bangkit apabila daun yang kering digunakan dalam masakan. 

Antara jenis masakan yang menggunakan daun pepijat ialah masak lemak cili api ayam dan ikan sungai dan gulai asam rong. Kepada sesiapa yang gemar mencuba, boleh juga cuba buat sambal pijat. sambal ini amat popular di daerah Jeli, kuala krai dan Gua Musang di kelantan. Pendek kata kalau kenduri kendara di sana memang tidak sah kalau tidak dihidangkan sambal pijat. sambal pijat menggunakan ramuan seperti cili api, isi ikan yang direbus (kadang-kadang tidak dimasukkan), isi pepijat.

Dari segi kegunaan perubatan pula, daunnya dijadikan pembalut tungku untuk rawatan selepas bersalin. Juga dijadikan campuran dalam air mandian selepas bersalin dan semasa dalam pantang. Fungsinya untuk membuang angin dalam badan. Kajian saintifik sedang dijalankan untuk mengkaji potensi minyak pati daun dan akarnya untuk menjadi agen anti bakteria.