Halia (nama botani: Zingiber officinale
Roscoe) merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa
dalam masakan. Tanaman ini dipercayai berasal dari China dan kemudian merebak
penggunaannya ke India, Asia Tenggara, Afrika Barat dan Caribbean.
Antara negara yang banyak mengeluarkan halia
ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia
boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal
atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, pokok getah dan kelapa sawit.Halia
juga dikenali sebagai ginger (bahasa Inggeris), jahe, aliah, jae, sipadeh, lia
(Indonesia), dan kinkh atau khing-daen (Thailand). Kegunaannya sebagai ulam
adalah dengan menghiris rizom muda atau dilecek bersama sambal belacan dan
dimakan bersertakan nasi. Rasanya sedikit pedas dan lidas.
KHASIAT HALIA
1. HALIA MENGEKALKAN PEREDARAN DARAH NORMAL.
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu
untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan
peluh berlebihan.
2. MEMULIHKAN MABUK DALAM PERJALANAN.
Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang
dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian
kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.
3. MENINGKATKAN PENYERAPAN NUTRIEN DALAM USUS.
Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting
dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan
enzimHal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu
penyerapan nutrien.