Sunday, September 22, 2019

PETUA MENINGKATKAN PENGHADAMAN

Pencernaan atau penghadaman ialah pemecahan makanan secara mekanik dan kimia kepada komponen-komponen yang lebih kecil dan mudah diserp ke dalam salur darah, sebagai contoh. Pencernaan ialah satu bentuk katabolisme, iaitu pemecahan molekul makanan yang besar kepada yang lebih kecil. Apabila makanan memasuki mulut, pencernaan bermula dengan proses pengunyahan, iaitu sejenis pencernaah mekanik, dan persentuhan dengan ludah. Ludah yang dirembeskan oleh kelenjar ludah mengandungi enzim amilase ludah yang memulakan pencernaan kanji dalam makanan.

Setelah menjalani pengunyahan dan pencernaan kanji, makanan bertukar menjadi bentuk gumpal buburan yang kecil dan bulat iaitu bolus. Kemudian, bolus menuruni esofagus ke dalam perut menerusi tindakan peristalsis. Jus gastrik dalam perut mula mencerna protein. Jus gastrik terdiri daripada asid hidroklorik dan pepsin. Oleh sebab dua bahan kimia ini boleh mengakis dinding perut, mukus dirembeskan oleh perut untuk membentuk lapisan melekit yang bertindak sebagai pelindung daripada kesan kakisan bahan-bahan kimia tersebut. Pada masa yang sama, pencernaan protein sedang dijalankan, pencampuran mekanik berlaku secara peristalsis iaitu pengecutan otot berulang-ulang yang bergerak di sepanjang dinding perut. Ini membolehkan gumpalan makanan untuk bercampur lagi dengan enzim-enzim pencernaan


1) Makan dalam keadaan tenang.

2) Beri masa untuk kita makan, jangan sama sekali makan terburu buru atau gelojoh.

3) Kunyah makanan sehingga benar benar lumat, barulah ditelan.

4) Makan jangan terlalu kenyang, dan jangan disulami dengan kerap meminum air.

5) Makan apabila terasa lapar, itu pun kalau perut terasa lapar ketika dalam waktu makan yang sebenarnya. Jika perut terasa lapar tetapi bukan dalam waktu makan tidak perlu makan.

6) Lebih kerap mengambil makanan yang mudah dihadamkan atau tidak perlukan penghadaman seperti bubur, madu, glukos, yogut dan lain lain.

7) Kurangkan makanan yang lambat hadam seperti lemak, protein dan karbohidrat.

No comments:

Post a Comment