Dalam ekonomi, barang tahan lama merupakan barang dengan kegunaan
yang tidak cepat habis atau tahan dalam jangka waktu yang lama dibandingkan
dengan barang yang hanya dikonsumsi dalam penggunaan sekali.
Contoh barang tahan lama seperti kereta, mainan, alat rumah
tangga, peralatan olahraga ataupun barang lainnya yang bertahan selama tiga
tahun.
Di sisi lain, barang tidak tahan lama merupakan barang dengan
kegunaan yang habis sekali pakai atau dikonsumsi dan juga biasanya memiliki
masa hidup kurang dari tiga tahun.
Contoh barang tidak tahan lama seperti rokok, gas, pakaian,
kertas, makanan, dan plastik.
Terdapat juga perbezaan keduanya iaitu barang tahan lama dapat
dibeli maupun disewa, sebaliknya barang tidak tahan lama secara umum biasanya
tidak untuk disewa. Pembelian barang tahan lama jatuh dalam kategori investasi
permintaan barang dan barang tidak tahan lama jatuh dalam kategori konsumsi
permintaan barang.
Bgaimana pula dengan makanan? Sering kali kita menghadapi masalah
untuk menyimpan makanan di rumah kerana tidak bertahan lama. Apatah lagi, tidak
semua orang mempunyai masa untuk ke kedai setiap hari semata-mata mahu membeli
barang untuk memasak.
Jadi, kita kena tahu cara tepat untuk menyimpan makanan di rumah,
supaya tahan lebih lama. makanan berikut jika disimpan dengan kaedah berikut
akan lebih lama, tidak basi, layu, atau rosak.
1. BALUT DAUN SALAD DENGAN TISU
Ia akan membuatkan salad lebih segar dan rangup, sehingga seminggu
lamanya. Ini kerana kelembapan yang berlebihan, akan terserap masuk ke dalam
tisu.
2.BEKUKAN SUSU SELAMA BEBERAPA MINGGU
Dah beli susu dengan banyak, tetapi tiba-tiba kena outstation,
atau balik kampung. Jangan risau, kerana anda boleh sahaja bekukan susu untuk
ia bertahan lebih lama. Tetapi, perlu menuang sedikit susu tersebut, untuk
memberi ruang di dalam botol susu tersebut. Namun, tidak lebih dari 4 ke 6
minggu, jika disimpan dengan cara ini.
3. DAUN BAWANG LEBIH SEGAR
Daun bawang yang ada bersama dengan akarnya, lebih baik disimpan
di dalam gelas berserta dengan air. Ia akan membuatkan daun bawang lebih segar
dan boleh terus tumbuh dari anda meletakkannya dalam peti sejuk.
4. TUMBUHAN HIJAU DALAM BALANG KACA
Balang kaca amat sesuai untuk penyimpanan tumbuhan berunsurkan
herba. Bawang, bawang putih, atau daun pasli, akan bertahan selama sebulan jika
disimpan dengan cara ini. Sayur-sayuran juga tidak akan layu, atau rosak.
5. MADU DALAM BALANG KACA
Bekas kaca akan menyebabkan madu bertahan lama, sehingga
bertahun-tahun, jika ditutup rapat. Sebab itu jugalah, banyak penjual madu di
luar sana, yang memasukkan madu di dalam botol kaca.
6. EPAL BERTAHAN LEBIH LAMA DALAM PETI SEJUK
Epal sememangnya mampu bertahan lebih lama, berbanding buah-buahan
yang lain, dan masih mampu mengekalkan rasanya walau disimpan lama dalam peti
sejuk. Namun, jika simpan epal dalam peti sejuk, jangan biarkan ia bersentuhan
antara satu sama lain, cuba balutkannya dengan surat khabar, atau tisu.
7. SIMPAN LOBAK DALAM PASIR
Sebelum gali pasir tu, pastikan bersih dari sebarang najis haiwan
ya. Lobak akan kekal segar jika disimpan dalam pasir, ini kerana pasir
melambatkan proses air tersejat, juga pereputan.
8. TERBALIKKAN KEJU DAN KRIM MASAM
Jika menyimpan keju, atau krim masam di dalam peti sejuk, pastikan
anda terbalikkannya. Ini kerana, ia akan menghalang pertumbuhan bakteria.
9. BEKUKAN TELUR DALAM KIUB AIS
Ada masanya kita terlebih beli telur, dan tak mampu guna semuanya,
atau, hanya menggunakan putih telur sahaja dalam masakan. Tetapi dengan
membekukannya, di dalam ice tray, dan ditambah sedikit gula serta garam, telur
ini mampu bertahan lebih lama.
10. SIMPAN SOS DALAM BEG PENYEJUK BEKU
Sos atau kuah spageti yang berlebihan, rugi untuk dibuang kerana
boleh digunakan untuk masakan yang lain. Masukkan sahaja dalam beg penyejukbeku
dan bekukan. Apabila sudah membeku, potong secara kiub dan gunakan bila perlu