Tuesday, September 24, 2019

PETUA MENGATASI MASALAH MULUT BERBAU

Halitosis, juga dirujuk sebagai "penyakit nafas berbau", merupakan suatu keadaan di mana terdapatya bau yang tidak menyenangkan dari nafas makanan yang tertinggal di dalam mulut. Halitosis dianggarkan menjadi sebab ketiga terkerap orang mendapatkan bantuan pergigian, mengikuti karies gigi dan penyakit periodontium.

Halitosis biasanya berlaku kepada pesakit ataupun orang sihat pada saat bangun dari tidur pada waktu pagi. Ia terjadi disebabkan tindak balas bakteria yang berada di sekitar mulut terhadap bahan/sisa makanan yang tertinggal di dalam mulut, yakni di sekitar celah-celah gigi, kerongkong, lelangit, sekitar lidah dan gusi. Pakar pergigian berpandangan bahawa bakteria biasanya akan lebih aktif dalam mulut manusia ketika manusia itu sedang tidur, ini kerana pada waktu itu, nutrien di dalam mulut adalah banyak, selain pH air liur yang lebih berasid dan kurang aktiviti mengunyah dan bercakap menyebabkan persekitaran dalam mulut manusia baik untuk aktiviti kemandirian bakteria yang lebih aktif.

Halitosis merupakan suatu penyakit yang mudah untuk dicegah dari terjadi dan mudah untuk dirawat, namun ia juga mudah berlaku jika kesihatan dan kebersihan mulut tidak dijaga rapi pada setiap masa. Terdapat juga kes yang lebih serius melibatkan halitosis kronik misalnya gangguan pada sistem penghadaman, kegagalan buah pinggang, kerosakan hati, masalah pernafasan dan sinusitis (jangkitan pada rongga tulang wajah), di mana setiap penyakit tersebut memerlukan rawatan yang lebih teliti.


Ini ada sedikit tip untuk kita kongsikan bersama hari ini. Ianya berkenaan mengatasi masalah bau mulut. Bau mulut yang kurang enak mengundang masalah untuk kita bercakap ataupun beramah mesra. Apatah lagi jika kerja kita memerlukan berinteraksi dekat dengan seseorang.

Bagi mereka yang sudah berkahwin juga selalu mengalami masalah mulut berbau namun tidak tahu bagaimana cara untuk menghilangkan masalah tersebut. Antara punca yang menyebabkan mulut berbau adalah faktor merokok, ataupun kita sendiri tidak sedar ada gigi rosak ataupun berlubang yang membawa kepada pembiakan bakteria seterusnya menyebabkan mulut berbau.

Ikuti tip-tip dibawah untuk menyah bau mulut:

Mengunyah setangkai bunga cengkih setiap hari

Mungkin cara ini tidak ramai yang berani cuba, tapi jika sudah tidak tahan dengan bau mulut sendiri apa kata anda cuba untuk kesenangan orang sekeliling juga.

2. Kumuh dengan air garam

Sedia maklum di dalam mulut terdapat banyak kuman yang membiak, dengan menggosok gigi setiap hari masih tidak mampu menyah bakteria secara total yang ada di dalam mulut. Oleh itu apa kata anda cuba tip ini, selepas makan kumuh dengan air yang dicampur sedikit garam. Ulang proses yang sama sebanyak tiga kali. Buat proses ini seminggu dalam tiga kali.

3. Kunyah sedikit beras yang telah dibersihkan

Ini adalah petua yang diturunkan dari nenek moyang kita. Ambil beberapa butir beras yang telah dibasuh dan kunyah hingga lumut di dalam mulut. Proses ini adalah paling ringkas dan mudah.

No comments:

Post a Comment