Wednesday, September 25, 2019

SIHIR DALAM MAKANAN




Soalan:-

Assalamu'alaikum ustaz. Saya nak tanya. Macam mana cara nak mengesan sesuatu makanan tu ada mengandungi sihir atau tak? Contohnya orang berniat jahat bagi makanan kat kita. Dan kalau betul ada, apa yang patut buat pada makanan itu? Buang atau ada cara untuk sihir itu? Terima kasih ustaz.??

Jawapan:-

Waalaikumussalam untuk mengesan sesuatu makanan atau air ada sihir atau tidak menurut pengamal perubatan Islam 7 kali iaitu : Membaca Doa Perlindungan dari Musibah

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Bismillahilladzi La Yadhurru Ma’asmihi Syai’un fil Ardhi wa Laa fis Sama’i wa Huwas Sami’ul ‘Alim.”

Ertinya : “Dengan nama Allah Yang bersama NamaNya sesuatu apa pun tidak akan celaka baik di bumi dan di langit. Dialah Maha Medengar lagi maha Mengetahui” ( Keutamaannya : Niscaya tidak ada sesuatu pun yang mencelakakannya. Diriwayatkan oleh (1) Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad No. 660, (2) Tirmidzi dalam Sunannya No. 3388. Katanya: hasan shahih gharib, )

Jika nak uji diri kita kena sihir atau pun tidak baca ayat2 berikut : Cara-caranya adalah seperti berikut :

Membaca ayat-ayat dibawah ditapak tanganmu :

1. Baca surah Ibrahim ayat 42-52

2. Baca surah al-Mukminun ayat 98-118

3. Baca surah al-Falaq ayat 1-5.

4. Baca surah an-Nas ayat 1-6

Ketika membaca ayat-ayat di atas , letakkan mulutmu di telapak tangan kananmu, sehingga nafasmu atau sebahgian dari ludahmu mengenainya. Kemudian hulurkan tapak tangan kananmu itu di depan mata si sakit, dan mintalah dia melihatnya. Kalau dia sama sekali tidak boleh melihatnya, atau matanya menjadi silau atau nanar, atau dia melihat tapak tanganmu berwarna sangat merah atau hitam, atau dia melihat banyak salib di telapak tanganmu, atau tiba-tiba kepalanya terasa sangat pening, atau dia menunjukkan suatu gejala yang muncul secara tiba-tiba, maka dia , tidak diragukan, terkena sihir atau kesurupan atau kedua-duanya sekali.

[CATATAN : Sebaik-baiknya, usahakan dia sendiri yang membacanya ayat-ayat diatas. Kalau si sakit tidak boleh membaca sendiri maka kalian boleh bacakan ditapak tangan kalian dan hulurkan tangan kanan kalian di depan mata si sakit minta dia melihatnya.]

Soalan:-

Terima kasih. Kalau makanan atau minuman tu memang ada sihir, apa yang akan berlaku selepas kita membaca ayat diatas? Dan adakah masih boleh diminum atau dimakan?

Jawapan:-

Jika ada sihir buangkan saja lebih baik kerana boleh mendatangkan mudharat...

No comments:

Post a Comment