Beberapa tips yg boleh anda lakukan untuk memudahkan proses baby-led weaning apabila bayi sudah berusia 2 tahun:
1. Tak tolak tapi tak offer.
Setiap kali si kecil minta mahu disusukan, cuba untuk tidak menolak kemahuannya. Tetapi jika tidak diminta, tidak offer dia menyusu. Ini sesuai di lakukan pada peringkat permulaan mahu putuskan susu badan. Ini menyebabkan kekerapan menyusu itu berkurang dengan sendiri.
2. Banyakkan pendedahan kepada makanan pelengkap.
Makanan pula seeloknya makanan yang sihat ye, dari sini anak kita akan mula mendapat nutrisi yang lengkap dan baik walaupun tidak melalui susu. Makanan seperti kurma, buah-buahan segar sangat digemari anak-anak, kadang-kadang membuatkan mereka lupa nak menyusu.
3. Cuba alihkan perhatiannya dengan aktiviti menyeronokkan.
Ada waktunya anak kita mahukan perhatian dari kita, dari kecil lagi dia sudah biasa mendapatkan perhatian ibu dari sesi menyusu. Jadi apa kata cuba alihkan perhatian anak dengan menjalankan aktiviti menarik bersamanya pula. Contohnya main lego ke, puzzle ke, atau aktiviti mewarna dengannya. Pasti dia lebih gembira.
Contoh ayat yang sesuai di guna bila anak anda mahu susu, "Jom kita color-color dulu, nanti kita 'nenen' ye..". Ulang beberapa kali dengan ekspresi wajah yang sangat ceria.
4. Tidak duduk di tempat yang selalu ibu susukan anak.
Perasan tak, anak kita ni dah terbiasa dengan spot tertentu, tempat biasa kita susukan dia. Jadi bila kita berada di situ, automatik dia akan minta disusukan. Macam contoh,
di sofa merah di ruang tamu. Kalau anak nampak je anda kat situ, terus datang nak 'nenen'. Jadi, anda cuba biasakan diri untuk tidak berada di situ.
5. Sediakan botol air pada waktu malam.
No comments:
Post a Comment