Temuduga
merupakan suatu bentuk wawancara berstruktur yang melibatkan panel penemuduga
dan calon temuduga. Kelulusan akademik merupakan satu-satunya faktor penentu
seseorang calon berjaya dipanggil bagi sesuatu temuduga. Mereka yang dipanggil
untuk temuduga, telahpun memiliki kelulusan minima yang diperlukan bagi jawatan
tersebut. Selepas dipanggil, banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi samaada
faktor dalaman atau luaran. Antara faktor dalaman ialah seperti keyakinan diri,
kebolehan berinteraksi dan sebagainya manakala faktor luaran seperti
tatakelakuan, adab sopan, kekemasan diri dan banyak lagi.
Proses
pemilihan berbeza antara sesebuah organisasi dengan organisasi lain. Perbezaan
ini banyak bergantung pada saiz sesebuah organisasi. Semakin besar sesebuah
organisasi, semakin terperinci proses temuduga dilaksanakan. Berbanding dengan
organisasi sederahana atau kecil, temuduga dijalankan lebih kompleks. Walaupun
berbeza proses pemilihan, matlamat masih sama iaitu memadankan pekerja dengan
pekerjaan yang sesuai.
Sekarang ini tengah musim mencari kerja. Tak tipu, saingan anda sangat ramai. Masa temuduga, result exam anda semua dah tak tengok. Tapi bagaimana anda menjual dan menampilkan diri anda yang akan menentukan anda dapat atau tak.
Ingat, tiada jalan mudah untuk hilangkan gementar ketika temuduga. Tapi ada tips yang boleh kita semua ikut. Tips yang telah diguna pakai oleh ramai individu berjaya. Rata-rata jawapan mereka ialah sama.
1. Apabila mendengar atau menjawab soalan panel penemuduga, pandang terus pada matanya. Akan tetapi jangan pandang dengan pandangan yang tajam pula. Pandang dengan biasa – fokus. Ia akan meningkatkan keberanian dan keyakinan!
2. Apabila menjawab soalan, jawablah dengan jelas dan terang supaya panel penemuduga dapat mendengarnya dan memahami apa yang anda perkatakan dengan jelas. Apabila kita bercakap dengan jelas dan terang, ini akan meningkatkan lagi keberanian untuk sesi yang seterusnya.
3. Apabila rasa nervous, ambil masa seketika dan tarik nafas perlahan-lahan. Kemudian, lepaskannya perlahan-lahan juga. Ini akan membuatkan dada terasa lapang dan kita akan menjadi lebih bersemangat.
4. Kita disyorkan untuk membaca ayat Seribu Dinar atau ayat Kursi di dalam hati semoga Allah menenangkan hati.
5. Tips paling best semasa temuduga, bayangkan panel penemuduga itu adalah orang yang biasa anda kenali atau rakan anda. Dengan anggapan seperti ini, kita akan menjadi lebih relaks dan tenang sepanjang sesi temuduga.
6. Apabila menjawab soalan tegakkan badan dan berkeadaan menghadap lurus berhadapan panel penemuduga. Dengan badan yang tegak kita akan lebih bersemangat dan yakin.
7. Jangan terlalu mengikut skrip yang anda hafal. Kalau anda diminta ceritakan tentang diri sendiri, elakkan cakap meleret yang bosan. Cuba tambah sikit, macam "saya suka menari." Anda akan memukau penemuduga.
No comments:
Post a Comment