Friday, September 27, 2019

KHASIAT DAUN SIRIH

Sirih atau nama saintifiknya Piper betle, merujuk kepada dauh sirih yang diambil dari pokok Sirih, sejenis pokok menjalar, yang merupakan satu bahan penting dalam kebudayaan Melayu. Pokok ini berasal dari Malaysia dan kini boleh turut dijumpai di India, Indonesia dan Sri Lanka. Daun sirih mempunyai bentuk yang hampir menyerupai daun Kaduk. Ia penting dalam adat perkahwinan dan perubatan Melayu tradisional.

Pada kebiasaannya dahulu, pokok sirih banyak ditanam di kampung-kampung. Daun sirih berwarna hijau gelap dan bersaiz kira-kira 15 cm panjang dan 10 cm lebar. Ia juga mudah didapati di pasar, terutamanya di kawasan pedalaman. Khasiat daun sirih cukup bagus bagi mak-mak yang berniat nak cantik luar dalam. Bukan hanya merawat resdung malah ada 9 lagi kebaikan yang mungkin anda tak pernah tahu. Nak tahu lebih, baca perkongsian Perunding Jamu, Norliza Mohd Salleh manfaat air rebusan sirih ini…

KHASIAT DAN 10 PETUA DARI DAUN SIRIH

1. Membantu Masalah Resdung Sedut air rebusan sirih perlahan-lahan beberapa kali dan amalkan setiap hari.

2. Pencuci Dan Penyegar Muka Basuh atau cuci muka dengan air rebusan daun sirih pada setiap pagi. Ia juga boleh membantu mengurangkan jerawat.

3. Mencegah Bau Ketiak Rendam 2-3 helai daun sirih dalam setengah gelas air panas. Masukkan 1 sudu teh gula dan biarkan suam-suam kuku. Asingkan daun sirih kemudian diminum. Amalkan 2-3 kali seminggu.

4. Menyegarkan Dan Mencegah Bau Badan Rebus daun sirih secukupnya untuk dibuat mandian.

5. Ubat Bisul Dan Bengkak Ambil beberapa helai daun sirih, sedikit gambir dan kapur. Tumbuk sehingga lumat dengan sedikit air. Kemudian sapukan di sekeliling bisul tersebut. Biarkan sehari semalam. Ulang sehingga pulih.

6. Membantu Masalah Wanita Ambil daun sirih secukupnya dan direbus bersama garam kasar dan buah manjakani. Gunakan air rebusan daun sirih yang masih suam untuk dibuat cebok atau membersihkan alat sulit.

7. Hidung Berdarah Ambil sehelai daun sirih, diramas sehingga lembut kemudian sumbatkan ke dalam lubang hidung. Dongakkan sedikit kepala dan bernafas seperti biasa. Selang beberapa minit pendarahan akan berhenti.

8. Masalah Gusi Dan Bau Mulut Kunyah daun sirih sehingga lumat dan berkumur-kumur sehingga bersih dari sisa-sisa sirih. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

9. Masalah Batuk Minum setengah cawan air rebusan sirih setiap malam sehingga masalah batuk berkurangan.

10. Tangas basah sirih Rebus sirih +asam gelugor+garam+ manjakani. Wap rebusan dijadikan tangas.

 

 

No comments:

Post a Comment