Showing posts with label PENJAGAAN BAYI. Show all posts
Showing posts with label PENJAGAAN BAYI. Show all posts

Friday, April 26, 2019

PETUA HILANGKAN ANGIN PASANG BAYI

1. JINTAN HITAM
Bagi bayi lelaki, ketika di dalam hari lagi, kalau tuamkan bahagian bawah kemaluannya dan perutnya dengan jintan hitam (boleh didapati di kedai India menjual ubat). Ini untuk mengelakkan bayi dari mendapat kembung dan penyakit pasang.

2. VIKS
Bagi bayi lelaki, sebaik-baiknya, setelah dimandikan, sapukan sedikit Vicks di bawah kemaluannya. Ini untuk menghindar dari penyakit pasang.

3.DAUN SIRIH
Gunakan daun sirih yang dilayur di atas tudung periuk dan sapu sedikit dengan minyak kelapa . Agak-agak suam, demah atau tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi (terutama bayi lelaki yang selalu diserang angin pasang).

4. HERBA JINTAN
Gunakan ramuan herba jintan yang dicampur dengan beberapa herba yang lain. Masukkan ke dalam ikatan kain (seperti ikatan sup bunjut). Panaskan di atas tudung periuk dan agak-agak suam, tuam di kawasan seperti yang disebutkan.

5. LADA HITAM
Tuam guna lada hitam/biji sawi yang goreng dalam kuali tanpa minyak. Selepas itu bungkus dengan kain, barulah tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi. Lakukan setiap hari selepas mandikan waktu pagi/petang.

6. HALBA DAN PASIR
Tuam dengan pasir yang dicampur halba yang dipanaskan atas api dalam periuk. Jangan panaskan terlalu lama, lebih kurang 1-2 minit sahaja. Seterusnya, masukkan dalam kain, buat macam bunjut dan ikat terus. Tuam perut bayi dengan telur dia sekali secara menaik. Maksudnya, tuam telur bayi dari bawah dan angkat ke atas guna bunjut tersebut.

7. DAUN SIRIH
Celupkan daun sirih dalam air suam dan selawat dan tekap-tekap pada bahagian zakarnya. Seterusnya urut secara menurun dari pinggang (buat dalam keadaan kedua-dua belah tangan terbuka) ke tepi kelengkang bayi. Guna minyak bayi supaya bayi selesa.

Wednesday, April 24, 2019

ANTARA KAEDAH MERAWAT BAYI YANG SELALU MENANGIS



MAKLUMAT PENTING:
Bayi telah dibawa berjumpa doktor pakar terlebih dahulu utk diagnosis.

Kesembuhan adalah milik mutlak Allah S.W.T. bukan doktor pakar, perawat, muallij, ubat-ubatan dan lain-lain.

TANDA-TANDA DAN PUNCA GANGGUAN:

Bayi nampak makhluk yang datang menganggu.

Tangan dan kaki bayi seperti terkejut ketika tidur.

Tangisan berpanjangan terutamanya antara waktu selepas asar dan waktu subuh.

ANTARA KAEDAH RAWATAN
Letak tangan di dada bayi dan bacakan ayat-ayat ruqyah. Paling mudah untuk keadaan kecemasan bacakan:

Fatihah
Ayat kursi 11x
3 Qul

Letakkan tangan di dahi bayi dan bacakan surah yasin ayat 1-9, sampai ayat ke 8, gerakkan tangan ke bawah mata seperti menutup mata bayi, niat utk menutup hijab bayi dan dilindungi dari gangguan mahkluk jin.

Setiap kali sebelum tidur bacakan 3 Qul 3x niat sebagai perlindungan dari gangguan yang masuk ke dalam mimpi dan yang berlegar di sekeliling ketika tidur.

Sekiranya berterusan mungkin perlu berjumpa perawat Islam utk rawatan dan bimbingan..

Tuesday, March 13, 2018

PETUA UNTUK MENGHILANGKAN DEMAM KUNING


Penyakit demam kuning di kalangan bayi adalah merupakan perkara biasa pada masa kini. Dianggarkan 60 hingga 70 peratus daripada bayi yang baru lahir mengalami penyakit demam kuning atau yang juga dikenali sebagai jaundis. Penyakit demam kuning atau jaundis merujuk kepada bayi yang mempunyai simptom seperti bahagian putih mata dan kulit yang bewarna kuning-kekuningan. Warna kuning-kekuningan ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila kulit bayi ditekan lembut, ia kelihatan kekuningan. Ujian ini boleh dilakukan pada semua bangsa. Penyakit demam kuning ini lebih kerap berlaku di kalangan bayi pra-matang (tidak cukup bulan) berbanding bayi yang cukup bulan.

Antara simptom2 demam kuning kepada bayi ialah bahagian putih mata dan kulit bayi berwarna kuning-kuningan. Ia dapat dilihat dengan lebih jelas jika ditekan. Penyakit ini lebih kerap berlaku kepada bayi pra-matang berbanding bayi yang cukup bulan.

PETUA UNTUK MENGHILANGKAN DEMAM KUNING

Bagaimana saya tahu jika bayi saya menghidapi jaundis@ penyakit kuning????

Pakar-pakar mencadangkan ujian ringkas di rumah untuk memeriksa jaundis. Dapatkan bilik yang mempunyai cahaya secukupnya, dan tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi bayi anda; jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan, Teknik ini amat bagus bagi kanak-kanak yang berkulit cerah; jika bayi anda berkulit gelap, caranya ialah memeriksa warna kekuningan pada mata putih atau gusinya. Anda juga akan dapati bahawa najis bayi anda berwarna pucat.
.
Ingatlah, jaudis adalah penyakit biasa dan selalunya ia bersifat sementara, dan akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan tidak mempunyai kesan jangka panjang.
Sila ikuti petua dan tips di bawah untuk menghilangkan demam kuning.

1. Berikan susu badan sekerap mungkin kerana ia menggalakkan bayi membuang air besar dan ia dapat menyingkirkan bilirubin dari badan.

2. Ibu perlu banyak minum parti kurma( jual di kedai arab),2 sudu 1 hari atau jadikan jus minum pagi & malam sepanjang tempoh menyusu kerana susu ibu sangat baik untuk merawat bayi yang terkena jaundice.dan pati kurma juga mampu membanyak kan susu ibu.

3. Elakan penjemuran kerana kulit bayi masih lagi nipis dan kurang perlindungan. Jika terpaksa berjemur, maka jemurkan pada waktu awal Dhuha iaitu ketika jam 8.30 – 9.30 pagi. Lebih dari waktu ini kulit bayi sudah tidak boleh menerima kepanasan cahaya matahari lagi.

4.Para ibu dinasihatkan tidak memakan seperti lada hitam,jamu,halia kerana bahan tersebut boleh memyebabkan jaundice lambat pulih


RAWATAN UNTUK BABY JAUNDICE@PENYAKIT KUNING

Asam jawa 1 genggam
Ramas sehingga hancur
Kucai 1 cekak
Belenda sehingga hancur dan tapis

Selesai smua tapis semula untuk kali terakhir supaya tiada sisa yg tinggal,masukkan kedalam besen mandian baby bersama air suam2,Mandikan baby dalam masa 20 min,lebih baik badan baby tenggelam agar mandian kucai & asam jawa tadi dapat menyerap ke dalam badan baby,

Sangkuang Cina
Kupas kulit tumbuk pastikan lesung batu di rumah di cuci dahulu memgunakan pencuci khas cucian botol susu,tapis berulang2 supaya tiada sisa2 sangkuang Titik kedalam mulut bayi.

Di ingat kan pemberian sangkuang cina pada baby bukan seperti pemberian susu kepada baby,hanya sedikit sahaja tujuan merawat secara tradisional Ulang setiap hari sehingga baby bebas dari zon jaundice @ penyakit kuning :)

Tampalan Kaktus
Sifat αnti-inflamasi dari kaktus dapat berfungsi di mana-mana termasuk di sendi. Sifat tersebut bermanfaat untuk mengurangi rasa sαkit di dalam sendi dan mengurangi gejala arthritis. Jadi rawatan tampalan kaktus membantu mengurangkan masalah kerαdangan dan bengkak sendi akibat g0ut.

Caranya bungkus isi kaktus dengan daun pisang. Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besαr selama lima minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sαkit. Amalkan setiap hari.

MAKANAN RINGKAS & BERKHASIAT UNTUK SI ANAK KECIL ANDA.


Kanak-kanak (juga digelarkan budak atau anak kecil) ialah manusia yang muda, iaitu seorang yang masih belum mencapai baligh. Peringkat perkembangan manusia adalah sebagaimana berikut:
Tua
dewasa
remaja
kanak-kanak
bayi

Istilah kanak-kanak adalah berbeza dengan anak meskipun mempunyai kaitan yang sangat rapat.

"Perkembangan kanak-kanak" ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadi orang dewasa. Sebaliknya, "pediatrik" merupakan cabang perubatan yang berkenaan dengan penjagaan kanak-kanak dari waktu pranatal sehingga remaja dan dewasa muda (umur antara 0 sehingga 21 tahun).

Istilah-istilah untuk peringkat perkembangan fizikal berkait umur adalah disenaraikan di bawah. Julat-julat umur hampiran ditunjukkan, tetapi tanggapan mengenai sempadan antara peringkat-peringkat hidup adalah berbeza-beza antara budaya dan zaman. Julat umur dan istilah yang disenaraikan membayangkan tanggapan abad ke-21 di negara-negara yang maju.

MAKANAN RINGKAS & BERKHASIAT UNTUK SI ANAK KECIL ANDA.


1. PURI BUAH-BUAHAN
Seawal usia 6 bulan, sistem pencernaan bayi masih tidak matang. Oleh itu, menu pengenalan yang paling sesuai untuk dihadam oleh si bayi adalah buah-buahan. Antara buah-buahan yang sesuai untuk makanan pertama bayi adalah epal, pear, kurma, kismis. Harus diingatkan bayi 6 bulan tidak perlu disuapkan dengan solid food sehingga kenyang diet utama mereka adalah susu ibu atau susu formula dan solid food hanyalah sekadar makanan tambahan.

Cara-cara menyediakan puri buah-buahan:
Steam buah yang telah dikupas kulit dan dibuang biji
Kisar dan tapis
Sedia untuk dimakan!

2. PURI BUAH & SAYURAN
Selain buah-buahan, sayuran hijau juga amat sesuai diberi kepada bayi yang baru pertama kali mencuba solid food. Sayur brokoli, lobak, dan bayam adalah antara sayuran yang tinggi khasiatnya.

Cara-cara menyediakan puri buah & sayuran:
Steam brokoli dan bayam
Kisar bersama avocado
Tapis dan siap!

3. NASI JAGUNG
Sekitar bayi berusia 8 bulan, mereka sudah boleh diperkenalkan dengan makanan jenis bijirin seperti nasi dan oat. Resepi ke tiga ini menggunakan putik jagung atau pun baby corn yang tinggi dengan serat. Khasiat serang dapat merangsang sistem pencernaan dan penghadaman yang sihat sekaligus membantu si bayi mendapat berat badan yang ideal.

Cara menyediakan nasi jagung:
Steam putik jagung & blender sehingga lembut
Masak nasi (tidak terlalu keras)
Kisar dua bahan bersama
Sedia untuk disajikan!

Wednesday, March 7, 2018

PETUA MENGURANGKAN SELESEMA BAYI


Selesema (juga dikenali sebagai radang hidung dan farinks, nasofaringitis, rinofaringitis, koriza akut,atau juga pilek atau songsering di sesetengah tempat) ialah suatu penyakit berjangkit virus bagi salur pernafasan atas yang terutamanya menjejaskan hidung. Gejala termasuk pembatukan, sakit kerongkong, hidung berhingus, bersin, dan demam yang biasanya beransur hilang dalam tujuh hingga sepuluh hari, dengan sesetengah gejala berlanjutan sehingga tiga minggu. Melebihi 200 strain virus terlibat dalam sebab selesema; rinovirus ialah yang paling am.


PETUA MENGURANGKAN SELESEMA BAYI


Petua 1
Sapukan sedikit minyak kelapa pada batang hidung bayi, biarkan hingga kering. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan selanjutnya.

Petua2
Ambil batang daun sirih.Tekan hingga keluar lendirnya. Ambil lendir ini dan sapukan pada batang hidung bayi, biarkan hingga kering. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan selanjutnya.

Petua 3
Bersihkan hidung bayi dengan tuala bersih. Sapukan air kunyit tua (tumbuk atau kisar sedikit kunyit tua dan perah airnya)ke bahagian hidung hingga mulut. Bayi akan bernafas dengan selesa selepas itu.





SEBAB JANGAN PAKAIKAN ‘PAMPERS’ PADA ANAK KECIL SEMASA MANDI DI KOLAM AWAM


Lampin merupakan pakaian dalam yang dipakai bagi membolehkan seseorang membuang air kecil atau besar tanpa menggunakan tandas dengan menyerap atau mengandungi bahan pakai buang untuk mengelakkan najis terkana pakaian luar atau mengotorkan kawasan sekitar. Lampin yang telah kotor dengan air kencing atau najis perlu ditukar oleh ibu bapa atau penjaga pemakai. Kegagalan menukar lampin secara kerap boleh menyebabkan iritasi atau masalah pada kulit bahagian yang diliputi lampin.

Lampin diperbuat daripada kain atau bahan sintetik pakai-buang. Lampin yang diperbuat daripada kain terdiri daripada lapisan fabrik seperti kapas, rami, buluh, mikrofiber, atau bahkan serat plastik seperti PLA, dan boleh dibasuh serta digunakan semula beberapa kali. Lampin pakai-buang pula mengandungi bahan kimia penyerap dan dibuang selepas digunakan.

Lampin kebiasaannya dipakai oleh bayi dan kanak-kanak yang belum terlatih menggunakan tandas atau yang mengalami kencing pada waktu tidur. Namun begitu, terdapat juga lampin dewasa. Ia kebiasannya dipakai oleh individu dengan kehilangan upaya fizikal atau mental selain mereka yang bekerja dalam keadaan ekstrem seperti angkasawan.


SEBAB JANGAN PAKAIKAN ‘PAMPERS’ PADA ANAK KECIL SEMASA MANDI DI KOLAM AWAM


1. LAMPIN PAKAI BUANG MEMPUNYAI KUASA SERAPAN YANG TINGGI

Salah satu faktor keselamatan yang dititikberatkan oleh kolam renang adalah non-absorbency atau ciri yang tidak menyerap cecair. Seperti yang kita tahu, semua lampin pakai buang menjadikan kebolehan untuk menyerap cecair sebagai salah satu major selling point mereka.

Kita sendiri boleh nampak bagaimana lampin pakai buang ini akan menjadi kembang dan berat apabila ia dipenuhi dengan air kolam. Hal ini bukan saja membataskan pergerakan anak, malah boleh menjadi bahaya jika anak ‘tertarik’ dan terjatuh ke dalam air.


2. IA BERPOTENSI UNTUK TERTANGGAL / TERKOYAK
Oleh kerana kebolehan menyerap yang sangat baik, kebanyakan lampin pakai buang ini amat berpotensi untuk tertanggal atau terkoyak. Ini ditambah pula dengan kelasakan anak-anak yang teruja untuk bermain air sambil berlari dan melompat-lompat.

3. MENCEMARKAN AIR SERTA PERSEKITARAN KOLAM
Apabila ianya longgar atau tertanggal di dalam kolam, maka sudah tentulah ia akan menjadi punca pencemaran air. Menurut Public Health Malaysia, 60% sampel air dari 160 kolam renang awam mengandungi pencemaran najis serta positif untuk bakteria E.coli.


4. MENJADI PUNCA PENYEBARAN PENYAKIT
Pencemaran air akibat najis ini boleh menjadi punca penyakit yang merbahaya, terutamanya bagi anak kecil. Antara penyakit yang serius adalah Rotavirus, di mana ia amat mudah menjangkiti sesiapa yang termakan, terminum, atau tersentuh objek yang telah tercemar.

5. ‘SWIM DIAPER’ LEBIH SESUAI
Buat pengetahuan ibu bapa, terdapat sejenis lampin khusus yang boleh anda pakaikan kepada anak kecil yang masih belum bercerai lampin.

‘Swim diaper’ ini boleh didapati dengan mudah di pasaraya serta dijual secara meluas di Malaysia secara online. Penggunaan ‘swim diaper’ ini adalah lebih selamat dan bersih kerana ia direka khas untuk tujuan tersebut.

Dalam pada itu, sama ada memakai ‘swim diaper’ atau tidak, ibu bapa dinasihatkan agar tidak membawa anak yang mempunyai gejala cirit-birit, muntah, demam, atau sakit perut daripada mandi-manda di kolam awam.





Tuesday, March 6, 2018

PETUA MELEGAKAN BATUK & SELESEMA


Selesema (juga dikenali sebagai radang hidung dan farinks, nasofaringitis, rinofaringitis, koriza akut, atau juga pilek atau songsering di sesetengah tempat) ialah suatu penyakit berjangkit virus bagi salur pernafasan atas yang terutamanya menjejaskan hidung. Gejala termasuk pembatukan, sakit kerongkong, hidung berhingus, bersin, dan demam yang biasanya beransur hilang dalam tujuh hingga sepuluh hari, dengan sesetengah gejala berlanjutan sehingga tiga minggu. Melebihi 200 strain virus terlibat dalam sebab selesema; rinovirus ialah yang paling am.

PETUA MELEGAKAN BATUK &  SELESEMA

Bagaimana melegakan batuk dan selsema untuk bayi dan kanak-kanak?


1. Minyak masak
Ini petua menghilangkan batuk, bukan petua dapur! Walaupun minyak masak selalu digunakan di dapur, ia juga boleh digunakan apabila anak batuk dan selsema. Sapukan minyak masak yang belum digunakan di batang hidung dan dada bayi bagi melegakan batuk dan hidung tersumbat.

2. Daun kaduk
Ramas daun kaduk dengan kapur dan sedikit air. Sapu di dada dan belakang bayi. Untuk yang duduk bandar, dan mahu praktikkan petua menghilangkan batuk tradisional ini, cubalah kenal-kenal dengan pokok herba.

3. Spray hidung
Spray hidung ini boleh didapati di farmasi dan juga klinik. Spray ini membantu anak mengeluarkan hingus kerana mereka tidak pandai mengeluarkan hingus mereka sendiri. Untuk lebih daring, sedutlah hingus anak sendiri dengan mulut!

4. Minyak bawang putih
Petua menghilangkan batuk ini menggunakan bawang putih lagi, tetapi kali ini dibakar. Caranya, cuma bakar bawang putih. Tumbuk atau lenyek bawang putih tersebut.
Campurkan dengan minyak telon atau minyak masak yang belum digunakan. Sapu di dada anak untuk melegakan pernafasan.

5. Urutan bayi
Petua menghilangkan batuk yang terakhir ialah cuba jadikan urutan bayi sebagai rutin setiap kali selepas mandi. Kajian menunjukkan bahawa urutan bayi mampu memberikan keselesaan kepada bayi. Bayi yang selalu diurut juga sangat mudah dijaga kerana jarang meragam. Tapi harus diingat, jangan mengurut bayi ketika dia menangis.





BAHAYA JIKA ANAK GUNA BOTOL SUSU LEBIH DARI 3 BULAN


Botol adalah tempat menyimpan dengan bahagian leher yang lebih sempit daripada badan dan "mulut"nya. Botol sebenarnya diperbuat daripada kaca, plastik, atau aluminium, dan digunakan untuk menyimpan cecair seperti air, susu, minuman ringan, arak, anggur, ubat, sabun, dakwat, dan sebagainya. Botol dari plastik biasanya dibuat secara penghasilan.

Alat yang digunakan untuk menutup mulut botol disebut sebagai penutup botol (luaran) atau penyumbat (dalaman)

BAHAYA JIKA ANAK GUNA BOTOL SUSU LEBIH DARI 3 BULAN

Adalah bahaya menggunakan botol susu yang sudah lebih dari tiga bulan. Lebih bahaya jika terdapat banyak calar balar di bahagian dalam botol. Kesan calar itu akan mengeluarkan toksik dan boleh memudaratkan kesihatan anak.

Jangka Hayat Botol Susu
Jika botol susu mempunyai Bisfenol A (BPA), jangka hayat penggunaannya hanya sekitar 3 ke 6 bulan. Manakala botol susu yang jenis BPA Free, jangka hayatnya lebih panjang. Namun begitu, sebaik-baiknya tukarlah botol susu anak anda sekiranya warna botol sudah berubah, banyak kesan calar dan sudah kekuningan.

Kesan BPA Terhadap Kesihatan & Bayi
BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen.

Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbahan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan. Bahkan janin dalam kandungan dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini, kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.

Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti:
1. Baligh awal
2. Kanser payudara
3. Kanser prostat
4. Penyakit jantung
5. Obesiti
6. Kencing manis
7. Boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan hormon.


BOTOL SUSU PERLU DITUKAR SEGERA SEKIRANYA:

1. Kesan calar pada botol
Kesan calar dalam botol anak juga perlu diperhatikan. Jika mempunyai banyak kesan calar, anda perlu menukar botol anak. Bimbang terdapat pembebasan sisa toksik atau bahan kimia daripada plastik botol tersebut.

2. Sterilizer
Penggunaan sterilizer ini sebenarnya dapat mengurangkan jangka hayat botol. Contohnya, jika botol boleh digunakan selama 6 bulan, mungkin hanya boleh digunakan 4 bulan.

Salah satu sebabnya adalah kerana ia melibatkan penggunaan haba yang tinggi. Pendedahan terhadap air yang menggelegak juga boleh menyebabkan botol polikarbonat melepaskan BPA dengan kadar lebih cepat berbanding terdedah kepada air sejuk atau air suam.

Warna botol
Jika botol anak kelihatan kekuningan, andanya adalah tanda botol perlu ditukar. Lebih-lebih lagi sekiranya terdapat kesan calar di baagian dalam botol.

4. Bau
Jika botol sudah berbau tidak nyaman walaupun kerap kali dibasuh, tukar botol kerana bau itu mungkin berpunca daripada kulat atau mikroorganisma di dalam botol.

5. Sabun Pencuci Botol
Penggunaan pencuci botol susu juga perlu diambil kira. Mencuci dengan menggunakan sabun biasa ataupun sabun pencuci pinggan perlu dielakkan.

Ianya bukan sahaja mengandungi bahan kimia menghakis, malah memberikan kesan bahaya kepada anak sekiranya sabun tidak dibilas dengan berish. Gunakan bahan pencuci yang bersifat organik.