Saturday, September 21, 2019

MIGRAN DAN RAWATAN

Migrain  adalah salah satu penyebab sakit kepala. Ia juga dikenali sebagai ‘Vascular Headache’.

Migraine adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja. Adakalanya ia bermula di sebelah kepala dan kemudiannya melarat ke kedua dua belah bahagian kepala.

Migrain juga boleh menyebabkan gejala berikut: pening, loya, muntah, cirit-birit dan sensitif terhadap bunyi dan cahaya.

Bagaimana Migraine Berlaku

Saluran-saluran darah di dalam kepala membekalkan darah ke kulit kepala serta otak. Migraine berlaku apabila saluran darah di kepala mengembang lebih besar daripada biasa.

Urat saraf sensori yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah menjadi terangsang dan menghantar isyarat sakit ke otak.

Beberapa perkara yang mencetuskan serangan migrain adalah:

Stress atau tekanan
Pengambilan alkohol
Sesetengah jenis makanan seperti coklat, keju, kopi dan teh
Tidak cukup tidur
Perubahan hormon ketika haid
Tabiat merokok
Jenis-jenis Migrain

Dua jenis migraine utama ialah Migraine Klasik (Classic Migraine) dan Migraine Biasa (Common Migraine).

Migrain Klasik- sebelum sakit kepala, tanda-tanda awal dikenali sebagai ‘aura’ atau ‘prodrome’ akan dialami sebagai tanda amaran.

Aura yang dikenalpasti ialah nampak kilauan cahaya, garisan zigzag, penglihatan berbayang, kebas , pening, dan sukar bercakap dengan jelas. Selepas tanda-tanda ini hilang, migrain akan menyerang.

Migrain Biasa- sakit kepala dialami tanpa amaran terlebih dahulu. Migrain jenis ini lebih kerap dialami, terutama di kalangan kaum wanita.

Rawatan Migrain
Migrain boleh dikawal dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengelakkan perkara yang anda kenal pasti sebagai pencetus migrain anda

Rawatan perubatan yang sesuai juga boleh membantu mengawal sakit migraine.

KHASIAT DAN KEBAIKAN CUKA EPAL


🍃DETOX & KURUSKAN BADAN
Detox atau dalam bahasa mudahnya mengeluarkan toksin yang berlebihan dalam badan. Oleh itu secara tidak langsung membantu mendapatkan badan yang ideal....

Selain dari itu bahan ini mengandungi lecithin yang membantu meningkatkan metabolisma lemak dan menukarkan lemak menjadi tenaga. selain dari itu lecithin juga membantu meningkatkan daya ingatan.

🍃GOUT & ARTHRITIS
Gout, arthritis dan sakit-sakit yang melibatkan sendi dan sengal-sengal badan.

🍃TEKANAN DARAH💉
Acetic Asid yang terdapat didalam cuka epal berkesan mengurangkan tekanan darah tinggi, menstabilkan tekanan dengan merehatkan salur darah. Penggunaan berterusan boleh menjadikan tekanan darah menjadi normal.

🍃DIABETES / KENCING MANIS💊
Apple cider atau cuka epal boleh mengurangkan kadar gula dalam darah, seterusnya berupaya mencegah penyakit kencing manis dan arthritis.

🍃JANGKITAN, SELSEMA & SAKIT TEKAK😷
Meredakan selsema, sakit tekak dan jangkitan kuman. Sangan berkesan untuk asma atau sinus (resdung). Juga menolong menjelaskan penglihatan dan memulihkan sistem pencernaan.

🍃KULIT
Sangat baik untuk kulit yang bermasalah seperti eczema. Merawat kulit berjerawat, tompok hitam yang tak sekata pada kulit dan selulit...

🍃BADAN / MULUT BERBAU👅
Menolong meneutralkan pH badan/mulut dan membunuh kuman/bakteria penyebab bau busuk ....juga boleh untuk kaki berbau.

🍃KERACUNAN MAKANAN💊💊
Jika terkena keracunan makanan, minum 1 sudu setiap 5 minit selepas serangan keracunan. Juga boleh merawat cirit-birit dan diarrhea kerana bahan ini mengandungi kadar pectin yang tinggi yang boleh menyelaputi dinding kolon yang terengsa.... (anti-diarrhea)

🍃KOLESTROL🍔
Menolong mengurangkan paras kolestrol dengan adanya pectin yang merupakan sejenis fiber mudah larut dalam air dan juga asid amino yang dapat meneutralkan kolestrol LDL yang teroksida... dengan kata lain mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL cholesterol type) .. kolesterol jahat ini menyumbat saluran darah dan kalau tidak dibakar mengeluarkan sodium berlebihan dari badan (melalui peluh & perkumuhan)

🍃AWET MUDA👦👧
Awet muda dan menaikkan seri (kerana tubuh yg bebas dari toksin menjadikan darah lebih bersih, usus bersih menyebabkan oksigen mudah sampai ke otak. Sel-sel tubuh menjadi segar.

🍃🍃CARA PEMAKANAN🍃🍃
Satu sudu Apple 🍏🍏Cider Vinegar dicampurkan dengan satu gelas air suam dan diminum sebelum sarapan pagi.

Cuka epal 🍏ini juga elok di minum waktu malam sebelum tidur.

Malah Nabi (saw) sendiri suka kepada khall (cuka yang di proses daripada buah, seperti tamar, epal dss).

Seorang sahabat nabi, Ibn Jabir pernah menceritakan bahawa pada suatu hari Rasulullah saw mengajaknya ke rumah baginda. Mereka kemudiannya dijamukan dengan roti.

Kemudian Rasulullah bertanya: "Adakah apa-apa sos perasa (dip)?"
Mereka menjawab: "Tidak, hanya ada cuka."
Nabi berkata: "Cuka adalah sos yang paling baik."

Nabi saw juga pernah.  meriwayatkan "Rumah yang menyimpan cuka tak akan menderita dari kemiskinan" - Diriwayatkan oleh Ummu, kTarmizi, Baihaqi.

KEPENTINGAN MENGAMBIL UBAT CACING

Kali ini sekali lagi saya mahu mengingatkan semua akan kepentingan mengambil ubat cacing.

Seringkali saya bertanya kepada orang yang meminta consultation saya.

Terutama bila mereka bertanya kepada saya :

1. Kenapa saya mengambil apa-apa supplement /vitamin atau jamu tidak nampak kesan kepada saya?

2. Kenapa saya sering rasa gatal-gatal di kawasan tertentu, penyakit di hadapi payah sembuh?  Kemaluan saya berbau busuk , walaupun sudah beberapa kali berjumpa doktor mendapatkan perawatan dan hilang sekejap tetapi berulang lagi.

3. Kenapa saya mudah selalu gastrik / masuk angin dan perut jadi sensitif .Badan tidak bertenaga. Kadang-kadang saya makan sudah terlalu banyak tetapi masih lagi lapar di waktu tengah malam?
Perut saya buncit berbunyi sesuatu dalamnya.

Dan banyak lagi simpton cacing banyak didalam tubuh badan manusia.

Dari sudut perbidanan kampung , dari ilmu yang saya perolehi di percayai  setiap 15hb -21hb bulan Melayu biasanya cacing akan bertelur dan membiak-biak dalam usus manusia.
Walau pun tidak terbukti secara perubatan moden, saya percaya akan maklumat ini berdasarkan pelbagai pengalaman.

Ini juga salah satu cara bagi menjadikan badan sentiasa sihat dan bertenaga dengan memastikan pengambilan ubat cacing setiap enam bulan sekali.

Ubat cacing boleh diberi setiap enam bulan untuk pencegahan, tetapi dalam kes lebih serius, ia perlu diberi setiap tiga bulan. Bagaimanapun, pemberian ubat cacing kepada kanak-kanak di bawah usia dua tahun perlu dirujuk kepada doktor terlebih dulu.

Ramai kebanyakan orang bila saya bertanya bila kali terakhir mengambil ubat cacing? Rata-rata memberitahu di ketika usia budak zaman sekolah dahulu.
Bayangkan ..jika anda sudah berusia 40 tahun..pelbagai jenis cacing beranak pinak dalam badan anda!!!!.

Sekarang ini , bila kita mengambil ubat cacing , cacing takkan keluar seekor demi seekor seperti zaman dahulu. Cacing-cacing akan hancur melalui najis. Jangan takut mengambil ubat cacing.

Jangan ambil mudah dengan masalah kecacingan kerana kebanyakan kita mungkin beranggapan cacing hanya berada di dalam usus sahaja. Sebenarnya jangkitan cacing boleh berlaku di mana-mana bahagian badan - mata, hati, paru-paru, salur darah. Jangkitan juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit.

TANDA TANDA ADA CACING DALAM BADAN
* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
* Alahan kulit yang teruk - bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam
* Gatal sekitar lubang najis (dubur)
* Alahan terhadap makanan
* Sakit perut - cirit-birit, kembung, sembelit
* Anemia - kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)
* Keletihan luar biasa - lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
* Tiada selera makan, pucat,
* Kurang berat badan walaupun selera makan ada
* Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)
* Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata
* Hiperaktif
* Sakit kepala
* Sensitif terhadap cahaya
* Gusi & hidung berdarah
* Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)

Tidak semua jangkitan cacing itu merbahaya tetapi rawatan serta pencegahan awal harus dipertimbangkandemi kesihatan & kualiti hidup.

PETUA KESIHATAN UNTUK WANITA SENTIASA CERGAS

1. Wanita dilarang menarik barang berat tapi harus menolak. Juga elakkan membawa barang-barang berat. Ini adalah kerana urat saraf wanita yg cepat lemah.

2. Jalan 50 langkah memperbaiki tulang tubuh. Naik 20 anak tangga memperbaiki tulang lutut.

3. Kopi tidak disarankan bagi WANITA, kerana dapat menyebabkan osteoporosis dan mempercepat monopause.

4. Rebus 10 helai daun salam dgn 2 gelas air, minum tiap hari selama 12 hari untuk menurunkan kolestrol dan darah tinggi.

5. Penyebab darah tinggi adalah kekurangan kalsium. Tembikai adalah sumber kalsium. Disarankan tembikai kuning.

6. Jus pear + strawberry 4 buah menaikkan daya tahan tubuh.

7. Anggur hitam kuatkan jantung, anggur hijau melangsingkan tubuh, anggur merah melebarkan pembuluh darah agar tidak tersumbat. Bertindak sebagai anti kolesterol.

8. Labu kuning baik untuk mempertajam daya ingat anak, dimakan oleh wanita hamil lebih baik. Untuk lelaki dewasa, labu berguna untuk menghasilkan sperma berkualiti.

9. Pisang untuk yg sering kram dan senggugut.

10. Manggis paling baik untuk tulang.

11. Paprika menyembuhkan diabetes, sakit tulang dan anti kanser.

12. Apple + buncis di juice bersama dapat menjadi ubat pankreas / diabetes.

13. Makan sayuran hijau di siang hari, bertindak sebagai anti stroke.

14. Sayur memastikan protein tidak menjadi kanser.

15. Sayur memastikan karbo tidak menjadi diabetes.

PANDUAN KESIHATAN HARIAN
01. Makan sebelum tidur boleh menyebabkan kanser lambung kerana usus tidak dapt berehat.

02. Hanya boleh makan 4 biji telur seminggu. Kalau lebih tidak baik.

03. Tungking ayam  mengandungi karsinogen, penyebab kanser. Jangan makan tungking ayam.

04. Makan buah  seharusnya sebelum makan, bukan selepas makan.

05. Masa haid jangan minum teh lebih lagi teh hijau, sebaiknya makan sesuatu yg boleh menambah darah.

06. Kurangkan minum susu kacang dan jangan tambah telur dan gula pada minuman anda.

07. Makan tomato semasa atau selepas makan. Jangan waktu perut kosong.

08. Tiap pagi bangun tidur minum gelas air putih boleh cegah batu hempedu. Dua gelas untuk mengaktifkan organ-organ dalaman.

09. Tiga jam sebelum tidur jangan makan boleh jadi kegemukkan.

10. Jangan minum teh susu atau (teh tarik / buble tea) kerana tinggi kalori tinggi lemak tidak bergizi dan boleh kena darah tinggi & kencing manis.

11. Jangan makan roti yg baru keluar dari ketuhar atau oven.

12. Charger jangan dekat tempat tidur, mesti berjarak 30 cm lebih.

13. Tiap hari minum air kosong 8 gelas boleh hindari penyakit pundi kencing.

14. Siang hari perlu banyak minum air putih, malam hari perlu sedikit minum air putih.

15. Minum kopi jangan lebih cawan sehari, boleh menyebabkan insomnia iaitu sukar tidur dan gastrik.

16. Jangan makan makanan yang tinggi lemak kerana perlu 5-7 jam pencernaan, mengakibatkan darah terpusat pada pencernaan dan mengakibatkan mengantuk kerana otak kekurangan oksigen.

17. Setelah jam 5 petang, jangan makan banyak kerana tubuh kita tidak perlu banyak kalori.

18. 10 jenis makanan sihat:
Ikan laut dalam, pisang, limau bali, roti penuh gandum, sayur bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, daging ayam, buah ceri.

19. Kurang tidur dapat melemahkan otak.

20. Lemon panas membunuh sel kanser.

KHASIAT BUAH BARLEY


Benda murah, orang selalu pandang sebelah mata. Sama la jugak ngan nasib barley. Padahal, senang jek nak beli. Harga pun murah meriah.

Barley ni ada banyak sangat khasiat. Antara khasiat barley yang ramai orang tak tau;

1. Kurangkan panas badan/penyejuk badan
2. Bantu lawaskan kencing
3. Bantu penghadaman
4. Tingkatkan kesihatan dan fungsi buah pinggang.
5. Rendah kan kolesterol.
6. Redakan sakit perut dan sembelit.
7. Mencegah serangan penyakit kanser.
8. Kurangkan risiko kencing manis.
9. Membantu turunkan berat badan
10. Kurangkan risiko sakit jantung
11. Menambah susu ibu

Jadi, sapa sapa yang ada masalah macam kat atas, boleh la amalkan minum air barley. Nak nak musim musim panas ni kan. Buat satu jug, boleh minum satu family.

KHASIAT AIR RENDAMAN BENDI



CARA PENYEDIAAN
1. Beli 1 ikat kacang bendi Rm1 jer
2. Potong halus (basuh dulu ya)
3. Rendamkan 8-12jam di dalam air mineral supaya lendir bendi td keluar (x perlu rebus)
4. Minum mcm biasa, air x rasa apa2 pun
5. Bila air dah abis, rendam skali lg (boleh buat sampai 2-3x, sampai likat lendir dia abis)
6. Bendi td tu boleh la goreng kicap ke, rebus buat ulam ke atau letak dlm kari...x membazir 😬

Selamat mencuba

16 Khasiat Kacang Bendi Yang Ramai Belum Tahu..
✔Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.

✔Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.

✔Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.

✔Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.

✔Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.

✔Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.

✔Mencuci hati.

✔Menstabilkan kandungan gula dalam darah.

✔Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.

✔Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.

✔Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.

✔Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.

✔Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.

✔Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.

✔Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.

✔Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan, dikatakan memberi hasil yang

TIPS MEMBERSIHKAN LANTAI

Letihkan dalam seminggu berapa kali nak menyental bilik air. Penat nak menyental.

Ada cara mudah sebenarnya tau nak cuci bilik air.

Hanya dengan 2 bahan je.

Bahan- bahan :

Clorox (tutup botol warna biru)
Botol spray

CARA CARA
1. Masukkan clorox dalam botol spray.
2. Spray lantai dan dinding bilik air.
3. Tunggu dalam setengah Jam.
4. Dah siap boleh bilas dengan air paip.

Nak lebih nampak cantik biarkan semalaman. Esok pagi bilas dengan air.

Hati-hati ye korang. Tutup hidung dulu sebelum spray. Bau clorox tu agak kuat.

Nak hilangkan bau clorox tadi bilas bilik air dengan air sabun.

CARA MENCANTIKAN KUKU

1. Jangan terlalu kerap mandi air panas atau ke sauna kerana ini akan memburukkan keadaan kuku anda.

2. Tabiat menggigit kuku harus ditinggalkan kerana ia akan membuat kuku cepat pecah dan bakteria pada kuku itu dengan mudahnya berpindah ke mulut anda.

3. Potong kuku dengan kerap dan secara teratur kerana ia boleh membantu menjamin kesuburan kuku. Sekiranya kuku dibiarkan panjang, ia akan mudah patah dan cepat rapuh.

4. Kuku anda juga perlukan pelembap untuk terus bersinar. Sekiranya anda malas untuk membeli pelembap khas untuk kuku, pastikan setiap kali anda menyapu losen pada badan, sapukan sekali pada kuku terutamanya sebelum tidur.

5. Jangan lupa mengenakan sarung tangan ketika melakukan kerja rumah seperti membasuh pinggan mangkuk atau mencuci bilik air kerana sesetengah bahan pencuci boleh merosakkan kuku.

6. Pemakanan juga harus dijaga. Makan makanan yang kaya dengan Vitamin B seperti kacang, kuning telur, pisang, tempe dan hati. Makanan yang kaya dengan biotin juga bagus untuk mengelakkan kuku daripada terbelah.

7. Sekiranya anda suka mewarnakan kuku, pastikan anda memilih pewarna yang tinggi kualitinya kerana kandungan pewarna kuku yang berkualiti mempunyai formula yang bertindak untuk memelihara kuku.

8. Jangan selalu menggunakan aseton untuk membersihkan pewarna kuku kerana ia boleh menjadikan kuku anda kering.

9. Sekiranya kuku anda kotor dan kehitam-hitaman, gosokkan ia dengan cuka dan bersihkan dengan air suam.

10. Untuk mengilatkan kuku, gunakan bawang putih yang telah dipotong dua. Gosokkannya pada kuku sehingga mendapat hasil yang anda inginkan.

CARA MERAWAT DIABETIS

Berita Baik untuk akhiri Diabetes.

Harap anda boleh menghantar mesej di bawah untuk membantu, seseorang yang memerlukan maklumat ini.

Seorang wanita (65 thn) menghidap diabetis untuk 20+ tahun yang lalu dan telah mengambil insulin dua kali sehari. Dia menggunakan ubat buatan sendiri yang disertakan untuk dua minggu dan kini dia adalah benar-benar bebas daripada penyakit kencing manis dan mengambil semua makanan dia seperti biasa
termasuk gula-gula.

Para doktor telah menasihatkan beliau untuk menghentikan insulin dan mana-mana gula darah yang lain mengawal dadah. Saya meminta anda semua sila mengedarkan e-mel di bawah untuk seberapa ramai orang yang anda boleh dan hendaklah mereka mengambil manfaat maksimum daripadanya.

DR. TONY Almeida (Bombay Buah Pinggang Speciality) membuat eksperimen yang meluas dengan ketabahan dan kesabaran dan menemui kejayaan rawatan untuk kencing manis.

BAHAN BAHAN
1. Gandum 100 gm
2. Barley 100 gm
3. Jintan hitam atau habatussaudah atau black seed (kalunji) 100 gm

CARA PENYEDIAAN

Masukkan semua bahan di atas dalam 5 cawan air. Rebus selama 10 minit dan tutup api. Biarkan ia sejuk dengan sendirinya. Apabila ia telah menjadi sejuk, tapis biji dan tuangkan air dalam jag kaca atau botol.

Bagaimana untuk menggunakannya?

Ambil satu cawan kecil air ini setiap hari awal pagi ketika perut kosong. Teruskan ini selama 7 hari. Minggu depan ulang yang sama tetapi pada hari-hari ganti. Dengan 2 minggu rawatan yang anda akan tertanya-tanya untuk melihat bahawa anda telah menjadi normal dan boleh makan makanan normal tanpa sebarang masalah.

Catatan:

Permintaan adalah untuk menyebarkan ini kepada sebanyak mungkin supaya orang lain boleh juga mengambil manfaat daripada itu.

Wallahu alam, dengan izin Allah, ikhtiar kita..


PETUA RAWAT SAKIT LUTUT DENGAN LEMON

Petua Rawat Sakit Lutut Guna Lemon

Cara-cara:
1. Potong 1 atau 2 biji lemon kepada potongan kecil
2. Kemudian, bungkus potongan lemon tadi di dalam kain kapas
3. Celupkan kain ke dalam minyak bijan
4. Letakkan kain tadi pada lutut yang sakit selama 5-10 minit
5. Lakukan 2 kali sehari hingga sakit hilang

Asid sitrik yang terdapat dalam lemon bertindak sebagai pelarut untuk kristal asid urik yang juga menjadi punca kepada beberapa jenis arthritis.

PETUA PENJAGAAN MATA AGAR SENTIASA SIHAT


1. Memakan sayuran hijau

Sayur-sayuran sangat penting dalam diet harian anda. Selain kaya dengan pelbagai vitamin, ia merupakan makanan yang kaya dengan antioksidan terutamanya sayuran hijau.

Khasiat antioksidan yang terkandung dalam sayuran hijau ini mampu membekalkan nutrien keseluruhan tubuh anda dan ke bahagian mata anda.

Kesannya, bukan sahaja mata anda kelihatan sihat dan segar, malah anda akan kelihatan awet muda.

2. Tidur yang mencukupi

Tidur yang mencukupi sangat penting untuk menyegarkan hari anda. Terdapat kajian menyatakan wanita yang mendapatkan tidur yang mencukupi membuatkan wanita kelihatan lebih cantik dan awet muda. Mata anda pasti akan kelihatan segar dan bersinar kerana mendapat rehat yang cukup.

3. Lakukan pemeriksaan mata secara berkala

Anda kerap kali menggunakan alasan sibuk untuk soal kesihatan anda. Selagi sesuatu fungsi badan yang terganggu tidak menyakitkan anda, ia akan dipandang remeh sehingga menjadi semakin teruk.

Hentikan sikap sambil lewa anda dan lakukan pemeriksaan mata berkala sekurang-kurangnya setahun sekali untuk memastikan tahap kesihatan mata anda.

Dengan cara ini, anda akan dapat mengesan lebih awal jika terdapat masalah pada mata anda dan membuat rawatan awal. Ini dapat menyelamatkan dan melindungi pancaindera anda.

4. Gunakan bahan semulajadi untuk menyegarkan mata

Anda pasti berasa rimas apabila melihat mata anda yang sembap dan lebam setiap kali anda melihat cermin.

Anda boleh mengatasi cara ini dengan amat mudah tanpa membelanjakan wang yang banyak. Untuk mata yang cantik dan kelihatan segar, ambil hirisan timun dan letakkan di atas mata sepanjang malam ketika tidur.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan uncang teh yang telah digunakan dan diletakkan di atas mata lebih kurang 10 ke 15 minit untuk menjadikan mata anda kembali segar setelah seharian bekerja.

5. Berhenti merokok

Merokok bukan sahaja mengganggu kesihatan paru-paru dan menyebabkan kanser, malah boleh merosakkan saraf optik anda.

Tabiat merokok ini bukan bukan sahaja tertumpu pada lelaki, malah juga melibatkan wanita. Malangnya, amalan buruk ini memberi kesan bukan sahaja pada si perokok, tetapi pada orang yang terkena asap rokok termasuk anak kecil.

Jika anda sayangkan diri anda dan orang sekeliling anda, anda perlu menghentikan tabiat ini sebelum terlambat.

Berhenti merokok bukan sahaja menyelamatkan nyawa anda dan orang sekeliling, tetapi juga menyelamatkan poket anda. Anda dapat berjimat dengan banyak dengan berhenti merokok.

6.Gunakan penanggal mekap

Mata adalah sangat sensitif kepada bahan kimia. Bahagian keliling mata juga sangat sensitif jika disentuh dengan kasar.

Pemakaian mekap yang terlalu lama mungkin akan menyebabkan mekap anda luntur dan memasuki mata.

Jika anda perlu memakai solekan di wajah dalam tempoh yang lama, pastikan anda mengenakan solekan yang ringan dibahagian mata.

Untuk membersihkan wajah anda pastikan anda menggunakan penanggal mekap supaya tiada sisa bahan kimia yang tertinggal di wajah anda yang boleh merosakkan bahagian mata anda.

Gunakan kapas dan sapukan penanggal mekap dengan perlahan di bahagian mata agar tidak merosakkan sel kulit di keliling mata yang boleh mengakibatkan kulit mata menjadi kedut.

7. Gunakan krim mata yang sesuai

Jangan kedekut untuk membelanjakan sedikit wang untuk membeli krim kecantikan untuk rawatan mata.

Terdapat pelbagai jenis krim di pasaran untuk rawatan mata yang boleh anda aplikasikan ke daerah mata anda setiap malam sebelum tido.

Carilah krim mata berasaskan organik yang membekalkan nutrien yang baik untuk kesihatan mata anda.

8. Rawatan mata di spa

Selain daripada rawatan wajah dan badan, tidak salah jika anda membelanjakan sedikit wang anda untuk membuat rawatan mata di spa.

Terdapat pakej rawatan di pusat kecantikan dengan harga yang murah untuk memanjakan diri anda. Apa kata sekali sekala rehatkan diri anda dan luangkan masa untuk tetapi kecantikan.

PETUA MUDAH BUANG ANGIN & TOKSIN

Bahan-bahan:
- 1 uncang teh hijau
- 1 inci halia

Cara-caranya:
- Hiris halia nipis nipis, pastu rendam dalam air panas bersama 1 uncang teh hijau
- Tunggu teh kembang, biarkan hingga suam
- Minum setiap hari hingga dapat hasil yang korang nak

Kalau korang takleh telan rasa teh dan halia ni, boleh buh #madu atau #GulaPerang sikit okeyh.

Jangan minum time nak solat tau, kang nyesal tak sudah dok ulang alik amik wudhuk lak.

Angin atas bawah berebut keluar 😜

Teh hijau pun sangat bagus untuk buang toksin. Gabungan mantopp 2 bahan ni buat badan rasa segar dan cergas. 👍

PETUA MENCANTIKKAN KULIT

AIR HALBA DAN KURMA MERAH
💖 Cantikkan kulit dengan kos sangat murah

Bahan-bahan:
Halba -  2 sudu besar
Kurma merah (kurma cina) - 7 biji
Gula perang (tak letak pun takpe) - secukup rasa
Air untuk merebus - 2 liter

Cara-cara membuatnya:
1. Bersihkan halba dan kurma merah.
2. Rebus halba dan kurma merah dalam 2 liter air sehingga biji halba kembang.
Lagi kembang lagi bagus.
3. Tutup api dan biarkan sekejap. Dah boleh minum.

* Masa rebus tu kalau korang nak masukkan terus gula perang pun boleh.

Diba masa nak minum baru buh gula perang tuh.

Banyak sangat khasiat air rebusan halba dan kurma merah ni. Diba sendiri dah amalkan sebulan dan nampak kulit makin licin giteww 😁

7 KHASIAT AIR HALBA DAN KURMA MERAH UNTUK WANITA:

1. Mencuci darah kotor seterusnya mencantikkan kulit dari dalam.
2. Mengatasi masalah senggugut atau ketegangan ketika haid.
3. Menguatkan fungsi rahim. Merangsang dan menyuburkan rahim, sangat bagus untuk yang nak ikhtiar hamil.
4. Mengetatkan dan meremajakan rahim.
5. Mengaktifkan kelenjar susu dan memperbanyakkan susu badan.
6. Meningkatkan saiz payudara secara semulajadi.
7. Meningkatkan keanjalan kulit (awet muda) secara semulajadi.

Banyak kan manfaat yang korang boleh dapat? 😍

Nak buat pun sangat lah senang. So tunggu apa lagi, selamat mencuba.

❌ Ibu mengandung tak digalakkan minum air ni.

l

TIPS HALAU SEMUT DALAM GULA

Korang mesti stress kann bila gula yang ada dekat dapurr sentiasa ada semut betoii tak.

Time kita nak masak, nak cepat. Time tue lah semut nie dok berkawad ramai ramai dalam balang gula kan. Aduhh.

Jenuhlah dok ketuk nak bagi keluarkan semut tu. Tapii tak berjaya jugakkan. Meh seri share cari mudah nak atasinya.

Seri dah cuba tips nie, alhamdulillah menjadi.

Korang amek jerr bunga cengkih, letak dalam balang gula. Insyaallah semut pun tak kan berkawad dah nanti.


PETUA HILANGKAN BEKAS JERAWAT



Bila nengok muka ada bekas bekas jerawat rasa geram dan sakit hati kan. Betul tak?

Ompompuan ni, cantik mana boleh di pisahkan. Kalau boleh nak perfect kulitkan.

Macam Kekna selalu ye bila waktu period akan datang hormon jerawat ni. Masa ni la Kekna akan guna masker kunyit ni untuk merawat jerawat.

Kunyit kan bagus dia boleh buang jerawat dan juga boleh meratakan tona kulit kita.

Bila pakai ni bekas bekas jerawat pada kulit Kekna memang hilang dan kulit jadi cantik jekkk.

Ala korang hanya guna 2 bahan ni je pun kunyit dan lemon.

Kunyit ni satukan dengan perahan air lemon. Selepas tu korang ratakan dan sapu la dekat wajah korang.

Biarkan sekejap lepas tu baru la cuci bersih dengan air suam. Lapkan muka dengan kering lepas tu tutupkan pori pori dengan ais batu.

Konsistenkan sampai la hilang jerawat k. In shaa Allah korang akan dapat kulit yang cantik.

Senang kann nak buat. Korang boleh la waktu sebelum nak tidur atau awal pagi.

Korang jangan lupe #Syer k, untuk Kekna lebih banyak lagi kongsikan pengalaman Kekna untuk nak cantik secara alami jee pun.


PUNCA PERUT BUNCIT

Memang ramai yang pegang title perut buncit ni kannn.Banyak sebenarnya sebab kenapa perut kita cepat je jadi buncit.

Bila dah jadi camni memang akan rasa tak selesa. Nak duduk pun payah asyik tersekat tang perut je. Ishhhh sungguh tak selesa aihhh.

Ni la antara sebabnya.

1- Suka minum air manis termasuklah desserts, pastries dan sewaktu dengannya yang manis manis tu.

2- Suka ambil makanan bergoreng tak kisah la ayam goreng ke, ikan goreng ke, sayur goreng ke.

3 - Selalu tido lewat. Asyik berjaga sampai tengah malam buatkan badan kita tak cukup rehat dan sebab tu la badan kita susah nak turun berat.

4- Waktu makan tak teratur. Suka skip sarapan, suka lunch lewat. Asyik makan masa metabolisme badan tak berfungsi dengan baik so pembakaran kalori tak berlaku secara efisen la.

Semua ni memang kita selalu buat kannn. Jadi jom kita ubah sikit-sikit untuk hidup yang lebih sihat.

KHASIAT HALIA UNTUK KESIHATAN


1. Nutrien didalam halia ialah air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus , kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C , lemak baik dan asid organik.

2. Halia paling terkenal kebaikannya untuk membuang angin dan melegakan sakit-sakit badan.

3. Ia juga digunakan sebagai herba merawat sakit kepala, sistem pencernaan yang bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit birit, memanaskan badan, disentri, asma, ekzema, sakit perut, lemah tenaga batin, batuk kering, membuang lendir didalam badan dan menghilangkan bau hamis haid atau nifas.

4. Untuk anda yang sering kesejukan dan berhawa dingin halia adalah antara herba yang paling mujarab untuk melawan kesejukkan. Malah campuran halia dan madu adalah antara herba yang sesuai untuk mengelakkan sakit tekak dan batuk.

5. Halia dipercaya mempertingkatkan tenaga syahwat atau batin dan mengelakkan berlaku angin 'uluran' terutama dikalangan kaum lelaki

6. Halia juga merupakan ramuan utama untuk ibu-ibu yang berpantang atau kaum wanita yang menghadapi masalah senggugut.

7. Halia mengekalkan peredaran darah normal . Ia mengandungi kromonium, magnesium dan zink. Darah yang normal mengalir mengelakkan berlakunya kesejukan didalam tubuh dan menyebabkan tubuh lemah dan senang diserang penyakit.

8. Kajian menunjukkan menikmati teh halia segar panas mampu mengurangkan risiko terkena demam dan selsema. Malah sup ayam panas yang ditambah halia yang banyak adalah antara remedi untuk mereka yang kurang sihat dan sakit.

9. Halia juga ialah makanan anti radang yang turut membantu mengelakkan beberapa kanser yang merbahaya. Malah ia juga dipercayai boleh mematikan sel kanser ovari.

10. Bagi anda yang menghadapi masalah pernafasan berkaitan paru-paru, halia dipercayai mampu melegakannya kerana fungsi halia yang boleh mencairkan kahak.

11. Halia juga dipercayai mampu meningkatkan imuniti dan melegakan alahan dikalangan wanita mengandung.

12. Halia juga boleh digunakan mengantikan gincu bibir untuk memerahkan bibir. Hanya tumbuk halia dan sapu airnya dibibir untuk menjadikan bibir anda kemerah-merahan.

13. Halia juga dipercayai mampu menguruskan badan dengan memasukkan halia didalam minuman teh atau masakan. Sifat halia yang memanaskan badan itu membantu membuang toksin dan peluh sekaligus melangsingkan badan. Tidak hairanlah wanita didalam pantang digalakkan menambah banyak halia didalam setiap masakan.

14. Halia juga dipercayai turut membantu membuang bau badan. Rebus halia dan daun pandan serta tambahkan sedikit madu dan minum minuman ini setiap pagi. Jika anda tidak mampu meminum minuman ini sahaja tambahkan sahaja minuman ini didalam air teh kegemaran anda.

15. Dengan menikmati secangkir teh halia, ia memanaskan badan serta memberi kelegaan kepada tubuh sekaligus menaikkan seri wajah oleh kerana fungsinya yang melancarkan perjalanan darah sekaligus ia akan membuatkan wajah anda lebih awet muda.

16. Ramai percaya menikmati teh halia dan menambah ia dalam pelbagai masakan kukus khususnya mampu mengurangkan tekanan dan mengatasi stress terutama bau dan rasa aroma halia yang memikat itu membuatkan badan terasa ringan.

17. Air rebusan halia dan serai dipercayai membantu menguruskan badan dan membuang toksin serta mencegah kanser. Serai dipercayai adalah antara agen pencegah semulajadi kanser. Dengan gabungan kedua-dua herba hebat ini, ia dipercayai antara ramuan anti kanser yang kuat.

Monday, September 16, 2019

CARA KECILKAN LIANGBPORI DI MUKA

Macam-macam skincare yang ada kat luar tu  tapi shima pilih untuk guna bahan semulajadi je.

Jangan buat main tau, bahan semulajadi pun kalau rajin guna memang buatkan muka kita cun melecun.

Yang ni shima guna buah tomato dan gula. Dia rasa cam scrub gitewww. Lepas pakai muka rasa licin gebu je.

Nak lagi best, buah tomato tu letak dalam peti ais dulu. Kena kat muka perghhh segar rasa.

BAHAN BAHAN
Buah tomato
Gula
Air suam

1. Basuh muka dengan air suam

2. Belah 2 tomato tadi, guna 1 pagi dan 1 malam

3. Ambik tomato tekapkan kat gula pastu gosok dan belai lembut kat muka

4. Biarkan 5 minit pastu bilas dan keringkan dengan tuala yang bersih.