Sunday, September 22, 2019

CARA MERAWAT MIGRAINE

Sakit kepala merupakan kesakitan di bahagian kepala atau leher. Ia mungkin gejala beberapa keadaan kepala dan leher .Tisu otak sendiri tidak sensitif kepada kesakitan kerana kekurangan reseptor sakit. Sebaliknya, kesakitan disebabkan gangguan struktur sakit-sensitif sekitar otak. Beberapa kawasan di kepala dan leher mempunyai struktur sakit-sensitif ini, iaitu kranium (periosteum tengkorak), otot, saraf, arteri dan vena, tisu subkutaneus, mata, telinga, sinus dan membran mukus.



Rasa macam nak cabut kepala letak ke tepi setiap kali diserang migrain. Kalaulah kepala kita ni boleh dicabut & dipasang semula, kan?

Nak bergantung kepada ubat & painkiller, tapi sampai bila? Jom amalkan tips hilangkan migrain secara semulajadi tanpa ubat yang berikut:

1. Sapukan dengan minyak panas atau minyak aromaterapi
Ini adalah di antara cara untuk hilangkan migrain yang paling berkesan. Sapukan minyak panas atau minyak aromaterapi di kepala, tengkuk dan di belakang telinga. Lagi bagus kalau diurut. Insya Allah kombinasi minyak panas dan urutan dapat menghilangkan migrain.

2. Urutan.
Urutan di kepala, tengkok, dan bahu sememangnya mampu menghilangkan migrain. Ia bukan sahaja membaiki perjalanan darah ke kepala, malah membantu mengurangkan stress. Ia juga merehatkan.

3. Duduk dalam suasana yang tenang.
Seeloknya berehat dalam bilik. Tutup pintu, tutup lampu atau turunkan langsir supaya menjadi gelap. Pasang kipas supaya sejuk, kalau ada aircond lagi bagus. Tinggalkan handphone di luar. Berehat sebentar dari sebarang gadget. Suasana tenang ini akan membantu menghilangkan migrain yang anda alami.

4. Basahkan kepala dengan air sejuk
Membasahkan kepala dengan air sejuk membantu membebaskan haba yang terperangkap di kepada & membantu merehatkan pembuluh darah di kepala yang mengembang & menguncup dengan terlalu cepat semasa migrain. Caranya, basahkan rambut & kemudian bungkus dalam towel yang lembab. Lagi bagus kalau terus mandi. Berehat dibawah shower atau berendam dalam bathtub sememangnya merelaxkan. Bila kita relax, migrain pun akan kurang.

5. Aromaterapi
Semas anda diserang migrain, elakkan sebarang bauan aromaterapi kerana bau-bauan adalah antara perkara yang menjadi punca migrain.

6. Guna pek ais
Letakkan benda sejuk seperti pek ais di kepala. Atau pun cool fever pun boleh, Cuma kalau guna cool fever, Cuma terhad di kawasan dahi. Kalau pakai ice pack boleh kita alih-alihkanke kawasan yang sakit. Kesejukan dari ice pack atau cool fever akan menarik keluar haba di kepala.

 7. Limau kasturi
Ini adalah petua orang lama. Perahkan sebiji limau kasturi ke atas kepala dan ramas-ramaskan rambut. Sambil-sambil ramas rambut, boleh picit bahagian kepala yang rasa sakit. Kulit limau jangan dibuang. Masukkan dalam mangkuk yang berisi air bersih. Selepas siap sesi ramas dan picit kepala, jiruskan air yang mengandungi kulit limau atas kepala.

8. Jauhi MSG
Monosodium glutamat (MSG) ditambah dalam makanan untuk meningkatkan rasa. Ia berasal dari asid amino yang dipanggil asid glutamik yang wujud secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan. Makanan yang mengandungi MSG boleh mencetuskan migrain kerana MSG merangsang neuron.

9. Epal hijau atau cuka epal cider (apple cider vinegar)
Kedua-duanya membantu menghilangkan migrain. Bau epal hijau dapat mengurangkan migrain sementara satu sudu cuka epal boleh mengembalikan keseimbangan asid dan alkali dalam badan. Epal hijau boleh dimakan begitu sahaja & dihidu semasa migrain. Bagi cuka epal, selain diminum satu sudu, boleh juga letakkan 3-4 sudu cuka epal dalam air suam. Kemudain basahkan tuala dengan air suam bercampur cuka epal tadi dan bungkus kepala.

10. Minum air elektrolit
Minuman berelektrolit dapat mengembalikan bendalir dan tenaga dalam badan, dan merupakan salah satu cara untuk hilangkan migrain. Contoh minuman berelektrolik ialah 100 plus atau revive. Walau bagaimana pun, air tersebut mengandungi gula dan kandungan tenaga yang sangat tinggi, jadi elakkan dari mengambilnya dalam kuantiti yang banyak & kerap.

11. Rendam kaki dalam bekas air panas
Lagi satu cara hilangkan sakit kepala adalah dengan merendamkan kaki anda di dalam air panas. Dengan ini anda boleh menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan ke atas bahagian kepala anda. Selepas rawatan rendaman kaki selama 30 minit, anda akan rasa migraine berkurangan.



No comments:

Post a Comment