Ketuat
merupakan sejenis penyakit kulit yang kawasan yang dijangkiti akan timbul dan
menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan virus dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya
dibiarkan berlarutan. Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma
(HPV). Ketuat boleh merebak melalui sentuhan. Mana-mana bahagian kulit yang
dijangkiti akan bengkak, menjadi kasar dan keras. Kawasan yang sering
dijangkiti adalah tangan, jari,dan kaki. Mereka yang mempunyai masalah kurang
daya tahan diri seperti mengidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah
seperti ekzema, atau tidak menjaga kebersihan diri lebih mudah dijangkiti
jangkitan ketuat. Berikut petua buang ketuat.
PETUA KETUAT 1
Tenyeh atau gosok tempat yang ada ketuat
tu dengan pasir yang terendam dalam air. Contohnya pasir sungai atau pasir kat
kawasan pantai. Apa pun pastikan pasir tu adalah pasir yang basah sebab
terendam dalam air. Kalau serasi, dalam tiga hari selepas digosok, ketuat tu
akan hilang.
PETUA KETUAT 2
Sebelum tidur, cuci ketuat tu dengan
kerosene atau minyak tanah selama 5 minit. Lepas tu letak pula kapur sirih kat
kawasan ketuat tersebut. Amalkan selama tiga malam berturut-turut. InshaaAllah,
ketuat yang ada kat tempat tu akan gugur dan tak tumbuh-tumbuh lagi dah.
PETUA KETUAT 3
Bancuh abu ubat nyamuk dengan air.
Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga hilang.
PETUA KETUAT 4
Lumurkan kapur sirih, lebih tebal
lapisannya lebih bagus, seumpama menyapu losyen ke tempat yang ada ketuat tu.
Biarkan sehingga kering. Jika diamalkan selalu, dalam seminggu ketuat akan
tanggal dengan sendiri. Biasanya ketuat tanggal dengan sendiri tanpa rasa pedih
dan meninggalkan parut. Dan petua nie lebih sesuai untuk tanggalkan ketuat yang
tumbuh kat bahagian leher dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.
PETUA KETUAT 5
Bancuh serbuk inai dan sapu kat bahagian
yang ada ketuat tu. Biarkan ia kering. Lakukan setiap hari sehingga ketuat tu
betul-betul kering, dan akhirnya ia akan mengecut dan hilang setelah beberapa
minggu.
PETUA KETUAT 6
Ketika memasak dan menggoreng ikan,
celupkan lidi atau batang satay ke dalam minyak panas, kemudian titiskan pada
ketuat. Lakukan beberapa kali hingga ketuat hilang.
PETUA KETUAT 7
Kalau ada kes ketuat yang tak berapa
kritikal kat kaki, boleh cuba petua nie seminggu sekali. M.O.nya hancurkan enam
biji pil aspirin (beli kat farmasi) dan campurkan dengan sedikit air dan air
limau untuk jadikannya cecair yang likat. Sapukan cecair tu pada tempat yang
kena ketuat. Kendian masukkan kaki dalam beg plastik dan balut dengan tuala
yang direndam dalam air suam. Maknanya sebelum balut, rendam dulu tuala tu.
Duduk dan angkat kaki tu (jangan biar ia mencecah lantai) selama 10-15 minit.
Lepas tu baru dibuka tuala dan beg
plastik yang membaluti kaki tadi. Ambil kain yang agak kasar permukaannya dan
gunakan untuk sental tempat yang ada ketuat tu. Kalau petua nie dibuat dengan
betul, lazimnya ketuat tu terasa lebih lembut dan mudah tanggal. Akhir sekali
barulah dicuci kaki tu dengan air bersih.
PETUA KETUAT 8
Ikat sekeliling ketuat dengan benang
jahitan pembedahan, ketatkan ikatan dan simpulkan. Darah tidak akan mengalir
lagi ke bahagian yang dikat itu dan ia akan gugur sendiri selepas seminggu.
PETUA KETUAT 9
Tumbuk lumat empat helai daun kesum
kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.
PETUA KETUAT 10
Ambil sedikit kapur sirih, serbuk
belerang (sulfur) dan air limau nipis. Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut
dan kacau sebati sehingga menjadi krim. Hiris sedikit bahagian ketuat tu dengan
pisau lipat atau pemotong kuku. Hiris sedikit saja supaya ketuat tu.
No comments:
Post a Comment