Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang. Ia menyebabkan udara dikeluarkan dari paru-paru dengan kuat dan menyebabkan bunti yang tersendiri. Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas. Membatuk membersihkan bahan material rengsa (contohnya merokok atau habuk) dan kelebihan rembasan (sputum atau kahak) dari kerongkong kita, lubang nafas (saluran pernafasan) dan paru-paru.
Tips Mudah hilangkan batuk dalam 1 hari sahaja dengan bawang putih dan madu :
BAHAN BAHAN
- 3 - 4 ulas bawang putih yang dikupas dan dicincang halus.
- 1 cawan madu
- Bawang putih yang dicincang halus dicampur dengan secawan madu
- 1 cawan madu dan bawang yang dicampur ditutup dan disimpan 3 jam sebelum dimakan.
Selepas 3 jam boleh dimakan 1 sudu teh setiap 1 jam.
Manfaat bawang putih untuk batuk :
Bawang putih mempunyai kandungan zat anti mikroba, antibakteri, antibiotik dan antivirus untuk menghilangkan pelbagai jenis batuk. Bawang putih membantu mengeluarkan bakteria yang berbahaya, melegakan saluran nafas dan mengeluarkan kahak yang terkumpul di saluran nafas dan paru-paru
No comments:
Post a Comment