Mahkota Dewa (Phaleria Macrocarpa (Scheff) Boerl) ialah sebuah pokok
malar hijau asal tempatan di Malaysia dan Indonesia. amat terkenal di negara
Indonesia sebagai satu tanaman ubat.
Kulit dan daun tanaman ini mengandungi alkaloid dan samponin. Herba ini
bersifat antibarah, cirit-birit, sakit kulit dan gatal-gatal badan
SIFAT DAN KHASIAT MAHKOTA DEWA
Buahnya berkhasiat menghilangkan gatal (antipruritus) dan antikanser.
Tetapi bijinya adalah beracun. (Perlu di rebus dahulu bijinya)
Kandungan kimia daun mahkota dewa pula mengandungi antihistamin,
alkoloid, saponin dan polifenol (lignan). Manakala kulit buah mahkota dewa
mengandungi alkaloid, saponin dan flavonoid.
Alkaloid berfungsi sebagai detoksifikasi yang dapat meneutral racun di
dalam tubuh. Polifenol, berfungsi sebagai anti-histamin (anti-alergi).
Saponin, menjadi sumber anti-bakteri dan anti-virus, meningkatkan sistem
kekebalan tubuh, meningkatkan vitalitis, mengurangi kadar gula dalam darah,
mengurangi penggumpalan darah.
Flavanoid, melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah
terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah, mengurangi kandungan kolesterol
serta mengurangi penimbunan lemak pada dinding pembuluh darah,
mengurangi kadar risiko penyakit jantung koroner, mengandungi
anti-inflamasi (anti-radang), berfungsi sebagai anti-oksidan, membantu
mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan
WAKTU MINUM
Waktu yang paling sesuai adalah sebelah malam sebelum makan.
Tertapi bagi yang baru mencubanya, elok diminum 2 kali sehari iaitu
Sekali sebelah pagi dan sekali lagi sebelah malam selama 2 bulan
kemudian
Minumlah 1 kali sehari sebelum tidur.
KEKERAPAN MEMINUMNYA
Bergantung kepada situasi peminum sendiri yang merasa bagaimana
perubahan keadaan fizikal yang timbul kesan tindakbalas badan terhadap mahkota
dewa. Jika kadar kehangatan yang timbul agak ketara, boleh rehat seketika
selepas 3 atau 4 hari minum, rehat, 2 atau 3 hari, baru minum kembali.
KESAN SAMPINGAN
Kesan sampingan yang boleh timbul akibat meminum air rebusan buah atau
daun mahkota dewa buat pertama kali adalah rasa pening kepala. Ia bergantung
pada kadar kepekatan air rebusan yang dibuat. Jika teramat pekat, kadar pening
kepala agak ketara. Peminum harus bersabar dan bertahan kerana selepas meminum
untuk kali yang kedua atau ketiga, keadaan akan menjadi stabil.
Terdapat juga kadang kala, peminum akan merasa badan mereka lemah lesu,
lengoh sendi, akibat meminum pertama kali buah mahkota dewa.
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL JIKA KEADAAN LUAR BIASA
Minum lebih air kosong bagi tujuan untuk mencair air rebusan mahkota
dewa yang telah diminum
Minum susu segar
Minum secara sedikit demi sedikit jika proses ingin berubat mahu
diteruskan juga.
Berhenti minum air rebusan mahkota dewa kalo rasa tak boleh tahan.
AMALKAN SETIAP HARI
Amalkan meminum Air Buah Mahkota Dewa ini setiap hari, Insya Allah, anda
akan dapat melihat sendiri perubahan pada diri anda, Antara beberapa perubanah
yang akan berlaku pada diri anda setelah anda mengamalkan meminum buah mahkota
dewa dalam masa 1 hingga 3 minggu adalah seperti berikut:-
1. Setiap kali anda membuang
air kecil, anda merasa amat puas, terutama diwaktu pagi selepas bangun tidur.
2. Bagi anda yang menghisap
rokok, apa bila anda membuang air besar, kadang kala najis anda akan
mengeluarkan warna hitam, anda jangan terkejut, kerana sifat Buah Mahkota Dewa
membersihkan toksit yang berada didalam badan anda.
3. Bagi anda atau lelaki yang beristeri
lebih dari satu, jangan risau, ANDA PASTI SENTIASA HEBAT, anda sendiri boleh
lihat perubahan yang bakal berlaku.