Sakit kepala merupakan kesakitan di bahagian kepala atau leher. Ia mungkin gejala beberapa keadaan kepala dan leher .Tisu otak sendiri tidak sensitif kepada kesakitan kerana kekurangan reseptor sakit. Sebaliknya, kesakitan disebabkan gangguan struktur sakit-sensitif sekitar otak. Beberapa kawasan di kepala dan leher mempunyai struktur sakit-sensitif ini, iaitu kranium (periosteum tengkorak), otot, saraf, arteri dan vena, tisu subkutaneus, mata, telinga, sinus dan membran mucus.
Sakit kepala adalah berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf.Sel-sel saraf terdapat diseluruh badan.Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami.Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu. Bila banyak tisu rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk.Bagi mengubati sakit kepala seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu kerap mungkin menandakan sakit barah otak.
PUNCA
DARI PAKAIAN
Pakaian yang
tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan
pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan
PUNCA
DARI CAHAYA
Anda boleh
mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber cahaya
yang terang
PUNCA
DARI MATA
Mata yang kabur
dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala,
begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor
boleh menyebabkan sakit kepala
PUNCA
DARI PENYAKIT
Penyakit-penyakit
seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan sebagainya boleh menyebabkan
sakit kepala.
PUNCA
DARI KEPALA
Otak yang
bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh menyebabkan sakit kepala
CARA
ATASINYA
Ambil segengam
daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan dalam membuat nasi lemak), lada
sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas, dan ditumbuk kesemua bahan tersebut
dan kemudian selepas ia halus dicampurkan pula dengan 1 sudu cuka dan
diperapkan. Bubuhlah dikening mata anda selepas itu dan Insya-Allah akan sembuh
segera.
No comments:
Post a Comment