Sunday, September 22, 2019

KHASIAT BUAH MANJAKANI

Nama Tempatan : Pokok Manjakani (mempening)
Nama Saintifik : Quercus infectoria Oliv
Nama Lain ; Alleppo oak, downy oak, gal oak, manjaan, majakan, jenuri, kani, cympsgailae tinctoria semen (nama farmasuetikal), maju/majuphul (nama ayurveda)
Famili : Fagaceae/cupuliferae

Manjakani ialah sejenis puru atau benjolan yang terhasil pada kulit sesetengah pokok seperti pokok mempening hasil dari tidakbalas pokok terhadap serangan sejenis tebuan (cynipsh gallae tinctoria).

Serangan ini akan menyebabkan kulit pokok bertunas, apabila tebuan mengeluarkan larva dan larva ini menetas sejenis bahan kimia yang merangsang pertumbuhan puru akan terhasil.

Buah manjakani yang berkualiti baik selalunya ialah buah yang dipetik ketika anak tebuan mula membesar kerana ketika ini peratus tanin yang tinggi akan dimakan oleh anak-anak tebuan tersebut. Tanin yang tinggi akan meningkatkan lagi khasiat manjakani.

Biji manjakani berbentuk bulat berkerutu sebesar biji guli. Warna hijau kebiruannya akan berubah menjadi kelabu atau putih apabila ia kering,dalamnya berwarna putih kekuningan.

Rahsia Manjakani

Awet Muda –
Antioksida melambatkan proses penuaan sel.

Pencegahan Kencing Manis –
Asid galik mengatasi kencing manis dan lelah.

Pencegahan barah payudara dan rahim –
Antioksida manjakani mampu mencegah barah buah dada dan barah rahim.

Pencegahan bau yang tidak diingini– Manjakani dikatakan bersifat astringen, berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada faraj.

Memulih otot dalaman faraj –
Tannin pada manjakani khabarnya mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar atau kendur.

Mengawal lendir dan lelehan faraj– Astringen berupaya menyerap lendir dan lelehan faraj.

Mengecutkan tisu-tisu –
Astringen dikatakan berupaya mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.

Menegangkan dan mencantikkan kulit – Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.

**Nota penting bt kaum wanita...

Perlu diingatkan bahawa manjakani tidak boleh diambil sebagai minuman bersendirian. Ianya perlu diambil secara sokongan. Maknanyanya Manjakani diambil bersama sama dengan campuran herba lain untuk mendapat kesan lebih maksim daripada khasiatnya.


No comments:

Post a Comment