Saturday, December 2, 2017

PETUA MENGHILANGKAN BAU KETIAK MASAM


KETIAK
Ketiak, atau sering disebut (dalam sebutan sopan) sebagai kawasan bawah lengan, merujuk kepada bahagian bawah lengan atas (triseps), yang bersambungan dengan bahagian bahu pada kedua-dua bahagian tangan.

PETUA MENGHILANGKAN BAU KETIAK


Campurkan setengah camca teh kapur dengan perahan sebiji limau nipis. Sapukan campuran pada ketiak selepas mandi setiap malam.

Sapukan air kapur makan pada ketiak 2 kali sehari.

Ambil beberapa helai daun pandan, bersihkan dan tumbuk hingga lumat. Perah dab tapis jusnya. Gunakan jus pandan untuk membancuh bedak sejuk. Sapukan bedak sejuk itu pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lihatlah hasilnya dalam masa seminggu.

Rebus 5 helai daun sirih bersama 5 kuntum bunga kenanga dan segelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan campurkan dengan sedikit gula merah. Amalkan meminumnya 2 kali seminggu.

Tumbuk 7 helai daun limau nipis hingga lumat. Campurkan dengan sedikit madu dan gentel-gentelkan sebesar kacang. Makan tiga kali sehari.

Setiap kali mandi, gosok kedua ketiak di lutut.
Setiap kali mandi, gosok ketiak dengan belakang tapak tangan.

Sapukan kulit pisang masak pada ketiak 15minit sebelum mandi. Kemudian basuh bersih dengan sabun.
Belah limau nipis, gosokkan pada ketiak setiap kali selepas mandi.

Gumpal beberapa helai daun sirih di tapak tangan sehingga mengeluarkan jusnya. Sapukan pada ketiak setiap kali sebelum mandi.

Tumbuk lumat beberapa helai daun pucuk jambu batu atau daun limau nipis. Gosokkan pada ketiak. Amalkan selalu.

PETUA MENCERNA MAKANAN PALING SEMPURNA


PETUA MENCERNA MAKANAN PALING SEMPURNA

1) Makan dengan tenang. Beri masa untuk kita makan Tidak perlu gelojoh, nikmat makanan hanya dapat dirasai sepenuhnya ketika makan dengan tenang.

2) Luangkan sedikit masa untuk kunyah makanan sehingga lumat, barulah ditelan.

3) Makan pada masanya sebelum lapar dan berhenti makan sebelum terlalu kenyang.

4) Jangan disulami minum air ketika makan.

5) Lebih kerap mengambil makanan yang mudah dihadamkan atau tidak perlukan dikunyah seperti nestum, bubur, madu, glukos, yogurt dan lain lain.

PETUA MELEBATKAN RAMBUT


RAMBUT
Rambut merupakan anggota badan yang terletak di atas kepala. Lazimnya rambut berwarna hitam. Namun sesetengah orang rambutnya berwarna perang terutamanya pada mereka yang tinggal di Barat.

PETUA MELEBATKAN RAMBUT


1) Apa yang anda perlukan untuk melebatkan rambut ialah pati santan dari sebiji kelapa. Pati santan kelapa adalah bahan penting dalam usaha untuk melebatkan rambut secara tradisional.

Untuk mendapatkan pati santan, ambil kelapa parut dari sebiji kelapa tua. Masukkan sedikit air suam pada kelapa parut tadi dan ramas-ramaskan. Perah pati santan dari kelapa parut tersebut dan buang hampasnya.

Basahkan rambut anda dahulu dan lumurkan pati santan ke kesluruhan kepala sehingga ke akar rambut. Bungkus kepala dengan tuala bersih dan kering selama setengah jam. Kemudian bilas keseluruhan kepala anda dengan air suam.

Amalkan petua ini 2-3 kali seminggu.

2) Untuk mengekalkan rambut lebat dan elak dari gugur, amalkan tips ini:

- Pilih syampu rambut yang sesuai dengan jenis rambut anda.
- Gunakan sikat rambut bergigi jarang.
- Pastikan rambut anda benar-benar kering sebelum memakai sebarang produk tambahan seperti krim rambut atau gel. Sama juga untuk wanita bertusung, pastikan rambut benar-benar kering sebelum memamakai tudung.

PETUA MELURUSKAN RAMBUT KERITING


RAMBUT
Rambut merupakan anggota badan yang terletak di atas kepala. Lazimnya rambut berwarna hitam. Namun sesetengah orang rambutnya berwarna perang terutamanya pada mereka yang tinggal di Barat.

PETUA MELURUSKAN RAMBUT

Sediakan 2 biji telur dan sedikit tepung gandum. Bancuhkan kedua-duanya membentuk paste.

Lembabkan rambut dengan air bersih dan lumurkan bancuhan tadi pada keseluruhan rambut.

Sikat rambut menjadi lurus dan biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan 2 kali seminggu.

PETUA MERAWAT BISUL

BISUL
Penyakit bisul merupakan kumpulan nanah terkumpul di dalam rongga yang terbentuk oleh tisu akibat proses jangkitan (biasanya disebabkan oleh bakteria atau parasit) atau sebarang bahan asing (contohnya. luka tikaman/tembakan). Ia merupakan sistem ketahanan diri tisu untuk menghalang penyebaran bahan berjangkit kepada bahagian badan yang lain.

PETUA MERAWAT BISUL

1) Ambil segumpal kapas dan celupkan seketika ke dalam cuka makan sehingga meresap. Sapu sekeliling bisul tersebut setiap malam. Lakukan sehingga sembuh.

2) Tumbuk beberapa ulas bawang putih hingga hancur. Tepek pada bisul dan balut dengan kain supaya tidak jatuh. Biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga bisul hilang.

3) Rendam segenggam beras bersama beberapa ketul kunyit hidup di dalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras dan kunyit hingga lumat. Tepek pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.

4) Kunyah daun sirih dan tepekkan pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.

PETUA MENGHILANGKAN PARUT DARI DEMAM CAMPAK


PENYAKIT CAMPAK
Penyakit campak atau lebih dikenali sebagai demam campak ialah penyakit berjangkit yang disebarkan oleh virus, khususnya paramiksovirus daripada genus Morbillivirus, menyerang sistem pernafasan melalu 

PETUA MENGHILANGKAN PARUT DARI DEMAM CAMPAK

1 Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat. Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari atau sehingga parut hilang.

2 Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.

3. Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari hingga parut hilang.

4. Mandikan pesakit dengan air kelapa muda

5. Berbaring di atas daun semambu

PETUA MEMGHAPUSKAN KUTU RAMBUT

KUTU RAMBUT
Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup dibahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari. 

PETUA MENGHAPUSKAN KUTU RAMBUT

CARA TRADISIONAL
Ambil empat ulas bawang putih dan tumbuk hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama tiga sudu makan minyak kelapa. Lumurkan rata pada keseluruhan rambut dan biarkan selama lebihkurang 15 minit. Selepas itu sikat dengan penyikat kutu.

Ambil empat ulas bawang putih dan tumbuk hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama tiga sudu makan minyak kelapa. Lumurkan rata pada keseluruhan rambut dan biarkan selama lebihkurang 15 minit. Selepas itu sikat dengan penyikat kutu.

CARA MODEN
Amalkan selalu sehingga tiada lagi kutu ada di kepala. 

Gunakan syampu khusus (boleh didapati di farmasi) untuk membunuh kutu kepala.

Cuci rambut secara biasa. Syampu kepala, kemudian usap sehingga ke kulit kepala dan rambut. Jangan sampai syampu mengenai mata. Sisir rambut dan biarkan sampai kering. Gunakan sikat rambut yang bergigi lembut. Buangkan semua kutu dan telurnya.

Bertemulah dengan doktor apabila terdapat tanda infeksi bakteria seperti demam serta bisul di kepala atau nanah.

PETUA MENYEMBUHKAN KURAP

KURAP
Kurap atau Dermatophytosis merujuk kepada sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan kulat. Terdapat beberapa jenis penyakit kurap, bergantung kepada tempat ia menjangkiti seperti berikut:-

Kurap badan (Tinea corporis)
Kurap kuku (Tinea unguium)
Kurap groin (Tinea cruris)
Kurap kulit kepala (Tinea capitis)
Kurap janggut (Tinea barbae)
Kurap kaki (Tinea pedis)
Kurap muka (Tinea faciei)
Kurap tangan (Tinea manuum)

PETUA MENYEMBUHKAN KURAP

1) Tumbuk sayur bayam hingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

2) Dapatkan santan pekat dari sebiji kelapa tua. Ambil beberapa helai daun kangkung dan tumbuk hingga lumat. Gaul santan bersama kangkung dan sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

3) Ambil seketul kunyit hidup dan ketuk dengan pisau. Sapukan bahagian kuning kunyit pada kulit yang berkurap sebelum tidur. Amalkan setiap malam.

4) Dapatkan 10 cawan daun jambu yang telah dicincang. Masukkan ke dalam periuk bersama 2 liter air. Rebus selama 15 minit. Tapis air rebusan dan tambahkan dengan air biasa secukupnya untuk dibuat mandi. Amalkan setiap hari.

5) Ambil beberapa helai daun peria dan basuh. Ramas dan gosokkan pada bahagian kulit yang berkurap. Amalkan selalu.

PETUA MELEGAKAN GOUT

PENYAKIT GOUT
Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah "gout" berasal daripada perkataan bahasa Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

PETUA MELEGAKAN GOUT


1.Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.

2. Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu @ ekstrak kulit kentang. 

3. Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali (Biji buah durian juga boleh digunakan sebagai ganti anak pokok durian dan akarnya bagi menyelamatkan pokok-pokok durian sedunia). Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout. 

4. Ambil beberapa helai daun pandan dan rebuskanya.Minum air rebusan tersebut.Amalkan 2 kali seminggu.

PETUA MELEGAKAN SENGATAN TEBUAN

TEBUAN
Tebuan merupakan sejenis serangga terbang yang mempunyai sengat yang menyakitkan. Tebuan tergolong dalam Order Hymenoptera, Family Vespidae. Spesis utama terdapat di Malaysia ialah Vespa tropica tropica. Sarang tebuan dibuat daripada cebisan-cebisan tumbuhan yang dilumatkan menjadi seperti kertas.

PETUA MELEGAKAN SENGATAN TEBUAN

Jika anda terkena sengatatan tebuan, ambil sedikit ubat gigi dan campurkan dengan beberapa titis cuka. Kacau hingga mesra. Sapukan campuran pada bengkak gigitan tebuan. Biarkan hingga kering dan bilas. Ulangi sehingga bengkak susut dan hilang.

PETUA MENGHILANGKAN KETUAT

KETUAT
Ketuat merupakan sejenis penyakit kulit yang kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan virus dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.

Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ketuat boleh merebak melalui sentuhan. Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan bengkak, menjadi kasar dan keras. Kawasan yang sering dijangkiti adalah tangan, jari,dan kaki. Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti mengidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti ekzema, atau tidak menjaga kebersihan diri lebih mudah dijangkiti jangkitan ketuat.

PETUA MENGHILANGKAN KETUAT


1) Sapukan getah daripada pelepah betik yang dipetik terus dari pokok betik ke atas ketuat. Biarkan kering.  Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.

2) Tumbuk lumat beberapa helai daun kesum dan campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.

3) Bancuh abu ubat nyamuk dengan sedikit air. Sapukan ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.

4) Sapukan kapur sirih ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.

5) Celupkan lidi ke dalam minyak masak yang sedang panas dan titik ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.



PETUA MELEGAHKAN PENYAKIT BEGUK

APA DIA BEGUK
Beguk dan wabak parotitis merupakan penyakit disebabkan virus bagi manusia, disebabkan oleh virus beguk (RNA Paramyxovirus). Sebelum pembangunan vaksin dan pengenalan vaksin beguk, ia merupakan penyakit kanak-kanak yang biasa berlaku di seluruh dunia, dan masih merupakan ancaman kesihatan di dunia ketiga.

SIMPTOM BEGUK

1. Radang Parotid inflammation (atau parotitis) dalam 60–70% jangkitan dan 95% pesakit ada menunjukkan simptom.]Parotitis menyebabkan bengkak dan sakit setempat, terutama apabila mengunyah. Ia boleh berlaku pada satu sisi (unilateral) tetapi lebih biasa berlaku dalam 90% kes pada kedua-dua sisi (bilateral).

2. Demam

3. Sakit kepala

4. Orchitis, merujuk kepada keradangan menyakitkan pada buah zakar. Lelaki melepasi matang yang mengidap beguk mempunyai 30 peratus risiko orchitis

PETUA MELEGAKAN BEGUK


Campurkan sedikit nila dan cuka ke dalam satu bekas.

Lumurkan pada bahagian yang bengkak (beguk). Biarkan sehingga kering. 

Buat sehingga bengkak surut. Ambil masa beberapa hari.


PETUA MELEGAHKAN BATUK

BATUK
Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang. Ia menyebabkan udara dikeluarkan dari paru-paru dengan kuat dan menyebabkan bunti yang tersendiri. Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas. Membatuk membersihkan bahan material rengsa (contohnya merokok atau habuk) dan kelebihan rembasan (sputum atau kahak) dari kerongkong kita, lubang nafas (saluran pernafasan) dan paru-paru.

PUNCA BATUK
Demam selsema, alergi dan merokok adalah punca umum batuk, tetapi batuk boleh menjadi gejala sebuah kesakitan serius atau kesan sampingan ubat. Sebab-sebab batuk yang lain termasuk:

Selepas penitisan hidung (katar) - berlebihan rembasan hidung yang melari bawah ke dalam belakang kerongkong, merangsangkan kebatukan. Biasanya disebabkan oleh alergi, demam selsema umum atau jangkitan sinus.
Penyakit Asma / lelah

Jangkitan saluran pernafasan - contohnya kelompok, whooping cough

Perengsa penafasan dalam - contohnya merokok, habuk, api keindustrian.

Penyakit peparu - contohnya sistik fibrosis, bronkiektasis, barah.

Hiatus hernia dan refluks gastroesofageal - asid perut membocor ke dalam kerongkongan, meransangkan batuk.

Kelemahan jantung Kebimbangan, gemuruh dan tabiat Sebarang ubat

Kadang kala seseorang ada lebih dari satu alasan untuk membatuk.

PETUA MELEGAKAN BATUK

1) Ambil perahan jus dari sebiji limau nipis dan dicampurkan dengan sesudu madu. Minum setiap pagi semelum sarapan selama seminggu.

2) Ambil sebiji limau sunkist, buat lubang dengan toreh pangkah pada kulit bahagian atas limau tersebut. Sumbat sesudu gula batu pada lubang tersebut. Masukkan limau tersebut ke dalam periuk nasi yang sedang tanak nasi ketika nasi tersebut sudah kering. Tutupperiuk dan biarkan sehingga nasi masak.
Setelah nasimasak keluarkan limau  tersebut dan makan dengan mendahului bismillah serta selawat ke atas nabi. Amalkan sehingga sembuh.

3) Masukkan 2 sudu nasi panas yang baru masak ke dalamcawan dan tambahkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut semalaman dan minum air nasi itu pada keesokan paginya. Amalkan sehingga sembuh.

4) Campurkan 1 sudu madu lebah asli dengan 1 cawan air suam. Kacau hingga sebati dan minum 3 kali sehari.

5) Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat untuk mendapatkan jusnya yang pekat. Tambahkan sedikit gula dan embunkan semalaman. Minum 2 kali seminggu.

6) Rendam sedikit kerak nasi dengan air suam sehingga kembang. Ambil airnya dan minum. Amalkan setiap pagi.

7) Rebus 2 biji pisang masak sehingga lembik, masukkan secawan santan, sedikit garam dan sedikit esen vanila. Makan sebagai sarapan setiap pagi. InsyaAllah batukakan berkurang.

Friday, December 1, 2017

PETUA MELAGAHKAN SAKIT GIGI

SAKIT GIGI
Sakit gigi yaitu rasa nyeri pada gigi. Sakit gigi disebabkan oleh berbagai masalah pada gigi dan rahang, seperti karies gigi, gingivitis atau penyakit rahang, dan masih banyak lagi. Sakit gigi juga merupakan gejala penyakit jantung, seperti angina. Sakit gigi dapat mengakibatkan penyakit jantung dan stroke. Setidaknya, sakit gigi dapat menyebabkan kepala pusing.
  
PETUA MELAGAHKAN SAKIT GIGI


1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.



PETUA SEGARKAN KULUT WAJAH

MAKSUD PETUA 
Petua adalah prinsip dengan amalan luas yang tidak terikat dengan tepat atau berguna untuk setiap keadaan. Ia mudah dipelajari dan senang untuk diaplikasikan bagi mengira atau mengingati beberapa nilai, atau untuk membuat beberapa penentuan. Apabila dibandingkan dengan kaedah heuristik, satu konsep bersamaan digunakan dalam wacana matematik, psikologi, dan sains komputer, khususnya dalam rekabentuk algoritma.

PETUA SEGARKAN KULIT MUKA




1) Campurkan 4 sudu jus perahan limau nipis dengan 1sudu kecil madu. Sapukan pada seluruh wajah seperti memakai masker. Biarka selama sejam. Bersihkan dengan air suam. Amalkan 2kali seminggu.

2) Kisar sebiji epal hijau dan ambil jusnya. Sapukan jus epal ke seluruh muka dan biarkan hingga kering, anggaran selama 10 minit. Bilas dengan air suam. Amalkan selalu.

3) Jerang air hingga mendidih. Sementara itu cuci muka hingga bersih. Tuangkan air mendidih ke dalam bekas dan tundukkan muka ke dalam bekas itu supaya wap panas kena pada muka. Tutup kepala dengan tuala supaya wap tidak terkeluar. Amalkan setiap pagi dan malam.


PETUA PENGGUNAAN GINCU YANG AMAT BERKESAN

GINCU BIBIR
Gincu bibir (penambah baikkan tekstur bibir) adalah salah satu jenis gincu bibir. Ia telah digunakan sebagai suatau alat kosmetik yang mampu membantu menambahbaikkan nilai astatik dan cara penggunaan untuk mewujudkan keadaan bibir yang sihat dan cantik.

PETUA PENGGUNAAN GINCU YANG BERKESAN

1) Simpan gincu (lipstick) di dalam peti ais. Keluarkan gincu ketika hendak digunakan dan gunakan seperti biasa. Warna gincu akan kelihatan lebih menarik dan tahan lebih lama.

2) Untuk mengekalkan gincu ketika dipakai, sapukan gincu di bibir sebanyak dua kali. Selepas sapuan pertama, tekap atau cium pada kertas tisu. Kemudian buat sapuan kedua.

Untuk menampakkan gincu lebih berkilat dan menawan, oleskan lip glos dengan menggunakan jari.

PETUA MENDAPATKAN SUARA YANG SEDAP DAN MERDU

MAKSUD SUARA
Suara mengandungi bunyi yang dibuat oleh manusia menggunakan lipatan vokal untuk bercakap, membaca, menyanyi, berketawa, menangis, teriak dll. Suara manusia secara khususnya sebahagian daripada pengeluaran bunyi manusia di mana lipatan vokal (pita suara) merupakan sumber suara utama. Secara umum, mekanisme untuk menjana suara manusia boleh dibahagikan kepada tiga bahagian; peparu, lipatan vokal dalam larinks, dan artikulator. 

Peparu (pam) mesti menghasilkan aliran udara yang mencukupi dan tekanan udara untuk menggetarkan lipatan vokal (tekanan udara ini merupakan bahan api suara). Lipatan vokal (pita suara) merupakan injap bergetar yang memotong aliran udara dari peparu ke dalam denyutan boleh didengar yang membentuk sumber suara larinks. Otot-otot larinks melaraskan kepanjangan dan ketegangan lipatan vokal ke pic ‘nada halus’ dan nada.

PETUA UNTUK MENDAPATKAN SUARA YANG MERDU

1) Petua tradisional lama ini selalu diamalkan oleh kebanyakan penyanyi serta qari dan qariah. Caranya ambil sebiji limau nipis dan perah ke dalam gelas berisi air suam. Air limau itu perlu dicampur dengan sedikit gula batu, kemudian minumlah sbagai minuman biasa. Sebaik-baiknya minum air itu sebelum gosok gigi di sebelah pagi. Selain itu untuk menjaga suara, jangan minum air batu atau air bergas tetapi amalkan minum air suam atau air masak sahaja.

2) Sediakan secawan air pada waktu malam, biarkan semalaman. Apabila bangun pagi minum air tersebut sebelum membasuh muka atau gosok gigi dahulu.


PETUA MERAWAT SELESEMA SECARA SEMULAJADI

MAKSUD SELESEMA
Selesema (juga dikenali sebagai radang hidung dan farinks, nasofaringitis, rinofaringitis, koriza akut atau juga pilek atau songsering di sesetengah tempat) ialah suatu penyakit berjangkit virus bagi salur pernafasan atas yang terutamanya menjejaskan hidung. Gejala termasuk pembatukan, sakit kerongkong, hidung berhingus, bersin, dan demam yang biasanya beransur hilang dalam tujuh hingga sepuluh hari, dengan sesetengah gejala berlanjutan sehingga tiga minggu. Melebihi 200 strain virus terlibat dalam sebab selesema; rinovirus ialah yang paling am.

RAWATAN SELESEMA SECARA SEMULAJADI


1) Calit sedikit kapur sirih dan dua titik minyak kayu putih pada sehiris limau nipis. Panggang di atas api hingga panas dan kemudian perah airnya. Minum air perahan ini sekali sehari.

2) Hidu bau halia hidup yang telah dibersihkan.

3) Ambil secawan air didihan beras. Minum ketika suam. Amalkan selalu.

4) Jika selesema akibat cuaca hujan atau panas terik, basahkan ubun-ubun kepala. Ulang beberapa kali.

PETUA ELAK SEMBELIT

MAKSUD SEMBELIT
Konstipasi atau sering disebut sembelit adalah kelainan pada sistem pencernaan di mana seorang manusia (atau mungkin juga pada haiwan) mengalami pengerasan tinja yang berlebihan sehingga sukar untuk dibuang atau dikeluarkan dan dapat menyebabkan kesakitan yang hebat pada penderitanya. Konstipasi yang cukup hebat disebut juga dengan obstipasi. Dan obstipasi yang cukup parah dapat menyebabkan kanker usus yang berakibat fatal bagi penderitanya.

PETUA ELAKKAN SEMBELIT

1) Makan buah pisang atau betik selalu.

2) Ambil dua biji pisang lemak manis yang cukup masak. Buang kulitnya dan kisar bersama segelas air. Amalkan minum air pisang ini dua kali sehari sehingga sembuh.

3) Dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Rebus hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya pagi dan petang setiap hari sehingga sembuh.

4) Rebus daun gelenggang dan jadikan ulaman makan bersama nasi setiap hari.

PETUA TERCEKIK TULANG IKAN


PETUA RAWATAN TERCEKIK TULANG IKAN
1. Masukkan sedikit garam ke dalam secawan air suam dan minum sekerap mungkin sehingga tulang tidak lagi melekat pada tekak.

2. Kepal - kepalkan kan nasi dan terus telan.

3. Celupkan jari ke dalam madu, selawat 3 kali dan hisap jari tersebut. InsyaAllah tulang ikan akan terkeluar.

4. Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan di klinik/hospital.

PETUA MENGHALUSKAN TUMIT KAKI

APA TU TUMIT KAKI ATAU TELAPAK KAKI?

Telapak kaki ialah bagian bawah kakimanusia. Secara anatomis, telapak kaki disebut sebagai aspek plantar. Permukaan yang serupa pada ungulata ialah kuku.

PETUA MENCANTIKAN TUMIT KAKI

1) Lumur sedikit asam jawa di tumit kaki kemudian rendamkaki dalamair suam berisi garam (seelok-eloknya gunagaram bukit). Lakukan selalu sehingga tumit kaki licin.

2) Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.

3) Panaskan lemak ayam sehingga menjadi minyak. Sapukan pada tumit setiap malam sebelum tidur.

4) Lenyekkan beberap butir nasi dan tempek pada bahagian yang merekah. Ulang beberapa kali sehari setiap hari.

5) Hiris 5 biji buah kedondong dan tumbuk bersama 2cm kunyit hidup hingga hancur. Letakkan bahan yang telah ditumbuk di  atas daun sirih dan lipatkan. Layur lipatan daun tersebut atas api perlahan. Apabila suam-suam panas, tampalkan pada tumit kaki dan balut dengan kain. Amalkan seminggu sekali.

6) Perah jus dari bawang merah dan sapukan pada tumit kaki yang pecah. Amalkan selalu hingga berpuas hati.

7) Gosok buah belimbing buluh pada tumit setiap kali sebelum mandi. Biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk hilangkan kulit kasar.

8) Campurkan sedikit yang telah dihancurkan dengan air ramasan sirih. Setelah itu sapukanpada tumit kaki dua kali sehari. Lakukan sekerap yang boleh sehingga nampak perubahannya.

9) Ramas beberapa helai daun pisang yang kering dangosokkan pada tumit kaki. Amalkan selalu.

10) Masukkan beberapa keping asam gelugur dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Rendamkan kaki selama 10 minit. Amalkan setiap hari.

11) Gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan 2 kali seminggu.

PETUA MENEGANGKAN PAYUDARA WANITA

APA TU PETUA?
Payudara, buah dada atau tetek ialah bahagian ventral atas pada badan manusia dan juga mamalia. Payudara bagi wanita lebih ketara berbanding lelaki dan mengandungi kelenjar mama yang merembeskan susu untuk memberi makan bayi. Payu dara bagi seorang wanita mula berkembang selepas baligh.


PETUA MENEGANGKAN PAYUDARA


DAUN SIRIH

Dapatkan beberapa helai daun sirih yang berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan kering dan lakukan berulang kali. Menurut orang-orang tua, petua ini dipanggil 'Petua Sayang Suami'.

BUAH LABU

Kupas setengah biji labu dan kukus atau rebus sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut ketika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh buah dada lebih kurang 20 minit. Amalkan 2 kali seminggu.

PUTIH TELUR

Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Amalkan 3 kali seminggu.

AIR DIDIHAN NASI

 Amalkan meminum air didihan nasi sebelum tidur malam. InsyaAllah mujarab.

PETUA MENCANTIKKAN PAYUDARA WANITA


APA TU PETUA?
Payudara, buah dada atau tetek ialah bahagian ventral atas pada badan manusia dan juga mamalia. Payudara bagi wanita lebih ketara berbanding lelaki dan mengandungi kelenjar mama yang merembeskan susu untuk memberi makan bayi. Payu dara bagi seorang wanita mula berkembang selepas baligh.


PETUA MENCANTIKKAN PAYUDARA




MINYAK SAPI

Panaskan dua sudu minyak sapi kemudian biarkan sejuk. Sapu dan urutkan di sekeliling payudara selama 15 minit. Kemudian ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam. Lapkan minyak sapi sehingga bersih.

BAWANG MERAH

Tumbuk sepuluh biji bawang merah hingga lumat. Sapukan disekitar buah dada atau payudara, jangan terkena putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dan bilas dengan air bersih.