Petua
adalah prinsip dengan amalan luas yang tidak terikat dengan tepat atau berguna
untuk setiap keadaan. Ia mudah dipelajari dan senang untuk diaplikasikan bagi
mengira atau mengingati beberapa nilai, atau untuk membuat beberapa penentuan.
Apabila dibandingkan dengan kaedah heuristik, satu konsep bersamaan digunakan
dalam wacana matematik, psikologi, dan sains komputer, khususnya dalam
rekabentuk algoritma, Disini saya kongsikan petua untuk melembutkan daging.
Biarkan daging lembut dan simpan di dalam peti. Mungkin anda rasa susah untuk masak jika daging masih beku, tetapi daging yang sudah disimpan di dalam peti lebih empuk dan mudah dipotong berbanding segar.
Langkah-langkah:
Cuci
bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir. Rebus
daging, simpan di dalam bekas tertutup rapat dan masukkan di dalam peti dan
guna jika perlu.
1.
GUNA BIJI KURMA
Rupanya berguna juga biji kurma ni. Selalu buang sahaja. Sekarang boleh guna untuk mengempukkan daging. Ambil dalam 5 biji masukkan kedalam lauk daging atau sup. Masa hidangkan jangan lupa keluarkan biji tersebut. Nanti ada yang menjangka biji kacang pula.
2. GUNA DAUN BETIK
Daun betik mengandungi enzim yang boleh empukkan daging. Caranya mudah, ramas daun betik muda hingga keluar getahnya, kemudian gunakan untuk membungkus daging. Cuci bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir. Rebus daging (bergantung menu masakan). Bungkus dengan daun betik muda yang sudah diramas, kemudian biarkan lebih kurang 1 jam sebelum dimasak. Apabila daging sudah direbus, maka proses ini sekali gus membantu penyerapan rempah.
3. CUCI DENGAN NENAS
Anda boleh menggunakan parutan nenas muda.Nenas mengandungi enzim yang boleh meleraikan serat-serat daging sehingga menjadi lebih empuk ketika dipotong. Cuci bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir. Biarkan selama 30 minit sebelum dimasak.
4. REBUS DENGAN REMPAH
Cara menggunakannya mudah, setelah daging dicuci bersih, tabur daging cukup dengan rempah dan ramas. Biarkan beberapa saat, daging akan jauh lebih empuk. Cuci bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir. Tabur daging dengan rempah sambil ramas tapi jangan sampai terlebih rempah, ya.
5. GUNA DAUN NANGKA
Sediakan beberapa helai daun nangka dan bersihkannya dahulu. Masukkan daun nangka ke dalam periuk bersama dengan daging yang ingin direbus.
No comments:
Post a Comment