Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam. Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.
Rawatan secara
tradisional yang disarankan untuk merawat penyakit asma yang tuan puan boleh amalkan.
HATI UNTA
Cuba dapatkan
hati unta yang telah dikeringkan. Hati unta tersebut dipotong nipis-nipis dan
kemudian digoreng tanpa minyak hingga menjadi arang.
Selepas itu tumbuk halus hingga menjadi serbuk. Setiap malam sebelum tidur, rendam sedikit serbuk tu dalam segelas air yang mendidih. Biarkan ia sejuk atau suam dengan sendiri sebelum ditapi dan diminum airnya. Cuba amalkan setiap malam sehingga merasa kesannya.
MADU ASLI
Satu cara untuk
menyembuhkan penyakit lelah ialah dengan mengamalkan minum madu asli. Minum
sebanyak satu atau dua sudu besar sekali setiap hari. Bagi kanak-kanak kecil
dosnya perlu kurang sikit iaitu setengah atau satu sudu teh pun dah mencukupi.
DAUN ATI ATI
Dulu-dulu kalau
ada anggota keluarga yang menghidap lelah, orang tua kita akan cari daun
ati-ati. Daun ati-ati warnanya ungu
macam daun keladi tetapi saiznya lebih kecil. Rasanya juga lembut semacam
baldu.
ambil sehelai daun ati-ati setiap malam sebelum tidur. Basuhkan ia dan ketika masih lembab tu sapukan ke dada. Gosok sehingga ia kering kat dada. Sebaik-baiknya baca surah Al-Fatihah semasa menggosok, mohon pada Allah agar kembali pulih seperti sediakala. Insya Allah memang mujarab hasilnya.
BAWANG PUTIH
Ambil lima ulas
bawang putih dan hiris nipis-nipis. Lepas tu rebus hirisan bawang putih itu
dengan segelas air. Biarkan mendidih sehingga airnya tinggal separuh. Biarkan ia sejuk dengan sendiri. Bila dah
sejuk, tambahkan satu sudu teh madu asli dan amalkan minum setiap pagi selama
10 hari. Cuba lihat hasilnya.
Jika lelah atau
penyakit semput tu menyerang, cuba ikhtiarkan kaedah tradisional yang turut
menggunakan bawang putih nie. Ambil dua ulas bawang putih dan tumbuk hingga
hancur. Setelah itu campurkan bawang tadi dengan tiga sudu minyak kelapa dara.
Sapukan
campuran tu pada leher, dada dan belakang pesakit. InsyaAllah, dalam masa 10
mini, penyakit lelah yang menyerang akan beransur reda.
BAWANG MERAH
Rebus beberapa biji bawang merah yang kecil sehingga lembut. Kisar dan tapis airnya dan amalkan minum seminggu sekali.
BUNGA KENANGA
Ambil tiga
kuntum bunga kenanga. Celurkannya selama 5 minit dalam semangkuk air panas.
Setelah itu buang bahagian kuntum bunga kenanga itu terlebih dahulu dan minum
airnya. Amalkan dua tiga kali dalam seminggu.
DAUN SIRIH
Rebus daun
sirih bersama gula batu hingga pekat. Biarkan ia suam sedikit dan minum rebusan
tersebut ketika ia masih suam.
Bagi meredakan
kesakitan ketika serangan asma, daun sirih dilayur di atas api dan ditempelkan
ke dada.
DAUN PEGAGA
Ulam pegaga
juga boleh dijadikan penawar asma. Keringkan daun pegaga. Setelah itu rebus dan
minum airnya ketika suam.
SUSU KAMBING
Perah susu
kambing, tapis dan kemudian minum mentah setiap pagi. Dikatakan amalan minum susu kambing mentah
setiap pagi boleh menyembuhkan penyakit lelah.
BUNGA KECUBUNG
Ambil beberapa
tangkai bunga kecubung. Jemurkan sehingga kering di bawah pancaran matahari.
Lepas tu, gulungkan atau bentukkan bunga kecubung yang dah dikeringkan tu
seperti gulungan rokok daun. Pasangkan api dan hisap seperti menghisap rokok
tembakau. Ini satu lagi petua lama yang
dikatakan mujarab untuk merawat asma jika rajin diamalkan.
SAYUR PETOLA
Kita biasa makan sayur air petola tetapi tidak tahu khasiat sebenar buah petola untuk tujuan merawat penyakit Asma. Tok Aki harap dengan petua ini, ibu bapa di luar sana membuka mata demi melihat anak kita sihat dan normal.
Caranya mudah
saja, ambil sebiji petola kemudian potong sedikit dan buangkan biji dan buat
lubang di tengah-tengah. Selepas itu, masukkan beberapa biji gula batu ke dalam
dan bakar petola itu hingga masak. Selepas masak, perah petola untuk
menghasilkan jus. Amalkan meminum jus berkenaan.
HALIA
Halia memiliki
ramuan anti-asma yang baik. Cara pemakanan membabitkan halia amat banyak. Halia
juga boleh dijadikan minuman yang mana lebih mudah disediakan. Amalkan
meminumnya setiap hari dan galakkan anak-anak anda berbuat demikian.
slm
ReplyDelete