Tuesday, September 24, 2019

MASA SESUAI KHATANKAN ANAK

Khatan bermakna memotong lebihan kulit di bahagian alat sulit samaada bagi wanita (kelentit) mahupun lelaki (kulup). Khatan atau "bersunat" merupakan salah satu cara membersihkan alat sulit kerana zakar dan faraj merupakan tempat dimana pembiakan kuman-kuman yang boleh memudaratkan. Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan al-Auzai serta lain-lain berkhatan atau bersunat ini merupakan wajib bagi seseorang yang bergelar Muslim. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa khatan wajib dilakukan ketika si anak hampir cukup umur atau akil baligh. Mengkhatan anak lelaki adalah wajib manakala mengkhatankan anak gadis adalah terpuji dan bukannya wajib.

Bila Nak Khatan/Sunat Anak Lelaki?


Rekod terawal mengenai berkhatan terdapat dalam batu bersurat Mesir Purba dari Saqqara (c 2200 S.M (BC). Dikatakan Nabi Ibrahim a.s dikhatan ketika berusia 80 tahun dan mengkhatan putera-putera beliau, Nabi Ismail dan Nabi ishak pada usia masing-masing 13 dan 8 tahun. Perbuatan ini kemudian berlarutan sehingga ke nabi seterusnya termasuk Nabi Isa a.s. Untuk kes Nabi Muhammad s.a.w. ada mengatakan baginda dilahirkan sudah berkhatan. Ada juga menyatakan bahawa baginda dikhatankan oleh Malaikat Jibrail atau datuk beliau, Abdul Mutalib.


Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma'ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab. Di Malaysia, kebanyakan ibu bapa dan penjaga memilih hari cuti penggal, iaitu sekitar pertengahan tahun mahupun hujung tahun untuk mengkhatankan anak-anak mereka. Kanak-kanak ini kebiasaannya dikhatankan ketika berusia dalam lingkungan 10-12 tahun.


Khatan di kalangan masyarakat Arab berbeza dengan masyarakat di Malaysia. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat Arab memilih untuk mengkhatankan anak mereka ketika baru lahir atau pada peringkat 7 tahun. Sebenarnya benda ni agak subjektif sebab kematangan setiap anak adalah berbeza. Cuma info yang saya bagi ni boleh dijadikan panduan untuk ibubapa semua.


1. Kalau nak sunat masa anak masih kecil sebaiknya di bawah umur 2 tahun. Masa ni fungsi dan perkembangan sosial dan juga kognitif anak masih belum berkembang sangat lagi. Jadi, anak pun kurang trauma kalau kita khatan mereka pada umur tersebut


2. Kita kena tengok juga kematangan emosi anak kita. Jika anak belum bersedia, jangan dipaksa. Tugas seorang ayah lah untuk memberi penjelasan dan membentuk keyakinan pada anaknya. Anak yang belum bersedia hanya membawa kepada trauma berpanjangan hingga ke alam dewasa.


3. Elakkan juga berkhatan pada waktu mereka sedang dalam proses mengenal organ seksualnya, iaitu waktu awal remaja (lepas sekolah rendah/di awal sekolah menengah). Dikhuatiri akan memberi kesan kepada psikologi seksual anak kita.Semoga bermanfaat. Apa pun InsyaAllah ibubapa lah yang lebih tahu waktu terbaik untuk anak mereka berkhatan 


No comments:

Post a Comment