Saturday, April 27, 2019

TIPS PILIH IKAN SEGAR DI PASAR


1. MATA IKAN SEGAR
Perhatikan mata ikan, ikan yang masih segar akan memiliki mata yang putih dan cantik. Sementara, mata ikan yang dah lama akan menjadi merah.

2. WARNA INSANG IKAN
Lihat dan belek insang ikan. Insang ikan segar berwarna merah dan berlendir. Sementara ikan yang dah lama, warna insang akan berubah kepada warna kelabu.

3. TEKSTUR ISI IKAN
Gunakan jari anda dan tekan ke atas isi ikan. Isi ikan segar adalah pejal dan akan melantun apabila ditekan.

4. PERUT TIDAK PECAH
Elakkan daripada mengambil ikan yang telah pecah perutnya. Perut ikan yang lembik dan pecah menunjukkan ikan tersebut tidak segar.

.

MANFAAT BUAH MAHKOTA DEWA

Di sini saya ajarkan cara menjadikan herba daripada buah mahkota dewa.

1. Petik buah yang berwarna unggu kemerahan. Ketika inilah kandungan antioksidan di dalam buah mahkota dewa tinggi. Warna buah mahkota dewa yang sesuai untuk petik buah dibuat herba.

2. Belah dua buah mahkota dewa.

3. Buang biji yang ada di dalam buah ini. Biji buah mahkota dewa adalah beracun.

4. Hiris nipis isi buah mahkota dewa.

5. Selerakkan di atas pinggan atau dulang. Jemur hingga kering. Pastikan jemur di bawah tempat teduhan. Tak sesuai dijemur terus pada pancaran cahaya matahari. Sinar UV akan mengurangkan khasiat buah ini.

6. Setelah kering, hirisan boleh disimpan di dalam bekas.


MAKLUMAT PENTING

1. Masukkan dua hingga tiga keping hirisan ke dalam air panas 300 mL.

2. Biarkan dalam 5 minit.

3. Minum

Amalkan minum tiga hari sekali jika anda tidak menghidap penyakit kronik.

Jika anda ada penyakit kronik seperti darah tinggi, kanser, dan kencing manis, amalkan minum sekali sehari. Tingkatkan dos sehingga 10 keping hirisan setelah sebulan minum. Apabila penyakit semakin pulih, kurangkan dos. Dan minum seperti normal iaitu tiga hari sekali. Ini kerana jika terlebih dos boleh mendatangkan keburukan

MANFAAT BUAH MANGGIS

BERIKUT ADALAH BEBERAPA MANFAAT MANGGIS YANG DIPERCAYAI BAIK UTK KESIHATAN MANUSIA :

1. Mengurangkan rasa sakit. Anti-inflamasi yang dapat mengurangkan keradangan, ngilu seperti arthritis yang disebabkan oleh latihan olahraga dan luka ringan.

2. Membantu menjaga kesihatan pembuluh darah, kadar kolesterol, melindungi otot jantung, menurunkan tekanan darah tinggi.

3. Fungsinya dalam memerangi radikal bebas, inflamasi dan juga dapat mencegah sel barah.

4. Meningkatkan tenaga tanpa stimulan. Menjaga kesihatan usus sehingga mampu meringankan diare, sembelit, menstabilkan kesihatan usus normal.

5. Baik digunakan pada kulit dan wajah. Digunakan pada kulit untuk mengubati ekzema, melawan bakteri yang menyebabkan  jerawat dan juga membantu mempercepat penyembuhan luka.

6. Membantu mengatasi infeksi, dari virus, bakteri, hinggalah parasit.

7. Dapat mengurangkan gula darah pada diabetes type II dengan menjadi insulin yang lebih efektif.

8. Melindungi kesihatan otak dan saraf, termasuk membantu mencegah parkinson dan alzheimer.

9. Membantu mengatasi alergi (anti histamin) dan menguatkan antibodi tubuh.

10. Membantu mengawal berat badan dan mengurangi lemak tubuh.

ASAL USUL KANSER DI RAHIM PERUT



1. Jangan minum air ais, air soda berkarbonat dan air kelapa *ketika haid* kerana pori kepala sedang terbuka pada saat haid dan boleh menyebabkan sakit kepala. Sangat berbahaya kesan ini boleh di rasakan ketika muda dan ketika tua nanti.

2. Jangan makan timun ketika sedang haid kerana getah yang ada pada timun boleh menyebabkan haid tersisa di dinding rahim.

3. Selain itu ketika sedang haid, tubuh tidak boleh terbentur, terjatuh dan terpukul oleh benda keras terutama bahagian perut kerana boleh menyebabkan muntah darah dan rahim boleh terluka.

4. Kajian membuktikan minum ais ketika haid boleh menyebabkan darah haid tersisa di dinding rahim, setelah 5 - 10 tahun dapat menyebabkan “KISTA & KANSER RAHIM”.

KHASIAT DAN KELEBIHAN CUKA EPAL DALAM PERUBATAN ISLAM

DETOX & KURUSKAN BADAN
Detox atau dalam bahasa mudahnya mengeluarkan toksin yang berlebihan dalam badan. Oleh itu secara tidak langsung membantu mendapatkan badan yang ideal...Selain dari itu bahan ini mengandungi lecithin yang membantu meningkatkan metabolisma lemak dan menukarkan lemak menjadi tenaga. selain dari itu lecithin juga membantu meningkatkan daya ingatan.


GOUT & ARTHRITIS
Gout, arthritis dan sakit-sakit yang melibatkan sendi dan sengal-sengal badan.

TEKANAN DARAH
Acetic Asid yang terdapat didalam cuka epal berkesan mengurangkan tekanan darah tinggi, menstabilkan tekanan dengan merehatkan salur darah. Penggunaan berterusan boleh menjadikan tekanan darah menjadi normal.

 DIABETES / KENCING MANIS
Apple cider atau cuka epal boleh mengurangkan kadar gula dalam darah, seterusnya berupaya mencegah penyakit kencing manis dan arthritis.

JANGKITAN, SELSEMA & SAKIT TEKAK
Meredakan selsema, sakit tekak dan jangkitan kuman. Sangat berkesan untuk asma atau sinus (resdung). Juga menolong menjelaskan penglihatan dan memulihkan sistem pencernaan.

KULIT
Sangat baik untuk kulit yang bermasalah seperti eczema. Merawat kulit berjerawat, tompok hitam yang tak sekata pada kulit dan selulit…

BADAN / MULUT BERBAU
Menolong meneutralkan pH badan/mulut dan membunuh kuman/bakteria penyebab bau busuk ....juga boleh untuk kaki berbau.


KERACUNAN MAKANAN
Jika terkena keracunan makanan, minum 1 sudu setiap 5 minit selepas serangan keracunan. Juga boleh merawat cirit-birit dan diarrhea kerana bahan ini mengandungi kadar pectin yang tinggi yang boleh menyelaputi dinding kolon yang terengsa.... (anti-diarrhea)

KOLESTROL
Menolong mengurangkan paras kolestrol dengan adanya pectin yang merupakan sejenis fiber mudah larut dalam air dan juga asid amino yang dapat meneutralkan kolestrol LDL yang teroksida... dengan kata lain mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL cholesterol type) .. kolesterol jahat ini menyumbat saluran darah dan kalau tidak dibakar mengeluarkan sodium berlebihan dari badan (melalui peluh & perkumuhan)

AWET MUDA
Awet muda dan menaikkan seri (kerana tubuh yg bebas dari toksin menjadikan darah lebih bersih, usus bersih menyebabkan oksigen mudah sampai ke otak. Sel-sel tubuh menjadi segar.

CARA PEMAKANAN
Satu sudu cuka Apple dicampurkan dengan satu gelas air suam dan diminum sebelum sarapan pagi.Cuka epal ini juga elok di minum waktu malam sebelum tidur.Malah Nabi (saw) sendiri suka kepada khall (cuka yang di proses daripada buah, seperti tamar, epal dss).

BUAT SARAF YANG BERMASALAH AKIBAT PATAH

Kalau ada sesiapa yang bermasalah dengan saraf terutama bagi mereka yang patah kaki dan tangan sehinggakan tak boleh bergerak.

Hari ini saya nak ajar bagaimana cara saya merawat masalah ini dengan menggunakan herba yang tidak selalu anda lihat tetapi tidak sangka ia boleh merawat masalah sebegini.

Caranya untuk merawat masalah ini cari daun pegaga, tumbuk sehingga hancur dan balut pada bahagian yang bermasalah itu. Lakukan ia selama seminggu berturut-turut In Sha Allah tempat yang bermasalah akan pulih dengan cepat sekali.


PETUA MASALAH KENCING KOTOR

Siapa yang pernah kena kencing kotor ini tahu le sakit ke tak sakit, kerana senak dari buah telur sampai ke belakang, rasa macam nak muntah tapi angin yang keluar dari urat belikat sampai sampai ke pinggang bagaikan hendak putus rasanya,seolah-olah macam ada hantu sedang menari-nari dalam buah telur sampai ke belakang rasanya.

Di sini saya ajar cara paling cepat nak rawat penyakit orang yang kurang minum air serta bagi mereka yang suka menahan air kencing ini.


1). Ambilkan dua atau tiga biji nenas cina, jangan dibuang kulitnya kemudian di potong halus.

2). Ambil satu sudu teh tawas ( orang tua-tua dahulu menggunakan untuk menjerniskan air perigi ).

3). Lima cawan air putih.
Caranya: semua bahan tadi hendaklah di masak sehingga menidih, kemudian minumlah air itu sehingga habis lima cawan dalam masa satu hari. In Sha Allah bagi yang kencing kotor akan pulih dengan cepat sekali.




PETUA MENGATASI MASALAH KERAP KEGUGURAN


Di sini saya nak berkongsi sedikit petua supaya keluarga yang kerap belaku keguguran boleh memanafat petua ini.

Apa yang menjadi permasalahannya sekiranya terlalu kerap belaku keguguran, ini akan menyebabkan kekuatan rahim si ibu akan menjadi lemah dan amat sukar sekali untuk mendapatkan anak pada kemudian hari.

Oleh itu di sini saya berikan sedikit petua orang tua-tua dahulu supaya bermanafaat bagi keluarga yang ingin mendapatkan zuriat.

Caranya apa bila si ibu telah telah dipastikan mengandung, ia mesti di mulakan pada hari jumaat dengan mencari apa-apa buah-buahan, contohnya seperti timun atau manga.

Lalu tuliskan wafaq seperti di bawah dan baca doa yang saya tuliskan itu sebanyak tiga kali, kemudian makan buah itu.

Lakukan pada setiap hari jumaat sahaja sehingga kandungan ibu benar-benar kuat barulah boleh berhenti memakan buah yang di wafaq itu.

Doanya amat digalakkan dibawa selepas sembahyang dan di tiupkan di perut sambil mengosok perut si ibu selepas sembahyang.

Doa didalam ruminya berbunyi seperti ini.

Ya Allah tuhan yang mengenggam langit, sehingga tidak jatuh kebumi ia tegak tampa atap. Genggamlah rahimku, sempurnakan ia sehingga lahir dengan baik dan selamat.

CARA UNTUK MERAWAT SIHIR SENDIRI


Caranya mudah sahaja, ia mesti dimulakan pada hari isnin atau selasa, cari kayu api yang terbuang dan tulis wafak seperti di bawah di permukaan kayu yang belum terbakar, sambil membaca surah An Nasr tiga kali (mesti ikut panduan seperti di bawah).

Selesai sahaja menulisnya bakar kayu itu sampai jadi arang dan ambil sedikit arang yang di tulis wafak tadi lalu di campurkan minyak zafaran (tak semistinya minyak zafaran yang saya buat).

Cara mengunakannya ialah campur sedikit minyak zafaran tadi dan air dari tanah liat dan mandikan pesakit yang terkena sihir itu.

Mandikan pesakit yang terkena sihir sambil membaca surah Al- Falaq berkali-kali.
Mesti lakukan selama tiga malam berturut-turut, mandikan sampai pesakit itu mengigil kesejukan.

In Sha Allah kita beriktiar, moga sembuh dari penderitaan sihir.


BUAH MANGGA MENURUNKAN KADAR GULA DARAH

Menurut sejumlah penelitian, buah Mangga memiliki kandungan polifenol yang bermanfaat untuk menurunkan kadar gula dalam darah sehingga dapat mengurangi kemungkinan obesitas.

Hal itu selaras dengan hasil penelitian yang dipublikasikan dalam Experimental Biology Conference 2013. Di dalam hasil publikasi tersebut, disebutkan bahwa peningkatan kadar gula darah dapat menyebabkan diabetes atauobesitas dan hal itu bisa diatasi dengan mengonsumsi buah Mangga yang mengandung polifenol.

Tahukah Anda apa itu polifenol? Polifenol sendiri merupakan jenis mikronutrien yang ditemukan di dalam tumbuhan. Dalam berbagai penelitian, polifenol banyak dikaitkan dengan khasiatnya sebagai pencegahan penyakit.

Dan patut berbangga bagi Anda yang gemar menyantap Mangga karena disebutkan bahwa buah enak tersebut memiliki kandungan polifenol dan antioksidan yang kaya sehingga dapat meningkatkan metabolisme di dalam tubuh dan melawan diabetes.

Selain khasiat anti-diabetes, polifenol jenisquercetin yang terkandung di dalam buah Mangga, juga memiliki kemampuan dalam melawan inflamasi dan hipertensi.

Dan yang terpenting ialah kandungan kaempfrolyang sangat berperan dalam menghambat terjadinya pertumbuhan sel kanker yang membahayakan. Pertanyaannya, sudahkah Anda mengonsumsi cukup buah dalam setiap harinya?

Lantas, adakah bukti valid yang menunjukkan bahwa buah Mangga benar-benar mengandung polifenol yang dapat menurunkan kadar gula dalam darah? Dari sekian banyak penelitian yang telah dilakukan, penelitian ilmiah yang dilakukan oleh peneliti dari Oklahoma University, Dr Edralin Lucas, patut dijadikan acuan.

Dalam penelitian tersebut, dilakukan uji coba terhadap 20 orang yang menderita obesitas dengan memberikan 10 gram Mangga yang sudah dikeringkan. Mereka disuruh untuk mengonsumsi Mangga tersebut setiap hari dalam jangka waktu 12 minggu.

Dan tahukah Anda, apa hasilnya? Ternyata kadar gula darah dari ke-20 partisipan tersebut menurun secara drastis meskipun kadar lemaknya tidak ada perubahan. Hal itu membuktikan bahwa konsumsi Mangga secara teratur dan konsisten dengan kadar cukup sangat membantu dalam menurunkan kadar gula darah.

Penelitian tersebut juga secara konsisten dilakukan pada tikus yang diberikan makanan dengan kadar lemak tinggi dan selanjutnya diberikan Mangga. Hasilnya, kandungan gula darah dalam tikus tersebut menurun secara signifikan.

Penelitian tersebut paling tidak telah membuktikan bahwa Mangga memiliki manfaat yang sangat besar terutama untuk menurunkan kadar gula dalam darah.



PETUA MELEGAHKAN LENGUH BADAN CARA TRADISIONAL

Terdapat beberapa petua untuk melegakan lenguh badan secara tradisional yang mudah diikuti. Bahan² yang digunakan juga mudah didapati.

BAWANG MERAH
Ambil 7 ulas bawang merah dan ditumbuk. Masakkan dengan kira² 6 camca besar minyak kelapa asli dan goreng hingga bawang itu menjadi hitam. Gunakan minyak itu untuk menggosok di sendi² yang sengal itu.

HALIA
Ambil dua ketul halia kira² 10 cm, sebiji telur ayam kampung dan madu lebah kira² 2 camca teh. Halia diparut dan ditumbuk, dibubuh sedikit air dan kemudian diperah, ambil airnya dan bubuh dalam gelas. Masukkan madu dan kuning telur lalu dibancuh hingga sebati. minumlah 2 kali sehari. Insyaallah sembuh.

LADA HITAM
Lada hitam kira² 20 biji ditumbuk hingga menjadi serbuk. Bubuh sedikit minyak kelapa dan minyak kayu putih. Gosokkan pada sendi² yang lenguh itu.

DAUN LENGKUAS
Daun lengkuas kira² 5 helai, daun serai wangi 3 helai, daun kunyit 5 helai dan daun jerangau 5 helai lalu direbus semuanya dalam satu periuk dengan airnya kira² 2 gelen. Gunakan air itu untuk mandi pagi dan petang.

Berurut juga perlu untuk melegakan lenguh badan. Jangan lupa untuk bersenam juga ye. Begitulah antara beberapa petua mudah untuk melegakan lenguh² badan.


PETUA ATASI KAKI BENGKAK

Kaki Bengkak (Swollen Feet) - Apakah Penyebab Kesakitan Dan Cara Mengatasinya
Kaki yang bengkak terjadi secara amnya melalui dua proses dan terdapat banyak penyakit dan kondisi yang boleh menyebabkan kaki bengkak melalui salah satu proses tersebut. Di bawah adalah penerangan tentang kenapa terjadinya kaki yang bengkak

Radang. Proses radang di tisu kaki boleh membawa kepada kaki yang bengkak. Kadang-kala, ia boleh membawa kepada bengkak si satu belah sahaja kerana proses radang ini hanya membabitkan sebahagian kaki sahaja. Antara punca terjadinya radang di tisu kaki adalah jangkitan kuman atau terputus tendon. Proses radang juga boleh menyebabkan rasa sakit.

Pengumpulan air yang berlebihan: Terdapat penyakit yang menyebabkan penahanan air di dalam saluran darah atau tisu di belah kaki lebih dari kebiasaannya. Apabila terlalu banyak air, bengkak ini akan lebih jelas terlihat selepas berdiri atau duduk terlalu lama atau  memakai stokin yang ketat.

Apakah Penyebab Kaki Bengkak?

Kegagalan jantung/”congestive heart failure”:

Kegagalan jantung merupakan keadaan di mana jantung tidak dapat menjalankan tugasnya untuk mengepam darah ke seluruh badan dengan berkesan. Apabila jantung lemah, kecekapan mengepam darah boleh membawa kepada masalah air terkumpul secara berlebihan dan ini selalunya terlihat di kaki. Jika jantung menjadi semakin lemah, air yang berlebihan juga boleh berkumpul di paru-paru dan membawa kepada cepat berasa penat, sesak nafas dan batuk. Antara orang yang berisiko tinggi menghadapi “heart failure” adalah mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi, gangguan denyutan jantung seperti “atrial fibrillation” dan sejarah serangan jantung.

Penyakit buah pinggang:

 Buah pinggang merupakan organ paling utama yang terbabit dalam menyingkirkan air berlebihan di dalam badan. Apabila darah dipam dari jantung ke buah pinggang, selain dari bahan-bahan kimia yang tidak diperlukan, buah pinggang juga membuang air yang berlebihan dalam saluran darah. Air yang berlebihan ini dan bahan-bahan buangan lain inilah yang membentuk air kencing. Banyak penyakit boleh menghindari buah pinggang daripada berfungsi seperti diabetes, jangkitan kuman, sindrom “nephrotic” dan penggunaan beberapa jenis ubat.

Hamil:

Wanita yang mengandung juga mungkin mengalami masalah bengkak kaki kerana tekanan yang tinggi yang diberi oleh bayi atas saluran darah membuat pergerakan darah kurang cekap dan ini membawa kepada pengumpulan air.

Sindrom “Deep Vein Thrombosis” (DVT):

Ini adalah sindrom di mana terdapat darah beku dalam saluran darah membawa darah dari seluruh pelosok badan pulang ke jantung. Apabila darah beku ini berlaku dalam saluran darah di kaki, ia boleh membawa kepada kaki yang bengkak di sebelah yang terbabit. Selain dari kaki bengkak, anda juga mungkin berasa sakit di belakang kaki terutama sekali apabila dipicit, kaki berasa panas dan berwarna merah. Mereka yang berisiko mendapat DVT adalah orang yang mengguna pil perancang, mempunyai ahli keluarga yang mendapat DVT, kanser, perokok dan tidak bergerak dalam jangka masa yang panjang seperti berada di atas kapal terbang dan terlantar di atas katil. Bahayanya DVT ialah apabila darah beku ini dibawa ke paru-paru dan boleh membawa kepada kematian.

Jangkitan kulit/”cellulitis”:

 Jangkitan lapisan kulit di kaki adalah punca bengkak kaki. Gejala yang berkaitan bagi mereka yang menghidapi jangkitan termasuk demam, rasa lemah dan kulit yang merah dan panas. Jangkitan kulit lebih mudah terjadi bagi mereka yang mempunyai luka di kaki.

Gout:

“Gout” adalah penyakit yang melibatkan pengumpulan kristal di sendi dan kebiasaannya menyebabkan radang di sendi jari kaki. Selain kaki bengkak, mereka yang menghidapi penyakit ini akan merasa amat sakit di kaki sehingga tidak boleh berjalan. Beberapa jenis makanan boleh menyebabkan “gout”.

Apakah Cara Mengatasinya?

Senarai di atas kebanyakannya penyakit yang memerlukan input dari doktor dan cara mengatasi bengkak kaki berbeza mengikut penyakit. Walaubagaimanapun terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk melegakan gejala bengkak kaki secara alami. Antara perkara tersebut termasuk:

Jika sedang dalam perjalanan yang panjang, jika anda yang memandu, berhenti memandu di kawasan rehat selang sejam jika boleh dan berjalan selama beberapa minit sebelum sambung memandu.

Jika berada di atas kapal terbang atau bas, pastikan anda tidak duduk sepanjang jalan dan mengambil masa untuk berjalan-jalan. Tetapi pastikan ia selamat untuk berjalan terlebih dahulu terutama dalam bas yang bergerak.

Apabila baring dan tidur, letak bantal di bawah kaki agar kaki berada di paras yang lebih tinggi dari jantung. Ini membantu darah mengalir dengan baik untuk pulang ke jantung.

“Compression stocking”: Ini merupakan stokin yang memberi tekanan kepada saluran darah. Hati-hati: Jangan mengguna stokin yang terlalu ketat. Silarujuk nasihat doktor sebelum mengguna stokin ini kerana jika anda terdapat penyakit arteri, memakai stokin ini boleh memudaratkan lagi keadaan.

TIPS PERANGKAP CICAK CARA MUDAH

Cicak! Cukup susah nak dihapuskan. Lepas tu najis yang ditinggalkan ikut suka dia je. Kadang menyampah pun ada sebab bau najis dia tu Allahurabbi. Hmmm malas nak sebut la. Korang sendiri pun tahu bau dia.  Ni nak share cara nak hapuskan si cicak tanpa guna tenaga. Buat perangkap dia je. Jom ikut cara di bawah.
BAHAN BAHANNYA
Botol minuman kosong
Minyak masak
Gula (atau boleh guna susu pekat)
Kapas muka (atau boleh guna tisu dapur)
Air paip

CARA CARANYA
1. Potong botong kepada dua bahagian. Pastikan bahagian atas lebih kecil berbanding bahagian bawah. Boleh rujuk gambar.
2. Letakkan kapas muka (KekMi guna tisu dapur 4 keping dan dilipat) ke dasar botol.
3. Tuang gula ke atas kapas muka tadi dan tuang air.
4. Sapu minyak masak di bahagian dalam botol di sebelah bawah supaya menjadi licin. Sapukan juga minyak pada botol yang berada di atas pada bahagian luar dan dalam.
5. Terbalikkan botol di bahagian atas dengan cara mulutnya berada di dalam botol yang dibawah. (Boleh rujuk gambar)
6. Siap untuk digunakan. Letakkan di tempat yang sering menjadi tumpuan cicak.

Semoga tips kali ini memberikan manfaat kepada semua. Jangan lupa #share tips ni supaya yang mana ada masalah yang sama dapat mencubanya.

PETUA PETUA MASAKAN

1.PETUA KENTANG CEPAT EMPUK
Apa bila memasuk kan kentang lebih awal dalam masakan ia akan membuatkan kuah menjadi lebih pekat.Untuk mengelak kan ini berlaku rebus kentang di dalam periuk lain dan apa bila sudah empuk tos kan kentang dan masuk kan dalam kuah tadi.

2.PETUA ELAK IKAN MELEKAT DI KUALI
Ambil beberapa keping asam gelugur(asam keping) dan masuk kan ke dalam kuali ketika menggoreng ikan.Ikan akan lebih mudah di angkat dan tidak akan melekat di kuali.

3.PETUA HILANGKAN HANYIR SUP AYAM
Untuk mengelak kan sup ayam berbau hanyair patikan bahan tumisan di goreng sehingga wangi dan ayam dimasuk kan ketika kuah mendidih.Cara ini akan membuatkan sup  lebih sedap dan tidak berbau hanyir

4.PETUA MENYEDAPKAN IKAN YANG SUDAH BEKU
Ikan yang sudah beku memang rasanya sudah tidak segar dan apabila di masak ianya tidak sedap.Untuk mengembalikan rasa segar ikan tersebut ambil semangkuk susu dan rendam ikan tersebut.Apa bila ikan sudah lembut masak seperti biasa.Ikan akan rasa lebih sedap dan berlemak malah rasa nya lebih segar.

5.PETUA MASAK LEMAK CILI PADI LEBIH SEDAP
Masuk kan air kelapa ke dalam kelapa parut.biar seketika.kemudian barulah diperah kepala tersebut.Ini akan membuatkan masak lemak lebih sedap dan terasa kelainan nya.

6.PETUA HILANGKAN BAU HANYIR DAGING'
Selepas daging dipotong dan dibersihkan , rendam daging dengan secawan tepung gandung dan sesudu kecil garam.Biarkan seketika dan kemudian basuh lagi sehingga bersih.

7.PETUA HALAU LALAT KETIKA MEMASAK
kebiasaan nya lalat akan datang ketika kita menumis dan menggoreng.Untuk mengelak kn lalat datang ambil beberapa tangkai daun kari dan letak kan berhampiran kdapur anda.Anda juga boleh meletak kan beberapa tangkai daun kari di meja makan untuk menghalau lalat.
 8.PETUA BERAS LEBIH TAHAN LAMA
Ambil beberapa ulas bawang putih dan masuk kan ke dalam tempat simpnana beras.boleh juga menggunakan beberapa tangkai cili kering dengan kaedah yang sama.

9.PETUA SUP TULANG LEBIH SEDAP
Potong tebu kecil2 dan masuk kan ke dalam air rebusan tulang.kemudian masuk kan bahan rempah sup .masak seperti biasa.Sup tulang akan lebih sedap.

10.PETUA CUCUR LEBIH LEMBUT

Untuk melembutkan cucur ,masuk kan 1/2 cawan air panas ke dalam tepungkmudian masuk kan air biasa dan kacau sebati.cucur lebih lembut dengan menggunakan kaedah ini

11. PETUA HILANGKAN HANYIR IKAN
Rendam ikan dengan air asam jawa dan potong limau kasturi atau limau nipis2 dan gaul bersama ikan dan air asam jawa.Biarkan seketika.kemudian masak seperti biasa.

CARA ATASI KULIT KERING SUPAYA TAK CEPAT BERKEDUT

Walaupun faktor penuaan tidak dapat disangkal, namun anda sebenarnya boleh mengambil langkah untuk mengawal atau memperlahankannya.

Berikut adalah 7 cara atasi kulit kering yang boleh diamalkan.

1. SAPUKAN KRIM PELEMBAP
Antara cara atasi kulit kering paling mudah adalah dengan menyapu pelembap. Untuk pemilihan pelembap, adalah disarankan untuk memilih pelembap yang berasaskan susu. Dengan menyapu pelembap pada kulit kering, anda dapat lihat perubahan pada kulit dalam masa yang singkat.

Jangan fikir anda tidak akan kehilangan air dari sistem badan apabila berada ditempat yang terpasang penghawa dingin.

Sebenarnya, berada dalam tempat berhawa dingin lebih cepat menghidrasikan anda tanpa anda sedari kerana apabila kita berada di tempat yang bersuhu lebih dingin, kita jarang merasa haus. Jadi, adalah perlu untuk menyapu pelembap pada kulit walaupun berada di tempat yang bersuhu rendah.

Apabila melakukan aktiviti luar seperti berjogging mahupun berenang, sapulah krim pelindung matahari yang mempunyai minimum SPF-30.


2. SKRUB MUKA
Pada kulit kering dapat dirasa tekstur yang kasar. Biasanya kulit ini menjadi kasar kerana terdapat lapisan kulit mati yang tidak dapat disingkirkan. Disebabkan hal ini, anda perlu memakai skrub sekali setiap minggu. Gosokkan pada kulit selama lebih kurang 10-15 minit, kemudian bilas dengan air.

 Tetapi, adalah perlu diingati bahawa menskrub lebih dari sekali seminggu akan menyebabkan kekeringan pada kulit menjadi lebih teruk. Justeru itu, perlulah dikawal dengan menyapu pelembap untuk mengekalkan kelembapan pada kulit. Selain itu, elakkan menggosok dengan kuat kerana kulit boleh tercedera dan menimbulkan masalah lain seperti iritasi dan kerengsaan.


3. PILIH PRODUK YANG SESUAI
Produk kosmetik dan penjagaan kulit harian seperti sabun dan pencuci muka mengandungi bahan kimia yang bertindak sebagai bahan aktif menyingkirkan minyak yang berlebihan dari kulit.

Tetapi, jika anda mempunyai jenis kulit yang kering, anda perlulah menghindari produk ini kerana ia akan mengakibatkan kekeringan kulit yang lebih teruk. Jadi, anda perlu teliti dalam pemilihan produk penjagaan kulit dan perlulah memilih produk yang mempunyai fungsi melembapkan kulit.

4. MENGATASI TEKANAN
Selain dari faktor luaran yang disebutkan di atas, masalah kulit kering ini juga boleh berpunca dari tekanan dalam diri.

 Jadi, untuk menampakkan kulit yang sentiasa sihat, anda perlulah melakukan senaman ringan untuk mengurangkan stres. Anda juga mungkin boleh mengamalkan aktiviti yoga mahupun bermeditasi.

5. BANYAK MAKAN BUAH DAN SAYUR
Untuk memiliki kulit yang sentiasa sihat dan lembap, penjagaan pengambilan makanan adalah amat penting.

Makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai nutrisi dan bahan aktif yang boleh membantu merawat kulit kering dari dalam. Pilihlah sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin A, E dan C.


6. BANYAK MINUM AIR KOSONG
Bukan orang diet saja perlu banyak minum air kosong. Setiap orang perlulah mengamalkan pengambilan air yang cukup untuk sistem badan.Amalkan meminum 8 gelas sehari supaya dapat menyingkirkan segala kekotoran dan memenuhi keperluan kulit anda.


7. BASUH MUKA SELALU
Bukan basuh muka dengan sabun, tetapi cucilah dengan air bersih sekerap mungkin. Secara saintifiknya, ia terbukti membantu memudarkan kedutan wajah. Bagi yang Muslim, ambillah peluang ini dengan membasahi wajah melalui berwudhu’. Ia bukan saja dapat menyingkirkan wajah daripada kekotoran, tetapi juga terbukti ‘menaikkan seri wajah’ seseorang.