Saturday, March 23, 2019

CARA CUCI BARANG KEMAS

Tak payah nak hantar pi kedai dah,korang bleh cuci sendiri barang kemas.Jimat belanja

BAHAN

Sedikit asam jawa
Berus gigi
Sedikit air

CARANYA
- bancuh sedikit asam jawa dengan air.
- rendam barang kemas selama setengah jam
- berus barang kemas supaya kotoran kat celah-celah tu dapat dikeluarkan
- bilas bersih

Senang je kan ๐Ÿ˜Š
Cube tau!

@petuabonda

PETUA HILANGKAN KARAT PADA KUALI DAN PERIUK

Raya-raya konfem masak rendang, gulai guna kuali dan periukkan? Nak sental bahagian-bahagian yang karat atau hangus mesti susahkan?

Jom, cuba mana-mana cara berikut :

1. Cuka dan Garam
Hilangkan karat di periuk, kuali dan belangga anda dengan membersihkannya dengan campuran cuka dan garam, kemudian dijemur sehingga kering.

2. Sos Tomato
Sapukan di tempat yang karat dan biarkan selama 2 jam. Kemudian bilas hingga bersih.

3. Kulit Kentang
Letakkan kulit kentang di dalam periuk yang berkerak dan isikan air separuh daripada periuk itu. Kemudian, letakkan di atas api. Tunggu sehingga didih dan toskan. Anda akan lihat kerak di periuk itu akan tanggal dengan sendirinya.

4. Asam Jawa
Caranya ambil segenggam asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk berkarat yang ingin dicuci itu.
Gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tadi dan lakukan sehinggan kesan karat hilang dan bilas hingga bersih.

5. Pencuci Pinggan
Caranya, sebelum memasak sapukan dahulu bahagian luar periuk dengan pencuci pinggan. Setelah siap memasak, cuci periuk dengan penggosok.

6. Baking Soda dan Air
Kadang-kadang apabila memasak kita cuai, jadi ada tanda hangus pada periuk. Cara hendak hilangkannya masukkan sedikit baking soda campur sedikit air dan biarkan beberapa jam. Kemudian, bersihkan periuk seperti biasa.
.

PETUA HILANGKAN BATUK BERKAHAK

​Petua Hilangkan Batuk Berkahak Dan Gatal Tekak Dengan Bawang Putih​

​Cara-caranya :​

▪1. Satu labu atau dua labu bawang putih bersama kulitnya

▪2. Bakar bawang putih tersebut di atas kuali atau di atas api perlahan bersama kulitnya selama 20 hingga ke 30 minit. Pastikan jangan sampai rentung dan hangit.

▪3. Makan bawang putih yang dibakar tadi 4 atau 5 ulas. Gigit dan telan begitu saja. Bawang putih yang dibakar sangat sedap dan lembut.

๐Ÿ“Pastinya selepas dimakan bawang berkenaan batuk anda tentunya akan berkurangan. Inshaa Allah, batuk akan berhenti dengan serta merta. Dikatakan lendiran kahak juga akan berkurangan dan kering setelah anda memakannya

JANGAN MAKAN PISANG DENGAN MAKANAN INI

Jangan Makan Pisang๐ŸŒBersama dengan Bahan Makanan ini
                 

DAGING
Bila dimakan bersama boleh menyebabkan perut menjadi kram.

YOGURT
Yogurt kaya gizi dan boleh membantu menguruskan badan tetapi jika Yogurt dimakan bersama dengan pisang boleh menyebabkan perut menjadi bermasalah dan cirit birit.


UBI MERAH
Boleh menyebabkan perut kembung & mengganggu pencernaan dalam perut.

KENTANG
Akan terjadi reaksi kimia dalam tubuh, yang menghasilkan zat toksin dalam tubuh dan menyebabkan flek di wajah.

TEMBIKAI
Boleh mengakibatkan penyakit ginjal dan arthritis, sebabnya kandungan gula dan kalium dari 2 buah tersebut sangat tinggi.

SUSU
Mencampuri pisang dan susu untuk dijadikan milkshake tidak baik untuk mereka yang menderita penyakit asma kerana akan memproduksi banyak lendir yang menyebabkan gangguan pernafasan

MENGHIKANGKQN BINTIK MERAH DI BADAN



Kadang² tanpa anda sedari, tubuh badan anda terkena bintik² merah. Mungkin ini disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang menyebabkan gatal² atau pedih.Janganlah panik._

CARANYA...

Ambillah sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air.

Panaskan ramuan tersebut di atas api, biarkan sehingga mendidih dan selepas tu matikan api.Setelah sejuk sapukan di bahagian bengkak² itu. Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.

PETUA MENGHALAU NYAMUK

Ramai alergik bau ubat nyamuk biasa dan eletrik.Kadang kala boleh memudaratkan pada anak² bila te
rhidu bau tersebut. Sesak rasa dada.


Kita cuba cara mudah dan jimat :

▫1. Limau nipis
▫2. Bunga cengkih

Caranya cucuk bunga cengkih pada limau tu penuh². Letak mana² kawasan dalam rumah kita.Ruang tamu, bilik dan juga dapur.

Selain aroma yang menenangkan, petua ni bebas dari penggunaan bahan kimia.

Boleh buat bila bila masa terutamanya waktu petang nak menjelang maghrib nyamuk aktif pada masa tu

PETUA PANJANGKAN BULU MATA


1. Amalkan multi-vitamin untuk merangsang pertumbuhan bulu mata. Vitamin E, selain baik untuk kulit dan rambut, juga boleh menstimulasi pertumbuhan bulu mata. Amalkan vitamin E secara rutin.

2. Sapukan minyak zaitun atau petroleum jelly pada bulu mata anda, agar bulu mata kuat dan sihat. Lakukannya pada malam hari dan bersihkan setelah bangun tidur esok paginya.

3. Terapkan minyak vitamin E pada bulu mata menggunakan sikat khusus yang bersih.

4. Rajinlah menyikat bulu mata setiap hari dengan sikat khusus, agar terhindar dari debu dan kotoran. Ia juga akan membuat bulu mata anda selalu rapi.

5. Jangan lupa bersihkan maskara dan eyeliner sebelum tidur. Partikel kimia yang terdapat dalam alat rias mata boleh membuat bulu mata rosak jika terlalu lama dibiarkan semalaman.

PETUA MENGHILANGKAN DAGU BERLAPIS

Dagu berlapis bukan saja terbentuk daripada kesan makan berlebihan. Banyak faktor lain yang membantu, menyumbang  atau menyebabkan ianya terjadi termasuk cara duduk dan berjalan yang tidak betul.

1. Jangan membongkok atau tunduk ketika duduk, berdiri atau berjalan. Pastikan belakang tegak mendagu sentiasa.

2. Jaga pemakanan supaya tidak berlebihan. Orang gemuk lebih mudah mendapat dagu berlapis.

3. Urut dagu menggunakan pergerakan dari bawah ke atas. Urutan boleh membantu mengetatkan otot dan merangsang peredaran darah.

4. Lakukan senaman dagu dan leher bila-bila ada waktu yangg terluang. Waktu yang terbaik ialah pagi sebaik bangun dari tidur, malam ketika menonton tv , atau ketika di pejabat.


PANDUAN UNTUK WANITA
1. Pastikan anda menyertakan bahagian dagu dan leher setiap kali membersih, menyegar dan melembap.

2. Solekan juga perlu terselaras ke leher dan bahagian bawah dagu. Pastikan bedak alas disapukan rata hingga ke bahagian ini.

3. Jangan sapukan bedak alas di bahagian leher dengan menggunakan teknik dari atas ke bawah. Gunakan pergerakan dari bawah ke atas.

4. Dagu adalah antara bahagian muka yang paling berminyak dan banyak terdapat pundi minyak di situ. Masalah minyak terkumpul di bahagian dagu adalah perkara biasa. Pastikan ia dibersihkan dan dijaga dengan betul.

SENAMAN DAGU
1. Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Menggunakan belakang telapak tangan, lakukan pergerakan menyepak bergilir-gilir dengan tangan kiri dan kanan. Lakukan sebanyak 40 kali.

2. Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Jelirkan lidah sepanjang yg boleh. Ulangi sebanyak 10 kali. Pasti anda akan alami kesannya kerana otot di bahagian leher akan berasa tegang dan ketat

3. Menggunakan otot muka dan leher, cuba angkat bahagian bawah bibir melewati bibir atas sejauh yang  boleh. Ulangi sebanyak 10 kali.

1. Buat senaman muka – a e i o u setiap pagi/ptg/mlm 40 kali semasa mengadap cermin  untuk mencantikkan bentuk muka

2. Tepuk dagu menggunakan belakang tangan – setiap pagi/ptg/malam 40 kali semasa mengadap cermin, untuk mengurangkan dagu berlapis

3. Berteleku di bibir katil, topangkan telapak tangan untuk menampung dagu, setiap kali bangun pagi selama 10 minit, siku di atas lutut – untuk mengurangkan dagu berlapis.

4. Berteleku di bibir katil, tundukkan kepala dan tampung muka dengan telapak tangan (penuhkan muka dengan telapak tangan), siku di atas lutut, 10 minit untuk mengurangkan muka sembab dan menaikkan tulang pipi

@petuabonda

PETUA MEMUTIHKAN KETIAK

Biasanya ketiak menjadi hitam apabila kita tidak berhati-hati semasa bercukur atau pun mencabut bulu ketiak. Ini disebabkan liang-liang roma membesar kalau kita tidak berhati-hati apabila mencukur bulu ketiak. Akibatnya segala kandungan yang ada dekat deodoran, bedak, atau segala yang diletakkan pada ketiak, ia akan memasuki liang-liang roma yang terbuka tadi, dan secara langsung menghitamkan ketiak anda.

Petua Untuk Mengekalkan dan Memutihkan Ketiak

Setiap kali anda ingin mencukur ketiak, pastikan pisau cukur itu betul-betul tajam.

Guna shaving cream dan bercukur pada satu arah saja.

Gunakan scrub secara teratur dan gosok perlahan-lahan supaya sel kulit yang mati dapat ditanggalkan. Berhenti jika terasa pedih.


KEBAIKAN KULIT MANGGIS

Biasa lepas makan manggis, kita terus buang kan kulitnya.Kulit manggis banyak khasiat perubatan._

KHASIAT BUAH MANGGIS
1. Memberi tenaga
2. Mencegah inflamasi
3. Mencegah sakit urat saraf
4. Mencegah ulcer
5. Mencegah kemurungan
6. Mencegah kegelisahan/panik/cemas)
7. Mencegah kanser
8. Meningkatkan sistem imunisasi badan
9. Awet Muda
10. Membuang toksid dalam badan
11. Membunuh kuman
12. Mencegah kulat
13. Mencantikkan kulit
14. Membuang kolesterol dalam badan
15. Untuk kesihatan jantung
16. Mengurang tekanan darah tinggi
17. Kurangkan gula dalam darah
18. Kuruskan badan
19. Cegah batu karang
20. Mengimbangi seluruh badan

CARA MENGGUNAKAN KULIT MANGGIS
1. Ambil buah manggis
2. Kupas
3. Isi dia enak di makan
4. Kalau sebelum ni kulit kita buang je tapi la ni jangan, ambil kulit dia, hiris macam asam keping dan jemur sampai betul-betul kering.
5. Bila nak guna, ambil air panas, 2 3 hirisan kulit manggis direndam. Sedia di minum apabila menjadi suam.
6. Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.

PETUA MENGHILANGKAN BULUH DAN BAU KETIAK


MENGHILANGKAN BULUH KETIAK
Tumbuk sedikit serbuk lada sulah dan tiga butir kapur barus. Campurkan dengan sedikit minyak kelapa. Sapukan pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lama-kelamaan bulu ketiak akan gugur dengan sendirinya.

MENGHILANGKAN BAU KETIAK
Bau ketiak memang tidak menyenangkan. Untuk menghilangkannya, ikutilah petua-petua ini untuk menghilangkannya :-

Ramaskan pucuk jambu batu hingga hancur. Kemudian sapukan di ketiak setiap kali sebelum mandi.

Rebus lima helai daun sirih dan lima kuntum bunga kenanga. Didihkan hingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan camourkan gula merah. Amalkan meminumnya dua kali seminggu.

Ambil hampas kelapa, lumurkan pada ketiak. Biarkan selama lima minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

Tumbuk daun sirih dengan sedikit tawas hingga lumat. Sapukan pada ketiak. Biarkan beberapa minit sebelum mandi. Bersihkan dengan air sabun dan air biasa. Amalkan dua kali seminggu.

Rebus beberapa helai daun limau kasturi dengan sedikit air. Tapiskan airnya dan amalkan meminumnya setiap hari.

Tumbuk tujuh helai daun limau nipis hingga hancur. Campurkan dengan sedikit madu dan bulat-bulatkan sebesar biji kacang. Makanlah tiga kali sehari. Bau badan akan hilang.

Rendam bunga tanjung, melati, melur, kenanga dan bunga mawar dalam sebaldi air. Campurkan dengan limau purut yang dibelah empat. Biarkan semalaman. Amalkan mandi selama empat puluh hari sebelum hari pernikahan.

PETUA MERAWAT GUSI BERDARAH

Terdapat dua cara di sini untuk merawati gusi berdarah :
Ambil segelas air suam. Campur dengan setengah sudu teh garam. Kemudian berkumur. Lakukan setiap kali bangun tidur selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah gusi tidak berdarah lagi.

Rebus dua helai daun bacang dan daun inai dalam periuk. Apabila mengelegak, campurkan sedikit asam gelugur dan garam. Biarkan seketika. Apabila suam berkumurlah. Amalkan setiap pagi dan malam

KHASIAT JUS TEMBIKAI

Antara khasiat minuman jus tembikai untuk kesihatan kita.
MENCEGAH PENYAKIT ASMA
Kandungan vitamin C dalam buah tembikai adalah salah satu nutrien yang dapat mencegah penyakit asma .

MENGAWAL TEKANAN DARAH
Satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Hypertension mendapati bahawa suplemen ekstrak buah tembikai mampu mengurangkan tekanan darah pada pergelangan kaki, tekanan darah brachial dan pantulan gelombang karotid  di kalangan orang dewasa pertengahan umur yang mempunyai masalah kegemukan dengan prehypertensi atau  hipertensi peringkat 1 dan ekstrak tembikai pula dapat memperbaiki fungsi arteri menjadi lebih baik.

Diet yang kaya dengan lycopene pula boleh membantu melindungi daripada penyakit jantung.

MENCEGAH KANSER
Sebagai sumber yang sangat kaya dengan vitamin C dan kandungan antioksidan yang tinggi serta antioksidan lain, tembikai boleh membantu memerangi pembentukan radikal bebas yang sedia maklum boleh menyebabkan kanser. Pengambilan Lycopene telah dikaitkan dapat merendahkan risiko dan pencegahan kanser prostat dalam beberapa kajian.

MEMBANTU PENGHADAMAN
Kandungan air dan gentian dalam tembikai dapat   membantu mencegah sembelit dan menggalakkan kekerapan untuk saluran penghadaman yang sihat.

PENGHIDRATAN
Mengandungi  92% air dan penuh dengan elektrolit penting, tembikai adalah makanan ringan yang baik mengatasi masalah badan terhidrasi semasa bulan Ramadhan ini.

MENGATASI MASALAH KERADANGAN
Choline adalah nutrien yang sangat penting dan serba boleh yang terkandung dalam tembikai . Ia membantu badan kita semasa tidur, pergerakan otot, pembelajaran dan ingatan.

Choline juga membantu untuk mengekalkan struktur membran sel, membantu dalam penghantaran impuls saraf, membantu dalam penyerapan lemak dan mengurangkan keradangan  kronik

MENGURANGKAN KESAKITAN OTOT
Tembikai dan jus tembikai telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan otot dan meningkatkan masa pemulihan selepas latihan dalam atlet.

Penyelidik percaya yang  asid amino L-citrulline yang terkandung dalam tembikai yang membawa kepada kelebihan tersebut.

KULIT YANG SIHAT
Tembikai juga baik untuk kulit anda kerana ia mengandungi vitamin A, sejenis nutrien yang diperlukan untuk pengeluaran sebum dalam mengekalkan rambut yang  lembap.

Vitamin A juga diperlukan untuk pertumbuhan semua tisu badan, termasuk kulit dan rambut.

Pengambilan yang mencukupi vitamin C (satu cawan tembikai menyediakan 21% daripada keperluan harian) juga diperlukan untuk pembinaan dan penyelenggaraan kolagen, yang menyediakan struktur untuk kulit dan rambut.

Tembikai juga menyumbang kepada penghidratan secara keseluruhan,  untuk mempunyai kulit  dan rambut yang sihat.

PETUA MENGUBATI BISUL

1) Ambil segumpal kapas dan celupkan seketika ke dalam cuka makan sehingga meresap. Sapu sekeliling bisul tersebut setiap malam. Lakukan sehingga sembuh.

2) Tumbuk beberapa ulas bawang putih hingga hancur. Tepek pada bisul dan balut dengan kain supaya tidak jatuh. Biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga bisul hilang.

3) Rendam segenggam beras bersama beberapa ketul kunyit hidup di dalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras dan kunyit hingga lumat. Tepek pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.

4) Kunyah daun sirih dan tepekkan pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.


KAEDAH MENYIMPAN DAGING SUPAYA TAHAN LAMA


JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN
Sebelum disimpan, daging korban *jangan dicuci*. Jika dicuci guna air paip, kuman2 boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat apb daging berkenaan hendak dimasak pd keesokan harinya.

JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YG BANYAK KE DALAM FREZER
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yg betul ialah dgn memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam *plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg*. Jika hendak masak, ambil satu plastik yg kecil sahaja, biarkan yg lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 thn.

JANGAN TERUS SIMPAN DAGING KE DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER.
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama *4-5 jam*. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam  kompartmen sejuk beku/freezer.

JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DGN MENGUNAKAN AIR PANAS
Jika hendak memasak daging beku, *jangan* mencairkan ais dlm daging atau daging yg beku menggunakan air panas. Cara yg betul adalah meletakkan daging beku tsb di bawah *air paip suhu normal* (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia utk dimasak.

CARA MENGHILANGKAN BINTIK HITAM @BLACKHEAD


Blackhead adalah salah satu masalah yang sering merimaskan kita. Ia boleh merencatkan penampilan seseorang dek kerana bintik² hitam yang muncul pada hidung dan sekitar kawasan pipi.

Apabila kulit anda menghasilkan sebum atau minyak yang banyak, reaksi kimia yang melibatkan melanin akan berlaku sekali gus menyebabkan bintik-bintik pada wajah anda berwarna hitam.

Ramai orang yang cuba menghilangkan blackhead dengan menggunakan pelbagai jenis produk ‘mask’ tetapi ianya sedikit menyakitkan.

๐Ÿ’ก Apa yang ramai tidak tahu, salah satu kaedah terbaik dalam menghilangkan masalah ini adalah dengan menggunakan susu dan buah pala.

๐Ÿ“Susu mengandungi asid laktik yang boleh menghapuskan sel-sel kulit mati manakala buah pala pula mampu berfungsi sebagai agen penggosok yang boleh menanggalkan bintik hitam dan menjadikan kulit anda lebih mulus serta lembut.


Anda hanya perlukan:

BAHAN BAHAN
1 sudu besar serbuk buah p
2-3 sudu besar susu pekat manis
Mangkuk kecil
Sudu atau garfu

CARA MEMBUATNYA
Campurkan serbuk buah pala dan susu sehingga menjadi seperti pes.

Sebelum disapukan pes ini ke muka, cuci dahulu muka anda.

Keringkan muka anda dan sapukan pes ini dalam pergerakan membulat.

Jangan gosok wajah anda terlalu kasar bagi mengelakkan kulit muka anda menjadi pedih.

Gosok lembut selama tiga ke lima minit dan cuci dengan air suam.

3 CARA TANAM POKOK KESUM


Mudahnya..Lepas ni Asam Pedas ataupun Laksa pasti lebih kaw2.. Boleh letak banyak daun Kesum yang ditanam sendiri di dalam masakan...

1. Kaedah Pertama

Ambil batang daun kesum yang kita beli di kedai tu..buanglah semua daun-daun yang kat batang tu bagi habis..lalu terus je cucuk ke atas tanah. Kalau guna kaedah ini kena rajin siram pokok kesum ni sebab pokok kesum ni suka air. Kalau boleh guna tanah yang senang bertakung air.

2. Kaedah Kedua

Batang daun kesum tu direndam dahulu dalam bekas yang berisi air. Rendam separuh je batang dia ke dalam air yer..Biar sehingga batang daun kesum tersebut mengeluarkan akar barulah dicucuk di atas tanah di dalam pasu. Siramlah 2 kali sehari pagi dan petang.

3.Kaedah Ketiga

Selain dari tanam ditanah boleh juga ditanam menggunakan sistem fertigas, hidroponik atau nutripod atau sistem seumpamanya.

PETUA MERAWAT BENGKAK SUSU

Antara petua mengelakkan / merawat bengkak susu

1) Halakan pancuran shower / air paip pada payudara setiap kali mandi dan tepuk2 manja (kecuali nipple x yah tepuk) selama 15 - 20 minit. Jika ada water heater lagi bagus.

2) Panaskan minyak zaitun atau minyak habbatussauda lalu urutkan pada payudara dan belakang belikat setelah minyak sedikit suam.

3) Layurkan daun sireh sehingga kecut lalu tuam pada payudara. Lakukan sehingga bengkak susu hilang.

4) Tuam PANAS tuam SEJUK secara berselang seli
~ Tuam Panas : Gunakan tuala yg telah direndam dgn air panas dan tuam pada payudara berulang-ulang kali. Juga blh gunakan petua/rawatan no 3
~ Tuam Sejuk : Sejukkan daun kobis dlm peti ais atau gunakan ketulan ais dan tuam pd payudara

5) Jangan pakai baju ketat atau bra terlalu ketat

6) Mengurut payudara menggunakan sikat berus dgn menghala ke nipple. Urut2 manja OK. Digalakkan selalu menyikat sebelum dan sesudah menyusu dan selepas mandi air suam

7) Minum kopi panas sehari sekali setiap pagi

8) Panaskan batu sungai yg kecil untuk bertungku payudara

9) Sapukan kapur sireh pada bahagian yg bengkak susu tu. Pakai mcm bedak sejuk. biarkan 10 minit dan basuh dgn air suam.

Anda boleh amalkan rawatan diatas mengikut keselesaan anda. Kerap2 lah menyusu anak anda. Sambil menyusu anda boleh bertungku dan menyikat payudara anda secara perlahan-lahan.

PETUA LEBATKAN RAMBUT

Siapa yang tidak mahu memiliki rambut lebat yang senang untuk digayakan untuk apa-apa style rambut yang kita mahu.

Bagi mereka yang memiliki rambut jarang dan banyak gugur dan tidak lagi lebat, style rambut yang boleh digayakan adalah sangat terhad dan mungkin botak adalah yang terbaik bagi lelaki, tetapi bagaimana pula dengan perempuan yang berambut jarang?

Mereka pasti pernah ada keinginan untuk melebatkan rambut mereka semula kan.

KACANG HIJAU
Ambil kacang hijau dan rendam sepanjang malam.

Kemudian tapiskan kacang hijau tadi dan ambil air dari kacang hijau tersebut.

Air kacang hijau itu kemudian disapu ke kulit kepala anda dan sila sapu dan picit kulit kepala anda pelahan-lahan.

Cara ini biasa digunakan oleh orang-orang zaman dahulu untuk menyuburkan semula kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut yang baru.

DAUN PANDAN
Gunakan daun pandan yang sudah ditumbuk dan campurkan dengan sedikit air dan perah.

Ambil santan dan campurkan dengan pandan tadi dan kacau sehingga rata.

Biarkan setengah hari dan anda boleh ambil campuran bahan tadi dan sapukan pada rambut anda.

Biarkan untuk selama lebih kurang 45 minit (lagi lama lagi bagus) sebelum bilas dengan air.

Lakukan seberpa kerap yang boleh bagi mendapatkan hasilnya.

MINYAK KELAPA HIJAU
Lebatkan rambut anda dengan gunakan minyak kelapa hijau dan sapukan pada rambut dan biarkan semalaman sebelum bilas dengan air bersih.

Lakukan beberapa kali dan lihat hasilnya.

DAUN LIDAH BUAYA
Gunakan lidah buaya dan daun bunya raya yang telah ditumbuk sehingga hancur.

Kemudian sapukan dan perap bahan-bahan tadi pada rambut anda dan biarkan selama lebih kurang sejam sebelum bilas dengan air.

Lakukan 3 atau 4 kali seminggu.


BUAH NENAS
Ambil buah nanas dan kisarkan sehinggan menjadi seperti jus dan biarkan selama sehari.

Selepas itu, anda boleh sapukan jus nanas tadi ke kepala anda dan biarkan selama lebih kurang setengah jam.

Sila lakukan 3,4 kali seminggu dan tengok ada perubahan atau tidak.


VITAMIN NATURAL
Benda yang anda makan juga memainkan peranan dalam cara lebatkan rambut anda dengan berkesan.

Ambil banyak makanan yang mengandungi Vitamin seperti Vitamin A, vitamin B atau vitamin D.Banyakan makan sayuran hijau dan buah-buahan sebab ia mengandungi nutrisi yang menguatkan akar .

PETUA SENTIASA NAMPAK MUDA

Kalau Tak Nak Wajah Nampak Tua Daripada Usia, Jangan Lakukan 10 Hal Ini



1.๐Ÿ’™ Tidur dengan mekap

Memanglah orang puji bila pakai mekap, nampak cantik, tapi takkan tidur pun nak pakai make-up. Kesannya, kulit akan jadi kusam dan kering, lantas membuatkan wajah kelihatan tua daripada usia sebenar.

2๐Ÿ’™. Tak makan sayur dan ulam-ulaman

Andai nak wajah cantik dan awet muda, tentu sayur hijau dan ulam-ulaman tak dapat dielakkan.

3๐Ÿ’™. Kurang minum air putih dan bersenam

Minum lapan gelas sehari untuk memiliki kulit yang bercahaya, muda dan sihat. Sambil itu, lakukan senaman ringan terutamanya senaman leher.

4.๐Ÿ’™ Sembur banyak minyak wangi di leher

Alkohol dalam minyak wangi mengeringkan kulit. Apatah lagi jika kamu mempunyai kulit yang sensitif. Lepas ni cukuplah dengan hanya menyembur di pergelangan tangan.

5๐Ÿ’™. Ikat rambut terlalu ketat

Bila terlalu kerat rambut jadi tidak sihat dan menyebabkan rambut gugur dengan lebih banyak daripada kebiasaannya.

6.๐Ÿ’™ Berat badan

Berat badan tak tetap atau berlebihan membuatkan leher menggeleber persis ayam Belanda. Maintain kurus kerana orang yang kurus kebiasaannya akan nampak lebih muda daripada usia.

7.๐Ÿ’™ Kerap sangat cuci muka

Geram tengok kondisi wajah berjerawat. Jadi, keraplah cuci muka. Kesannya, kulit jadi mengelupas dan merengsa sekali gus menjemput kulit yang berminyak dan pertumbuhan jerawat yang lebih kerap.

8๐Ÿ’™. Makan tidak berpantang

Bila main belasah makanan berminyak atau berkafein, kesannya akan kelihatan pada kulit wajah kamu seperti jerawat dan lain-lain.

9๐Ÿ’™. Aksesori sarat di leher

Kepada mereka yang suka pakai rantai di leher, lama-kelamaan ia akan membuatkan kulit leher meregang dan bergaris. Ubah pada aksesori gelang dan cincin pula untuk kekal bergaya.

10.๐Ÿ’™ Suka mengumpat, gosip, buka aib orang dan marah

Selain perkara lain, sikap negatif ini menyebabkan seri pada wajah anda hilang kerana faktor rohani. Jadi, elakkan dan hidup secara positif.

PETUA RAWAT TAPAK KAKI PECAH

Mesti stress kan bila tengok tumit kaki sendiri asyik pecah merekah je.Bukan je tak lawa tapi kadang bleh buat tumit rasa pedih jugak.

Jangan tak tau salah satu sebab tumit pecah ni adalah disebabkan berat badan kita yang melebih.

Ni ha ada tips mudah camne nak rawat tumit yang pecah tu.Janji kena rajin je la.

Bahan
- beberapa keping asam gelugor/asam keping
- besen yang berisi air suam

Cara
• masukkan asam keping kedalam besen yang berisi air suam.
• rendam kaki dalam 30 minit
• pastu lap bersih-bersih

Buat setiap hari tau seeloknya waktu malam sebelum tido la.Baru bleh tido lena


Friday, March 22, 2019

PETUA PETUA KESIHATAN

Beberapa petua dan tips perkongsian untuk semua, semoga dapat membantu dan bermanfaat..

1. Merawat demam campak.

Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehingga rasa miang berkurangan. (p/s : Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu kering). 


2. Khasiat kapur sirih

Kapur sirih memang banyak gunanya selain dari untuk membuat kuih-muih, lontong ataupun untuk makan sirih. Disini ditunjukkan beberapa panduan yang baik untuk menggunakan kapur itu.

Kapur baik untuk menyembuhkan bisul, caranya ialah dengan menyapukan sedikit kapur sirih kepada bahagian bisul tadi disekelilingnya, nescaya dalam masa dua hari bisul tadi akan segera mengering. 

Untuk menghilangkan kutil atau mata ikan pada tubuh. Caranya ialah dengan menghiris kutil tadi sampai ke akarnya dengan menggunakan pisau bersih, kemudian sapulah dengan kapur sirih tadi. Sapukan beberapa kali hingga kutil tadi hilang terus dan tidak akan tumbuh lagi.

3. Pulihkan kulit melecur.

Hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal pada bahagian kulit yang melecur. Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas dan kulit baru akan tumbuh seperti sediakala.


4. Anak-anak kencing malam 

Jika anak anda selalu saja kencing malam, cubalah jangan memberinya minum bila hampir waktu tidur atau latihlah ia bangun bila merasa hampir hendak kencing. Sekiranya caranya tidak berjaya ibu-ibu boleh gunakan minyak zaitun yang disuamkan dan kemudian sapu dibahagian ari-arinya. Cubalah beberapa malam. Jika tidak ada minyak ini gantikan dengan halba yang dipanaskan, balut dengan kain dan tuan di ari-arinya.

5. Menormalkan suhu badan. 

Anda dinasihatkan jangan minum minuman yang sejuk. Amalkan meminum air suam.

CARA MERAWAT BUASIR BERDARAH

CARA MERAWAT BUASIR BEDARAH.

Tadi semasa di Masjid Negara saya di sapa oleh seseorang lelaki yang tidak dikenali katanya telah lama mencari saya sebab untuk merawat masalah buasir yang parah.Melihat keadaannya memerlukan bantuan jadi saya pun merawat lelaki itu dengan doakan sebotol air agar penyakit buasir yang dideritainya itu cepat sembuh.

Jadi disini saya nak mengajar bagai mana merawat penyakit buasir berdarah dengan cara mudah dan amat mustajab..

Caranya ambilkan tujuh biji buah peria katak lalu di tumbuk halus kemudian masukkan kedalam periuk dan masukkan setengah liter air.

Anda hendaklah merebus buah peria katak tadi sehingga menidih.Selepas menidih letak periuk di lantai rumah dan anda haruslah duduk dalam keadaan bercangkung dengan meletakkan periuk ditengah kelangkang anda lakukan ia seperti bertangas...

Percayalah tak sampai seminggu sekiranya anda melakukan setiap hari tangasan dari wap peria katak penyakit buasir anda akan sembuh sepenuhnya..

UBAT SAKIT DAN LENGUH PINGGANG

Ubat Sakit Dan Lenguh Pinggang....

Ada seorang lelaki datang berjumpa saya di pondok dekat pinggir hutan katanya hendak putus ubat sebab Sakit pinggang yang dialaminya sudah sembuh dengan tersengeh-sengeh wajahnya memandang saya dengan seekor ayam kampung di tangannya..

Saya pun berkata nak putus ubat buat apa Paklong itu cuma petua je bukan jampi pun tapi  Paklong itu tetap nak juga bagi ayam yang dibawanya kerana niatnya kalau Sakit pinggangnya yang dideritainya sembuh jadi saya pun tak terkata apa sebab Paklong itu tetap berkeras nak bagi juga cuma didalam hati berkata buat sup ayam sedap juga nie sebab ayam dara..

Inilah petua yang saya ajarkan kepada Paklong tersebut ...

Orang kalau sebut sahaja daun durian belanda tentu sahaja dalam fikiran dia hanya untuk merawat penyakit barah sahaja tapi sebenarnya ia baik untuk mereka yang bermasalah Sakit pinggang caranya mudah sahaja ambil tiga puluh helai daun durian belanda letak diatas kain yang lama tidak digunakan lagi kemudian bakar batu tungku yang selalu digunakan oleh orang perempuan bersalin bila batu sudah panas ambil batu itu letak diatas kain yang telah dialaskan dengan daun durian belanda kemudian tungku di tempat yang sakit pinggang In Sha Allah urat yang sakit itu akan pulih selepas terkena wap panas dari daun itu.


PETUA CARA MERAWAT SAKIT LUTUT

CARA MERAWAT PENYAKIT LUTUT SUPAYA TULANG RAWAN SIHAT KEMBALI SEPERTI BIASA.

Semasa di tangga masjid tadi saya tengok seorang lelaki yang agak berumur terkial-kial berjalan sambil menahan lututnya memanjat tangga masjid jadi saya cuba membantunya waktu memanjat anak tangga masjid kerana melihat lelaki itu menahan kesakitan dilututnya ketika ia melangkah kakinya sehinggalah sampai ke kerusi untuk ia duduk..

Oleh kerana peristiwa tadi jadi saya ingin berkongsi petua bagai mana cara kita hendak merawat penyakit lutut ini sama ada masalah Osteoartris sebab faktor penuaan atau bursitis tulang rawan rosak dan juga kista baker iaitu cairan sinovial di belakang sendi kita berkurangan...

Caranya ialah petua orang tua-tua dahulu sahaja dan percayalah tak berguna kalau kita menggunakan minyak sapu yang panas yang lega  bersifat sementara kerana ia hanya merosakkan lagi sendi lutut kita yang di sebabkan bahan kimia yang terdapat pada minyak panas itu...

Petuanya mudah sahaja kerana ia akan merawat  rawan kita dan lendair di lutut kita..

Caranya ambil tiga biji bawang ros india jantan lalu ditumbuk hancur dan campurkan dengan sebiji putih telur (telur kuning jangan diambil) ayam kampung kedalam cawan kemudian kacau hingga larut dan minum sehingga habis...( berselawatlah keatas nabi kita waktu hendak minum)..

Lakukan dua kali sehari In Sha Allah kalau sesiapa dapat amalkan pekara ini selama dua atau tiga bulan lutuknya akan pulih seperti biasa kerana petua tadi merawat tulang rawan dan cecair sendi kita seperti mula asal...

Nak tahu bawang  jantan macam mana pergi tanya orang tua2...

PETUA AWET MUDA CARA ISLAM

8 petua awet muda mengikut cara Islam


#1 : Urut wajah sambil berselawat  
Petua awet muda pertama ialah bangun saja dari tidur, jangan mandi dan gosok gigi dulu tapi  terus saja anda urut wajah dengan air bermula dari dagu hingga ke atas dahi.
Ia harus disertakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Buat setiap hari supaya wajah anda bersih, suci dan naik seri. 

#2: Minum air dan selawat sebelum berus gigi
Anda tahu tak air liur mempunyai enzim yang baik untuk kesihatan? Jadi sejurus saja bangun tidur, sebelum mandi dan gosok gigi.
Minum air kosong dan biarkan ia dalam mulut selama 10 saat sambil berselawat 3 kali. Kemudian, telan air itu. Banyak manfaatnya tau. Cubalah kalau nak tahu! 

#3: Tanam kuku atau rambut 
Kita biasanya kalau potong kuku terus saja campak ke tong sampah begitu juga dengan rambut yang gugur. Tapi sebenarnya petua awet muda ini anda harus memotong kuku pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.
Kemudian bila sudah potong kuku atau rambut gugur, tanamkannya. 

#4 Selawat ke tapak tangan dan sapu ke muka 
Petua awet muda yang seterusnya ialah masa anda mekap dan berdandan depan cermin, adalah lebih elok bacakan selawat Nabi ke atas kedua-dua tapak tangan dan sapu ke muka.
Kemudian niat dalam hati untuk berwajah indah seperti Nabi Yusuf. InsyAllah, amalkan selalu tau, jangan buat-buat lupa!

#5: Baca surah Yusuf dan minum air suam tiga teguk 
Banyak sebenarnya manfaat surah Nabi Yusuf kerana beliau mempunyai budi pekerti yang baik selain seorang Nabi yang mempunyai wajah kacak dan manis. Sebab itu Zulaikha jatuh cinta selepas melihat wajah kacak Nabi Yusuf. 
Jadi selepas bersolat, anda amalkan baca suruh Yusuf. Kalau rasa tak boleh nak habiskan satu surah sehari, bacalah sekurangnya satu muka surat sehari.
Kemudian teguk air suam sebanyak 3 kali . Dengan petua awet muda ini wajah akan kembali muda dari usia sebenar.
Wah, memang perlu cuba ini! 

#6: Baca sural Al-Waqiah 
Buka halaman Surah Al-Waqiah ayat 35-38. Kemudian hafal surah ini dan amalkan tiap kali anda nak mandi. Ia perlu dimulakan dengan curahan pertama dari atas kepala. 

#7: Mandi embun 
Petua awet muda menurut Islam seterusnya ialah anda harus mandi berembun. Maksudnya mandi pagi ketika nak solat Subuh.Ambil daun berembun dan usap perlahan pada wajah, tubuh dan kepala. Ia dikatakan mampu membuatkan wajah kembali bersinar dan kelihatan ceria. 

#8: Urut wajah selepas bangun tidur 
Biasanya kita bila bagun tidur terus pegang handphone kan? Adalah lebih baik anda mengurut wajah dahulu.
Caranya, gunakan jari telunjuk dan letakkan di dagu. Kemudian jari ke pipi, hidung dan atas dahi. Selepas berurut, minum air suam sebelum anda bersarapan. 


TIPS DAN PETUA DI DAPUR

TIPS & PETUA DI DAPUR

#1- MEMBUAT KEK

> Pilih bahan yang baru dan bermutu. 
> Biarkan bahan dalam keadaan kering pada suhu bilik, terutamanya untuk telur dan mentega. 
> Siapkan loyang dan dialas dengan kertas roti, sapukan dengan nipis dan rata dengan 
marjerin. 
> Taburkan dengan tepung gandum. 
> Kacau mentega dan gula terlebih dahulu dengan mixer pada kadar sederhana hingga gula lembut dalam bekas kering dan bebas lemak. 
> Tambahkan telur satu persatu ke dalam aduanan sambil mengacau selama 3-4 minit untuk setiap butir telur. 
> Langkah terakhir, masukkan tepung gandum secara berperingkat, sekitar 3-4 minit untuk setiap butir telur. 
> Langkah terakhir, masukkan tepung gandum secara berperingkat agar adunan tidak turun kerana berat tepung. 
> Kacau adunan dengan gerakan searah dan ringan dari bawah ke atas sehingga udara masuk ke dalam adunan agar kek mempunyai tekstur yang cantik. 
> Panaskan oven 5 minit sebelum memasukkan kek. 
> Bakar kek dalam oven yang sudah dipanaskan sehingga masak. 
> Hias kek agar Nampak lebih menarik dan menyelerakan. 
> Manfaatkan kacang-kacang seperti almond dan sebagainya. Sebelum menghias, sejukkan kek terlebih dahulu hingga suhunya sama dengan suhu bilik.

#2- KEK TAHAN LAMA

Antimould adalah serbuk putih seperti baking soda/powder. Ia adalah bahan pengawet yg membuat kek tahan lama. Anda boleh beli jenama potassium 
sorbate atau sodium benzoate kerana kedua-duanya adalah antimould. Untuk mencari pembekal antimould secara on-line, taip jenisnya dan lihatlah 
senarainya. Pembekal di Australia/US dan lain-lain tidak memberikan perkhidmatan untuk kawasan Asia Tenggara.

#3- SWISS ROLL TIDAK PATAH

Bila membuat Swiss Roll, perhatikan:
- adunan mestikan dipukul hingga gebu dan ringan
- tin pembakar mesti mengikut ukuran tepat
- jangan bakar terlalu lama (kek akan keras patah bila digulung)
- potong keliling yg keras supaya mudah menggulung

#4- SHORTENING & OVALETTE

Shortening adalah lemak sayuran selalunya dari sumber kelapa sawit atau kelapa. Ovalette atau Quick 75 sumber soya dan bahan kimia yg dibenarkan. 
Pastikan label "Halal" pada bungkusan. Ia juga dikenali dengan Sponge Cake Emulsifier atau Cake Stabilizer.

#5- BUTTERCREAM

Buttercream hendaklah dibuat dengan lemak sayuran (vegetable shortening) dan marjerin supaya ia tidak mudah cair. Anggaran lemak sayuran, 100 gm, 
manakala marjerin 50 gm. Gula aising pula 300-340 gm, dipukul hingga sebati dan gebu. Jika ingin lebih keras, tambahkan gula aising lagi. 
Gunakan pes pewarna (dalam tiub) kerana pewarna jenis cecair akan melembikkan aisin

PETUA PENJAGAAN DALAMAN WANITA

Petua penjagaan dalaman -  mewangikan dan memantapkan kewanitaan


Faktor pemakanan yang tidak sihat menyebabkan Terlalu ramai wanita yang mengalami masalah dalaman berbau ,kurang menyenangkan dan sebagainya .
Wanita diciptakan sangat istimewa.
Bagi Mereka mahukan dalaman yang mantap ,harum,dan sihat wajib cuba ya resepi ini.

Bahan-bahan:
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ3 batang serai diketuk
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ 3 cm halia tua/muda diketuk
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ2 cm kunyit diketuk
๐Ÿ‘‰๐Ÿผsedikit kulit kayu manis atau bunga cengkih atau bunga lawang
๐Ÿ‘‰๐Ÿผsehelai daun pandan
๐Ÿ‘‰๐Ÿผsedikit gula batu - boleh digantikan dengan madu jika suka.
Cara-cara:
Rebus kesemua bahan dengan 3 gelas air sehingga jadi 1 gelas.
Gunakan api yang perlahan.
Tunggu suam dan sedia untuk diminum.
๐Ÿ‘๐Ÿป Rebusan ini seeloknya diambil setiap kali sebelum atau selepas haid. Cukup sekali sebulan sahaja.
๐Ÿ‘๐Ÿป Kebaikan rebusan ini adalah untuk mewangikan kewanitaan dan menyegarkan badan.
๐Ÿ‘๐Ÿป Ini juga merupakan amalan untuk penjagaan kesihatan bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf.
๐Ÿ‘๐Ÿป Ibu menyusu boleh minum. Tidak memudaratkan.

Jom amalkan ya. Semoga dalaman makin mantap, bertenaga dan suami pun bertambah sayang.


PETUA MEMBUANG RACUN DAN TOKSIN

PETUA MEMBUANG RACUN DAN TOKSIN .HANYA GUNA 3 BAHAN JER. 

Korang tahu tak?
Kenapa bila korang ambil vit-c atau guna produk skincare lambat dapat kesan. 

Itu sebab adanya toksin dalam badan  yang boleh menghalang penyerapan nutrien sesuatu produk tu. 

Rugi jer, dah banyak habiskan duit tapi rupanya sia-sia jer. Khasiat produk yang kita ambil diserap sedikit jer rupanya.

Bila toksin banyak dalam badan, ia menambah lagi masalah kita. Macam-macam penyakit kita boleh dapat.

Ada pulak yang tersilap pilih produk.
Produk yang di ambil rupa-rupanya banyak bahan kimia yang terlarang.

Aduhhhh. 
Kan dah mendapat. 
Zaman sekarang ni memang banyak produk yang tinggi kandungan bahan kimianya. Jadi kena siasat dulu dan sentiasa berhati-hati. 

So sekarang Atie ada petua tau. 
Cam ner nak buang racun dan toksin dalam badan tu. 

Hanya guna 3 bahan jer. Tak susah. 
Janji amalkan jer. Banyak manfaanya ni tau. 

Bahan-bahannya; -

1) 2 hiris lemon
2) 2 biji bawang putih 
3) Sesudu Air

Caranya;-

Korang cincang dulu bawang putih. Kalau boleh hancur lagi bagus. Sebab mudah nak 

Kemudian perah hirisan lemon dan sesudu air tadi ke dalam cawan. 

Atie isi dalam balang kaca kecil sebab Atie nak minum sikit jer. Lebihan bancuhan tu Atie nak simpan dalam peti. Esok malam boleh habiskan.

Kalau korang boleh minum habis pon ok jugak. 

Mudah sangat. 
Korang boleh amalkannya. Minum bancuhan tu sebelum tido. 

Insyaallah jika korang amalkan, sedikit demi sedikit racun dan toksin dalam badan boleh dibuang melalui sistem perkumuhan.



Khasiat Buah Delima

Buah delima memang terkenal dengan khasiat yang sangat baik untuk tubuh kita..
Di sini ada 10 khasiat dan kelebihan Buah Delima..

1) Memgandungi Zat Besi,kalsium,falforus dan vitamin.

Buah ini mengandungi Zat Besi,Kalsium,falforus,vitamin A dan C.
Sejak Zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat Cacing.
Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya.

2) Mempunyai Khasiat anti-radang

Dalam Perubatan Cina,biji delima putih mempunyai khasiat anti-radang.Buasir meruapakan satu lagi penyakit yang boleh di rawat dan di lakukan beberapa kali sehingga sembuh.

3) Buah delima mengandungi antioksidan

Buah delima mengandungu antioksidan.Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru,cranbarry serta oren kerana polifena dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.Kerosakkan sela akan menyebabkan pelbagai penyakit kensar dan penyakit jantung.

4) Mencegah Penyakit Jantung

Buah delima dapat melindungi jantung kita .
Kajian Proceedings Of the National Academy of Sciences menyatakan jus delima dapat mencegas pengerasan arteri dan penyakit lain seperti Serangan jantung dan Stroke. Buah Delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di anteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompakan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal Of Caraliology menyatakan pesakit koroneri (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama 3 bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1%. Aliran darah menurun sebesar 18%.

5) Menurunkan kadar Kolesterol

 Buah delima dapat Menurunkan kadar kolesterol dalam darah.Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (Kolesterol jahat) pada tikus.Hal ini menurunkn kadar LDL dan meningkatkan HDL (Kolestrol baik).

6) Mencegah Kanser

Buah delima dapat mencegah dan mengubati kanser ,Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser. Jus buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sihat.
Buah delima juga dapat mencegah pembetukan sel kanser payudara.

7) Mencegah Alzheimer

Buah delima mungkin mencegah dan memperlambatkan penyakit Alzheimer . Dalam sebuah studio,tikus yang dibiakkan utk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima.Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas2 mental yg lbh baik.

๐Ÿ˜Ž Buah delima Sumber nutrisi 

Sebiji buah delima memiliki 40% vitamin C utk orang dewasa,bersama dan ianya juga mengandungi folat,serat,kalium,niasin dan vitamin A dan E.

9) Melindungi Hati dan ginjal 

Penelitian terbaru menunjukkan bahawa ekstrak delima mencegah kerosakan ginjal dan menlindungi ginjal dari rancun berbahaya. Selain itu delima juga melindungi hati anda membantu meregenerasi hati yang mengalami kerosakan. 

10) Buah delima dapat memberikan Zat menyegarkan badan.

Buah delima dapat memberikan Zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat di hadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin ke dalam perot. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang demam.Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik utk cirit-birit ,anemia ,tekanan darah tinggi dan artitis .Di samping itu ,buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah ia mampu menghilangkan keletihan .
Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima di sarankan utk mgubat cirit -birit,sakit telinga dan kurang lawas