Sunday, April 15, 2018

KHASIAT AKAR SINTOK


Pokok Akar Beluru adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Akar Belu, Akar Kapang, Sentok, Akar Belerang. Nama sainsnya Entada phaseoloides

KHASIAT AKAR SINTOK

Ia juga digunakan sebagai salah satu bahan untuk membuat pilis (dicampur dengan akar tinggal dan kapulaga) yang digunakan sebagai tampalan pada dahi ibu selepas melahirkan untuk mengelakkan pening kepala dan angin meroyan.

Sintok juga digunakan sebagai penyegar yang boleh mengembalikan kecergasan tubuh badan. ia banyak digunakan oleh dukun dan pengamal perubatan alternatif sebagai bahan campuran mandian untuk memulihkan semangat dan mengembalikan kecergasan terutamanya selepas lama terlantar Sakit.

Masyarakat Melayu tradisional juga mengamalkan mandi menggunakan kulit akar sintok selepas suci dari haid untuk mengembalikan kecergasan di samping mengharumkan tubuh badan.

Kayu sintok pula mampu untuk merawat penyakit sifilis dengan cara meminum air rebusan akarnya.

Ia juga boleh digunakan untuk merawat gigitan haiwan dan serangga berbisa, ia juga dapat meredakan sedu dan juga untuk merawat berak berdarah

1 comment: