Showing posts with label PETUA KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label PETUA KESIHATAN. Show all posts

Tuesday, December 1, 2020

PETUA ELAK KENA ANGIN APABILA MAKAN PUCUK UBI

Ubi kayu (nama botani: Manihot esculenta) ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia.

Nama lain bagi ubi kayu adalah ubi benggala, ubi belanda dan cassava (bahasa Inggeris). Dalam penerbitan bahasa Inggeris, tanaman ini biasanya dirujuk dengan menggunakan nama-nama tempatannya, seperti mandioca, aipim, atau macaxeira (Brazil), kassav (Haiti), mandi´o (Paraguay), akpu atau ugburu (Nigeria), bankye (Ghana), mogo atau mihogo (kawasan di Afrika yang berbahasa Swahili), kappa (India), maniok (Sri Lanka), singkong (Indonesia), kamoteng kahoy atau balanghoy (Filipina), mushu (China), củ sắn or khoai mì (Vietnam) dan manioke atau manioca (Polynesia).

PETUA ELAK KENA ANGIN, SAKIT KEPALA

Tau tak, ada orang kan dia alah sangat makan pucuk ubi ni. Bila makan je mesti sakit kepala atau mudah kene serang angin, sampai sebu sebu. Ni petua dari Mak kawan Ain sendiri. Dia memang tak boleh makan sebarangan memang mudah kene angin. Kalau nak makan pucuk ubi ni pun, teringin nak makan pun dah kena angin.Petuanya dan caranya : 


1. Masukkan sedikit je beras masa masa nak rebus pucuk ubi tu.

2. Rebus la sampai empuk lembut.  Nak rebus sekali batang boleh, taknak pun takpa ikut selera memasing. Sebab batang tu pun sedap bila dah rebus lama lama tau.  Tips ni pun boleh buat untuk nak masak apa apa makanan yang berangin contohnya nangka masak lemak tu. Pun boleh cuba petua yang sama.

Jadi mana yang hadapi masalah yang sama sakit angin tu boleh try petua ni, dah takda masalah lepastu kita nak menikmati sayur kampung ni nak buat ulam kan hehe.



PETUA HILANGKAN KELEMUMUR MENGGUNAKAN DAUN LIMAU PURUT

Limau Purut  (Citrus hystrix DC) merupakan sejenis tanaman dari kumpulan limau (Citrus) tetapi ia juga dikategorikan sebagai tanaman Herba. Limau purut juga dikenali dengan beberapa nama lain diseluruh dunia seperti Keiffer lime atau Kafir lime dalam bahasa Inggeris.  Ia juga dipanggil sebagai Jeruk Purut (Indonesia) dan juga sebagai Bai Makrut (Thailand). Kajian saintis juga mendapati tumbuhan limau purut ialah tanaman saka yang berasal dari Asia.

la telah ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand sejak lama dahulu sehingga sukar di kesan habitat asalnya. Kebanyakan tanaman ini ditanam di persekitaran rumah secara kecil-kecilan untuk kegunaan sendiri. Kegunaan utama limau purut ialah daunnya yang sering digunakan dalam masakan. Daun limau purut menjadi kemestian dalam masakan seperti Asam Pedas, Masak Asam dan beberapa hidangan lain seperti Rendang dan sebagainya. Walau bagaimanapun, buahnya dengan kulit yang berkedut, tebal dan isinya yang tidak berapa berair juga turut digunakan.


MAKSUD KELEMUMUR

Kelemumur ialah suatu penyakit kulit yang menjejaskan kulit kepala. Simptom-simptomnya termasuk flaking kulit dan rasa kegatalan yang sederhana. Ia boleh menyebabkan masalah sosial atau keyakinan diri.

Puncanya tidak dapat dikenal pasti dengan jelas namun ia dipercayai melibatkan beberapa faktor genetik dan persekitaran.Penyakit ini boleh bertambah rumit pada musim sejuk apabila udara persekitaran menjadi lebih kering dan dingin. Ia tidaklan disebabkan kebersihan yang kurang.Mekanismenya turut melibatkan pertumbuhan lebih sel kulit.Diagnosisnya berdasarkan gejala yang boleh dilihat

PETUA HILANGKAN KELEMUMUR GUNA DAUN LIMAU PURUT

Masalah kelemumur ni memang dah sinonim dengan kite kan.  Kalau tak gatal tak pe lagi. Ni tak, memang mengganggu lagi lagi kite yang berhijab. Berikut saya kongsikan cara hiolangkan kelemumur menggunakan daun limau purut


CARANYA 

  1. Ambil 10 helai daun limau purut. Kisar bersama sedikit air. Jangan terlalu cair.
  2. Selepas bersyampu, ambil pes tadi dan letakkan di kepala. Ratakan ke seluruh kulit kepala dan rambut.
  3. Urut kepala supaya pes tadi meresap. Biarkan seketika dalam 3 ke 4 minit. Bilas sehingga bersih.



PETUA MENGELAKKAN PEDIH PERUT KERANA MASAKAN CILI PADI PEDAS

Petua adalah prinsip dengan amalan luas yang tidak terikat dengan tepat atau berguna untuk setiap keadaan. Ia mudah dipelajari dan senang untuk diaplikasikan bagi mengira atau mengingati beberapa nilai, atau untuk membuat beberapa penentuan. Apabila dibandingkan dengan kaedah heuristik, satu konsep bersamaan digunakan dalam wacana matematik, psikologi, dan sains komputer, khususnya dalam rekabentuk algoritm

PETUA MENGELAKKAN PEDIH PERUT KERANA MASAKAN CILI PADI PEDAS

Pernah tak korabng makan sambal pedas lepastu terus berulang alik ke tandas? Mesti ramai pernah kann? Atul ada petua supaya korang tak perlu ulang alik ke tandas lagi lepasni. Petua ni daripada ibu mertua Atul sebab suami jenis peminat makanan pedas tapi seringkali sakit perut apabila makan makanan berasaskan cili padi yang pedas.


CARANYA

  1. Potong separuh daripada tangkai cili padi tersebut. Tangkai tersebut perlu dikisar/ditumbuk bersama cili padi kerana penawarnya ada pada tangkai.*
  2. Namun walaupun penawarnya ada pada tangkai, tangkai tersebut perlu dipotong separuh. Jika tidak dipotong langsung, rasa tangkai yang pahit akan mempengaruhi rasa masakan.
  3. Dah tahu kan. Jadi lepasni, bolehlah kita amalkan petua ini untuk mengelakkan perebutan "Bank Kecil" akibat makan cili padi


Saturday, November 28, 2020

PETUA HILANGKAN SAKIT TUMIT DENGAN BAWANG PUTIH

Sebenarnya petua orang lama ni banyak manfaatnya dan boleh digunapakai sampai sekarang. Stress sangat kan bila tumit kaki sakit. Nak nak lagi bila terasa dicucuk cucuk jarum je kat bahagian tumit tu. Especially waktu pagi masa bangun tido. Kebiasaannya sakit tumit ni berkaitan dengan masalah berat badan jugak. Tapii ada jugak disebabkan masalah angin dalam badan.

BAHAN BAHAN

Bawang putih (kuantiti ikut suka hati)


CARA PENYEDIAAN

Ada dua kekdah untuk masak bawang putih ni.


CARA 1 :

Bakar bawang putih bersekali dengan kulit tapiii jangan sampai hangus pulakk. 


CARA 2 :

Semasa memasak nasi masukkan bawang putih ke dalam periuk nasi dan biarkan sampai nasi telah masak. Amalkan makan bawang putih ni 3 kali seminggu pun dah ok. Tapi kalau suka setiap hari pun boleh, takde masalah.  Bila korang dah amalkan korang akan dapat rasakan badan ringan je taim bangun pagi. Lepas tu angin dalam badan pun berlumba lumba keluar.


PETUA ATASI SENGGUGUT

Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS,the official definition limits the scope to having symptoms of "sufficient severity to interfere with some aspects of life".Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.

PETUA ATASI SENGGUGUT 


BAHAN YANG DIGUNAKAN

Halia

Lada hitam

  • Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. 
  • Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid .Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun



Friday, November 27, 2020

RESDUNG DAN RAWATAN TRADISIONAL

Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. 'Resdung, juga dikenali sebagai sinusitis / jangkitan sinus atau rinosinusitis, adalah keradangan pada sinus yang menunjukkan gejala/tanda. Tanda dan gejala biasa termasuk lendir tebal dalam hidung, hidung tersumbat, dan sakit pada muka. Tanda dan gejala lain mungkin termasuk demam, sakit kepala, kurang deria bau, sakit tekak dan batuk.Batuk sering lebih teruk pada waktu malam. Komplikasi yang serius jarang berlaku.Ia ditakrifkan sebagai rinosinusitis akut (ARS) jika ia berlangsung kurang dari 4 minggu, dan sebagai rinosinusitis kronik (CRS) jika ia berlangsung selama lebih daripada 12 minggu.

Resedung ("Sinusitis") boleh disebabkan oleh jangkitan, alahan, pencemaran udara, atau masalah struktur dalam hidung. Dalam kebanyakan kes, ia adalah disebabkan oleh jangkitan virus. Jangkitan bakteria boleh hadir sekiranya gejala bertahan lebih daripada sepuluh hari atau jika seseorang menjadi lebih teruk selepas menjadi bertambah baik. Episod berulang lebih cenderung pada mereka yang memiliki asma, cystic fibrosis, dan fungsi imun yang lemah. X-ray biasanya tidak diperlukan melainkan sekiranya komplikasi disyaki. Dalam kes-kes kronik, ujian pengesahan adalah disyorkan sama ada melalui visualisasi langsung atau tomografi berkomputer.


PETUA RAWATAN RESDUNG

  1. Amik sebatang kayu manis bakar dia then sedut asap tu..sedut guna lubang hidung korang tu..fuhhh mencabarr..sbb kayu manis ni boleh bertindak sbgai antiseptic semulajadi yg boleh membunuh kuman.
  2. Kalau yg muka ada parut korang try parut kulit kayu manis ni..sapu dkt muka..mmg pedih tapi hasil dia wow weh..parut pudar..so ni lah rahsia resdung akak sekarang..dah tak de bau tahik..bau kayu manis pulak dlm lubang hidung.


MATI PUCUK DAN RAWATAN

Nak tanya sikit orang laki. Misal katalah, kau orang #mati_pucuk, atau tak boleh tahan lama, apa kau orang akan buat eh?

A. Makan ubat kuat

B. Urut batin

C. Minum kopi jantan

D. Pakai gambir Sarawak

E. Guna minyak lintah

Tak kisahlah apa jawapan yang kau pilih, seharusnya kau orang jumpalah doktor dahulu kerana masalah ni kadang-kadang disebabkan ada penyakit kronik. 

Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.

Ia juga dikenali dengan nama disfungsi erektil (ED) atau "impotens'"' dalam istilah perubatan.Pendarahan hidung. Kadang kala masalah pendarahan hidung juga boleh berlaku tanpa sebarang kecederaan.

Pendarahahan gusi. Apabila menggosok gigi, permukaan gusi yang lembut dan sensitif mudah berdarah. Keadaan ini berpunca dari banyak sebab, seperti masalah jantung yang tidak disedari, darah tinggi dan kencing manis, kebanyakannya mampu dirawat.

Punca masalah lemah tenaga batin boleh disebabkan oleh psikologi atau fisikologi. Dari segi fisiologi, ketegangan zakar adalah melalui mekanisma hidrolik berasaskan darah memasuki dan dikekalkan dalam zakar, dan terdapat pelbagai cara ia terhalang, kebanyakannya boleh dirawat. Mati pucuk psikologi adalah di mana kegagalan tegang disebabkan pemikiran atau perasaan dan bukannya kegagalan fisikologi; dan ini sering kali boleh diatasi. Dalam masalah mati pucuk psikologi, terdapat kesan plasebo yang jelas.

Ubat yang diberikan oleh doktor untuk merawat penyakit kencing manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan lemah tenaga batin apabila diambil secara berterusan. Oleh itu, adalah baik jika pesakit berbincang dengan doktor berkenaan kesan sampingan tersebut, sebelum memula mengambilnya.

Pesakit dengan masalah jantung sering kali diberikan ubat yang mengandungi nitrat. Bahan aktif dalam ubat mati pucuk (seperti Sildenafil Citrate (Viagra),Cialis dan Levitra) mampu berinteraksi dengan nitrat dan menurunkan tekanan darah kepada paras merbahaya dan mampu membawa maut.

Bagi pesakit kencing manis, darah tinggi atau kalesterol tinggi mengambil ubat tanpa rujukan doktor mampu menyebabkan kesan sampingan merbahaya seperti kegagalan ginjal.


Antara penyebab mati pucuk atau ejakulasi pra-matang adalah:

1. Darah Tinggi

2. Kencing Manis

3. Lemah Jantung 

4. Merokok

5. Hormon tak seimbang

6. Prostate bengkak

7. Kemurungan

8. Tiada stamina / tak cergas

9. Obesiti

10. Sesetengah ubat


PERKARA PERLU UNTUK RAWATAN AWAL

1. Bersenam

Senaman kardio boleh tingkatkan stamina dan prestasi jantung. Untuk zakar menegang, jantung kena pam darah ke zakar. Jadi kalau jantung cukup kuat dan ada stamina, maka ketegangan zakar tegar dan anda boleh beraksi lebih lama. 


2. Jaga Pemakanan

Makan makanan yang segar, berkhasiat dan pada kadar yang sesuai dengan keperluan harian kalian. Boleh guna formula pinggan sihat— suku protein, suku karbohidrat dan separuh sayuran/buah buahan. Jangan lupa minum air secukupnya. 


3. Turunkan Berat Badan

Jika kalian gemuk, turunkan berat badan. Jika terlalu kurus, tambah berat badan. Buat secara sihat. Elakkan guna jalan pintas. Alon-alon angger kelakon, kata orang jawa. Biar lambat asal terbuat, kalau bahasa Malaysia. 


4. Panas Badan Sebelum Bersama

Hubungan kelamin ni adalah aktiviti fizikal, maka pasangan perlulah panaskan badan. Tak boleh terus terjah pada acara utama. Perlu bermula dengan aksi santai dan mesra, untuk persediaan fizikal, emosi, dan psikologi. 


5. Gunakan Kondom dan Pelincir

Selain boleh digunakan sebagai perancangan keluarga, kondom dan pelincir mengurangkan sensitiviti pada lelaki mempunyai zakar yang terlalu sensitif kepada rangsangan. Siap ada kondom yang ada pelali.


Kalau dah cuba ikhtiar-ikhtiar di atas, tapi masih mempunyai masalah, masa itu tandanya kena jumpa doktor. Jangan malu beritahu masalah, terus terang sahaja pada doktor agar mudah mereka nak bantu.

Antara rawatan lain yang doktor boleh beri untuk masalah mati pucuk atau ejakulasi pramatang ni adalah:

1. Rawatan penyakit kronik

2. Rawatan Psikiatri(jika kemurungan dsb)

3. Kaunselling (jika masalah rumahtangga) 

4. Ubatan seperti Viagra, Cialis, dsb

5. Terapi hormon

6. Penggunaan alatan bantuan (pam, dsb)

7. Penile implant



Thursday, November 26, 2020

PETUA MERAWAT BATU KARANG

Batu karang terbentuk apabila terdapat kepekatan yang tinggi bahan-bahan tertentu di dalam air kencing yang menyebabkan terbentuknya kristal. Biasanya air kencing mempunyai bahan yang dipanggil ‘penghalang’ yang menghalang pembentukan batu karang, tetapi ada setengah kes ia tidak berfungsi. Kepekatan air kencing yang tinggi ini biasa terjadi pada mereka yang sering kali kekeringan (dehydrasi) kerana kurang pengambilan cecair. Sebahagian daripada mereka mungkin mempunyai paras bahan ini yang lebih tinggi dari paras normal di dalam darah dan meningkatkan jumlah bahan ini di dalam air kencing. Jangkitan salur kencing yang berulang kali juga menggalakkan pembentukan batu karang. Apabila terdapat halangan pada saluran air kencing seperti pembesaran kelenjar prostat, takungan air kencing akan menyebabkan berlakunya jangkitan dan pembentukan batu karang yang berulang-ulang. Sebahagian pesakit mungkin dilahirkan dengan saluran air kencing yang tidak normal yang menyebabkan halangan pada saluran air kencing.

Ada beberapa jenis batu karang, antaranya ialah kalsium oxalate, asid urik dan cystine. Batu jenis struvite pula terdiri daripada magnesium, ammonia dan fosfat bercampur dengan karbonat. Ini dikenali juga sebagai batu jangkitan. Di Malaysia, batu jenis kalsium oxalate, asid uric dan batu jangkitan biasa di temui.



PETUA HILANGKAN BATU KARANG 

PETUA PERTAMA

  • Minum 4 gelas jus epal selama 5 hari berturut-turut.
  • Pada hari keenam, jangan makan malam ( dinner ).
  • Pada pukul 6 petang, makan satu sudu garam epsom. Kepada yang takde garam ni di rumah, ianya boleh dibeli di farmasi.
  • Pukul 8 malam, ulang sekali lagi. Makan satu sudu garam epsom.
  • Pada pukul 10 malam, minum jus hasil campuran satu cawan minyak zaitun & hasil perahan dari 3 biji lemon.
  • Keesokan pagi, apabila anda membuang air besar, batu karang akan keluar bersama najis.

.

PETUA KEDUA

Petua kedua adalah lebih ekspress, cuma mengambil masa satu hari berbanding petua pertama yang mengambil masa 6 hari. Caranya:

  • Makan malam sebelum pukul 12 tengah malam.
  • Keesokan harinya, bersarapan dengan jus dari 3 biji epal hijau. Buang kulitnya dan kisar.
  • Makan tengah hari juga menu yang sama iaitu jus dari 3 biji epal hijau.
  • Makan malam juga menu yang sama, jus dari 3 biji epal hijau.
  • Banyakkan minum air kosong sepanjang hari.
  • Pada pukul 10 malam, minum minum jus hasil campuran satu cawan minyak zaitun & hasil perahan dari 3 biji lemon.
  • Tidur dalam keadaan mengerekot sambil mengiring ke kanan bagi memudahkan batu karang keluar dari badan.


PETUA KETIGA

Seperti petua yang pertama, petua ini juga mengambil masa selama 6 hari. Caranya:

  • Untuk 5 hari pertama, minum jus epal hijau selepas bersarapan, makan tengah hari, minum petang, dan makan malam.
  • Pada hari keenam, anda perlu berpuasa & berbuka pada pukul 6 petang. Berbuka dengan air bancuhan 1 cawan air kosong & 1 sudu garam epsom.
  • Pukul 8 malam, ulang minum air bancuhan 1 cawan air kosong & 1 sudu garam epsom.
  • Pada pukul 10 malam, minum minum jus hasil campuran satu cawan minyak zaitun & hasil perahan dari 3 biji lemon.
  • Keesokan paginya anda akan rasa memulas. Batu karang akan keluar bersama najis.


FUNGSI BAHAN 

LEMON

Fungsi lemon ialah untuk menumpulkan batu karang supaya tak mencederakan organ dalaman semasa proses keluar dari tubuh badan. Epal hijau pula untuk melembutkan batu karang supaya mudah keluar dari tubuh badan.


MINYAK ZAITUN

Mengenai minyak zaitun, apabila anda minum minyak zaitun selepas berpuasa, badan akan mengesan ia sebagai bahan tinggi lemak. Badan akan menghantar isyarat kepada batu hempedu supaya berkerja keras untuk membuang lemak dari badan sekali gus mengepam keluar batu karang.


BARLI DAN GULA BATU

Rebus satu peket barli sehingga lembut dan masukkan sedikit gula batu. Khasiat dari barli dan gula batu akan menghancurkan batu karang yang ada dalam badan anda.


JUS LOBAK PUTIH

Amalkan minum jus lobak putih sebagai sarapan setiap pagi. Caranya, buang kulit & kisar lobak putih sehingga hancur. Anda boleh campurkan gula atau madu jika suka.


JINTAN HITAM, MADU

Campurkan 1 sudu kecil serbuk jintan hitam, 3 sudu madu asli dan satu gelas air panas. Minum setiap malam sebelum tidur untuk menghancurkan batu karang yang ada dalam badan anda.


EMPULUR JAGUNG

Ambil 7 tongkol empulur jagung yang te;lah dibuang isinya, rebus dalam 5 gelas air sehingga air menjadi separuh. Minum 3 kali sehari.


POKOK BUNGA MATAHARI

Didihkan pokok bunga matahari. Masukkan semua termasuk akarnya. Rebus sehingga air tinggal separuh. Minum setiap hari.


NENAS DAN EMPULUR NENAS

Kupas sebiji nanas dan kisar bersama segelas air dan satu sudu garam. Minum satu cawan setiap pagi selepas bangun tidur. Selain isi, empulur nanas juga banyak khasiatnya. Rebus empulur nanas bersama gula batu. Minum setiap malam sehingga batu karang anda tiada lagi.


TEMBIKAI DAN GULA BATU

Kisar sebiji tembikai bersama sedikit gula batu. Jus dari sebiji tembikai wajib dihabiskan dalam tempoh 24 jam. Buat selama 3 hari berturut-turut. Insya Allah batu karang anda akan hancur.


MINYAK ZAITUN, LEMON DAN NENAS

Untuk petua ini, bahan yang diperlukan ialah:

  • 2 cawan minyak zaitun
  • 1 cawan jus lemon
  • Sedikit jus nanas


CARANYA :

  • Pilih dua hari yang sesuai iaitu 1 hari untuk rawatan dan 1 hari untuk berehat.
  • Hari pertama: Berhenti makan pada pukul 12 tengah hari. Banyakkan minum jus buah terutamanya jus epal hijau.
  • Berhenti minum pada pukul 6.30 petang.
  • Pukul 7.00 petang - Minum 1/4 cawan (lebih kurang 4 sudu besar) minyak zaitun diikuti dengan meminum 2 sudu besar jus lemon. Kedua-dua ramuan ini juga boleh dicampurkan sebelum diminum.
  • Baring mengiring sebelah kanan (bahu sebelah kiri di atas) selama 15 minit.
  • Ulangi meminum 1/4 cawan minyak zaitun dan 2 sudu besar jus lemon dan kemudian baring semula selama 15 minit.
  • Ulangi langkah-langkah di atas sehingga kesemua minyak zaitun dan jus lemon habis diminum.
  • Terus masuk tidur dengan mengiring sebelah kanan (jangan makan atau minum).
  • Kesokan paginya, jika anda membuang air besar perhatikan objek yang berwarna hijau gelab atau hitam. Itulah batu hempedu.


PETUA MENGURANGKAN DENGKUR

Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang. Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.

SEBAB-SEBAB BERDENGKUR

  • Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak
  • Tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar.
  • Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang. Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.
  • Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan 
  • Salah satu penyebab mengapa Anda bisa mendengkur adalah adanya kelebihan lendir. Oleh karena itu, jika Anda dapat mengurangi jumlah lendir yang menumpuk di tenggorokan dan penumpang hidung, berarti Anda dapat mencegah atau mengurangi mendengkur.


Minum Jus Ini, Anda Tidak Akan Pernah Mendengkur Lagi

Mendengkur akan mengganggu siapa pun yang tidur bersama Anda. Jika Anda setiap malam selalu dibangunkan oleh pasangan, kerana kebiasaan buruk Anda yang mengganggu tersebut, tentu Anda juga akan terganggu dan frustasi, bukan? Dan ini tentu akan mengurangi kualiti tidur Anda. Cara mudah dan sederhana yang boleh dilakukan adalah dengan mengonsumsi jus berikut ini. Jus ini akan membantu Anda menghilangkan lendir berlebih, yang menjadi penyebab utama mendengkur.

Jus ini telah membantu banyak orang untuk meningkatkan gizi dan kesihatan mereka. Bahan-bahan yang terkandung juga menawarkan lebih banyak nutrisi. Kami sarankan untuk menggunakan buah dan sayuran organik untuk membuat jus ini, karena tidak mengandung pestisida dan kontaminasi bahan kimia yang mengamdungi produk non-organik. Blend smua bahan ini dan satukan untuk jadikan jus

BAHAN BAHAN

  • 1/4 lemon
  • 1 ruas halia
  • 2 biji epal
  • 2 biji karot


PERATURAN MEMINUM JUS

Minum jus ini beberapa jam sebelum tidur untuk menghilangkan mendengkur. Selain minum jus ini, Anda juga perlu menghindari makanan tertentu, karena makanan-makanan ini dapat membuat dengkuran Anda jadi lebih parah, di antaranya:

  • Minum alkohol berlebihan
  • Konsumsi terlalu banyak makanan yang digoreng
  • Makanan berupa serbuk
  • Makan terlalu banyak cokelat


PETUA MERAWAT KENCING MANIS

Penyakit kencing manis ataupun (DM = Diabetis melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya

Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
  • Diabetis jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetis bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetis awal remaja. Diabetis jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetis jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
  • Diabetis jenis kedua  (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetis jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).
  • Diabetis Gestasi ialah diabetis yang dialami oleh wanita ketika kehamilan. Diabetes gestasi adalah mirip diabetes jenis kedua disebabkan ketika kehamilan, insulin yang diperlukan oleh wanita hamil adalah lebih untuk keperluan bayinya. Jika badan tidak mampu untuk menghasilkan insulin tambahan untuk keperluan anak dalam kandungan maka ibu akan mengalami paras gula dalam darah yang tinggi.
Rawatan tradisional untuk merawat kencing manis. Secara umumnya hanya menggunakan bahan teesebut :

  • Sebiji Peria katak dan 
  • Sebiji apple hijau.

Blend dan minum . Boleh juga simpan dalam peti ais jika nak minum sejuk. Buat pengetahuan Semua, bila dah campur peria dan apple, tidak lah berapa pahit sangat. kos nya pun murah je. 


PETUA CEGAH PENYAKIT GOUT DENGAN CUKA EPAL

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah "gout" berasal daripada perkataan bahasa Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

Bagi yang mengidap gout tentu derita bila kaki mula membengkak kan. Kesian tau kalau tengok, derita sangat rasanya. Aruah abah Yana macam ni juga dulu kadang sampai tak boleh jalan. Semuanya berbalik pada cara pemakanan kita. Mencegah lebih baik dari mengubati. Jom tengok petua dalam mencegah penyakit gout.

BAHAN YANG DIPERLUKAN

  • 1 sudu cuka epal
  • 1 gelas air suam

CARA MENYEDIAKAN

  • Ambil satu sudu cuka epal 
  • Campur dengan segelas air suam
  • Boleh ditambah sesudu madu jika mahu. 
  • kacau dan minum. 
  • Niat kan minum agar Allah merawat badan dan penyakit gout.

Lakukan setiap hari untuk meneutralkan kadar asid dalam darah. Amalan makan epal juga digalakkan untuk mempercepatkan penyembuhan. 


Monday, October 19, 2020

PETUA HILANGKAN KAKI BERBAU

 



Kaki berbau menyebabkan seseorang itu tidak berasa selesa untuk bergaul dengan kawan kawan dan orang ramai. Ini merupakan penyakit yang perlu dirawat. Berikut merupakan petua yang saya boleh kongsikan buat mereka yang kaki berbau.

1- Elak memakai stokin dari nylon, guna stokin diperbuat dari kapas supaya tidak berkuap. Pakailah sarung kaki dari bahan kapas atau benang bulu yang dapat membantu kaki tetap kering.

2- Jika kasut anda lembap, jemur di bawah panas matahari untuk mengeringkannya. Jangan pakai kasut yang lembap nanti kaki berkulat.

3- Sediakan lebih dari sepasang kasut begitu juga dengan stokin kalau boleh sehari satu stokin berlainan.

4- Amalkan membasuh kaki dan sabun dengan sabun antibakteria selepas membuka kasut setelah seharian memakainya.

5- Jika kaki anda masih berbau, amalkan merendam kaki kedalam air suam selama 10-15 minit dan gosok di bahagian celah-celah jari bagi membuang kotoran.

6- Sekiranya masalah kaki berbau masih berlarutan, cuba petua ini, didihkan 3 cawan air bersama 3 uncang teh dan dicampurkan dengan setengah baldi air sejuk kemudian rendamkan kaki dalam air tersebut bagi menghilangkan bau tersebut.

7- Ambil sebiji limau nipis dan gosokkan dibahagian kaki. Kalau boleh amalkan setiap hari dan ia amat berkesan untuk mengatasi masalah kaki berbau.

8- Boleh juga beli bedak antiseptik dan taburkan di dalam kasut atau sapu di bahagian kaki setiap kali sebelum memakai kasut. Bedak ini mampu menyerap peluh dan mengurang kaki berbau.

9- Setelah mandi, selalu keringkan kaki secara menyeluruh.

10- Pakailah kasut yang terbuat dari bahan seperti kulit. Ini memungkinkan kaki dapat bernafas sehingga terhindar dari bau yang disebabkan keringat.

11- Hindari memakai kasut yang sama dua hari berturut-turut. Oleh kerana kaki mengeluarkan peluh yang banyak, kasut memerlukan waktu untuk kering.

12- Ganti sarung kaki sekali atau dua kali sehari.

13- Bersihkan setiap kulit kaki yang mati dari telapak kaki, basuh kaki dengan air hangat dan keringkan secara menyeluruh.


 

RAHSIA KURANGKAN RAMBUT GUGUR DENGAN BUAH KERAS

Rambut merupakan anggota badan yang terletak di atas kepala. Lazimnya rambut berwarna hitam. Namun sesetengah orang rambutnya berwarna perang terutamanya pada mereka yang tinggal di Barat.

Botak adalah ketiadaan sebahagian atau kesemua rambut, dan merupakan sebahagian dari topik lebih mengenai "rambut menipis ". Tahap dan pola kebotakan berbeza-beza, tetapi punca biasa merupakan androgenic alopecia, alopecia androgenetica, atau alopecia seborrheica, dengan istilah terkemudian umumnya digunakan di Eropah. Pola kebotakan berbeza dari alopecia areata, yang biasanya membabitkan kehilangan tompokan rambut. Bentuk alopecia areata melampau adalah alopecia totalis, yang membabitkan kehilangan keseluruhan rambut, dan bentuk paling melampau, alopecia universalis, yang membabitkan kehilangan keseluruhan rambut dari kepala dan badan.


RAHSIA KURANGKAN RAMBUT GUGUR DENGAN 1 BAHAN

Kebanyakan lelaki dan wanita ada masalah rambut gugur. Betul tak? Jadi, hari ni bella nak kongsi rahsia rambut kuat dan sihat petua orang lama dengan menggunakan 1 bahan iaitu buah keras

Buah Keras (bahasa Inggeris: Candlenut, Candleberry, Indian walnut, Varnish tree atau Kukui nut tree), juga dikenali sebagai Kemiri di Indonesia, ialah salah satu spesies tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae. Nama saintifiknya Aleurites moluccana. Taburan aslinya tidak dapat ditentukan dengan tepat kerana pokok ini awal-awal lagi telah disebarkan oleh manusia. Pokok ini kini ditemukan secara meluas di kawasan-kawasan tropika Dunia Baru dan Dunia Lama.

Banyak bahagian Pokok Buah Keras telah digunakan sebagai ubat tradisional di kebanyakan kawasan yang ia merupakan pokok asli. Minyaknya merupakan perengsa dan pencahar, dan kekadangnya digunakan seperti minyak jarak. Ia juga dipergunakan sebagai peransang rambut atau penambah kepada sistem-sistem rawatan rambut. Isirungnya boleh digunakan sebagai ubat julap manakala di Jepun, kulit batangnya telah dipergunakan untuk merawat tumor. Di Sumatera, biji-bijinya ditumbuk lalu dibakar dengan arang untuk disapu pada bahagian pusat badan supaya dapat merawat cirit-birit manakala di Pulau Jawa pula, kulit batangnya dipergunakan untuk merawat cirit-birit dan disentri. Isirung yang dijadikan pulpa atau daun-daun yang direbus digunakan di Malaysia sebagai tuam untuk merawat sakit kepala, demam, ulser, sendi bengkak, dan gonorea.


CARA-CARA PROSES BUAH KERAS JADI UBAT RAMBUT GUGUR

  • Tumbuk buah keras sehingga hancur
  • Goreng buah keras yang telah ditumbuk tadi sehingga keperangan
  • Tumbuk sekali lagi sampai pecah minyak
  • Jadikan pes buah keras sebagai masker rambut
  • Basahkan rambut, lumur di kulit kepala selama 10 minit.
  • Bilas sehingga bersih
  • Amalkan seminggu 2 kali Hasilnya, rambut lebih kuat dari akar rambut dan kurang gugur.


PETUA MENGHILANGKAN BULU DAN BAU KETIAK

Ketiak, atau sering disebut (dalam sebutan sopan) sebagai kawasan bawah lengan, merujuk kepada bahagian bawah lengan atas (triseps), yang bersambungan dengan bahagian bahu pada kedua-dua bahagian tangan.

Bulu ketiak ialah komposisi bulu di kawasan ketiak. Seperti kebanyakan bulu badan yang lain, bulu ini biasanya mula tumbuh pada masa baligh dan pertumbuhannya lazimnya sempurna pada penghujung usia remaja. Perembesan feromon daripada aksil pada peringkat perkembangan manusia ini menunjukkan perkaitan bulu ketiak dengan keseksualan. Respons positif terhadap rangsangan olfaktori di dalam mamalia dan desakan seks yang kuat yang disebabkan oleh perembesan feromon memberi petunjuk yang berguna mengenai tujuan dan kepentingan bulu ketiak kepada manusia.Pernah dikatakan bahawa bulu itu sendiri bertindak sebagai sifat "anti-geseran" semula jadi antara lengan atas dengan toraks. Lebih penting lagi, bulu ketiak secara semula jadi mengusir kelembapan daripada kulit yang membantu kulit supaya cukup kering bagi mencegah pengkolonian bakteria yang mengeluarkan bau.

Hari ini, dalam banyak negara, terutamanya di dunia Barat, adalah biasa bagi golongan wanita mencukur bulu ketiak dengan tetap berbanding golongan lelaki atas sebab estetik, satu amalan yang mungkin dikaitkan dengan taburan bulu badan luaran bagi kedua jantina. Penyebaran amalan ini berbeza-beza. Sebab-sebab keagamaan kadang kala diberi; dalam budaya Islam, golongan lelaki dan wanita mengamalkan pencukuran bulu ketiak atas sebab kebersihan.

Perenang-perenang pertandingan mencukur semua bulu badan, termasuklah ketiak, untuk menjadikan badan mereka lebih bergaris arus sebelum mengambil bahagian dalam perlumbaan. Amalan ini juga biasa di kalangan jurubina badan dan dalam erotika atas sebab estetik.

Di Barat, amalan ini bermula sekitar 1915 di AS dan UK apabila satu atau banyak majalah menunjukkan seorang wanita berpakaian dengan bulu ketiak yang telah dicukur.Pencukuran tetap mula diterima dengan pengenalan pencukur keselamatan pada permulaan kurun ke-20[perlu rujukan]. Ketika pencukuran bulu ketiak diterimapakai dengan pantas di negara-negara pertuturan bahasa Inggeris, terutamanya di AS dan Kanada, amalan tidak meluas di Benua Eropah sehinggalah selepas Perang Dunia Kedua

Mitos yang dipercayai umum ialah mencukur bulu ketiak akan menyebabkannya tumbuh lebih lebat selepas masa berlalu.Tiada perkara yang membuktikan bahawa amalan mencukur bulu ketiak akan menghasilkan folikel baru bagi bulu untuk tumbuh; mitos ini mungkin sekali berterusan disebabkan janggut tidak berkurang sepertimana bulu yang tumbuh memanjang dan disebabkan bulu-bulu yang pendek terasa lebih kasar berbanding bulu-bulu yang panjang pada kelebatan yang sama. Bagaimana pun, mencukur bulu ketiak meningkatkan kemungkinan besar pertumbuhan bulu cekam. Pencukuran bulu ketiak seharusnya dilakukan lebih kerap berbanding pencukuran bulu kaki, kerana bulu ketiak tumbuh lebih pantas berbanding bulu kaki, dan sekiranya tidak dilakukan secara konsisten, janggut dapat muncul. Kawasan ketiak dapat menjadi gelap selepas satu tempoh masa dan sekalipun dengan pencukuran yang rapi, "bayang-bayang pukul lima" mungkin kelihatan. 

Di Malaysia budaya mencukur bulu ketiak merupakan perkara biasa. Disini saya ada petua untuk membuang bulu ketiak paling muda seperti berikut : 

BUANG BULU KETIAK

Tumbuk sedikit serbuk lada sulah dan 3 butir kapur barus. Campurkan dengan sedikit minyak kelapa. Sapukan pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lama-kelamaan bulu ketiak akan gugur dengan sendirinya.


MENGHILANGKAN BAU KETIAK

  • Ramaskan pucuk jambu batu hingga hancur. Kemudian sapukan di ketiak setiap kali sebelum mandi.
  • Rebus 5 helai daun sirih dan lima kuntum bunga kenanga. Didihkan hingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan campurkan gula merah. Amalkan meminumnya 2 kali seminggu.
  • Ambil hampas kelapa, lumurkan pada ketiak. Biarkan selama 5 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan 2 kali seminggu.
  • Tumbuk daun sirih dengan sedikit tawas hingga lumat. Sapukan pada ketiak. Biarkan beberapa minit sebelum mandi. Bersihkan dengan air sabun dan air biasa. Amalkan dua kali seminggu.
  • Rebus beberapa helai daun limau kasturi dengan sedikit air. Tapiskan airnya dan amalkan meminumnya setiap hari.
  • Tumbuk 7 helai daun limau nipis hingga hancur. Campurkan dengan sedikit madu dan bulat-bulatkan sebesar biji kacang. Makanlah tiga kali sehari. Bau badan akan hilang.

Sunday, October 18, 2020

PETUA PENAWAR MASALAH JANTUNG TERSUMBAT

Penyakit jantung koronari tersenarai sebagai penyakit pembunuh nombor satu di dunia, dan dianggap 'musuh nombor satu' dalam kehidupan yang paling ditakuti. Menduduki tempat teratas, penyakit jantung bukan lagi menjadi pembunuh misteri. Paras kolesterol yang tinggi, diabetes, hipertensi, kegemukan, merokok, kurang melakukan senaman, faktor jantina, dan proses penuaan adalah antara faktor penyumbang kepada penyakit ini. Justeru, isu-isu yang dikaitkan dengan penyakit ini lebih banyak berkisar kepada aspek pencegahan yang merangkumi gaya hidup sihat, pemakanan seimbang, senaman dan sebagainya. Namun, statistik kematian mengenai penyakit jantung tetap mencatatkan peningkatan yang membimbangkan.

Penyakit yang berkenaan jantung dikenali sebagai penyakit kardiovascular. Antara penyakit jantung adalah sakit koronari jantung atau juga dikenali sebagai penyakit jantung Iskemia (Ischaemic Heart Disease). Penyakit kardiovascular merupakan punca utama kesakitan dan kematian yang disahkan oleh doktor di Malaysia. Pada tahun 1988, 29.4% dari angka kematian yang disahkan oleh doktor di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit kardiovascular.

Penyakit jantung iskemia (Ischaemic Heart Disease) juga dikenali sebagai penyakit jantung koronari. Penyakit ini adalah disebabkan oleh kekurangan bekalan darah kepada otot jantung. Kekurangan darah yang berterusan kepada jantung akan menyebabkan kematian otot-otot jantung dan jika keadaan bertambah teruk boleh meyebabkan kegagalan jantung untuk berfungsi dan seterusnya kematian mengejut. Antara sindrom penyakit jantung iskemia adalah angina pektoris dan infarksi miokardia.


Penyakit jantung tersumbat kerana kelestrol sememang cukup banyak berlaku di Malaysia sekarang ini dan boleh dikatakan setiap hari masyarakat Malaysia mengalami kematian kerana masalah saluran jantung yang tersumbat yang berpunca daripada kelestrol. hari ini saya ingin berkongsi sejenis herba yang amat mudah di dapatkan serta banyak membantu mereka yang bermasalah tersebut.Herba yang saya maksudkan itu ialah daun sukun,


CARA PENYEDIAAN
  • Ambil sehelai daun sukun 
  • Dan rebus dengan tiga gelas air putih 
  • kemudian minum air rebusan itu sehari tiga kali ln Sha Allah dengan rebusan air  daun sukun itu kelestrol yang menutupi saluran jantung kita akan dapat di buang setelah kita mengamal meminum air rebusan daun sukun ini setiap hari dan Alhamdulillah ramai pesakit telah berjaya setelah mengamalkan petua ini.



KHASIAT TIMUN UNTUK KESIHATAN

Timun atau Mentimun (Cucumis sativus) merupakan sejenis buah tumbuhan yang dimakan sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan sejak 3000 tahun dulu. Timun boleh dimakan secara mentah atau segar dan juga dalam masakan. Timun yang juga dikenali sebagai mentimun atau nama saintifiknya Cucumis sativus, mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.

Timun mempunyai banyak khasiat seperti biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti ,yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Bagi mereka yang menhidapi sakit tekak apabila diserang batuk , penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Pengamalan ini dapat mengembalikan suara yang hilang. Timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Tiga lignan yang kuat untuk mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser ovari, payudara, prostat dan kanser rahim.

Selain itu, penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga dapat menurunkan berat badan dapat diatasi dengan pengamalan makan timun mentah atau yang telah dimasak. Timun juga dapat mengubati penyakit disesteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar.Antara khasiat lain adaah seperti berikut :

1) KHASIAT TIMUN MENGHIDRASI BADAN ANDA.

Jika anda terlalu sibuk untuk minum air, makanlah timun, ia akan menggantikan kehilangan air dari badan anda kerana timu mengandungi 90% air.


2) KHASIAT TIMUN MENGHILANGKAN PANAS BADAN DARI LUAR DAN DALAM.

Makan timun untuk mengurangkan pedih ulu hati. Letakkan timun pada kulit untuk melegakan sunburn.


3) KHASIAT TIMUN MEMBUANG TOKSIN DARI BADAN.

Cecair yang ada dalam timun bertindak seperti penyapu, menyapu keluar segala toksin dari badan anda. Amalkan makan timun selalu untuk menghilangkan batu dalam buah pinggang (kidney stone).


4) KHASIAT TIMUN MEMBEKALKAN KEPERLUAN VITAMIN HARIAN ANDA

Timun mempunyai sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Timun mengandungi vitamin A, B dan C, yang meningkatkan sistem imun badan, memastikan anda berseri dan memberi anda tenaga. Jadikan timun lebih berkuasa dengan membuat jus timun campur bayam dan lobak merah. Jangan buang kulit timun kerana ia mengandungi kira-kira 12% keperluan vitamin C harian anda.


5) KHASIAT TIMUN MEMBEKALKAN MINERAL MESRA KULIT

Timun mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun.


6) KHASIAT TIMUN MEMBANTU DALAM PENURUNAN BERAT BADAN DAN PENGHADAMAN

Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt rendah lemak.

Mengunyah timun memberikan rahang anda senaman yang baik dan serat di dalamnya baik untuk penghadaman. Ambil timun sebagai makanan harian sebagai bantuan untuk sembelit kronik.


7) KHASIAT TIMUN MEMULIHKAN MATA

Meletakkan kepingan sejuk timun adalah pemandangan biasa untuk kecantikan tetapi ia benar-benar boleh membantu mengurangkan bengkak di bawah mata dan keadaan bengkak kerana timun mempunyai ciri-ciri anti radang.


8) KHASIAT TIMUN MELAWAN KANSER

Timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Tiga lignan yang kuat untuk mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser ovari, payudara, prostat dan kanser rahim.


9) KHASIAT TIMUN MENYEMBUHKAN KENCING MANIS, MENGURANGKAN KOLESTEROL DAN MENGAWAL TEKANAN DARAH

Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada pesakit kencing manis. Sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol.

Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.


10) KHASIAT TIMUN MENYEGARKAN MULUT

Jus timun boleh membantu menyembuhkan dan menyegarkan sakit gusi.Untuk membunuh bakteria di dalam mulut dan untuk menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan ke lelangit mulut anda dengan lidah anda selama 1/2 (setengah) minit, phytochemcials dalam timun akan membunuh bakteria di dalam mulut anda yang bertanggungjawab menyebabkan nafas yang tidak menyenangkan.


11) KHASIAT TIMUN MENYIHATKAN KUKU DAN RAMBUT

Keajaiban Silika, mineral dalam timun menjadikan rambut dan kuku anda lebih berkilat dan kuat. Sulfur dan silika dalam timun juga membantu merangsang pertumbuhan rambut anda.


12) KHASIAT TIMUN UNTUK KESIHATAN SENDI, MELEGAKAN ARTRITIS DAN SAKIT GOUT

Timun adalah sumber yang sangat baik untuk silika yang menggalakkan kesihatan sendi dengan mengukuhkan tisu penghubung. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, timun boleh melegakan gout dan sakit artritis dengan mengurangkan tahap asid urik.


13) KHASIAT TIMUN MENYEMBUHKAN MABUK (HANGOVER)

Untuk mengelakkan sakit kepala pagi atau mabuk(hangover) anda boleh makan beberapa keping timun sebelum tidur. Timun mengandungi cukup vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambah banyak nutrien penting dan mengurangkan tahap kedua-dua mabuk dan sakit kepala.