Thursday, September 26, 2019

PETUA MELEGAHKAN LENGUH BADAN

Penyakit (Tulisan Jawi: ڤڽاكيت) adalah keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan ketidakselesaan, disfungsi, atau tekanan/stres kepada orang yang terbabit atau berhubung rapat dengannya. Kadang kala istilah ini digunakan secara umum untuk menerangkan kecederaan, kecacatan, sindrom, simptom, keserongan tingkah laku, dan variasi biasa sesuatu struktur atau fungsi, sementara dalam konteks lain boleh dianggap sebagai kategori yang boleh dibezakan.

Terdapat pelbagai jenis penyakit yang mengancam manusia. Penyakit ini boleh disebabkan oleh kuman, bakteria, virus, racun, kegagalan organ berfungsi, dan juga oleh penyakit baka/keturunan.

Salah satu penyakit yang sering menyerang mereka yang berumur ialah sakit badan atau lenguh badan. Berikut adalah petua untuk merawat lenguh badan


Terdapat beberapa petua untuk melegakan lenguh badan secara tradisional yang mudah diikuti. Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati.

1. BAWANG MERAH

Ambil 7 ulas bawang merah dan ditumbuk. Masakkan dengan kira-kira enam camca besar minyak kelapa asli dan goreng hingga bawang itu menjadi hitam. Gunakan minyak itu untuk menggosok di sendi-sendi yang sengal itu.

 

2. HALIA

Ambil dua ketul halia kira-kira 10 cm, sebiji telur ayam kampung dan madu lebah kira-kira 2 camca teh. Halia diparut dan ditumbuk, dibubuh sedikit air dan kemudian diperah, ambil airnya dan bubuh dalam gelas. Masukkan madu dan kuning telur lalu dibancuh hingga sebati. minumlah dua kali sehari. Insyaallah sembuh.


3. LADA HITAM

Lada hitam kira-kira dua puluh biji ditumbuk hingga menjadi serbuk. Bubuh sedikit minyak kelapa dan minyak kayu putih. Gosokkan pada sendi-sendi yang lenguh itu.

 

4. DAUN LENGKUAS

Daun lengkuas kira-kira lima helai, daun serai wangi tiga helai, dau kunyit lima helai dan daun jerangau lima helai lalu direbus semuanya dalam satu periuk dengan airnya kira-kira dua gelen. Gunakan air itu untuk mandi pagi dan petang.

Berurut juga perlu untuk melegakan lenguh badan. Jangan lupa untuk bersenam juga ye. Begitulah antara beberapa petua mudah untuk melegakan lenguh-lenguh badan.

No comments:

Post a Comment