Showing posts with label PETUA UMUM. Show all posts
Showing posts with label PETUA UMUM. Show all posts

Saturday, November 28, 2020

PETUA SIMPAN CILI PADI AGAR KEKAL SEGAR

Cili padi , cili api, cili rawit, cabai burung, lada jarum, atau lada tunggeng (kerana buahnya dalam keadaan terbalik) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Solanaceae yang sangat popular di Asia Tenggara terutama di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Nama lain bagi cili api di Indonesia lebih popular dengan Cabe Rawit atau Lombok Rawit. Penanaman cili padi di Malaysia dibuat untuk bekalan tempatan dan menerima permintaan yang tinggi dikalangan masyarakat tempatan setiap hari.

Bagi penggemar sambal belacan atau masak lemak cili padi mesti suka beli cili padi banyak banyak kan. Bila dah beli banyak tu kena la simpan betul betul biar kekal segar dan tak busuk.Berikut saya  kongsikan cara mudah bagaimana nak kekalkan kesegaran cili padi ni.

PETUA SIMPAN CILI PADI AGAR KEKAL SEGAR 

BAHAN BAHAN

  • Cili padi
  • Bekas tipuware (kalau nak guna brand 'Tupperware' pun boleh)
  • 1 ulas bawang putih (kupas kulitnya)

CARA CARANYA :

  1. Korang ambil cili padi tu, korang buang tangkainya.
  2. Lepas tu korang cuci bersih cili padi tu dan toskan.
  3. Masukkan cili padi dan seulas bawang putih yang telah dikupas kulit ke dalam tipuware. Tutup rapat ye. 
  4. Simpan la dalam peti ais korang tu.
  5. In syaa Allah, cili padi tetap segar dan dapat bertahan dalam tempoh 1-2 minggu.

PETUA IKAN BILIS GORENG RANGGUP

Ikan bilis merupakan ahli keluarga (Engraulidae) bagi ikan air masin kecil yang lazim. Ikan ikan genera Stolephorus dan Encrasicholina (bunga air) adalah biasa di Malaysia. Ikan bilis ialah ikan hijau yang kecil dengan pantulan biru berikutan jalur melintang pada badannya. Panjang maksimumnya ialah 23 cm. Muncungnya tumpul dengan gigi yang kecil dan tajam pada kedua-dua rahangnya. Mulutnya lebih besar daripada ikan herring. Makanan utama ikan bilis ialah plankton.

Petua Ikan Bilis Goreng Lebih Rangup 

Ikan bilis yang digoreng garing, memang lazat kalau di ratah begitu saja. Apatah lagi kalau buat sambal tumis ikan bilis, kerabu ikan bilis, letak bawang besar, cili padi goreng dan perah asam limau. Perghhhh merecikk.

Ikan bilis goreng ni memang enak dimakan dengan pelbagai cara. Tapi kalau goreng tak kena gaya, hmmmm..terus rasa tak sedap ikan bilis tu. Sebab dah tak rangup, lemau dah tak KRUP KRAP bunyinya.

BAHAN BAHAN

  • Ikan bilis
  • Cuka makan


PROSES PENYEDIAAN

  • Bersihkan ikan bilis dan masukkan ke dalam bekas, tos kan.
  • Masukkan cuka dan gaulkan rata bersama ikan bilis.
  • Perap selama 5-10 minit.
  • Goreng ikan bilis seperti biasa. Insya-Allah ikan bilis akan lebih garing dan KRUP KRAP bunyinya dan tahan lama.
  • Selamat menikmati keenakan ikan bilis goreng.

Friday, November 27, 2020

CARA MEMILIH BUAH DURIAN YANG BAIK

Durian (Tulisan Jawi: دورين) ialah buah daripada beberapa spesies pokok dalam genus Durio (pokok Durian yang menghasilkan buah beraroma kuat yang boleh dimakan. Ia amat terkenal di Asia Tenggara dengan gelaran "raja buah". Saiznya besar, baunya unik dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan berduri. Daripada duri itulah durian mendapat namanya. Buah durian boleh membesar sehingga 30 sentimeter (12 inci) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya seberat satu hingga tiga kilogram (2 hingga 7 lb). Bentuknya berbeza daripada bujur hingga bulat, warna kulitnya daripada hijau hingga perang, dan isinya daripada kuning pucat hingga merah, bergantung kepada spesies.

Isi buah ini mengeluarkan bau yang tersendiri, kuat dan tajam walaupun kulitnya belum dibuka. Sesetengah orang menganggap bau durian sebagai semerbak; manakala yang lain berasa aromanya amat kuat dan tidak dapat ditahan. Baunya menarik reaksi daripada penikmatan mendalam kepada amat jijik, dan telah diperikan serupa dengan bau badam, bawang busuk, turpentin dan stoking gim. Bau ini telah menyebabkan adanya larangan buah ini dalam sesetengah hotel dan pengangkutan awam di Asia Tenggara.

Terdapat lebih 30 jenis spesies Durio yang diiktiraf, sekurang-kurangnya sembilan daripadanya menghasilkan buah yang boleh dimakan. Durio zibethinus merupakan satu-satunya spesies yang boleh diperolehi di pasaran antarabangsa: spesies lain hanya dijual untuk pasaran tempatan. Bagaimanapun terdapat ratusan kultivar durian; banyak pelanggan sukakan kultivar tertentu, yang membuatkan harganya berbeza-beza di pasaran.

CARA MEMILIH DURIAN DAN JENIS-JENIS DURIAN 

1. Bentuk bulat. 

Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding bentuk lonjong.


2. Berat durian. 

Makin ringan, makin banyak isi durian. Kalau ada dua durian yang sama saiz, ambil yang paling ringan.


3. Tangkai. 

Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai, tak payah beli. Saya selalu tekan dengan kuku untuk cek tangkai lama ke baru.


4. Bunyi. 

Ketuk durian dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk.


5. Duri. 

Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat.


6. Bau. 

Hidu durian dan cari yang berbau manis.


7. Juring. 

Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi.


8. Kulit. 

Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dalamnya buruk.


9. Warna.

Dah siap pilih tu, korang minta penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.


10. Musim. 

Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan/lembap. Takut terbeli durian yang 'dipulas ribut'.


PETUA MUDAH CAIRKAN DAGING BEKU

Makanan beku adalah makanan yang dibekukan dengan tujuan untuk mengawetkan makanan hingga siap dimakan. Sejak zaman dahulu, petani, nelayan, dan pemburu telah mengawetkan hasil usaha mereka di bangunan yang tidak terhangatkan ketika musim dingin. Pembekuan memperlambat dekomposisi dengan mengubah kadar air yang tersisa menjadi es dan menghambat pertumbuhan sebagian besar spesies bakteri.

Pada dasarnya terdapat dua jenis proses pembekuan makanan, yaitu secara mekanik dan secara kriogenik (flash freezing). Kinetika pembekuan berperan penting dalam menentukan kualitas makanan yang dibekukan. Pembekuan yang cepat menyebabkan partikel air di dalam makanan yang membeku membentuk partikel es berukuran kecil. Pembekuan yang lambat cenderung menghasilkan partikel es berukuran besar sehingga merusak tekstur bagian dalam makanan. Pembekuan kriogenik saat ini merupakan teknologi pembekuan tercepat karena penggunaan nitrogen cair.Secara umum perkembangan teknologi pembekuan menuju kepada proses pembekuan yang lebih cepat dan efisien secara energi dan biaya. 

Daging merupakan antara makanan yang boleh di beku sejukan. Tapi bagaimanakah cara anda untuk mencairkan daging beku dengan kadar yang cepat berbanding sebelum ini : 


PETUA CAIRKAN DAGING BEKU

Apa yang mudah sangat ? Mudahnya ialah korang cuma perlukan periuk dan air sahaja.

  • First, korang perlu sediakan dua periuk jenis logam.
  • Selepas itu, korang terbalikkan periuk pertama, letakkan daging atas periuk. 
  • Kemudian, letakkan periuk satu lagi diatasnya. Masukkan air dalam periuk . Biarkan sampai daging cair.
  • Insha Allah, daging akan cair dalam masa 5-10 minit.
  • Nak lagi cepat, letak kat tempat panas supaya periuk cepat panas .  Maka daging pun cepat cair gitu.

.

Thursday, November 26, 2020

CARA MENGELAK DARI TERKENA PETIR

Petir atau guruh ialah bunyi yang dihasilkan kilat, baik kuat berdentum mahupun deram-derum perlahan, bergantung pada sifat kilat itu dan jarak pendengar darinya. Sekiranya bunyi yang terhasil lebih kuat daripada biasa, ia biasanya dirujuk sebagai halilintar. Peningkatan tekanan dan suhu yang mendadak dari kilat menyebabkan udara sekeliling mengembang dengan derasnya dalam satu panahan kilat. Pengembangan udara inilah yang menghasilkan gelombang kejutan deras yang menghasilkan bunyi petir.

CARA MENGELAK MENJADI MANGSA PANAHAN PETIR

1. Sentiasa menyemak ramalan cuaca di lokasi anda atau lokasi berhampiran lokasi anda . 

  • ketahui jarak lokasi yang sedang berlaku ribut petir melalui teknik ' flash to bang ' dengan mengambil kira berapa lama tempoh masa yang diambil untuk bunyi guruh dapat didengari sejurus selepas cahaya kilat dilihat. kelajuan bunyi guruh dianggarkan sekitar 0.2 batu sesaat. Jika 5 saat masa yang diambil antara cahaya kilat dilihat dan bunyi guruh didengari, ribut petir adalah dianggarkan berada sejauh 1 batu daripada lokasi anda berada.
  • Oleh itu , anggaran jarak ribut petir boleh diketahui dengan mengira masa yang diambil untuk mendengar guruh selepas cahaya kilat dilihat dan membahagikannya dengan 5 . contoh :- Cahaya kilat dilihat pada jam 12:00 PM dan diiringi bunyi guruh selepas 30 saat kemudian. Jarak masa cahaya kilat dilihat sehingga bunyi guruh didengari sebanyak 30 saat dibahagikan dengan 5 =  6 batu . 6 batu itu merupakan anggaran jarak lokasi yang sedang berlaku ribut petir . Mengikut peraturan 30/30  ('30/30 Rules') , 
2. Anda perlu segera mencari tempat perlindungan seperti dalam bangunan dan rumah jika jarak masa cahaya kilat dilihat sehingga bunyi guruh didengari sebanyak 30 saat atau kurang . Jarak ribut petir begitu hampir dengan anda ketika itu dan boleh terdedah dengan panahan petir .

 AWAS

  • Elakkan berteduh di bawah pokok dan berada di kawasan berair serta memegang barang yang diperbuat daripada logam .
  • Kereta boleh dijadikan tempat perlindungan sekiranya anda berada jauh dari bangunan atau rumah .
  • Jika sedang memandu , sebaiknya berhenti di tempat yang selamat dan matikan enjin dan letakkan tangan anda di paha. Elakkan menyentuh mana-mana bahagian dalaman kereta seperti pintu , stering mahupun gear .
  • Keadaan hanya boleh dianggap selamat untuk anda kembali ke kawasan terbuka dalam tempoh minimum 30 minit selepas cahaya kilat terakhir yang dilihat atau bunyi guruh terakhir yang didengari .


3. jika anda di kawasan terbuka dan tiada tempat perlindungan ,  Segera berada dalam posisi Pertahanan Petir iaitu dengan cara :

  • Mencangkung 
  • Turunkan tubuh anda serendah yang mungkin kerana ia mengurangkan kemungkinan dipanah petir. 


* AWAS !

  • jangan sekali-kali berbaring di tanah kerana sekiranya petir memanah tanah, aliran arus elektrik mungkin akan mengalir melalui tubuh anda.
  • Jengketkan kaki dan pastikan hanya jari kaki yang bersentuhan dengan tanah 
  • Petir berkemungkinan memanah tanah terlebih dahulu sebelum memasuki tubuh anda. Dengan meminimumkan sentuhan dengan tanah, risiko menjadi pengalir arus elektrik dapat dikurangkan
  • Sentuhkan tumit kaki kiri anda dengan kaki kanan 
  • Jika arus elektrik mengalir dalam tubuh anda melalui salah satu kaki,  maka ia akan mengambil laluan tersingkat untuk keluar ke tanah semula . Dengan menyentuhkan kedua - dua tumit anda, arus elektrik berkemungkinan memasuki kaki yang satu lagi dan keluar dari kaki serta mengelakkan daripada melalui anggota tubuh yang lain. Teknik ini dapat mengurangkan kecederaan serius.
  • Tekupkan tangan di telinga . Ini adalah bagi melindungi telinga daripada bunyi kuat yang mampu memekakkan telinga .

4. sekirannya anda berkumpulan di kawasan terbuka semasa berlaku ribut petir, elakkan berada berdekatan antara satu sama yang lain. Berpecahlah . Ini akan mengelakkan lebih ramai yang menjadi mangsa panahan petir sekiranya ia berlaku .

5. jika anda berada di dalam bangunan atau rumah :

  •  Jangan sentuh peralatan elektrik .
  •  Jauhi balkoni, beranda, pintu, tingkap, dinding .
  • Elakkan berada di dalam bilik air atau berhampiran dengan paip air yang dibuat daripada besi

 

BANTUAN AWAL UNTUK MANGSA PANAHAN PETIR

  • Dapatkan bantuan perubatan dengan menghubungi nombor kecemasan 999 .
  • Berikan bantuan kecemasan awal .
  • Perhatikan kawasan sekeliling. Berapa ramai mangsa yang dipanah petir ? Seorang sahaja atau ramai ? Adakah ribut petir masih berlaku ? Adakah keadaan selamat untuk memberikan bantuan ? Jangan terburu-buru kerana mungkin boleh menyebabkan lebih banyak nyawa yang terkorban .
  • Berhati-hati dengan petir yang sabung menyabung . Jangan dedahkan diri , mangsa atau penyelamat kepada risiko dipanah petir.Jika perlu , alih mangsa ke tempat yang lebih selamat sebelum memberikan bantuan kecemasan awal.
  • Tentukan sama ada mangsa dipanah petir atau terkena renjatan elektrik di tanah . Panahan petir adalah lebih berbahaya .
  • Berikan pertolongan cemas. Periksa pernafasan dan denyutan jantung.
  • Jika mangsa berhenti bernafas , mulakan bantuan pernafasan .
  • Jika jantung telah berhenti berdegup, orang yang terlatih harus memberikan CPR (Cardio Pulmonary Rescue – CPR) . Patuhi peraturan terkini Palang Merah iaitu dua (2) hembusan nafas menyelamat diikuti dengan 30 tekanan dada (dengan pantas) dalam tempoh 30 saat.
  • Teruskan memberi bantuan CPR sehingga penyelamat tiba , walaupun tiada sebarang respon daripada mangsa. Selepas 30 minit bantuan CPR, peluang untuk hidup adalah tipis.
  • Bagi mangsa yang mempunyai denyutan nadi dan pernafasan, berikan bantuan bagi sebarang kecederaan lain.
  • Tempat yang terbaik untuk memeriksa denyutan nadi adalah pada arteri karotid (di leher) dan arteri femoral (di belakang lutut). Petir sering menyebabkan serangan jantung.

 

KECEDERAAN AKIBAT PANAHAN PETIR YANG LAIN :

  • Selain serangan jantung dan masalah pernafasan, periksa jika ada bahagian tubuh yang terbakar di dua tempat iaitu di bahagian panahan petir dan bahagian arus elektrik meninggalkan tubuh mangsa. 
  • Tentukan kecederaan lain seperti  kerosakan otot dan trauma yang tidak kelihatan seperti patah tulang dan organ pecah. Sesetengah mangsa boleh mengalami gangguan sistem saraf, tidak sedar dan mengalami amnesia. Rawat semua kecederaan ini dengan bantuan kecemasan awal sehingga bantuan tiba . 

 

Saturday, October 17, 2020

PETUA HILANGKAN TAHI LALAT DI PAKAIAN

Tahi lalat ataupun nevus melanositik ialah sejenis lesi atau lebihan daging pada kulit badan. Tahi lalat boleh tumbuh pada semua bahagian badan termasuklah pada bahagian kemaluan. Menurut pengkaji-pengkaji lama, tahi lalat boleh dijadikan alat untuk mengenali personaliti seseorang. Sebagai contoh, menurut kitab Tajul Muluk, tahi lalat di dahi menandakan seseorang itu kemungkinan besar sekali berasal dari keturunan Hindu.

Pakaian yang bertahi lalat memang sukar untuk dibersihkan dengan sabun atau detergen pencuci pakaian. Jangan putus asa. Sebelum anda buang pakaian tersebut, cuba dulu petua ini.

INI PETUA YANG ANDA BOLEH GUNAKAN UNTUK HILANGKA TAHI LALAT DI PAKAIAN

  1. Campurlah sedikit cuka kedalam setengah liter air.
  2. Rendamkanlah pakaian anda yang terkena tahi lalat tersebut kedalam air campuran cuka tadi. Rendamkan selama semalaman.
  3. Pada keesokan harinya cucilah pakaian anda dengan sabun atau detergen seperti biasa.
  4. Siapkan air panas yang telah dicampur dengan perahan limau nipis.
  5. Kemudian bilaslah pakaian anda tadi dengan air panas campuran limau nipis tersebut.
  6. Biarkanlah pakaian selama beberapa saat di dalam air panas campuran limau nipis tersebut.
  7. Kemudian cucilah kembali pakaian anda dengan menggunakan sabun atau detergen.
  8. Bilaslah denagan menggunakan air bersih.
  9. Jika tahi lalatnya masih ada pada pakaian anda silalah ulangi langkah no 5 hingga 8 berulang-ulang sehingga kesemua tahi lalatnya hilang.
  10. Kemudian anda jemurlah pakaian tersebut sehingga kering. Zat asid yang ada pada cuka dan limau nipis dipercayai dapat menghilangkan tahi lalat yang ada pada pakaian anda.


Friday, September 27, 2019

TIPS RUMAHTANGGA BAHAGIA

Kebahagiaan ialah suatu keadaan perasaan aman damai serta gembira. Dengan kata yang lain, kebahagiaan melebihi hanya perasaan kegembiraan. Umumnya, kegembiraan amat berkait dengan sesuatu kejadian atau pencapaian yang khusus, sedangkan kebahagiaan berkait dengan keadaan yang lebih umum seperti kesenangan hidup atau kehidupan berumah tangga. Bagaimanapun, kedua-dua perasaan ini adalah amat berkait dan juga amat subjektif.

Kebahagiaan seseorang tidak dapat diukur atau digambarkan, dan berubah-ubah mengikut peredaran masa dan tempat. Orang yang kelihatan bahagia tidak semestinya bahagia, dan orang yang kelihatan tidak bahagia tidak semestinya tidak bahagia. Cuma orang itu sendiri yang tahu (iaitu berasa) sama ada dia bahagia atau tidak.

Pengertian kebahagiaan berbeza-beza antara seorang dengan seorang. Ada yang berasa bahagia kalau dia mendapat makanan, pakaian dan kediaman yang paling sederhana, terelak daripada penyakit, kelaparan, dan perang. Sebaliknya, ada orang berasa tidak bahagia meskipun hidupnya dalam keadaan yang aman, mewah, sihat, dan senang-lenang. Ada orang berasa tidak bahagia sekalipun, walaupun dia mempunyai kuasa, status, dan kekayaan.         

 


Bagaimana untuk menentukan satu keluarga itu bahagia? Lihat di bawah ni.

1. Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3. Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4. Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

5. Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

6. Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

7. Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

8. Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

9. Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

10. Isteri perlu menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

 

 

Tuesday, September 24, 2019

CARA HILANGKAN GEMENTAR KETIKA TEMUDUGA

Temuduga merupakan suatu bentuk wawancara berstruktur yang melibatkan panel penemuduga dan calon temuduga. Kelulusan akademik merupakan satu-satunya faktor penentu seseorang calon berjaya dipanggil bagi sesuatu temuduga. Mereka yang dipanggil untuk temuduga, telahpun memiliki kelulusan minima yang diperlukan bagi jawatan tersebut. Selepas dipanggil, banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi samaada faktor dalaman atau luaran. Antara faktor dalaman ialah seperti keyakinan diri, kebolehan berinteraksi dan sebagainya manakala faktor luaran seperti tatakelakuan, adab sopan, kekemasan diri dan banyak lagi.

Proses pemilihan berbeza antara sesebuah organisasi dengan organisasi lain. Perbezaan ini banyak bergantung pada saiz sesebuah organisasi. Semakin besar sesebuah organisasi, semakin terperinci proses temuduga dilaksanakan. Berbanding dengan organisasi sederahana atau kecil, temuduga dijalankan lebih kompleks. Walaupun berbeza proses pemilihan, matlamat masih sama iaitu memadankan pekerja dengan pekerjaan yang sesuai.


Sekarang ini tengah musim mencari kerja. Tak tipu, saingan anda sangat ramai. Masa temuduga, result exam anda semua dah tak tengok. Tapi bagaimana anda menjual dan menampilkan diri anda yang akan menentukan anda dapat atau tak.

Ingat, tiada jalan mudah untuk hilangkan gementar ketika temuduga. Tapi ada tips yang boleh kita semua ikut. Tips yang telah diguna pakai oleh ramai individu berjaya. Rata-rata jawapan mereka ialah sama.

1. Apabila mendengar atau menjawab soalan panel penemuduga, pandang terus pada matanya. Akan tetapi jangan pandang dengan pandangan yang tajam pula. Pandang dengan biasa – fokus. Ia akan meningkatkan keberanian dan keyakinan!

2. Apabila menjawab soalan, jawablah dengan jelas dan terang supaya panel penemuduga dapat mendengarnya dan memahami apa yang anda perkatakan dengan jelas. Apabila kita bercakap dengan jelas dan terang, ini akan meningkatkan lagi keberanian untuk sesi yang seterusnya.

3. Apabila rasa nervous, ambil masa seketika dan tarik nafas perlahan-lahan. Kemudian, lepaskannya perlahan-lahan juga. Ini akan membuatkan dada terasa lapang dan kita akan menjadi lebih bersemangat.

4. Kita disyorkan untuk membaca ayat Seribu Dinar atau ayat Kursi di dalam hati semoga Allah menenangkan hati.

5. Tips paling best semasa temuduga, bayangkan panel penemuduga itu adalah orang yang biasa anda kenali atau rakan anda. Dengan anggapan seperti ini, kita akan menjadi lebih relaks dan tenang sepanjang sesi temuduga.

6. Apabila menjawab soalan tegakkan badan dan berkeadaan menghadap lurus berhadapan panel penemuduga. Dengan badan yang tegak kita akan lebih bersemangat dan yakin.

7. Jangan terlalu mengikut skrip yang anda hafal. Kalau anda diminta ceritakan tentang diri sendiri, elakkan cakap meleret yang bosan. Cuba tambah sikit, macam "saya suka menari." Anda akan memukau penemuduga.

PETUA HILANGKAN BAU

Bau-bauan adalah satu objek percepsi deria bau. Bau-bauan adalah juga dikatakan bau. Bentuk bau hanyir atau bau busuk digunakan untuk mengenalpasti bau yang kurang menyenangkan. Istilah perkataan wangian atau aroma telah digunakan secara meluas dalam industri makanan dan kosmetik untuk mengenalpasti bau yang menyenangkan.

Biasanya untuk mengatasi bau hapak atau hancing di rumah, kita gunakan penyembur Febreze yang dibeli di kedai. Bila nak isi semula (refill) pula, kadang-kadang tak ada masa nak cari di kedai. Berikut cara-cara nak buat isian semula tu dengan cara yang murah jer.

1. Dua sudu baking powder
2. Dua sudu Downy (Fabric Softener)
3. Masukkan ke dalam bekas sprayer
4. Masukkan 300ml air suam.
5. Goncang dan guna!

Baking powder bertindak sebagai penyerap bau busuk & downy pelembut fabrik ni wangi & memang ada kat rumah.

Monday, September 23, 2019

CARA MENCUCI KAIN PENGELAP DAPUR AGAR BERSIH DAN WANGI

Cara cara untuk menghilangkan kekotoran dan bauhan yang melekat di kain pengelap anda. Apabila kain pengelap bersih dan harum, mood nak mengelap pun ceria.

BAHAN-BAHAN
Cuka
Air panas
Soda bikarbonat
Kain pengelap

CARA-CARA
1. Ambil 2-3 sudu soda bikarbonat dan masukkan ke dalam bekas yang telah diisi dengan air panas.

2. Kemudian, masukkan pula cuka dalam sukatan 3/4 cawan.

3. Kacau air tadi sehingga rata.

4. Masukkan kain pengelap ke dalam bekas sehingga terendam sepenuhnya. Biarkan kain selama 1 malam.

5. Keesokkannya, bilas kain dengan air bersih dan jemur hingga kering.

Anda akan lihat hasilnya yang ketara apabila kain pengelap akan menjadi lebih bersih dan wangi. Kini, anda tidak peelu bimbang lagi untuk menukar kain pengelap yang baru.

Sunday, September 22, 2019

CARA UNTUK SUAMI KUATKAN STAMINA DI RANJANG


Tidak susah untuk tingkatkan stamina anda di ranjang. Anda hanya perlu mengubah beberapa perkara sahaja. Berikut adalah tip untuk kuatkan stamina di ranjang.

Tip pertama : Berhenti rasa bersalah.
Jika stamina anda lemah, anda jangan rasa bersalah dan lemah. Sebaliknya kuatkan diri untuk belajar bagaimana kuatkan stamina. Jika anda rasa bersalah, sampai bila – bila pun anda akan berada di tahap yang sama sahaja.

Tip kedua ; Fokus pada keseronokan dan kepuasan isteri anda.
Ketika melakukan hubungan seks, anda alihkan fokus pada orgasm anda kepada kepuasan isteri anda. Peralihan fokus ini pasti akan membantu anda untuk tahan lebih lama di ranjang.

Tip ketiga ; Bersenam
Sentiaa bersenam kerana senaman boleh meningkatkan keupayaan fizikal anda dan membuang fikiran negatif dari pemikiran. Badan dan minda yang sihat akan membantu anda untuk tahan lebih lama di ranjang.

Tip keempat : Bertenang dan kawal pernafasan.
Kawal pernafasan anda supaya sentiasa tenang. Nafas yang tenang akan memberi anda tenaga tambahan ketika melakukan hubungan seks. Pelari marathon terhebat adalah pelari yang berupaya mengawal pernafasan supaya tenang ketika berlari.

Tip kelima ;  Tidur secukupnya.
Tidur cukup tidak semestinya perlu ambil masa sehingga lapan jam sehari. Cukup sahaja tidur sehingga hilang mengantuk sudah memandai. Tidur yang cukup akan kurangkan tekanan di minda, seterusnya anda akan tahan lebih lama di ranjang.


CARA PENJIMATAN DAN PENGGUNAAN PENGHAWA DINGIN


Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan para pengguna supaya menggunakan penghawa dingin secara bijak ketika cuaca panas dan kering ini. Ia bagi menjamin penggunaan elektrik diuruskan dengan lebih baik.

Oleh itu, TNB menyarankan para pengguna supaya mengamalkan lima (5) cara berikut bagi menjimatkan penggunaan tenaga:

1. Laraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 ke 25 darjah celsius.

2. Tukar atau bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin. Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu penghawa dingin beroperasi padatahap optimum.

3. Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.

4. Pada waktu malam, buka kipas dan tetapkan masa penghawa dingin untuk ditutup. Selalunya suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa selepas beberapa jam penghawa dingin dipasang. Tambahan, penggunaan kipas adalah lebih murah dan membantu pengedaran udara di dalam bilik.Pengguna juga diingatkan agar menggantikan penghawa dingin yang berusia lebih 10 tahun kerana unit-unit tersebut tidak lagi cekap setelah bertahun-tahun digunakan.

5. Bagi mereka yang ingin membeli penghawa dingin baharu, adalah dicadangkan supaya memilih penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana lebih banyak bintang bermaksud peralatan tersebut lebih cekap berfungsi.

Pemilihan saiz dan jenis penghawa dingin yang tepat juga penting kerapa penghawa dingin yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor penghawa dingin perlu berputar dan berhenti berulang-ulang.

Saturday, March 10, 2018

PETUA MELEBATKAN RAMBUT

Petua melebatkan rambut yg nipis!Amalkan seminggu sekali!

BAHAN BAHAN
Putih telur
Minyak kelapa

CARA CARA
Campurkan kedua-dua bahan itu tadi, dan sapukan seluruh kepala. Biarkan 30minit-1jam. Bilas dan amalkan selalu.
Putih Telur

Manfaat telur untuk rambut, nyata dari penggunaan putih telur bagi pria dan wanita

1. Putih telur tanpa campuran apapun

Ambillah 2 buah putih telur lalu kocoklah sampai mengeluarkan busa. jangan diberi campuran apapun. Gunakan putih telur yang mengental tersebut untuk memijat mijat kulit kepala selama 10 menit kemudian diamkan selama 20 menit. setelah itu keramaslah dengan menggunakan air hangat dan diakhiri dengan bilasan air dingin.

Manfaatnya :
Dapat melembabkan rambut dan mencegah helaian rambut nudah rontok yang habis menjalani proses pengeritingan dan pewarnaan selama seminggu.

Dapat membuat rambut menjadi halus, lembut dan mudah disisir hingga mempermudah penataan.

2. Putih telur + Cuka putih
Campurkan putih telur dan cuka putih lalu aduklah hingga merata. gunakan sebagai crembath rambut selama 10 menit lalu dimkan selama 30 menit kemudian bersihkan dengan menggunakan air hangat daan diakhiri dengan air dingin.

Manfaatnya:
Dapat mempercepat pertumbuhan rambut
Agar rambut tumbuh dengan kondisi daan jumlah rambutr yang lebih banyak dan baik

3. Putih telur + Minyak kelapa murni
Kocoklah beberapa putih telur hingga berbusa kemudian masukkan minyaak kelap murni secukupnya. aduk hingga merata lalu gunakan untuk masker ambut, diamkan selama 30 menit. setelah itu keramaslah dengan menggunakan air hangat dan diakhiri dengan air dingin.

Manfaatnya :
Mencegah dehidrasi pada kutikula rambut
Melembabkan dan mencegah rambut mudah patah Menjadikan rambut lebih hitam Dapat membuat setiap helai rambut menjadi berkilau