Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang. Ia menyebabkan udara dikeluarkan dari paru-paru dengan kuat dan menyebabkan bunti yang tersendiri. Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas. Membatuk membersihkan bahan material rengsa (contohnya merokok atau habuk) dan kelebihan rembasan (sputum atau kahak) dari kerongkong kita, lubang nafas (saluran pernafasan) dan paru-paru.
BAWANG PUTIH
Anda hanya
perlu cincang halus 1 ulas bawang putih dan tambahkan dengan 1 sudu teh madu
asli.
Tambahkan 1 -2
sudu perahan lemon dan biarkan campuran ini selama 4-5 jam dan campuran ini
boleh dijadikan sirap melegakan batuk.
Apabila nak
minum tambah air panas 1 sudu supaya tidak terlalu kental.
Bawang akan
melegakan batuk kerana ia akan mengeluarkan kahak apabila bergabung dengan
lemon dan air yang mendidih.
Sukatan resepi
ni hanya untuk 1-2 kali minum sahaja.
Sebaiknya
minumlah 2-3 kali sehari.
GARAM
Anda boleh mencampurkan 1 sudu kecil garam ke dalam air suam. Campuran ini boleh digunakan untuk berkumur-kumur dan ia akan melegakan perit tekak disebabkan batuk.
OREGANO
Jangan tak tahu yang herba untuk masak spagetti ini juga mampu melegakan batuk yang teruk. Bagaimana caranya? Rebuskan Oregano bersama 3 cawan air sehingga mendidih. Tapis dan minum seperti anda menikmati teh. Ia sememangnya mampu melegakan batuk yang teruk.
TEH HIJAU + MADU
Bagi mereka yang sedang berdiet, teh hijau adalah sesuatu yang tidak asing lagi untuk menurunkan berat badan. Bancuhkan teh hijau seperti biasa dan tambahkan dengan sesudu madu lebah. Minum beberapa kali dan InshaAllah ia akan melegakan batuk dengan segera.
JINTAN MANIS
Selain Oregano, herba seperti jintan manis juga mempunyai manfaat yang sangat baik dalam melegakan batuk yang teruk. Tambahkan 1 sudu teh jintan manis ke dalam 1 cawan air panas. Kemudian minum seperti biasa. Mudah-mudahan batuk anda akan berkurang.
KISMIS
Anda boleh
blend 100 biji kismis (pastikan yang tak de biji tau) dengan air. Masukkan
50gram gula dan panaskan seperti penyediaan sos meatball Ikea tu. Pastikan anda
makan 2 sudu sos kismis ini sebelum tidur.
SUSU PANAS
Sebelum masuk
tidur, sila amalkan pengambilan susu panas yang dicampurkan dengan madu. Ia
akan melegakan batuk dan membuatkan tekak kita berehat dengan nyaman. Bagi anda
yang ingin menjadikan susu sebagai detox, campurkan susu dengan hirisan halia
dan minum sebelum tidur.
TEH HALIA
Teh halia juga baik
untuk melegakan batuk anda. Hiriskan beberapa kepingan halia dan masukkan dalam
air yang mendidih. Masukkan uncang teh hijau dan beberapa helai daun selasih. Seeloknya
diminum sewaktu panas bagi melegakan tekak yang perit.
ANGGUR MERAH
Anggur
mempunyai kebaikan dan reputasi yang tinggi untuk menguatkan paru-paru. Anda
boleh menyediakan jus anggur yang segar Sebelum meminum jus anggur ini,
seeloknya dicampurkan dengan sesudu madu setiap hari.
No comments:
Post a Comment