Showing posts with label PETUA SEMASA DI DAPUR. Show all posts
Showing posts with label PETUA SEMASA DI DAPUR. Show all posts

Friday, November 27, 2020

CARA MENGHILANGKAN KESAN BAU PADA PAPAN PEMOTONG

Biasa la tiap tiap hari kita guna papan pemotong bila memasak kan.  Nak nak lagi bila potong ayam, daging atau ikan. Mesti ada bau hanyir melekat di situ. Takpe, jangan risau kita boleh hilangkan bau hanyir tersebut dengan menggunakan kekdah yang simple je.

BAHAN BAHAN

  • 1 biji limau nipis (dipotong dua bahagian)
  • Papan pemotong


CARA CARA

  • Ambil sebiji limau nipis dan potong kepada dua bahagian. 
  • Sapukan atau gosokkan limau tersebut pada keseluruhan papan pemotong. Biarkan seketika. Kemudian baru la dibilas bersih.
  • Hasilnya bau hanyir yang melekat pada papan pemotong tadi dah hilang.


Sunday, October 18, 2020

PETUA HILANGKAN KARAT PADA KUALI DAN PERIUK

 

Karat terdiri daripada besi oksida. Dalam penggunaan harian, istilah ini digunakan bagi oksida merah, terbentuk oleh tindak balas besi atau ferum dan oksigen dengan kehadiran air atau kelembapan udara. Lain-lain bentuk karat wujud, seperti hasil tindak balas antara besi dan klorida dalam persekitaran yang kekurangan oksigen - rebar yang digunakan dalam tiang konkrit bawah air ialah contoh yang menghasilkan karat hijau. Beberapa bentuk karat dibezakan melalui penglihatan dan melalui spektroskopi, dan terbentuk di bawah keadaan yang berlainan. Karat terdiri daripada ferum(III) oksida, Fe2O3·nH2O terhidrat dan ferum(III) oksida-hidroksida, FeO(OH)·Fe(OH)3.

Pada masa yang tertentu, oksigen dan air akan menyebabkan sebarang besi bertukar sepenuhnya menjadi karat dan hancur. Permukaan karat adalah tidak stabil dan rapuh, dan tidak memberikan perlindungan pada besi asas, tidak seperti pembentukan patina pada permukaan tembaga. Berkarat ialah istilah yang biasa bagi karat besi dan aloi, seperti besi keluli. Banyak logam lain mengalami pengaratan yang sama, tetapi oksida yang terhasil biasanya tidak dipanggil karat.

Berikut merupakan petua untuk membuang karat yang melekat di periuk kuali atau mana mana peralatan logam anda :


1. CUKA DAN GARAM

Hilangkan karat di periuk, kuali dan belangga anda dengan membersihkannya dengan campuran cuka dan garam, kemudian dijemur sehingga kering.

 

2. SOS TOMATO

Sapukan di tempat yang karat dan biarkan selama 2 jam. Kemudian bilas hingga bersih.

 

3. KULIT KENTANG

Letakkan kulit kentang di dalam periuk yang berkerak dan isikan air separuh daripada periuk itu. Kemudian, letakkan di atas api. Tunggu sehingga didih dan toskan. Anda akan lihat kerak di periuk itu akan tanggal dengan sendirinya.

 

4. ASAM JAWA

Caranya ambil segenggam asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk berkarat yang ingin dicuci itu.Gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tadi dan lakukan sehinggan kesan karat hilang dan bilas hingga bersih.

 

5. PENCUCI PINGGAN

Caranya, sebelum memasak sapukan dahulu bahagian luar periuk dengan pencuci pinggan. Setelah siap memasak, cuci periuk dengan penggosok.

 

6. BAKING SODA DAN AIR

Kadang-kadang apabila memasak kita cuai, jadi ada tanda hangus pada periuk. Cara hendak hilangkannya masukkan sedikit baking soda campur sedikit air dan biarkan beberapa jam. Kemudian, bersihkan periuk seperti biasa.

PETUA DAPUR ANDA

Petua adalah prinsip dengan amalan luas yang tidak terikat dengan tepat atau berguna untuk setiap keadaan. Ia mudah dipelajari dan senang untuk diaplikasikan bagi mengira atau mengingati beberapa nilai, atau untuk membuat beberapa penentuan. Apabila dibandingkan dengan kaedah heuristik, satu konsep bersamaan digunakan dalam wacana matematik, psikologi, dan sains komputer, khususnya dalam rekabentuk algoritm.

Suri rumah setiap hari rutin harian suda sememestinya duduk di dapur, Sepanjang anda jadi suri rumah adakah petia petua yang anda amalkan? berikut adalah petua yang saya kongsikan untuk anda :


SENDUK KAYU ELAK SANTAN PECAH MINYAK

Bagi anda yang suka menggunakan santan dalam masakan pasti pernah mengalami pengalaman dimana santan yang anda masak pecah minyak dah berketul di permukaan masakan anda. Ini sekaligus memberikan kesan kepada masakan yang akan kelihatan tidak menarik. Percaya atau tidak, dengan meletakkan senduk kayu di dalam periuk dalam keadaan api yang perlahan, ini dapat mengelakkan daripada santan anda pecah minyak.

 

NASI MENGEKALKANKELEMBUTAN CEKODOK

Ramai yang tidak tahu bahawa dengan meletakkan segengam nasi didalam bancuhan tepung dapat membantu melembutkan cekodok anda. Caranya mudah! Ambil segenggam nasi yang sudah dimasak, kisarkan nasi tersebut dengan sedikit air dan campurkan dengan tepung bancuhan cekodok anda dan goreng seperti biasa. Ini dapat mengelakkan cekodok anda menjadi liat dan dapat mengekalkan kelembutan cekodok walaupun sudah lama digoreng.


GULA MENGEKALKAN WARNA HIJAU SAYUR

Sayur yang dimasak terlalu lama akan menjadi layu dan akan berubah warna seakan gelap. Ini akan menjejaskan rupa persembahan masakan sayur anda sekiranya anda ingin menyajikan kepada orang luar atau anda di dalam pertandingan memasak. Jadi untuk mengekalkan warna hijau sayur, laman rasa mencadangkan anda memasukkan sedikit gula di dalam setiap masakan hijau seperti sawi, bayam, kailan dan sebagainya.

 

LADA KERING MENGHILANGKAN BAU HANGIT NASI

Memasak nasi kadangkala menjadi agak mencabar kerana perlu mengambil kira aspek paras air untuk mengelakkan nasi daripada mentah mahupun terlebih masak. Antara petua dari orang dulu adalah mengukur paras air menggunakan jari kelingking untuk memastikan nasi di masak dengan sempurna. Tetapi ada ketikanya nasi terlebih masak sehinggakan mengeluarkan bau hangit. Untuk menghilangkanya, letakkan dua atau tiga tangkal lada kering kedalam periuk dan panaskan seketika dalam dua minit. Pasti setelah anda membuka periuk, bau nasi yang hangit sudah tiada.

 

ASAM GELUGOR ELAK GATAL BATANG SAYUR KELADI

Batang sayur keladi mempunyai peminatnya sendiri. Ada yang mencampurkannya bersama ikan untuk dijadikan asam pedas, ada yang memasak asam sayur keladi dan ada yang menjadikan batang sayur keladi sebahagian daripada masakan dalam masakan gulai udang mereka. Yang pasti sayur keladi tidaklah asing lagi dalam kalangan kita.

Sekiranya batang sayur keladi ini tidak diproses dengan sebetulnya, ia akan menyebabkan kegatalan lidah pada si pemakan. Untuk mengelak daripada lidah menjadi gatal, masukkan batang keladi yang dicuci bersih kedalam air panas yang berisi beberapa keping asam gelugor dan toskan airnya setelah beberapa minit.

 

CUKA MEMBANTU MENGEMPUKKAN DAGING

Antara perkara yang dirisaukan tukang masak adalah memasak daging sehingga empuk. Bukan sahaja mengambil masa yang lama, kadangkala daging yang direbus ini akan menjadi lebih liat sehingga sukar untuk dimakan. Jadi untuk memudahkan daging menjadi empuk dalam masa singkat, halaman rasa mencadangkan menggunakan cuka masakan yang dimasukkan sedikit kedalam periuk yang merebus daging. Ini membolehkan daging yang direbus menjadi empuk dalam masa yang singkat.


PETUA SUPAYA KENTANG ATAU UBI TAHAN LAMA

Kentang ialah tanaman daripada famili Solanaceae yang memiliki ubi. Ubi kentang sekarang menjadi salah satu tanaman makanan yang penting di Eropah walaupun pada awalnya, tumbuhan ini berasal dari Amerika Selatan. Penjelajah-penjelajah Sepanyol dan Portugis pertama kali membawa tumbuhan ini ke Eropah dan menanamnya pada abad ke-16. Dengan cepatnya, menu baru ini tersebar ke seluruh Eropah. Dalam sejarah penghijrahan orang Eropah ke Amerika, tanaman ini pernah menjadi pencetus utama penghijrahan bangsa Ireland ke Amerika pada abad ke-19 semasa wabak penyakit ubi merebak di Ireland, akibat kulapuk yang dipanggil ergot.

Pokok kentang bertumbuh dengan rendah dan melahirkan bunga-bunga yang putih hingga ungu warnanya, dengan stamen yang berwarna kuning. Bunganya mengandungi bahagian-bahagian aseks dan biasanya didebunga silang dengan pokok-pokok kentang yang lain oleh serangga, tetapi penswasenyawaan juga kerap berlaku. Setiap jenis kentang juga boleh dibiakkan secara vegetatif dengan menanam keratan-keratan ubi yang dipotong supaya merangkumi sekurang-kurangnya satu atau dua mata. Sesetengah kelainan komersil kentang tidak menghasilkan sebarang biji (pokok-pokok ini melahirkan bunga-bunga seks tunggal yang tidak sempurna), dan hanya boleh dibiak melalui keratan-keratan ubi.

Bagaimana cara untuk memastikan kentang atau ubi yang kita beli atau tuai bertahan lama secara tradisional. Berikut petua yang boleh diikuti

1- Jangan basuh kentang jika belum hendak digunakan lagi. Pembiakan bakteria akan lebih cepat berlaku apabila kentang berair dan lembap. Kesannya, kentang akan cepat membusuk dan lembik.

2- Asingkan kentang dengan bawang merah dan bawang putih. Letakkan kentang dan bawang ke dalam bekas yang berlainan.

3- Tempatkan kentang pada suhu bilik dan elakkan daripada terkena sinaran cahaya matahari.

4-  Jangan biarkan kentang terperap dalam guni ataupun plastik selepas membeli, segera keluarkan kentang dan letakkan ke dalam bekas ataupun penapis.

Monday, September 23, 2019

PETUA SUPAYA KENTANG / UBI TAHAN LAMA

Kentang ialah tanaman daripada famili Solanaceae yang memiliki ubi. Ubi kentang sekarang menjadi salah satu tanaman makanan yang penting di Eropah walaupun pada awalnya, tumbuhan ini berasal dari Amerika Selatan.Penjelajah-penjelajah Sepanyol dan Portugis pertama kali membawa tumbuhan ini ke Eropah dan menanamnya pada abad ke-16. Dengan cepatnya, menu baru ini tersebar ke seluruh Eropah. Dalam sejarah penghijrahan orang Eropah ke Amerika, tanaman ini pernah menjadi pencetus utama penghijrahan bangsa Ireland ke Amerika pada abad ke-19 semasa wabak penyakit ubi merebak di Ireland, akibat kulapuk yang dipanggil ergot.

Petua memastikan kentang tahan lama :

1. Jangan basuh kentang jika belum hendak digunakan lagi. Pembiakan bakteria akan lebih cepat berlaku apabila kentang berair dan lembap. Kesannya, kentang akan cepat membusuk dan lembik.

2. Asingkan kentang dengan bawang merah dan bawang putih. Letakkan kentang dan bawang ke dalam bekas yang berlainan.

3. Tempatkan kentang pada suhu bilik dan elakkan daripada terkena sinaran cahaya matahari.

4. Jangan biarkan kentang terperap dalam guni ataupun plastik selepas membeli, segera keluarkan kentang dan letakkan ke dalam bekas ataupun penapis.

Saturday, September 21, 2019

TIPS MEMBERSIHKAN LANTAI

Letihkan dalam seminggu berapa kali nak menyental bilik air. Penat nak menyental.

Ada cara mudah sebenarnya tau nak cuci bilik air.

Hanya dengan 2 bahan je.

Bahan- bahan :

Clorox (tutup botol warna biru)
Botol spray

CARA CARA
1. Masukkan clorox dalam botol spray.
2. Spray lantai dan dinding bilik air.
3. Tunggu dalam setengah Jam.
4. Dah siap boleh bilas dengan air paip.

Nak lebih nampak cantik biarkan semalaman. Esok pagi bilas dengan air.

Hati-hati ye korang. Tutup hidung dulu sebelum spray. Bau clorox tu agak kuat.

Nak hilangkan bau clorox tadi bilas bilik air dengan air sabun.

Saturday, September 14, 2019

PETUA MEMBUAT KEK

MEMBUAT KEK
1.Pilih bahan yang baru dan bermutu.

2. Biarkan bahan dalam keadaan kering pada suhu bilik, terutamanya untuk telur dan mentega.

3. Siapkan loyang dan dialas dengan kertas roti, sapukan dengan nipis dan rata dengan
marjerin.

4. Taburkan dengan tepung gandum.

5. Kacau mentega dan gula terlebih dahulu dengan mixer pada kadar sederhana hingga gula lembut dalam bekas kering dan bebas lemak.

6. Tambahkan telur satu persatu ke dalam aduanan sambil mengacau selama 3-4 minit untuk setiap butir telur.

7. Langkah terakhir, masukkan tepung gandum secara berperingkat, sekitar 3-4 minit untuk setiap butir telur.

8. Langkah terakhir, masukkan tepung gandum secara berperingkat agar adunan tidak turun kerana berat tepung.

9. Kacau adunan dengan gerakan searah dan ringan dari bawah ke atas sehingga udara masuk ke dalam adunan agar kek mempunyai tekstur yang cantik.

10. Panaskan oven 5 minit sebelum memasukkan kek.

11. Bakar kek dalam oven yang sudah dipanaskan sehingga masak.

12. Hias kek agar Nampak lebih menarik dan menyelerakan.

13. Manfaatkan kacang-kacang seperti almond dan sebagainya. Sebelum menghias, sejukkan kek terlebih dahulu hingga suhunya sama dengan suhu bilik.

KEK TAHAN LAMA
Antimould adalah serbuk putih seperti baking soda/powder. Ia adalah bahan pengawet yg membuat kek tahan lama. Anda boleh beli jenama potassium sorbate atau sodium benzoate kerana kedua-duanya adalah antimould. Untuk mencari pembekal antimould secara on-line, taip jenisnya dan lihatlah senarainya. Pembekal di Australia/US dan lain-lain tidak memberikan perkhidmatan untuk kawasan Asia Tenggara.

SWISS ROLL TIDAK PATAH
Bila membuat Swiss Roll, perhatikan:

1. Adunan mestikan dipukul hingga gebu dan ringan

2. Tin pembakar mesti mengikut ukuran tepat

3. Jangan bakar terlalu lama (kek akan keras patah bila digulung)

Potong keliling yg keras supaya mudah menggulung

BUTTERCREAM
Buttercream hendaklah dibuat dengan lemak sayuran (vegetable shortening) dan marjerin supaya ia tidak mudah cair. Anggaran lemak sayuran, 100 gm,

manakala marjerin 50 gm. Gula aising pula 300-340 gm, dipukul hingga sebati dan gebu. Jika ingin lebih keras, tambahkan gula aising lagi

Gunakan pes pewarna (dalam tiub) kerana pewarna jenis cecair akan melembikkan aising.

Monday, April 29, 2019

11 Tips Di Dapur Untuk Memasak Dengan Mudah

11 Tips Di Dapur Untuk Memasak Dengan Mudah

1. Bagaimana untuk memastikan kek sentiasa lembut
Tutup bahagian kek yang terdedah dengan kepingan roti dan pencungkil gigi. Kemudian kek tersebut akan kekal lembut dan segar.

2. Bagaimana untuk memasak ikan panggang tanpa melekat
Letakkan ikan pada kepingan lemon. Ia akan memberi rasa yang menarik untuk hidangan dan yang paling penting, ia tidak akan melekat pada grill.

3. Bagaimana untuk mengupas halia cepat
Cuba  kupas halia dengan sudu. Halia tersebut takkan dibazirkan berbanding dengan cara anda menggunakan pisau. Jadi, tak ada la halus je halia tu nanti.

4. Bagaimana untuk menjadikan telur segar untuk lebih lama
Sapu kulit telur dengan minyak sayur-sayuran sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk, dan ia akan kekal segar untuk beberapa minggu.

5. Bagaimana untuk mengelakkan pisang dari terlebih masak
Bungkus pangkal pisang dengan plastik jadi pisang tersebut akan tahan 3-4 hari lebih lama.

6. Bagaimana untuk mencairkan mentega beku
Untuk membuat mentega beku lembut, panaskan cawan menggunakan air panas  dan letakkan di atas mentega. Ia akan lembut dalam masa beberapa minit.

7. Bagaimana untuk menyimpan biskut supaya sentiasa rangup
Kalau biskut masuk angin mesti tak sedap, jadi lemau. Jadi untuk elakkannya dari terjadi, letak sepotong epal dalam balang. Senang kan?

8. Bagaimana untuk membuat kiub ais yang unik
Bekukan hirisan lemon dalam kiub ais macam ni. Bila nak minum, senang je nak buat ais lemon tea.

9. Jangan biarkan bawang putih dan bawang menjadi berkulat
Letakkan bawang merah dan bawang putih dalam beg kertas tercucuk supaya ia tidak rosak dengan cepat.

10. Bagaimana untuk menyimpan sayuran supaya ia kekal segar dan hijau
Sebelum menyimpan sayur-sauran ke dalam peti sejuk, bungkus dahulu. Ia akan membantu sayur-sayurean tersebut kekal segar dan tahan lebih lama.

11. Bagaimana untuk mengupas bawang putih dalam beberapa saat
Masukkan bawang dalam bekas dan goncang. Tadaa, dah siap. Anda boleh cuba buat di rumah. Selamat Mencuba!

CARA MENCUCI KAIN PENGELAP DAPUR AGAR BERSIH DAN WANGI

Cara untuk menghilangkan kekotoran dan bau yang melekat di kain pengelap anda. Apabila kain pengelap bersih dan harum, mood nak mengelap pun ceria.

BAHAN BAHAN
Cuka
Air panas
Soda bikarbonat
Kain pengelap

CARA CARA
1. Ambil 2-3 sudu soda bikarbonat dan masukkan ke dalam bekas yang telah diisi dengan air panas.

2. Kemudian, masukkan pula cuka dalam sukatan 3/4 cawan.

3. Kacau air tadi sehingga rata.

4. Masukkan kain pengelap ke dalam bekas sehingga terendam sepenuhnya. Biarkan kain selama 1 malam.

5. Keesokkannya, bilas kain dengan air bersih dan jemur hingga kering.

Anda akan lihat hasilnya yang ketara apabila kain pengelap akan menjadi lebih bersih dan wangi. Kini, anda tidak perlu bimbang lagi untuk menukar kain pengelap yang baru.

Saturday, April 27, 2019

PETUA PETUA MASAKAN

1.PETUA KENTANG CEPAT EMPUK
Apa bila memasuk kan kentang lebih awal dalam masakan ia akan membuatkan kuah menjadi lebih pekat.Untuk mengelak kan ini berlaku rebus kentang di dalam periuk lain dan apa bila sudah empuk tos kan kentang dan masuk kan dalam kuah tadi.

2.PETUA ELAK IKAN MELEKAT DI KUALI
Ambil beberapa keping asam gelugur(asam keping) dan masuk kan ke dalam kuali ketika menggoreng ikan.Ikan akan lebih mudah di angkat dan tidak akan melekat di kuali.

3.PETUA HILANGKAN HANYIR SUP AYAM
Untuk mengelak kan sup ayam berbau hanyair patikan bahan tumisan di goreng sehingga wangi dan ayam dimasuk kan ketika kuah mendidih.Cara ini akan membuatkan sup  lebih sedap dan tidak berbau hanyir

4.PETUA MENYEDAPKAN IKAN YANG SUDAH BEKU
Ikan yang sudah beku memang rasanya sudah tidak segar dan apabila di masak ianya tidak sedap.Untuk mengembalikan rasa segar ikan tersebut ambil semangkuk susu dan rendam ikan tersebut.Apa bila ikan sudah lembut masak seperti biasa.Ikan akan rasa lebih sedap dan berlemak malah rasa nya lebih segar.

5.PETUA MASAK LEMAK CILI PADI LEBIH SEDAP
Masuk kan air kelapa ke dalam kelapa parut.biar seketika.kemudian barulah diperah kepala tersebut.Ini akan membuatkan masak lemak lebih sedap dan terasa kelainan nya.

6.PETUA HILANGKAN BAU HANYIR DAGING'
Selepas daging dipotong dan dibersihkan , rendam daging dengan secawan tepung gandung dan sesudu kecil garam.Biarkan seketika dan kemudian basuh lagi sehingga bersih.

7.PETUA HALAU LALAT KETIKA MEMASAK
kebiasaan nya lalat akan datang ketika kita menumis dan menggoreng.Untuk mengelak kn lalat datang ambil beberapa tangkai daun kari dan letak kan berhampiran kdapur anda.Anda juga boleh meletak kan beberapa tangkai daun kari di meja makan untuk menghalau lalat.
 8.PETUA BERAS LEBIH TAHAN LAMA
Ambil beberapa ulas bawang putih dan masuk kan ke dalam tempat simpnana beras.boleh juga menggunakan beberapa tangkai cili kering dengan kaedah yang sama.

9.PETUA SUP TULANG LEBIH SEDAP
Potong tebu kecil2 dan masuk kan ke dalam air rebusan tulang.kemudian masuk kan bahan rempah sup .masak seperti biasa.Sup tulang akan lebih sedap.

10.PETUA CUCUR LEBIH LEMBUT

Untuk melembutkan cucur ,masuk kan 1/2 cawan air panas ke dalam tepungkmudian masuk kan air biasa dan kacau sebati.cucur lebih lembut dengan menggunakan kaedah ini

11. PETUA HILANGKAN HANYIR IKAN
Rendam ikan dengan air asam jawa dan potong limau kasturi atau limau nipis2 dan gaul bersama ikan dan air asam jawa.Biarkan seketika.kemudian masak seperti biasa.

Saturday, March 30, 2019

CARA NAK HILANGKAN LENDIR IKAN AIR TAWAR

CARA PERTAMA
Masukkan tepung gandum ke dalam besen, pastu buh air.  Gosokkan sehingga lendir ikan hilang, pastu siang dan cuci.

CARA KEDUA
Masukkan garam dengan asam jawa, gaulkan dan masuk air.  Pastu siang tapi ikan keli ni mesti buang darah beku kat tepi kepala.  Bila di potong akan nampak ketulan daging beku berwarna merah hati.  Kalau tak buang rasa hanyir tak kan hilang. 

Kalau ikan keli masih hidup ambil garam kasar dan biarkan ikan mati. Lepas cuci bersih, ambil limau kasturi beberapa biji bergantung kepada banyaknya ikan.  Belah dan perah jus, kemudian letak garam sedikit.  Biarkan selama 5 atau 10 minit barulah boleh cuci sekali lagi. 

CARA MEMBUAT UDANG KERING


1.Dapatkan udang kecil (yang harganya agak murah). Anda boleh memilih sama ada nak dikopek kulitnya terlebih dahulu atau terus direbus dengan kulitnya sekali .

2. Masukkan kira-kira 1 liter air ke dalam periuk atau kuali, campukan setengah pek garam kasar dan masukkan 3 keping asam keping.

3.Masukkan udang dan rebus hingga mendidih selama 20 minit.

4. Setelah masak , buang airnya dan toskan udang.

5. Setelah itu bolehlah dijemur hingga kering .Untuk menanggalkan kulit udang, setelah kering , ramas-ramas udang yang telah kering tadi , masukkan dalam dulang dan tampi untuk mengasingkan kulitnya. Setelah bersih dari kulitnya , udang kering tersebut bolehlah disimpan. Anda juga boleh keringkan udang tersebut dengan menggunakan oven , sebagai alternatif selain dijemur.                                     

CARA MASAK NASI PUTIH YANG TIDAK MENGGEMUKKAN BADAN


1. Tambahkan satu sudu teh minyak kelapa ke dalam air mendidih, kemudian masukkan setengah cawan beras dan rebus selama 40 minit.

2. Seterusnya, sejukkan selama 12 jam dalam peti sejuk sebelum makan. Cara begini dapat meningkatkan kandungan serat 10 kali ganda berbanding menanak nasi dengan cara biasa.

Cara ini juga boleh buatkan kandungan kalori nasi putih turun sehingga 60 %. So, walaupun diambil dalam pemakanan harian, ia tidak menaikkan kadar gula dalam darah dengan cepat dan juga tidak membuatkan badan menjadi tembam.

PETUA KEKALKAN KESEGARAN IKAN DALAN PETI AIS

Cara Betul Kekalkan Kesegaran Ikan Yang Disimpan Dalam Freezer, Boleh Tahan Sampai Berbulan*

CARANYA

1. Siang dan potong ikan ikut saiz yang kita mahukan.

2. Bersihkan ikan. Guna bekas berjaring lebih mudah.

3. Susun ikan di dalam bekas untuk sekali masak, tuangkan air hingga menutupi ikan tersebut. Kemudian masukkan dalam peti ais bahagian beku.

BILA HENDAK MASAK
1. Keluarkan dan biarkan ia cair.

2. Kalau nak masak pagi, keluarkan dari malam.

3. Bila nak masak tengahari, keluarkan waktu pagi. In sha Allah ikan kita tetap segar macam baru beli.

4. Boleh juga digunakan untuk simpan ayam, sotong atau udang. Caranya sama macam step di atas.

PETUA HIRIS BAWANG


Lazimnya kita kupas (kopek) siang/ hiris / mayang bawang besar & kecil akan ada masalah kepada hidung dan mata kita, pedih & mata berair dan bersin dll.Gunakan salah satu cara dibawah untuk menghindarkan gejala berkenaan.

CARANYA
1. Letakkan bekas garam ( botol garam atau seangkatan dgnnya) berhampiran tempat hirisan bawang  yang kita sedang potong. Haba/wap bawang berkenaan  akan hilang disedut oleh garam tersebut.

2. Belah bawang besar / kecil letakkan di hujung pisau (cocokkan) pada pisau yang sedang menghiris / memayang. Bawang dihujung pisau tersebut juga bertindak meresap segala  haba bwng berterbangan dan  akhirnya mata & hidung kita tidak pedih lagi.

CARA UNTUK MENGGUNAKAN SEMULA MINYAK GORENG YANG TELAH DIGUNAKAN

Minyak masak tidak boleh 'recyle'? Memang tak digalakkan penggunaan minyak yang sama untuk berulang kali. Namun, setakat untuk penggunaan 2, 3 kali tiada salahnya. Bagi menjadikan minyak masak kembali bersih dan tidak kehitaman, ternyata ada petuanya.
CARA PERTAMA
1. Ambil beberapa keping asam gelugur dan masukkan ke dalam kuali bersama bahan yang mahu digoreng.

2. Goreng bahan tadi bersama asam gelugur sehingga minyak tampak 'bersih' dan keluarkan asam gelugur.

3. Dengan cara ini, anda masih boleh menggunakan minyak yang sama untuk menggoreng untuk kali berikutnya.

CARA KEDUA
1. Selepas selesai menggoreng dan anda nampak minyak gorengan kehitaman, segeralah taburkan garam halus.

2. Tidak perlu banyak, cukur sekadar 1-2 cubit garam halus dan taburkan di permukaan minyak.

3. Minyak akan bersih sedikit dan masih boleh digunakan untuk menggoreng selepas itu.

CARA KETIGA
1. Jika mahu menggunakan halia, hiriskan ia nipis-nipis.

2. Panaskan minyak dan goreng halia sehingga ia mengecut.

3. Kemudian keluarkan halia itu dan anda boleh menggoreng untuk kali berikutnya.

Friday, March 22, 2019

TIPS DAN PETUA DI DAPUR

TIPS & PETUA DI DAPUR

#1- MEMBUAT KEK

> Pilih bahan yang baru dan bermutu. 
> Biarkan bahan dalam keadaan kering pada suhu bilik, terutamanya untuk telur dan mentega. 
> Siapkan loyang dan dialas dengan kertas roti, sapukan dengan nipis dan rata dengan 
marjerin. 
> Taburkan dengan tepung gandum. 
> Kacau mentega dan gula terlebih dahulu dengan mixer pada kadar sederhana hingga gula lembut dalam bekas kering dan bebas lemak. 
> Tambahkan telur satu persatu ke dalam aduanan sambil mengacau selama 3-4 minit untuk setiap butir telur. 
> Langkah terakhir, masukkan tepung gandum secara berperingkat, sekitar 3-4 minit untuk setiap butir telur. 
> Langkah terakhir, masukkan tepung gandum secara berperingkat agar adunan tidak turun kerana berat tepung. 
> Kacau adunan dengan gerakan searah dan ringan dari bawah ke atas sehingga udara masuk ke dalam adunan agar kek mempunyai tekstur yang cantik. 
> Panaskan oven 5 minit sebelum memasukkan kek. 
> Bakar kek dalam oven yang sudah dipanaskan sehingga masak. 
> Hias kek agar Nampak lebih menarik dan menyelerakan. 
> Manfaatkan kacang-kacang seperti almond dan sebagainya. Sebelum menghias, sejukkan kek terlebih dahulu hingga suhunya sama dengan suhu bilik.

#2- KEK TAHAN LAMA

Antimould adalah serbuk putih seperti baking soda/powder. Ia adalah bahan pengawet yg membuat kek tahan lama. Anda boleh beli jenama potassium 
sorbate atau sodium benzoate kerana kedua-duanya adalah antimould. Untuk mencari pembekal antimould secara on-line, taip jenisnya dan lihatlah 
senarainya. Pembekal di Australia/US dan lain-lain tidak memberikan perkhidmatan untuk kawasan Asia Tenggara.

#3- SWISS ROLL TIDAK PATAH

Bila membuat Swiss Roll, perhatikan:
- adunan mestikan dipukul hingga gebu dan ringan
- tin pembakar mesti mengikut ukuran tepat
- jangan bakar terlalu lama (kek akan keras patah bila digulung)
- potong keliling yg keras supaya mudah menggulung

#4- SHORTENING & OVALETTE

Shortening adalah lemak sayuran selalunya dari sumber kelapa sawit atau kelapa. Ovalette atau Quick 75 sumber soya dan bahan kimia yg dibenarkan. 
Pastikan label "Halal" pada bungkusan. Ia juga dikenali dengan Sponge Cake Emulsifier atau Cake Stabilizer.

#5- BUTTERCREAM

Buttercream hendaklah dibuat dengan lemak sayuran (vegetable shortening) dan marjerin supaya ia tidak mudah cair. Anggaran lemak sayuran, 100 gm, 
manakala marjerin 50 gm. Gula aising pula 300-340 gm, dipukul hingga sebati dan gebu. Jika ingin lebih keras, tambahkan gula aising lagi. 
Gunakan pes pewarna (dalam tiub) kerana pewarna jenis cecair akan melembikkan aisin