1) Minyak Zaitun (Olive Oil)
Minyak zaitun membantu merangsang sistem penghadaman. Kalau selalu amalkan boleh mencegah sembelit juga tau. Minum 1 sudu besar minyak zaitun setiap pagi. Paling bagus ambil ketika perut kosong.
2) Jus lemon
Asid sitrik di dalam jus lemon sangat bagus untuk sistem penghadaman. Jus lemon juga membantu membuang toksin di dalam badan. Setiap hari amalkan perahan jus lemon yang dicampurkan dengan air suam. Bukan sahaja dapat merawat sembelit tapi dapat detoks jugak tau.
3) Lakukan senaman ringan
Berjalan-jalan selama 20 minit sehari sangat bagus untuk sistem penghadaman. Senaman ringan atau berjalan-jalan dapat meningkatkan pergerakan usus sekaligus dapat merawat dan mencegah sembelit
4) Minum banyak air
Pastikan minum lebih daripada 8 gelas air sehari. Mestilah air kosong paling bagus. Elakkan mengambil minuman berkaffein. Minuman yang mempunyai kaffein menyebabkan dehidrasi mudah berlaku. Keadaan ini akan menerukkan lagi sembelit.
5) Tingkatkan pengambilan fiber dalam diet seharian
Ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Antara buah-buahan yang sangat berkesan untuk mengatasi sembelit seperti betik dan prune. Prune mengandungi sorbitol yang boleh melembutkan najis.
6) Guna tandas cangkung
Jangan pandang remeh tau benda ni. Tandas cangkung lagi bagus dari tandas duduk untuk mereka yang selalu mengalami masalah sembelit.
No comments:
Post a Comment