Pokok Bidara
merupakan pokok yang malar hijau yang tumbuh di selatan Asia. Pokok Bidara atau
nama saintifiknya Z. mauritiana merupakan sejenis pokok renek malar hijau atau
pokok kecil berduri, dengan ketinggian sehingga 15 meter, dengan batang 40 cm
atau lebih diameter; rimbunan daunnya merebak; duri stipular dan banyak dahan
yang rendang. Buahnya memiliki pelbagai bentuk dan saiz yang berbeza-beza. Ia
mungkin berbentuk bujur, obovate, lonjong atau bulat, dan ada yang boleh
mencecah sehingga 1-2.5 inci (2.5-6.25 cm) panjang, bergantung kepada jenis.
Isinya putih dan rangup. Apabila mengkal sedikit, buahnya adalah berair dan
mempunyai bau yang menyenangkan. Kulit buah Bidara adalah licin, berkilat,
nipis tetapi padat.
Pokok Bidara paling biasa ditemui di kawasan tropika dan
sub-tropika. Ia berasal dari Afrika ia kini tersebar secara meluas di rantau
tropika dari India untuk Afghanistan dan China , dan juga dari Malaysia dan ke
Australia dan di beberapa kawasan Pasifik . Ia mampu membentuk semak tebal dan menjadi
invasif di sesetengah kawasan, termasuk Fiji dan Australia dan telah menjadi
rumpai yang serius alam sekitar di Australia Utara. Ia merupaan pokok yang
cepat berkembang dengan jangka hayat yang sederhana, yang cepat tumbuh dan
boleh mencapai sehingga 10-40 kaki (3 hingga 12 m) tinggi
KELEBIHAN DAUN BIDARA
Daun bidara tidak hanya dimanafaatkan untuk memandikan jenazah, orang yang
baru memeluk agama Islam atau mandi junub, ia juga memiliki khasiat penyembuh
bagi pelbagai jenis penyakit, di antaranya, cirit-birit, kencing manis dan
malaria. Selain itu daun bidara turut diguna dalam membantu dalam proses penyembuhan
penyakit gangguan ghaib.
Wahab bin Munabih
seorang ulama menyarankan penggunaan tujuh helai daun bidara (daun pohon Sidr)
hijau ditumbuk lumat di antara dua batu atau sejenisnya. Kemudian dilarutkan
kedalam air secukup untuk mandi sambil dibaca ayat Kursi, surat al-Kafirun,
al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas. (turut boleh dibacakan ayat-ayat al-Qur’an
lainnya) kedalamnya. Lalu dipergunakan untuk mandi atau diminum. (lihat
Mushannaf Ma’mar bin Rasyid 11/13)
Setelah membacakan
ayat-ayat tersebut pada air yang sudah disiapkan, hendaklah di meminumnya
sebanyak tiga kali, dan kemudian memandi dengan menggunakan sisa air tersebut.
Dengan demikian, insya Allah penyakit (sihir) akan hilang. Dan jika perlu, hal
itu boleh diulangi beberapa kali, sehingga penyakit (sihir) itu benar-benar
sembuh. Pengubatan tersebut juga amat baik bagi para suami yang tidak dapat
berhubung badan disebabkan sihir.
Ibnu Kathir
menyebutkan di dalam tafsirnya bahawa Al-Qurthubi menceritakan dari Wahab
bahawa dia mengatakan,
“Ambillah 7 helai
daun bidara lalu tumbuk di antara 2 batu kemudian dicampurkan dengan air dan
dibacakan Ayat Kursi kemudian diminumkan kepada orang yang terkena sihir
sebanyak 3 kali tegukan lalu dimandikan dengan air sisanya maka ia akan
menghilangkan sihirnya. Terutama bagi suami yang terhalang menggauli
isterinya.”
Ibnu Kathir
mengatakan bahawa yang paling bermanfaat dalam menghilangkan pengaruh sihir
adalah dengan menggunakan apa yang diturunkan Allah s.w.t. kepada RasulNya
untuk menghilangkan hal itu iaitu membaca al-muawwidzatian (al-Falaq dan
an-Nas) dan Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir syaitan.
CARA MELAKUKANKAN:
1. Ambil 7,
9, 11 atau lebih (kiraan ganjil) helai daun bidara.
2.
Tumbuk dan dilumatkan.
3.
Letakkan daun bidara yang telah dilumat ke dalam sebuah bekas.
4.
Campurkan daun bidara bersama dengan air doa.
5.
Membaca al-Fatihah dan Selawat.
6.
Niatkan kesembuhan dan pulih dari segala gangguan. (Gunakan kaedah
bacaan surah al-Fatihah dan berdoa sebelum ‘Ameen’).
7.
Minum hanya 1/3 air bidara yang di dalam gelas.
8.
Baki 2/3 digunakan untuk mandi.
CARA MANDI DENGAN DAUN
BIDARA:
1. Waktu
mandi adalah di antara waktu asar dan maghrib.
2.
Pesakit hendaklah mandi seperti biasa dan pada akhir mandian itu,
tuangkan baki 2/3 air bidara ke dalam baldi dan campurkan air biasa untuk
memenuhi baldi tersebut.
3.
Jirus ke seluruh tubuh dan biarkan air di badan kering tanpa perlu
mengelap badan.
4.
Lakukan minum serta mandi selama 3 hari berturut-turut.