Wednesday, March 14, 2018

CARA MERAWAT KUKU BENGKAK


Kuku adalah struktur yang separa keras dan sedikit runcing yang terletak di hujung jari haiwan atau manusia. Bahan asas yang membentuk kuku ialah keratin, sejenis protein yang keras yang juga boleh dijumpai di dalam rambut dan kulit. Dalam bidang perubatan, kuku juga boleh mempamerkan tahap kesihatan seseorang. Fungsi kuku

Kuku mempunyai 2 fungsi utama. Fungsi pertama yang diketahui secara umum ialah sebagai pelindung kepada hujung jari. Fungsi keduanya yang juga penting ialah memberikan lebih sensitiviti terhadap deria sentuh. Hujung jari diliputi dengan reseptor yang banyak yang membenarkan kita menerima maklumat dengan lebih efektif apabila kita menyentuh sesuatu objek. Kuku bertindak sebagai penentang daya yang menambahkan lagi sensitiviti kulit, walaupun pada kuku itu sendiri tidak mempunyai saraf dan reseptor.

CARA MERAWAT KUKU BENGKAK

Cagu atau bengkak kat ibu jari kaki atau tangan memang menyeksakan. Boleh dikatakan pergerakan anda agak terbatas. Rasanya pula, jangan cakaplah. Tuhan aje yang tahu. Sesiapa yang pernah kena pasti tahu bagaimana rasanya, kan?

Kalau anda sedang mengalaminya sekarang, pastinya nak lekas sembuh. Sebab ada juga di antara kita yang masih belum sembuh walaupun dah kena bertahun-tahun. Ada beberapa cara yang saya pernah dengar dan diberitahu oleh orang yang berpengalaman untuk menyembuhkan cagu ni. Tapi saya kurang ingat semuanya secara terperinci.

DAUN INAI
1. Mula-mula, ambil segenggam daun inai dan tumbuk sampai halus.

2. Kemudian, balutkan pada ibu jari anda yang kena cagu tu.

3. Biarkan sampai ia kering dan barulah anda buangkan inai tadi.

4. Jika cagu anda masih belum surut, ulangi langkah 1 - 3 di atas.

DAUN KEEMBUNG PUTIH
Ambillah 8 helai daun keembung putih dan tumbuk sampai halus. ini bukan keembung putih, tapi keembung ungu. carilah daun keembung putih yer

Balutkan pada ibu jari anda yang ada cagu tadi.

Lepas tu, bungkus pula balutan tu dengan plastik.

Sejam kemudian, barulah anda buka bungkusan dan balutan tadi.

Teruskan langkah i hingga iv di atas sampailah cagu anda tu sembuh.

Langkah terakhir yang boleh anda ikhtiarkan ialah cuba anda pergi ke kedai ubat sensei. Kedai ubat-ubatan orang Cina tuh.

Anda tanyakan kat tokei kedai tu ada tak ubat cagu. Biasanya mereka akan tanya nak ubat cecair atau krim.

Pilih yang cecair (saya kurang ingat nama spesifik ubat ni). Tapi warna cecair tu agak gelap. Macam warna ubat batuk, tapi cair sikit lah. Ia diletakkan dalam botol kecil macam botol ubat mata yang ada di klinik-klinik.

Sebab cecair ni akan menyerap secara lebih menyeluruh kat kuku dan ibu jari anda.

Caranya begini;
Lap atau bersihkan dulu ibu jari anda.

Titiskan saja ubat tersebut kat ibu jari yang cagu tu.

Kalau boleh, ibu jari anda tu jangan dikenakan air untuk beberapa jam.

Rasanya taklah perit sangat bila letak ubat tuh. Kalau sakit, mungkin sekejap aje.

Cuma kesannya untuk cara ke #3 ni adalah bila dah sembuh nanti, kuku anda kurang cantik sikit lah. Sebab warna kuku tu akan jadi lain sikit. Mungkin makan masa bertahun untuk kembali kepada warna asal.




PENJAGAAN KULIT KEPALA & RAMBUT


Rambut merupakan anggota badan yang terletak di atas kepala. Lazimnya rambut berwarna hitam. Namun sesetengah orang rambutnya berwarna perang terutamanya pada mereka yang tinggal di Barat. Rambut boleh kehilangan warna kerana kekurangan melanin iaitu bahan pewarna semulajadi yang terdapat di dalam badan yang juga dikenali sebagai pigmen.
Apabila usia semakin meningkat, penghasilan pigmen dalam folikel rambut semakin menurun dan mungkin akan berhenti membekalkan bahan perwarna dan menyebabkan rambut menjadi putih atau beruban.
Bagaimanapun seluruh rambut tidak akan beruban dalam masa yang singkat kerana ia mengambil masa 10 hingga 20 tahun. Waktu seluruh rambut akan beruban bergantung kepada tempoh jam biologi masing-masing.

PENJAGAAN KULIT KEPALA & RAMBUT

CARA MEMBUATNYA:

1. Basuh bersih limau purut.

2. Potong nipis sedikit (supaya senang nak kisar)

3. Kisar limau purut dengan air yang sedikit (jika mahu scrub menjadi pekat). Kalau nak kasar, kisar sekejap saja.

4. Masukkan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak guna ambil sedikit sahaja. Senangkan.

Lumur macam biasa dan jadikan seperti syampu. Lakukan urutan lebih sikit di kepala anda secara menyeluruh. Biar semua kawasan rambut kena skrub beraroma hebat ni. Biarlah sekejap pada kepala dan kemudian barulah dibilas seperti biasa. Hasilnya rambut lebih sihat, segar malah baunya pun wangi.



Tuesday, March 13, 2018

KESAN POSITIF PENGAMBILAN PIL PERANCANG

Pil perancang keluarga mempunyai hormon yang menghalang ovulasi dari berlaku. Ia mengubah mukus pada pangkal rahim dan juga mengubah suai dinding rahim, lantas menghalang implantasi. Akibatnya, sperma tidak dapat memasuki pangkal rahim. Kombinasi kedua-dua ini menghalang seseorang wanita daripada mengandung.

KESAN POSITIF PENGAMBILAN PIL PERANCANG 

1. Meredakan Sengugut
Senggugut atau dikenali ‘dysmenorrhoea’ bermakna pengaliran haid yang sakit. Ia merupakan masalah yang paling kerap dihadapi oleh wanita, dibandingkan dengan semua masalah sakit puan yang lain.

2. Mengurangkan Emosi
Emosi memainkan peranan yang amat penting dalam hubungan seksual kalau dibandingkan dengan perubahan kecil hormon testosterone bila pil perancang diambil.

3. Merawat Masalah Jerawat
Pil perancang memang boleh membantu kerana pil ini akan mengurangkan penghasilan sebum. Pada masa sama, para doktor sering menyarankan agar pesakit menjaga kebersihan kulit dan menggunakan krim anti-jerawat untuk menyembuhkan masalah ini.

4. Mengurangkan Kanser Ovari

Kajian di “The Royal College of general practitioners” pada 2010 terhadap 46,000 wanita pula mendapati pil perancang mampu mengurangkan 12% risiko kanser dan lebih rendah untuk mendapat kanser, strok atau penyakit jantung


PETUA RAWAT BUASIR MENGGUNAKAN KULIT MANGGIS


Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

BUASIR DALAMAN
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

BUASIR LUARAN
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

PETUA RAWAT BUASIR MENGGUNAKAN KULIT MANGGIS

Selain ubat yang diberikan doktor, anda boleh juga mencuba petua ini. Buasir salah satu penyakit agak menderita juga kepada sesiapa yang penghidapnya? Ada orang kata disebabkan makan terlalu pedas.

Selain ubat yang diberikan doktor, anda boleh juga mencuba petua ini.

Untuk mengelakkan dari buasir, amalkan cara-cara ni.

Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Hembuskan nafas keluar ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.

Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.

Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, anda mengalami sembelit. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Elakkan sembelit.

Petuanya ialah..
1. Dapatkan kulit manggis dan basuh dan jemur hingga kering. Rebuskan dengan 5 cawan air sehingga menjadi 1 cawan. Minum air rebusan tersebut setelah suam. Amalkan selalu.

2. Ambil beberapa helai daun belimbing buluh (Bersihkan). Selepas itu, masak/rebus dengan 2 cawan air, tunggu hingga air tinggal anggaran 1 cawan dan sejukkan hingga agak agak suam suam. Bila dah sejuk, bolehlah diminum.


MENGATASI MASALAH KECACINGAN


Cacing pita (bahasa Inggeris:tapeworm) ialah cacing pipih parasit dalam kelas Cestoda (Cestoidea), dalam filum Platyhelminthes. Ahlinya hidup di dalam saluran pencernaan vertebrat sebagai dewasa, dan selalu di dalam badan pelbagai haiwan sebagai juvenil. Lebih seribu spesies telah dikenalpasti, dan semua spesies vertebrat dapat dijangkiti oleh sekurang-kurangnya satu spesies cacing pita. Beberapa spesies menjangkiti manusia jika makan daging mentah seperti daging khinzir (T. solium), daging lembu (T. saginata), ikan (Diphyllobothrium spp.), jika makanan disediakan dalam keadaan tidak bersih (Hymenolepis spp. atau Echinococcus spp.).
saginata, cacing pita daging lembu, dapat membesar sehingga 12 m (40 kaki); spesies lain dapat membesar sehingga melebihi 30 m (100 kaki)

MENGATASI MASALAH KECACINGAN

Makan buah tomato mentah.

Habbatussauda samada makan dengan cara kunyahan mentah 7-10 biji atau minyak habbatussauda 1 sudu (anak bawah 3 tahun) / 2 sudu (atas 3 tahun) , dewasa 3 sudu beri 2 kali sehari.

Makan atau minum bawang putih samada makan mentah, atau bakar dan dicampur dalam minyak kelapa dara atau minyak zaitun.

Minum air kelapa.

Makan lobak merah mentah atau jus carrot setiap pagi.

Nenas muda diparut, diperah. Tambah madu atau sirup gula batu. Bagi pada anak yang ada cacing (pastikan pesakit tiada sebarang masalah dgn nenas muda)

Buah delima
Biji labu (keringkan samada jemur atau bakar, kemudian makan seperti kuaci) atau boleh didapati di kedai organik yang sudah siap sedia untuk dimakan.






PERKARA YANG PERLU DIBUAT APABILA BERLAKU SERANGAN JANTUNG

Serangan jantung, atau infark miokardial (bahasa Inggris: Myocardial infarction, acute myocardial infarction, MI, AMI) adalah terhentinya aliran darah, meskipun hanya sesaat, yang menuju ke jantung, dan mengakibatkan sebagian sel jantung menjadi mati. Penyebab terbanyak serangan jantung diakibatkan penyumbatan pembuluh darah.


PERKARA YANG PERLU DIBUAT APABILA BERLAKU SERANGAN JANTUNG


Bila jantung kita mendadak terasa sakit jangan panik .lakukan segera cara seperti ini..

Cari titik di tangan kiri kita, ukur dari pergelangan tangan kiri dengan menggunakan telapak tangan kanan kita, titik tersebut terletak tepat sejauh ibu jari tangan kanan kita, tekan titik tersebut kuat2 sambil menggerakan telapak tangan kiri diputar searah jarum jam.


Sebarkan kepada sanak saudara dan teman agar ramai yang boleh dapat menafaatnya.

Indahnya saling membantu dan semoga semua orang memperolehi kehidupan yang bahagia


PERKARA YANG PERLU DIUBAH KETIKA MENYEDIAKAN MAKANAN


Makanan merupakan bahan-bahan yang boleh dicerna, biasanya terdiri dari karbohidrat, lemak, air dan/atau protein, yang boleh dimakan atau diminum oleh manusia dan haiwan untuk mendapat nutrien dan/atau nikmat. Kebanyakan budaya mempunyai masakan tersendiri: tradisi dan cara memasak khas, keutamaan dan amalan. Kajian mengenai ini dinamakan gastronomi . Kajian mengenai makanan pula dipanggil sains makanan.

PERKARA YANG PERLU DIUBAH KETIKA MENYEDIAKAN MAKANAN

Pelbagai perkara yang perlu diubah ketika menyediakan makanan antaranya:

1. Memanaskan lebihan makanan yang sudah disejukkan. Apabila makanan dipanaskan ia menyebabkan penghasilan bahan kimia daripada makanan dan ia semakin bertambah apabila dipanaskan beberapa kali. Sebaiknya pastikan makanan yang anda masak habis setiap hari. Mengambil makanan yang sedia dimasak menjadikan tubuh lebih sihat.

2. Elakkan membeli makanan kerana kandungan garam, minyak dan gula yang terlalu tinggi berbanding dimasak sendiri.

3. Berhenti makanan sebelum kenyang. Bahagikan perut anda kepada empat bahagian. Isi dua bahagian dengan makanan pejal, satu bahagian cecair dan tinggalkan bahagian keempat. Perut hanyalah sebesar genggaman tangan anda saja.

4. Periksa asal-usul makanan yang anda makan. Misalnya tauhu dan pelbagai cendawan adalah makanan yang biasa di Malaysia, namun bagi masyarakat luar mungkin ia susah dihadam.

5. Elakkan makan makanan berat pada waktu malam sekurang-kurangnya tiga jam sebelum tidur. Ini mengelak organ badan memproses makanan ketika anda sedang tidur.

6. Perlunya mempunyai emosi yang tenang dan gembira ketika menyediakan makanan kerana ia akan mempengaruhi diri anda. Selain itu jangan bercakap perkara negatif ketika makan.

7. Makan dalam keadaan bersih sebaiknya mandi terlebih dulu. Jangan sekali-kali makan selepas melakukan senaman fizikal atau apabila anda tertekan, marah atau bosan.

8. Bersyukur dengan setiap hidangan yang diberikan. Tumpukan pada makanan di meja makan bukan di hadapan televisyen, radio atau berbual terlalu banyak.

9. Selepas makan bersihkan tangan dan mulut dengan baik serta berjalan selama beberapa saat.



PERKARA PERLU DILAKUKAN SEMASA PINDAH RUMAH


Dalam Islam belum didapati amalan khusus atau bacaan tertentu ketika pindah rumah melalui hadits Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, yang ada ialah adab-adab ketika hendak masuk ke rumah, dan ketika menziarahi rumah. Perkara masuk rumah itu ada disebutkan secara umum berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:


فإذا دخلتم بيوتا فسلموا على أنفسكم تحية من عند الله مبركة طيبة
(سورة النور : 61)
Tafsirnya: Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah hendaklah kamu memberi salam kepada sesiapa yang seperti kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.(Surah an-Nur:

PERKARA PERLU DILAKUKAN SEMASA PINDAH RUMAH


1. AZAN
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. MEMBACA SURAH AL-BAQARAH
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah." Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.

3. BANYAKKAN SOLAT DAN MEMBACA AL-QURAN
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. BACA SURAH YASSIN, AL-FATIHAH DAN AL-IKHLAS
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. PAGAR RUMAH SECARA ISLAM
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

IKUT PANDUAN BERIKUT:
Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam...







KHASIAT ULAM RAJA


Pokok Ulam Raja (nama lain: Pokok kenikir) merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.
Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.
Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas

KHASIAT ULAM RAJA

Ulam raja bukan sekadar enak dimakan tetapi tumbuhan herba ini juga kaya dengan pelbagai khasiat. Antara khasiat utama ulam raja ini adalah :

1. Membebaskan toksid dalam badan dan menguatkan tulang
Selalu lemah-lemah badan dan terasa tulang kurang kuat, maka selalulah makan ulam raja kerana ulam raja mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik.

2. Meremajakan kulit (awet muda)
Pasti ramai yang mahu kelihatan sentiasa muda remaja (awet muda) oleh itu dengan memakan ulam raja ini ia mampu menambahkan kandungan oksigen dalam darah. Apabila oksigen bertambah maka peredaran darah akan menjadi semakin lancar dan secara tidak langsung memberi keanjalan kepada kulit. Ulam Raja juga mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat. Selain itu ianya juga kaya dengan laksium dan vitamin.

3. Merencat bakteria merbahaya
Klorofil yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi pelbagai jenis bahan kimia semulajadi yang dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti Candida albicans dan Bacillus subtilis serta E.Coli yang amat membahaya kepada kesihatan tubuh badan.