Showing posts with label UMUM. Show all posts
Showing posts with label UMUM. Show all posts

Thursday, November 26, 2020

HAJINOMOTO SEBAGAI BAJA MENYUBURKAN TANAMAN

Ajinomoto Co., Inc. (味の素株式会社 Aijinomoto Kabushiki-gaisha) (TYO: 2802 ) ialah sebuah syarikat Jepun yang mengeluarkan perasa makanan, minyak masak, makanan, dan farmaseutikal. Terjemahan harfiah untuk Aji no Moto ialah "Intipati Rasa". Nama ini telah dipergunakan sebagai cap dagangan untuk keluaran monosodium glutamat (MSG) syarikat.

Perasa monosodium glutamat (MSG), keluaran pengenalan syarikat Ajinomoto, pada asalnya dipasarkan di Jepun pada tahun 1909 selepas ditemui dan dipaten oleh Kikunae Ikeda. Syarikat itu dengan pantas berkembang ke negara-negara yang lain, dengan Ajinomoto USA, Inc. ditubuhkan pada tahun 1956. Sejak dari itu, Ajinomoto telah menjadi sebuah konglomerat yang meluas ke kawasan-kawasan yang lain, walaupun khususnya dalam industri makanan. Ajinomoto kini merupakan sepatah nama generik untuk MSG di sebilangan negara Asia.

Tahukah kamu bahawa hajinamoto boleh dijadikan baja tumbuhan ?


SUKATAN BAJA HAJINOMOTO

  • 5 sudu makan 1 liter air bagi pokok setahun ke atas.
  • Bagi pokok-pokok kecil seperti pokok kari, pokok bunga dan yang kurang berumur kurang setahun 1 sudu makan 5 liter air. 
  • Guna air tanpa klorin seperti air tadahan aircond, air hujan atau air paip yang dibiarkan terdedah semalaman atau lebih lama.

WAKTU SIRAMAN

  • waktu redup petang jam 6 ptg ke atas.

KEKERAPAN

  • 2 minggu sekali. Siram di pangkal pokok atau sembur pada dedaunan pokok.


KEBAIKAN HAJINAMOTO SEBAGAI BAJA

1. Menyuburkan tanaman

  • Manfaat pertama dari MSG ajinomoto untuk tanaman yaitu dapat menambah kesuburan pada tanaman. Kandungan unsur atrium yang tinggi yang tekandung didalam MSG ajinomoto ini dapat mempengaruhi tingkat kesuburan tanaman tersebut. Dengan menyiram tanaman menggunakan larutan MSG dengan air secara teratur, maka tingkat kesuburan tanaman akan menjadi lebih baik lagi, yang ditandai dengan : Daun yang lebih hijau, Daun tanaman yang lebat, dan Tanaman menjadi lebih sehat

2. Mempercepat pertumbuhan tanaman

  • Manfaat lain dari kandungan natrium yang terkandung pada ajinomoto MSG ini adalah untuk mempercepat proses pertumbnuhan tanaman. Manfaat ajinomoto untuk tanaman yaitu membuat proses pertumbuhan tanaman menjadi lebih cepat, daun menjadi lebih cepat menghijau, dan batang tanaman yang menjadi lebih cepat besar dan berkembang.


3. Mempercepat munculnya bunga

  • Selain dapat mempercepat pertumbuhan dari tanaman, MSG ajinomoto juga dapat mempercepat proses partumbuhan bunga pada tanaman tersebut. Proses ini diyakini tidak berdampak buruk, karena bunga yang muncul, namun warna dan bentuk dari bunga yang muncul tidak berubah.

4. Memenuhi kebutuhan nutrisi pada tanaman

  • Tidak hanya kita manusia dan hewan, tanaman juga ternyata membutuhkan nutrisi yang lengkap untuk dapat bertahan hidup. Biasanya nutrisi untuk tanaman diperoleh dari pupuk-pupuk yang sering kita gunakan. Namun demikian ada kalanya harga pupuk yang sedikit kurang bersahabat, sehingga membuat proses pemeberian makanan atau pemupukan menjadi sedikit terkendala. Sehingga untuk mengatasi hal ini maka anda bisa menggantikan pupuk kimia tersebut dengan menyiramkan tanaman tersebut dengan larutan MSG. Siramkanlah larutan air MSG ajinomoto ini ke tanaman kesayangan anda agar mereka bisa tumbuh subur dan asupan nutrisinya terpenuhi dengan baik.


5. Tanaman menjadi lebih sehat dan tidak mudah mati


.

Sunday, October 18, 2020

BENDA YANG TIDAK BOLEH DITINGGALKAN DALAM KENDERAAN

Assalamualikum semua. Kita sering dikahabarkan tentang kemalangan berkaitan kematian dan kerosakan harta benda disebabkan barang tersebut ditingalkan dalam kenderaan yang berjemur di panas terik matahari. Sehubungan itu saya mengingatkan agar sentiasa berhati hati dan berikut adalah antara benda yang perlu dielakkan di letakkan dalam kenderaan dengan terlalu lama : 

1. MAKANAN DAN MINUMAN

Terdapat bungkusan dan pek makanan yang tidak tahan panas dan terik cahaya matahari. Suhu di dalam kereta boleh mencapai sehingga 70°C jika kenderaan diletak di kawasan terik. Ada pek yang mungkin terurai pada suhu ini dan bahan kimianya akan mencemari makanan dan minuman. Elakkan memakan makanan dan minuman yang terbiar di dalam kereta walaupun pek bungkusannya belum dibuka.


2. UBAT-UBATAN

Kebanyakan ubat perlu disimpan pada suhu 25°C atau lebih rendah. Malah ada yang perlu disimpan pada suhu di bawah 8°C iaitu di dalam peti sejuk. Jika melebihi suhu berkenaan, masa ia akan rosak.Ada juga ubat perlu di simpan dalam tempat yang gelap, kerana ia akan rosak jika terkena cahaya matahari. Makan ubat-ubatan yang telah rosak boleh menjejaskan kesihatan.


3. GAJET BERBATERI

Apa sahaja gajet yang menggunakan bateri lithium ion seperti telefon bimbit, komputer riba, tablet, atau peranti penyimpan tenaga seperti powerbank, berisiko meledak jika ditinggalkan di dalam kereta yang panas. Ledakan bateri berkenaan boleh menyebabkan kebakaran berlaku di dalam kereta anda. Selain risiko meledak dan terbakar, gajet yang ditinggalkan di dalam kereta sering menjadi sasaran pencuri.

 

4. TIN AEROSOL SPRAY

Tin aerosol/spray seperti spray dandanan rambut, spray racun serangga, spray pewangi dan ubat inhaler mengandungi udara yang dimampatkan di dalamnya dan ia mempunyai tekanan yang tinggi. Apabila ditinggalkan di dalam kereta yang panas, molekul udara dalam tin akan mengembang, lalu meningkatkan lagi tekanan di dalamnya. Hal itu boleh menyebabkan tin berkenaan meletup.

 

 5. UBAT GEGAT DAN RACUN

Apa jua bahan beracun tidak digalakkan untuk ditinggalkan di dalam kereta, terutamanya yang mudah meruap seperti ubat gegat, racun rumpai dan sebagainya. Apabila panas, bahan-bahan ini lebih cepat meruap. Bila anda masuk ke dalam kereta, anda akan menghidu udara yang dicemari racun yang telah meruap tadi. Hal ini boleh menjejaskan kesihatan tanpa disedari.

 

6. PEMETIK API

Biasanya perokok mempunyai lebih daripada satu pemetik api, dan lazimnya ada satu disimpan di dalam kereta. Pemetik api mudah meletup jika dibiarkan dalam kereta yang panas!

 

 7. PETROL SIMPANAN

Ada juga pemandu yang menyimpan simpanan petrol di dalam kereta. Mungkin ia tidak akan terbakar tiba-tiba, tetapi dalam situasi kemalangan, petrol boleh tumpah pada pemandu dan penumpang.



Saturday, October 17, 2020

MASA YANG SESUAI UNTUK MINUM AIR

Air (Tulisan Jawi: اير; H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup.

Apakah masa paling sesuai untuk minum air?

  • Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.
  • Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.
  • Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.
  • Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur.

Sunday, September 22, 2019

CARA PENJIMATAN DAN PENGGUNAAN PENGHAWA DINGIN


Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan para pengguna supaya menggunakan penghawa dingin secara bijak ketika cuaca panas dan kering ini. Ia bagi menjamin penggunaan elektrik diuruskan dengan lebih baik.

Oleh itu, TNB menyarankan para pengguna supaya mengamalkan lima (5) cara berikut bagi menjimatkan penggunaan tenaga:

1. Laraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 ke 25 darjah celsius.

2. Tukar atau bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin. Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu penghawa dingin beroperasi padatahap optimum.

3. Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.

4. Pada waktu malam, buka kipas dan tetapkan masa penghawa dingin untuk ditutup. Selalunya suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa selepas beberapa jam penghawa dingin dipasang. Tambahan, penggunaan kipas adalah lebih murah dan membantu pengedaran udara di dalam bilik.Pengguna juga diingatkan agar menggantikan penghawa dingin yang berusia lebih 10 tahun kerana unit-unit tersebut tidak lagi cekap setelah bertahun-tahun digunakan.

5. Bagi mereka yang ingin membeli penghawa dingin baharu, adalah dicadangkan supaya memilih penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana lebih banyak bintang bermaksud peralatan tersebut lebih cekap berfungsi.

Pemilihan saiz dan jenis penghawa dingin yang tepat juga penting kerapa penghawa dingin yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor penghawa dingin perlu berputar dan berhenti berulang-ulang.

CARA UNTUK ELAK PINTU RUMAH DIPECAH OLEH PEROMPAK


Cara elak pintu rumah dari dipecah masuk oleh penyamun

Menjadi kerisauan ramai pemilik rumah apabila meninggalkan rumah dalam tempoh agak lama kerana memikirkan rumah mungkin akan diceroboh oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, dinasihatkan kepada orang ramai jika hendak meninggalkan rumah dengan tempoh yang lama di mana memakan masa berhari-hari, eloklah dimaklumkan kepada balai polis berhampiran.

Selain itu, faktor keselamatan rumah juga perlu diambil berat oleh pemilik rumah dengan menambah alat keselamatan rumah contohnya grill atau sistem penggera keselamatan bagi mereka yang mampu.

Berkongsi di laman sosial Facebook, seorang wanita bernama Mariana Harrison -Realtor telah berkongsikan satu tips yang dipesan bapanya amat berguna sebagai tambahan sistem keselamatan di kediaman anda.

Berikut adalah perkongsian beliau.

My dad gave me this advice a long time ago when I moved into my first apartment. He even came out and changed the screws for me as soon as I moved in. Someone else recently posted about it and I thought I would share!

A good home security tip that you may have never thought about…. Most contractors install the plates with the supplied screws which are only a half inch long and come out with one kick by a burglar.

He installed 4 inch

screws in their place that go through the door frame and into the framing of the house. They can kick for a long time before they get tired!

You can see in the picture the screw in his hand is the screw supplied with the door hardware. Making a burglar make a bunch of noise and be foiled in their initial plan can not only give you time to arm yourself but they will most likely move on to an easier target.

Terjemahan dalam bahasa melayu.

Ayah berikan nasihat ini kepada saya suatu masa dulu apabila saya berpindah ke rumah pangsapuri pertama saya. Ayah akan datang dan tukarkan skru untuk saya sebaik saja saya berpindah masuk.

Ia adalah tips keselamatan rumah yang anda tidak pernah terfikirkan… Kebanyakan kontraktor akan memasang plat tombol pintu dengan skru yang panjangnya setengah inci sahaja.. Ini membolehkan pihak penyamun menendang pintu rumah anda dengan mudah sekali.

Ayah telah menggantikan skru itu dengan panjang 4 inci bingkai pintu rumah. jika rumah cuba diceroboh, mereka akan mengambil masa yang lama untuk pecahkan pintu dan letih. Cara ini juga akan membuatkan si penyamun letih dan membatalkan niat jahat mereka.

Lihat pada gambar perbandingan dua skru berkenaan. Dengan cara ini juga, tindakan penyamun menendang pintu rumah anda berkali-kali juga akan menimbulkan bunyi bising sebagai ‘alarm’ kepada diri anda dan juga jiran-jiran anda. Sekali gus pelan mereka akan gagal dan mereka akan beralih pula pada mangsa yang lain.

Jadi, pesan admin, jika ingin sistem keselamatan rumah kita lebih selamat, tukarkan semua skru sedia ada di tingkap, pintu, grill rumah dan lain-lain dengan skru yang lebih panjang seperti yang di ceritakan oleh Mariana ini.

CARA SEKIRANYA PENGHAWA DINGIN KERETA ROSAK


​Aircon Rosak, Hujan Pulak, Apa Nak Buat ?​

 ​​Inilah 4 Langkah Yang 90% Pemandu Tak TAHU​​

1. Picit sedikit ubat gigi dan sapukan sama rata di bahagian dalam cermin kereta anda. Ini akan dapat membantu mengecah wap air dari mengaburkan cermin anda.

2. Krim pencukur juga boleh digunakan namun mungkin ramai yang tidak menggunakannya. Begitu juga sabun buku.


3. ubi kentang. Kaedah ini mudah akan membantu cermin anda agar bebas-kabus. Penunggang motosikal juga boleh menggunakan kaedah ini untuh menyahkabus visor helmet anda.


CARA CARANYA

📝 ​1 -​ Potong kentang mentah kepada 2 bahagian. Pastikan untuk menggunakan kentang yang bersih, atau cucikan ia jika bersalut tanah.

📝 ​2 -​ Gosok bahagian dalam kentang yang dipotong tadi pada cermin. Ini akan membersihkan cermin dan meninggalkan lapisan yang akan mencegah pemeluwapan pada tingkap.

📝 ​3 -​ Gunakan separuh lagi jika diperlukan. Anda juga boleh memotong kentang tadi untuk membuang bahagian yang telah kotor kerana digosok tadi, dan terus menggunakannya lagi jika mahu.

📝 ​4 -​ Biarkan kering tanpa menyentuh cermin. Setelah kering, lapkan saki baki kentang jika ada pada cermin dengan tisu kering.

PROSES BABY-LED WEANING APABILA BAYI SUDAH BERUSIA 2 TAHUN

Beberapa tips yg boleh anda lakukan untuk memudahkan proses baby-led weaning apabila bayi sudah berusia 2 tahun:

1. Tak tolak tapi tak offer.
Setiap kali si kecil minta mahu disusukan, cuba untuk tidak menolak kemahuannya. Tetapi jika tidak diminta,  tidak offer dia menyusu. Ini sesuai di lakukan pada peringkat permulaan mahu putuskan susu badan. Ini menyebabkan kekerapan menyusu itu berkurang dengan sendiri.

2. Banyakkan pendedahan kepada makanan pelengkap.
Makanan pula seeloknya makanan yang sihat ye, dari sini anak kita akan mula mendapat nutrisi yang lengkap dan baik walaupun tidak melalui susu. Makanan seperti kurma, buah-buahan segar sangat digemari anak-anak, kadang-kadang membuatkan mereka lupa nak menyusu.

3. Cuba alihkan perhatiannya dengan aktiviti menyeronokkan.
Ada waktunya anak kita mahukan perhatian dari kita, dari kecil lagi dia sudah biasa mendapatkan perhatian ibu dari sesi menyusu. Jadi apa kata cuba alihkan perhatian anak dengan menjalankan aktiviti menarik bersamanya pula. Contohnya main lego ke, puzzle ke, atau aktiviti mewarna dengannya. Pasti dia lebih gembira.

Contoh ayat yang sesuai di guna bila anak anda mahu susu, "Jom kita color-color dulu, nanti kita 'nenen' ye..". Ulang beberapa kali dengan ekspresi wajah yang sangat ceria.

4. Tidak duduk di tempat yang selalu ibu susukan anak.
Perasan tak, anak kita ni dah terbiasa dengan spot tertentu, tempat biasa kita susukan dia. Jadi bila kita berada di situ, automatik dia akan minta disusukan. Macam contoh,
di sofa merah di ruang tamu. Kalau anak  nampak je anda kat situ, terus datang nak 'nenen'. Jadi, anda cuba biasakan diri untuk tidak berada di situ.

5. Sediakan botol air pada waktu malam.

KEBAIKAN AIR SUAM


SILA KONGSI ARTIKEL  INI DENGAN KELUARGA DANKAWAN-KAWAN, INI SANGAT PENTING DAN BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA ORANG.

Sekumpulan doktor Jepun mengesahkan bahawa air suam adalah 100% berkesan dalam menyelesaikan beberapa masalah kesihatan. Seperti:

1 Migrain
2 Tekanan darah tinggi
3 Tekanan darah rendah
4 Sakit sendi
5 Peningkatan dan penurunan degupan jantung yang mendadak
6 Epilepsi
7 Meningkatkan tahap kolesterol
8 Batuk
9 Badan tidak selesa
10 Golu sakit
11 asma
12 batuk kokol
13 urat tersumbat
14 Penyakit yang berkaitan dengan Uterus & saluran air kencing
15 Masalah perut
16 Kurang selera makan
17 Juga semua penyakit yang berkaitan dengan mata, telinga & tekak.
18 Sakit kepala

BAGAIMANA  MENGGUNAKAN AIR SUAM

Bangun pada waktu pagi dan minum kira-kira 4 gelas air suam apabila perut kosong. Anda mungkin tidak boleh minum 4 gelas sekali gus pada mulanya tetapi perlahan-lahan anda akan terbiasa

NOTA: Jangan makan apa-apa selepas 45min mengambil air.

Terapi air suam akan menyelesaikan masalah kesihatan dalam tempoh yang munasabah seperti:

✔ Diabetes dalam 30 hari

✔ Tekanan darah dalam 30 hari

✔ Masalah perut dalam 10 hari

✔ Semua jenis Kanser dalam tempoh 9 bulan

✔urat tersumbat  dalam tempoh 6 bulan

✔ Kurang selera makan dalam 10 hari

✔ Uterus dan penyakit yang berkaitan dalam tempoh 10 hari

✔ Masalah Hidung, Telinga, dan Tekak dalam 10 hari

✔ Masalah wanita dalam 15 hari

✔ Penyakit jantung dalam tempoh 30 hari
✔ Sakit kepala / migrain dalam masa 3 hari

✔ Kolesterol dalam 4 bulan

✔ Epilepsi dan lumpuh secara berterusan dalam 9 bulan

✔ Asma dalam 4 bulan

*AIR SEJUK TIDAK BAIK* UNTUK ANDA

Jika air sejuk tidak menjejaskan anda pada usia muda, ia akan merosakkan anda pada usia tua.

* Air sejuk menutup 4 urat jantung dan menyebabkan serangan jantung. Minuman sejuk adalah sebab utama serangan jantung.

* Ia juga menimbulkan masalah di hati. Ia membuatkan lemak terperangkap dengan hati. Kebanyakan orang yang menunggu pemindahan hati adalah mangsa minum air sejuk.

* Air sejuk mempengaruhi dinding dalaman perut. Ia menjejaskan usus besar dan menyebabkan kanser.

TOLONG JANGAN SIMPAN MAKLUMAT INI TANPA DISEBARKAN
Beritahu seseorang untuk memberitahu seseorang, MUNGKIN BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA SESEORANG


BEZA PENUTUP BOTOL AIR MINERAL YANG KITA MINUM


1. Penutup biru

Diperolehi dari sumber air bawah tanah, dipam naik dan akan menjalani proses penyulingan kemudian dibotolkan. Haa baru boleh dilabelkan sebagai air mineral.

2. Penutup putih

Merupakan air paip yang ditadah kemudian menjalani proses penyulingan. Bahan kimia yang ditambah semasa mejadi air paip sahaja sudah menyebabkan keaslian air itu hilang.

Sebab tu air penutup putih hanya dilabelkan sebagai air minuman atau drinking water dan harganya pun lebih murah dari air mineral yang berpenutup biru.

3. Penutup Hijau

Yang penutup hijau tu Air mineral semulajadi. Air ni diambil khas dari dalam tanah dan mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi..Kandungan mineral dan lokasi tempat pengambilan mesti ada tertera di label botol tersebut..

Sedar atau tidak sebenarnya minuman botol plastik yang telah lama disimpan di dalam kereta adalah tidak elok diminum terutamanya bagi kaum wanita.

Doktor memberitahu bahawa wanita sememangnya tidak boleh minum minuman yang sudah lama berada dalam kereta terutama air dalam botol minuman plastik.

Hal ini kerana, hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol mempunyai kimia yang boleh mengakibatkan kansser payudara.

Hawa panas tersebut menyebabkan toksin atau racun pada plastik bocor sekali gus bercampur dengan air.Racun inilah yang sering mereka temui dalam saringan payu dara wanita.

Oleh itu, kita seharusnya berhati-hati dan jangan minum air dalam botol plastik yang telah lama ditinggalkan dalam kereta.Seelok-eloknya gunakan botol kaca atau gelas stainless steel.

Lazimnya, air yang terdedah pada matahari sememangnya tidak elok diminum kerana kebarangkalian boleh bertukar menjadi racun.

Saturday, September 14, 2019

TIPS CARA PAKAI AIRCOND YANG BETUL

Selalunya pengguna aircond terkeliru dengan perbezaan antara dry mode dan cool mode. Biasanya pada alat kawalan jauh dry mode ditunjukkan dengan lambang titisan air manakala cool mode dengan lambang empingan salji.

Untuk penjimatan tenaga yang efisen, kami galakkan korang gunakan dry mode kerana untuk mod ini kompressor tidak berlari pada kadar maksimum untuk menyejukkan ruang.

Sensor akan mengesan perubahan suhu dan mengekalkan suasana nyaman dengan kadar kelembapan sebanyak 60% sahaja dalam ruang udara. Dan yang paling penting korang pun tak mudah selesema..

Sunday, March 31, 2019

Yang Perlu Kita Tahu Tentang Kegunaan Kapas


🔻 Dalam pengilangan tekstil, kapas digunakan bagi menghasilkan jala, penapis kopi, khemah dan menjilid buku.

🔻 Kertas Cina yang pertama dihasilkan dengan menggunakan gentian kapas, sama seperti duit kertas moden.

🔻 Hos pemadam api juga pernah dihasilkan daripada kapas.

🔻 Denim, jenis kain yang tahan lasak, kebanyakan bahan mentahnya adalah daripada kapas, seperti mana kebanyakan T-shirt.

🔻 Biji kapas yang tertinggal selepas kapas diproses, digunakan bagi menghasilkan minyak biji kapas, yang mana selepas diproses boleh dimakan oleh manusia sebagaimana minyak sayuran lain.

🔻 Biji kapas yang tinggal biasanya diberi makan kepada haiwan ternakan.

CARA UNTUK MENGETAHUI POWER BANK ORIGINAL ATAU FAKE

LIHAT BOARD DAN JENIS BATTERY
Yang ini agak payah sedikit kerana anda harus buka powerbank anda dan lihat isi di dalamnya. Anda juga boleh lihat Board (Papan Litar) dan Battery yang digunakan dan adakah ianya daripada Pineng. Anda juga boleh lihat adakah Board itu dibuat dari zaman bila. Kerana kebiasaanya ada yang gunakan Board dan Battery lama dan recyle semula. Powerbank Refurbished memang bahaya digunakan, bagi yang tidak tahu.

CHECK BERAT POWERBANK
Secara mudahnya, boleh goncang powerbank korang. Kalau dengar bunyi pasir, itu maksudnya ianya tiruan. Dan jika ada bunyi² macam pelik² sikit dan longgar, anda boleh mula was² dengan keaslian powerbank anda. Powerbank Pineng memang dibuat dengan padat dan kemas, jadi ianya tidak akan berbunyi. Ianya akan tegap.

LIHAT WARRANTY
Untuk warranty powerbank Pineng, ianya setahun daripada Pineng. Dan jika ianya 6 bulan dan juga ianya warranty daripada kedai, anda boleh faham sendiri. Repair sendiri lagi bahaya.

LIHAT PERMAINAN HARGA
Untuk harga powerbank Pineng ORIGINAL, kebiasaanya ianya berharga RM85-RM120 buat masa ini. Dan jika ianya kurang daripada itu, anda harus lebih berhati-hati. Takkanlah harga kos RM85 dan peniaga akan jual RM65/RM45 kan? Peniaga mana yang nak rugi? Peniaga juga harus tanggung kos warranty setahun, cukai import dan lain-lain.

*Dan yang paling PENTINGNYA :*

⭕ KORANG HARUS LIHAT SIAPA YANG MENJUAL DAN BERAPA LAMA DIA MENJUAL
Kerana  jika penjual yang menjual itu sering bertukar-tukar produk, kejap jual powerbank, kejap jual fidget spinner, kejap jual barang kosmetik, anda harus fikir berulang kali.

Kerana warranty anda adalah setahun dan anda perlukan peniaga yang boleh bantu anda claim hingga ke akhirnya. Takkan beli mahal-mahal, tapi  lepas dua bulan, peniaga itu jual produk lain dan hilangkan diri. Anda juga yang rugi.

 ➡ Powerbank yang tak bagus, powerbank mudah meletup, powerbank merosakkan telefon anda, itu adalah semuanya Klon/OEM set. Powerbank murahan itu tiada sistem dan ianya BAHAYA digunakan. Jadi belilah powerbank daripada penjual yang boleh dipercayai dan ambil secara direct daripada Pengeluar.

 ➡ Harga Powerbank Klon/OEM tidaklah jauh beza, ianya beza cumalah RM10-RM15 sahaja, tapi bagi kami, alang-alang membeli, belilah yang ORIGINAL agar anda dan keluarga anda selamat semasa menggunakannya. Ianya juga LEBIH TAHAN 10x daripada powerbank tiruan.

Saturday, March 30, 2019

CARA HILANGKAN GEMENTAR KETIKA TEMUDUGA


1. Apabila mendengar atau menjawab soalan panel penemuduga, pandang terus pada matanya. Akan tetapi jangan pandang dengan pandangan yang tajam pula. Pandang dengan biasa – fokus. Ia akan meningkatkan keberanian dan keyakinan!

2 Apabila menjawab soalan, jawablah dengan jelas dan terang supaya panel penemuduga dapat mendengarnya dan memahami apa yang anda perkatakan dengan jelas. Apabila kita bercakap dengan jelas dan terang, ini akan meningkatkan lagi keberanian untuk sesi yang seterusnya.

3. Apabila rasa nervous, ambil masa seketika dan tarik nafas perlahan-lahan. Kemudian, lepaskannya perlahan-lahan juga. Ini akan membuatkan dada terasa lapang dan kita akan menjadi lebih bersemangat.

4. Kita disyorkan untuk membaca ayat Seribu Dinar atau ayat Kursi di dalam hati semoga Allah menenangkan hati.

5.Tips paling best semasa temuduga, bayangkan panel penemuduga itu adalah orang yang biasa anda kenali atau rakan anda. Dengan anggapan seperti ini, kita akan menjadi lebih relaks dan tenang sepanjang sesi temuduga.

6. Apabila menjawab soalan tegakkan badan dan berkeadaan menghadap lurus berhadapan panel penemuduga. Dengan badan yang tegak kita akan lebih bersemangat dan yakin.

7. Jangan terlalu mengikut skrip yang anda hafal. Kalau anda diminta ceritakan tentang diri sendiri, elakkan cakap meleret yang bosan. Cuba tambah sikit, macam "saya suka menari." Anda akan memukau penemuduga.

TAHUKAH ANDA?

KETIKA BERSIN
Di saat kita bersin, seluruh anggota tubuh kita terhenti berfungsi, seolah2 kita mati, Ini terjadi dalam hitungan yg sgt pantas. Setelah itu baru berfungsi spt semula. Inilah kenapa dalam Islam disunnahkan kita membaca "Alhamdulillah" setelah bersin sebagai ungkapan kesyukuran atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita.

MENGUAP
Menguap itu bukan tanda bahwa kita mengantuk, tapi itu adalah pertanda bahwa tubuh kita perlu tambahan oksigen.

KEBAIKAN BUAH KURMA
Bahwa memakan buah kurma dalam jumlah yg genap itu akan menghasilkan gula dlm darah.* Kerana itu Rasulullah SAW telah menganjurkan kita untuk makan kurma dalam jumlah ganjil, agar hanya berubah menjadi karbohidrat.

💧Tahukah Anda?

Bahwa tepat setelah dikumandangkan azan, itu adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa.

💧Tahukah Anda?

Di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita sedang bersolat? Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan solat, dia akan membawa bersama semua dosa-dosanya. Kemudian dosa-dosa itu diletakkan di atas kepala dan kedua pundaknya. Maka ketika ia ruku' atau sujud, berjatuhanlah dosa-dosa tersebut.
Wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam solatnya supaya bertenang dan tahanlah agar lebih lama sedikit ketika sedang ruku' dan sujud agar lebih banyak dosa2 kita yang berguguran..

💧Tahukah Anda?

Diceritakan ada seorang wanita soleha yg meninggal dunia. Maka tiap kali penduduk desa menziarah kuburnya, mereka tercium harumnya mawar dr dalam kubur tsbt. Kemudian suaminya menjelaskan bahwa isterinya ketika masih hidup selalu membaca surah Al-Mulk terutama setiap kali sebelum tidur.. Sesungguhnya surat Al-Mulk itu menyelamatkan kita semua dari siksa kubur.

💧Tahukah Anda?

Ketika kita membaca ayat Kursi setelah kita selesai solat, maka tiada halangan antara kita dgn syurga kecuali kematian...

💧Tahukah Anda?

Bahwa para malaikat mendoakan kita selepas selesai solat,*  Maka janganlah kita terburu2 untuk beranjak dari tempat duduk..

Boleh di share biar lebih bermanfaat buat orang banyak,


Rasulullah S.A.W bersabda :*
"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari)

Friday, March 29, 2019

CARA BERKESAN UNTUK PULIHKAN TELEFON BIMBIT YANG MASUK AIR

Bukan kena air sikit-sikit, memang tenggelam habis. Lepas angkat tu cepat-cepat offkan. Bila masuk rumah, terus bukak compartment yang boleh dicabut lak. Masa bukak slot memory card & simkad ada air lagi menitis keluar.

Lap kering, kemudian masukkan handphone dalam plastik berisi beras untuk keringkan air sementara nak beli bahan penyahlembapan / Silika Gel. Lepas tu masukkan silika Gel & handphone dalam bekas kecil (supaya tak serap kelembapan udara dlm bilik).Biarkan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum cuba on kan handphone.

TIPS KALAU PHONE MASUK AIR

1. Cepat cepat keluarkan dari air. Lagi lama terendam lagi tinggi risiko nak rosak.

2. Biasanya kalau tak terendam lama sangat, phone masih on lagi beberapa saat. Matikan phone atau tekan butang off atau terus keluarkan bateri. Mana² yang lebih cepat supaya tak berlaku short circuit & ic phone terbakar.

3. Lap kering phone. Leraikan semua bahagian yang boleh dicabut.

Tuesday, March 26, 2019

CARA MENGHILANGKAN GORESAN PADA SKRIN HANDPHONE


UBAT GIGI
Caranya cukup mudah, yakni dengan mengoleskan ubat gigi sedikit ke ujung kapas atau kain bersih yang lembut, setelah itu gosokan secara perlahan dengan gerakan melingkar pada skrin sampai terlihat goresan itu hilang.

Setelah itu, bersihkan skrin menggunakan kain lembut yang sedikit dibasahi untuk menghilangkan sisa ubat gigi yang berlebihan.


MINYAK MASAK
Untuk goresan kecil atau goresan tersembunyi, minyak sayur dapat digunakan untuk menghilangkan goresan tersebut. Caranya hampir sama dengan cara yang dilakukan diatas. Setelah itu, untuk menghilangkan sisa minyak agar tidak licin dilayar, Anda cukup gunakan tisu untuk membersihkannya.

BEDAK BAYI
Bedak bayi dicampur dengan air menciptakan pasta tebal yang dapat digunakan untuk menghilangkan goresan pada handphone Anda. Ini merupakan bahan yang paling sederhana untuk menghilangkan goresan pada handphone Anda.

PUTIH TELUR &TAWAS
Caranya adalah dengan mencampurkan putih telur dari 1 butir telur & 1 senduk teh tawas dalam panci. Panaskan sampai suhu 150 darjah Fahrenheit. Rendam kain microfiber dalam telur dan campuran tawas. Masukan kain pada aluminium foil, dan kemudian menempatkannya ke dalam oven 300 darjah sampai kain benar² kering. Ambil kain keluar dari oven dan bilas dengan air dingin selama 20 sampai 30 detik.

Ulangi langkah di atas 3 kali, dan kemudian membiarkan kain udara kering selama 48 jam. Setelah itu, gunakan kain untuk menghapus goresan dengan cara digosokan secara perlahan.

MINYAK KAYU PUTIH
Cara yang ini memang sangatlah sederhana, namun minyak kayu putih yang digunakan cukup 1-3 titis saja. Anda hanya perlu bantuan dengan menitiskannya pada tisu, lalu gosokan secara melingkar pada goresan.

Monday, March 25, 2019

PANDUAN CUCI SKRIN TV


1. JANGAN Gunakan air atau kain yang lembab (ada air) untuk lap permukaan skrin

2. JANGAN Gunakan Tisu untuk lap skrin TV.
Kesalahan Mencuci skrin TV akan menyebabkan lapisan anti glare rosak.

3. Gunakan Cecair khas yang dibuat untuk mencuci skrin TV.

4. Gunakan kain yang lembut, bersih, tidak berserat, dan kering.

ANTI GLARE Apa tu❓

👉🏻 Anti Glare (Anti Silau) Meredupkan pembiasan cahaya yang ada diluar mahupun yang dihasilkan oleh TV.

Apa² jenis anti-glare tetap bertujuan agar mata tidak terlalu letih (kerana tontonan yang lama) kerana cahaya yang dipantulkan dari layar Skrin TV.

📝 Anti-Glare Tidak terdapat pada Skrin Monitor CRT



CARA PENGGUNAAN PENGHAWA DINGIN YANG BETUL

Tips ringkas aircond (tengok simbol)

Selalunya pengguna aircond terkeliru dengan perbezaan antara dry mode dan cool mode. Biasanya pada alat kawalan jauh dry mode ditunjukkan dengan lambang titisan air manakala cool mode dengan lambang empingan salji.

Untuk penjimatan tenaga yang efisen, kami galakkan korang gunakan dry mode kerana untuk mod ini kompressor tidak berlari pada kadar maksimum untuk menyejukkan ruang.

Sensor akan mengesan perubahan suhu dan mengekalkan suasana nyaman dengan kadar kelembapan sebanyak 60% sahaja dalam ruang udara. Dan yang paling penting korang pun tak mudah selesema..

Sunday, April 15, 2018

KHASIAT DAUN KARI


Pokok Kari atau nama saintifiknya Murraya Koenigii tergolong dalam keluarga Rutaceae.Pokok Kari ialah sejenis pokok renek dengan ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter. Ia sering ditanam di kawasan sekitar rumah untuk kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit.


Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat India kerana ia bukan sahaja digunakan dalam masakan kari, malah dalam masakan lain seperti rasam, chutney , muruku dan sebagainya lagi. Berasal dari negara India dan Sri Lanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika.

Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral. Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

KHASIAT DAUN KARI

1. PENAWAR CIRIT BIRIT DAN BUASIR
Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir.

2. LOYA DAN PENING
Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening . Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.

3. DIABETES
Rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Boleh mengawal diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

AGAR RAMBUT PANJANG DAN SIHAT
Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.

5. MERAWAT GIGITAN SERANGGA DAN HAIWAN BERBISA
Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.

6. LEBAM DAN BENGKAK
Daunnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.

7. KECANTIKAN DAN KESIHATAN DIRI
Amalkan minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari.

TANDA TANDA KEROSAKKAN SARAF KAKI DAN TANGAN DAN CARA MERAWATNYA


Bibir merupakan lapisan daging lembut yang berisi pada tepi mulut manusia dan kebanyakan haiwan yang dapat ditaup-taupkan.

Orang yang mempunyai sakit saraf merasa sakit yang berbeza-beza. Bagi sesetengah pesakit saraf, ia sakit seperti terasa menikam-nikam di tengah-tengah malam. Bagi yang lain pula, merasai gejala sakit seperti terpijak duri, “semut-semut”, atau rasa seperti terbakar.

Sakit saraf yang tidak terkawal boleh menjadi sukar untuk ditanggung. Namun, dengan rawatan yang betul, insyaAllah kesakitannya boleh dikawal dan dikurangkan.

TANDA TANDA KEROSAKKAN SARAF KAKI DAN TANGAN DAN CARA MERAWATNYA

SISTEM SARAF
Dr Goh Khean Jin, Perunding Ahli Neurologi Pusat Perubatan Universiti Malaysa baru-baru ini memberi taklimat kepada media berhubung fungsi saraf dan neuropati.

Sistem saraf bermula daripada otak sehingga ke saraf tunjang. Serupa seperti pendawaian elektrik yang membekalkan kuasa elektrik ke seluruh bangunan, saraf menghantar isyarat elektrik ke tubuh badan manusia.

Ia mengawal organ deria yang membolehkan manusia berasa sejuk, panas atau tajam serta lain-lain sensasi.

Saraf juga menggerakkan otot, bukan sahaja untuk menggunakan tangan atau berjalan tetapi juga untuk perbuatan seperti batuk, membongkok, mengunyah serta melihat ke kanan atau ke kiri.

Sistem saraf juga mengawal fungsi penting yang berlaku di luar kawalan seperti degupan jantung, pencernaan dan pernafasan.

“Pada asasnya kita ada sistem saraf pusat yang memberi kesan terhadap otak dan saraf tunjang.

“Kita juga ada sistem saraf perifer di luar otak dan saraf tunjang.

“Penyakit saraf di luar otak dan saraf tunjang, kami panggil sebagai neuropati perifer,” jelas Dr Goh.

TANDA-TANDA KEROSAKAN SARAF KAKI DAN TANGAN
1. Perubahan warna tangan sama ada biru atau putih (pucat).

2. Kebas tangan atau kaki atau hilang daya sentuhan.

3. Luka dan anda tidak menyedarinya

4. Kulit menjadi sangat tegang dan keras.

5. Pembengkakan sendi-sendi seperti di pergelangan tangan yang memberi tekanan kepada saraf median yang akan mengurangkan kelancaran peredaran darah di tangan.

RAWATAN DAN LANGKAH BERJAGA-JAGA JIKA KAKI DAN TANGAN KEBAS

1. Lindungi tubuh badan daripada suasana sejuk yang melampau.

2. Sentiasa melakukan senaman dan makan secara teratur sepanjang hari.

3. Rendamkan tangan dan kaki ke dalam air suam.

4. Mengambil suplemen seperti vitamin C dan E, minyak EveningPrimrose Oil dan bawang putih.

5. Berhenti merokok kerana nikotin menyebabkan pembuluh darah mengecut.

6. Sentiasa panaskan badan dengan masuk ke dalam rumah apabila sejuk.

7. Lakukan aktiviti berjalan 15 hingga 30 minit, dua kali sehari adalah lebih baik.

8. Memakai pakaian yang tebal misalnya topi (kepanasan badan hilang ke persekitaran melalui kulit kepala).

9. Pastikan kaki sentiasa berstokin.

10. Amalkan menyapu GEL KAYU PUTIH. 2 Kali sehari