Kentang
ialah tanaman daripada famili Solanaceae yang memiliki ubi. Ubi kentang
sekarang menjadi salah satu tanaman makanan yang penting di Eropah walaupun
pada awalnya, tumbuhan ini berasal dari Amerika Selatan.Penjelajah-penjelajah
Sepanyol dan Portugis pertama kali membawa tumbuhan ini ke Eropah dan
menanamnya pada abad ke-16. Dengan cepatnya, menu baru ini tersebar ke seluruh
Eropah. Dalam sejarah penghijrahan orang Eropah ke Amerika, tanaman ini pernah
menjadi pencetus utama penghijrahan bangsa Ireland ke Amerika pada abad ke-19
semasa wabak penyakit ubi merebak di Ireland, akibat kulapuk yang dipanggil
ergot.
Petua memastikan kentang tahan lama :
1. Jangan basuh kentang jika belum
hendak digunakan lagi. Pembiakan bakteria akan lebih cepat berlaku apabila
kentang berair dan lembap. Kesannya, kentang akan cepat membusuk dan lembik.
2. Asingkan kentang dengan bawang merah
dan bawang putih. Letakkan kentang dan bawang ke dalam bekas yang berlainan.
3. Tempatkan kentang pada suhu bilik dan
elakkan daripada terkena sinaran cahaya matahari.
4. Jangan biarkan kentang terperap dalam
guni ataupun plastik selepas membeli, segera keluarkan kentang dan letakkan ke
dalam bekas ataupun penapis.
No comments:
Post a Comment