Kebahagiaan ialah suatu keadaan perasaan aman damai serta gembira. Dengan kata yang lain, kebahagiaan melebihi hanya perasaan kegembiraan. Umumnya, kegembiraan amat berkait dengan sesuatu kejadian atau pencapaian yang khusus, sedangkan kebahagiaan berkait dengan keadaan yang lebih umum seperti kesenangan hidup atau kehidupan berumah tangga. Bagaimanapun, kedua-dua perasaan ini adalah amat berkait dan juga amat subjektif.
Kebahagiaan seseorang tidak dapat
diukur atau digambarkan, dan berubah-ubah mengikut peredaran masa dan tempat.
Orang yang kelihatan bahagia tidak semestinya bahagia, dan orang yang kelihatan
tidak bahagia tidak semestinya tidak bahagia. Cuma orang itu sendiri yang tahu
(iaitu berasa) sama ada dia bahagia atau tidak.
Pengertian kebahagiaan berbeza-beza
antara seorang dengan seorang. Ada yang berasa bahagia kalau dia mendapat
makanan, pakaian dan kediaman yang paling sederhana, terelak daripada penyakit,
kelaparan, dan perang. Sebaliknya, ada orang berasa tidak bahagia meskipun hidupnya
dalam keadaan yang aman, mewah, sihat, dan senang-lenang. Ada orang berasa
tidak bahagia sekalipun, walaupun dia mempunyai kuasa, status, dan kekayaan.
Bagaimana untuk menentukan satu
keluarga itu bahagia? Lihat di bawah ni.
1. Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
2. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
3. Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
4. Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
5. Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
6. Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
7. Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
8. Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
9. Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
10. Isteri perlu menjawab setiap
pertanyaan suami dengan lembut.
No comments:
Post a Comment