Saturday, September 14, 2019

CARA TURUNKAN KOLESTROL DENGAN SAYUR BENDI



Kolesterol tinggi bukanlah penyakit, tetapi berpotensi menyebabkan berbagai penyakit.

Diantaranya adalah penyakit jantung, stroke, diabetes dan hipertensi atau tekanan darah tinggi.

Kadang kita sendiri pun tak tau kan, bila kita sakit je pi hospital baru doktor bagi tau kata kita ada kolestrol masa ambil ujian darah hari tu. ( Melalui ujian darah baru dapat kesan ada kolestrol )

Jom kita tengok bacaan kolestrol
dalam badan kita.

Total Kolesterol <200 mg/dl - ideal
200-239 mg/dl - ambang batas resiko tinggi
240< - risiko tinggi

Tak salah kita mencuba petua ini sebagai ikhtiar kan.

Lagipun petua ini langsung tidak melibatkan bahan kimia. Hanya guna bahan semulajadi , kacang bendi.

CARA PENYEDIAANNYA.

1 ) Kacang bendi 7 - 8 biji dibasuh dan dipotong.

2 )Air masak 1 liter.

3 ) Masukkan bendi yang telah dipotong ke dalam air.

4 ) Simpan di dalam peti sejuk dan minum selalu.

5 ) Bila air telah habis, boleh ditambah air semula hingga penuh. Air boleh ditambah sehingga 3 kali sahaja.

6 ) Jangan bimbang jika airnya jadi semakin likat. Rasanya akan jadi makin sedap diminum segar. Cubalah.

PETUA RAWAT KEBAS DAN SAKIT URAT

rebus serai, halia dan halba.Minum 3 kali sehari.( boleh campur daun pandan).

MESTI DIAMALKAN SETIAP HARI UNTUK HASIL YANG MEMUASKAN.

Caranya

Serai 6 batang diketuk
Daun pandan 2 helai dikoyak koyak
Halia besar 5 jari dimayang
Halba 2 sudu besar
Air 1 1/2 botol mineral besar atau  bersamaan dengan 6 gelas air ( biarkan didih sampai tinggal 3 gelas air rebusan).

DAN Madu lebah asli 1 sudu besar/kecil
( masukkan dalam gelas minuman dan pastukan air rebusan dah sejuk atau suam suam kuku baru masukkan madu.

Semua bahan disatukan dan rebus dengan api yang perlahan sampai mendidih lama.
Sejukkan atau suamkan.
Apabila air rebusan dah sejuk atau suam suam kuku , baru boleh Campur madu lebah asli 1/2-1 sudu besar kedalamnya.

Minum 3 gelas sehari.

yang penting:
Setiap air rebusan mestilah menjadi separuh dari paras air yang biasa. Baru jadi ubat dan berkhasiat.
Jadi mesti direbus lama.

TIPS CARA PAKAI AIRCOND YANG BETUL

Selalunya pengguna aircond terkeliru dengan perbezaan antara dry mode dan cool mode. Biasanya pada alat kawalan jauh dry mode ditunjukkan dengan lambang titisan air manakala cool mode dengan lambang empingan salji.

Untuk penjimatan tenaga yang efisen, kami galakkan korang gunakan dry mode kerana untuk mod ini kompressor tidak berlari pada kadar maksimum untuk menyejukkan ruang.

Sensor akan mengesan perubahan suhu dan mengekalkan suasana nyaman dengan kadar kelembapan sebanyak 60% sahaja dalam ruang udara. Dan yang paling penting korang pun tak mudah selesema..

PETUA HILANGKAN BAU KAKI

“Bau Kaki Busuk Gila Macam…”, Doktor Ini Bagi 10 Tips Mudah Hilangkan Masalah Kaki Berbau

Tanpa sedar, ada ketika bau kaki boleh jadi sangat meloyakan. Bila membuka kasut, baunya sudah cukup membuatkan orang sekeliling menekup hidung kerana tidak tahan.

Mungkin ramai yang nak tahu kenapa kaki boleh berbau dan boleh juga cuba 10 tips mudah ini bagi menghilangkan masalah kaki berbau yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman facebooknya. Cubalah, mana tahu masalah kaki berbau yang korang alami selama ini boleh diselesaikan.

“Doktor, kaki dia busuk gila. Macam bau anjing laut mati!”

Nak tergelak aku dengar bapa budak ni punya ayat pasal masalah bau kaki anak dia. Tapi, lepas anak dia buka kasut, terus aku tak jadi gelak.

Memang bau macam a̶n̶j̶i̶n̶g̶ singa laut mati!

Kalau kau orang ada masalah kaki berbau macam ni, elok kau cuba 10 tips yang boleh kembalikan keyakinan diri kau orang!

Cuci Daki Kaki
Kaki berdaki adalah medium sesuai untuk bakteria dan kulat hidup. Semasa mandi, pastikan sental daki di kaki, terutamanya di celah jari.

Buang Cagu/Kematu
Cagu(cengkam), kematu(callosity) dan kulat air adalah antara sebab kaki berbau. Pastikan kaki anda bebas masalah ini. Kalau ada, jumpa doktor.

Potong Kuku Pendek
Kuku jari kaki yang panjang adalah tempat kotoran, daki dan bakteria berkampung(berkumpul). Jadi, pastikan kuku anda sentiasa pendek.

Pakai Stokin sesuai
Disarankan guna stokin kapas(cotton) atau bulu bebiri(wool) kerana ia beri pengudaraan dan menyerap peluh lebih baik berbanding nilon.

Tukar Stokin Setiap Hari
Stokin menyerap peluh dan menjadi lembap. Peluh itu busuk, dan medium sesuai untuk kulat dan bakteria tumbuh. Euwww!

Pakai Kasut Sesuai
Pakai kasut yang tidak ketat dan diperbuat daripada kulit atau kanvas, kerana ia beri pengudaraan yang baik berbanding material lain.

Elak Pakai Kasut Sama Setiap Hari
Beli 2 pasang kasut kerja/sekolah. Satu pakai, satu jemur. Selang seli. Kasut lembap galakkan pembiakan bakteria dan kulat. Cuci kasut setiap minggu.

Pakai Ubat Anti-Perspiran
Di farmasi, boleh beli sabun, spray, talkum atau rendaman untuk kurangkan perpeluhan di kaki. Spray kasut dengan ubat anti-bakteria dan kulat.

Elak Kongsi Stokin atau Kasut
Pelajar di asrama selalu kongsi(baca: rembat) stokin dan kasut kawan. Kalau kawan tu kakinya ada kulat atau bakteria, berkongsi sekalilah. Pakej.

Petua Orang Lama
Boleh cuba rendam kaki dalam air garam, air lemon, kopi atau teh, KECUALI jika ada kencing manis atau masalah saraf(kebas/lumpuh) kaki.

HERBA DAN BUAH UNTUK PENAWAR PENYAKIT

DARAH TINGGI
a. Bawang putih (garlic), makan mentah atau dimasak.
b. Air limau (lemon juice), hendaklah yg suam bukan berais.
c. Pisang.
d. Tembikai (watermelon) dan
e. Hempedu bumi (earth pangkrias).

SAKIT KEPALA (MIGRAIN)
Campuran air halia dgn limau (ginger with lemon).

DEMAM
a. Air limau
b. Air Halia
c. Hempedu bumi.

KANSER
 a. Daun ganja (marijuana).
b. Air Halia.
c. Bawang putih
d. Daun semambu (neem leaves).

SAKIT MATA
a. Kurma.
b. Lobak merah.

CIRIT BIRIT
a. Bawang putih.
b. Pucuk jambu batu & daun serai kayu (kelat - dikunyah & ditelan).

GASTRIK
a. Air kelapa muda (young coconut water)
b. Jus kurma.
c. Tumbuh kelapa (coconut ball)

ASMA
a. Pisang.
b. Bawang putih
c. Hempedu bumi.

ALZAIMHER
 Minyak kelapa (coconut oil).


BATUK
a. Jus nenas (pineapple juice)
b. Bawang putih.

GAUT
a. Jus nenas (pineapple juice)
b. Daun rerama (butterfly leaf).

SAKIT JANTUNG
 Selalu minum air carrot campur gula atau susu.

SAKIT PERUT
a. Bawang putih.
b. Halia.

KENCING MANIS
a. Bawang putih
b. Halia
c. Daun semambu.
d. Hempedu bumi

PETUA MEMBUAT KEK

MEMBUAT KEK
1.Pilih bahan yang baru dan bermutu.

2. Biarkan bahan dalam keadaan kering pada suhu bilik, terutamanya untuk telur dan mentega.

3. Siapkan loyang dan dialas dengan kertas roti, sapukan dengan nipis dan rata dengan
marjerin.

4. Taburkan dengan tepung gandum.

5. Kacau mentega dan gula terlebih dahulu dengan mixer pada kadar sederhana hingga gula lembut dalam bekas kering dan bebas lemak.

6. Tambahkan telur satu persatu ke dalam aduanan sambil mengacau selama 3-4 minit untuk setiap butir telur.

7. Langkah terakhir, masukkan tepung gandum secara berperingkat, sekitar 3-4 minit untuk setiap butir telur.

8. Langkah terakhir, masukkan tepung gandum secara berperingkat agar adunan tidak turun kerana berat tepung.

9. Kacau adunan dengan gerakan searah dan ringan dari bawah ke atas sehingga udara masuk ke dalam adunan agar kek mempunyai tekstur yang cantik.

10. Panaskan oven 5 minit sebelum memasukkan kek.

11. Bakar kek dalam oven yang sudah dipanaskan sehingga masak.

12. Hias kek agar Nampak lebih menarik dan menyelerakan.

13. Manfaatkan kacang-kacang seperti almond dan sebagainya. Sebelum menghias, sejukkan kek terlebih dahulu hingga suhunya sama dengan suhu bilik.

KEK TAHAN LAMA
Antimould adalah serbuk putih seperti baking soda/powder. Ia adalah bahan pengawet yg membuat kek tahan lama. Anda boleh beli jenama potassium sorbate atau sodium benzoate kerana kedua-duanya adalah antimould. Untuk mencari pembekal antimould secara on-line, taip jenisnya dan lihatlah senarainya. Pembekal di Australia/US dan lain-lain tidak memberikan perkhidmatan untuk kawasan Asia Tenggara.

SWISS ROLL TIDAK PATAH
Bila membuat Swiss Roll, perhatikan:

1. Adunan mestikan dipukul hingga gebu dan ringan

2. Tin pembakar mesti mengikut ukuran tepat

3. Jangan bakar terlalu lama (kek akan keras patah bila digulung)

Potong keliling yg keras supaya mudah menggulung

BUTTERCREAM
Buttercream hendaklah dibuat dengan lemak sayuran (vegetable shortening) dan marjerin supaya ia tidak mudah cair. Anggaran lemak sayuran, 100 gm,

manakala marjerin 50 gm. Gula aising pula 300-340 gm, dipukul hingga sebati dan gebu. Jika ingin lebih keras, tambahkan gula aising lagi

Gunakan pes pewarna (dalam tiub) kerana pewarna jenis cecair akan melembikkan aising.

PETUA AWET MUDA MENGIKUT ISLAM


Urut wajah sambil berselawat 
Petua awet muda pertama ialah bangun saja dari tidur, jangan mandi dan gosok gigi dulu tapi  terus saja anda urut wajah dengan air bermula dari dagu hingga ke atas dahi.

Ia harus disertakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Buat setiap hari supaya wajah anda bersih, suci dan naik seri.

Minum air dan selawat sebelum berus gigi
Anda tahu tak air liur mempunyai enzim yang baik untuk kesihatan? Jadi sejurus saja bangun tidur, sebelum mandi dan gosok gigi.
Minum air kosong dan biarkan ia dalam mulut selama 10 saat sambil berselawat 3 kali. Kemudian, telan air itu. Banyak manfaatnya tau. Cubalah kalau nak tahu!

Tanam kuku atau rambut
Kita biasanya kalau potong kuku terus saja campak ke tong sampah begitu juga dengan rambut yang gugur. Tapi sebenarnya petua awet muda ini anda harus memotong kuku pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.

Kemudian bila sudah potong kuku atau rambut gugur, tanamkannya.

Selawat ke tapak tangan dan sapu ke muka
Petua awet muda yang seterusnya ialah masa anda mekap dan berdandan depan cermin, adalah lebih elok bacakan selawat Nabi ke atas kedua-dua tapak tangan dan sapu ke muka.

Kemudian niat dalam hati untuk berwajah indah seperti Nabi Yusuf. InsyAllah, amalkan selalu tau, jangan buat-buat lupa!

Baca surah Yusuf dan minum air suam tiga teguk
Banyak sebenarnya manfaat surah Nabi Yusuf kerana beliau mempunyai budi pekerti yang baik selain seorang Nabi yang mempunyai wajah kacak dan manis. Sebab itu Zulaikha jatuh cinta selepas melihat wajah kacak Nabi Yusuf.

Jadi selepas bersolat, anda amalkan baca suruh Yusuf. Kalau rasa tak boleh nak habiskan satu surah sehari, bacalah sekurangnya satu muka surat sehari.

Kemudian teguk air suam sebanyak 3 kali . Dengan petua awet muda ini wajah akan kembali muda dari usia sebenar.
Wah, memang perlu cuba ini!

Baca sural Al-Waqiah
Buka halaman Surah Al-Waqiah ayat 35-38. Kemudian hafal surah ini dan amalkan tiap kali anda nak mandi. Ia perlu dimulakan dengan curahan pertama dari atas kepala.

Mandi embun
Petua awet muda menurut Islam seterusnya ialah anda harus mandi berembun. Maksudnya mandi pagi ketika nak solat Subuh.Ambil daun berembun dan usap perlahan pada wajah, tubuh dan kepala. Ia dikatakan mampu membuatkan wajah kembali bersinar dan kelihatan ceria.

Urut wajah selepas bangun tidur
Biasanya kita bila bagun tidur terus pegang handphone kan? Adalah lebih baik anda mengurut wajah dahulu.

Caranya, gunakan jari telunjuk dan letakkan di dagu. Kemudian jari ke pipi, hidung dan atas dahi. Selepas berurut, minum air suam sebelum anda bersarapan.

PETUA HILANGKAN BAU BADAN

Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. 

Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur.

PETUA MENGHILANGKAN BATU KARANG

Minum jus prune setiap hari sehingga batu karang anda tiada lagi.

Minyak zaitun, jus lemon dan jus nanas

Untuk petua ini, bahan yang diperlukan ialah:
~2 cawan minyak zaitun
~1 cawan jus lemon
~Sedikit jus nanas

Caranya:
Pilih dua hari yang sesuai iaitu 1 hari untuk rawatan dan 1 hari untuk berehat.

Hari pertama: Berhenti makan pada pukul 12 tengah hari. Banyakkan minum jus buah terutamanya jus epal hijau.

Berhenti minum pada pukul 6.30 petang.

Pukul 7.00 petang:

Minum 1/4 cawan (lebih kurang 4 sudu besar) minyak zaitun diikuti dengan meminum 2 sudu besar jus lemon. Kedua-dua ramuan ini juga boleh dicampurkan sebelum diminum.

Baring mengiring sebelah kanan (bahu sebelah kiri di atas) selama 15 minit.

Ulangi meminum 1/4 cawan minyak zaitun dan 2 sudu besar jus lemon dan kemudian baring semula selama 15 minit.

Ulangi langkah-langkah di atas sehingga kesemua minyak zaitun dan jus lemon habis diminum.

Terus masuk tidur dengan mengiring sebelah kanan (jangan makan atau minum).

Kesokan paginya, jika anda membuang air besar perhatikan objek yang berwarna hijau gelap atau hitam. Itulah batu hempedu.

TIPS MEMILIH PERFUME

Ramai orang keliru dan tak tahu apa itu EDP & EDT. EDP ialah Eau De Parfume manakal EDT adalah Eau De Toillete. EDP merupakan perfume yang mengandungi 8-15% cairan original perfume dan baunya boleh bertahan sehingga 5-8 jam. EDT pula adalah lebih ringan dan mengandungi sekita 4-8% cairan original perfume tersebut. Daya tahan lama bau pulak adalah 2-5 jam. Jadi digalakkan untuk kita memilih EDP.

2. Untuk mengenal pasti keaslian perfume kita tu, salah satu caranya adalah dengan melihat kejernihan perfume. Apabila dimasukkan hos halus tu, jika ia samar² dan tak kelihatan maka ia adalah perfume original kerana kadar minyak yang digunakan tinggi. Tetapi jika ia jelas kelihatan, ada campuran yang diletakkan.

3. Apabila kita try perfume, adalah digalakkan untuk cuba mencium tidak melebih 3 bau dalam satu² masa. Selepas cium 3 bau tu, kita mintak bau kopi pada penjual supaya neutralise semula sense bau kita. Jika kita tak buat gitu, otak kita tak dapat menilai bau yang sebenar dari perfume tu.

4. Perfume bertindak balas lebih kurang 15 minit dengan bau dan badan kita. Jadi adalah digalakkan untuk memilih perfume yang bersesuaian dengan bau dan badan kita kerana ada perfume yang jika bercampur dengan bau badan akan menyebabkan ketidak selesaan bau.

5. Digalakkan untuk menyembur perfume di bahagian nadi kita seperti di pergelangan tangan, dan di bahagian leher. Ini adalah supaya bau perfume itu mudah menyerap dan bergaul dengan bau badan kita.

6. Dilarang sembur perfume pada fabrik pakaian terutama sutera kerana ini akan merosakkan fabrik dan menghakis warna fabrik.

7. Dilarang sama sekali selepas kita spray perfume untuk menggosoknya. Ini akan memecahkan partikel dalam perfume dan boleh menyebabkan baunya berubah. Selepas dispray, biarkan ia selama 10-15 minit dan baunya akan tahan lebih lama!

8. Jangan spray perfume pada tempat² sensitif seperti bawah lengan, mata dan lain². Perfume sifatnya adalah kuat jadi dikhuatiri anda akan terkena skin rash pulak!

9. Adalah dilarang sama sekali untuk letakkan perfume di bawah cahayau matahari atau tempat berhaba tinggi. Sama jugak di dalam kereta yang panas. Sebab ini akan mengubah bau dan partikel perfume serta mengurangkan kuantiti perfume akibat evaporation.

10. Tidak menjadi masalah untuk lelaki memakai perfume aroma wanita kerana ia lembih lembut dan boleh masuk dengan bau badan mereka, tetapi

perempuan tak boleh pakai perfume aroma lelaki kerana baunya yang kuat dan tidak sesuai dengan bau badan perempuan.

KEBAIKAN TERAPI MANDI AIS

Rupanya banyak kelebihannya bila amalkan terapi mandi ais ni. Lebih-lebih lagi untuk kesihatan diri dan dalaman. Jika mak-mak rasa badan cukup lesu,bisa-bisa, lenguh sendi, susah tidur, sakit belakang dan sebagainya boleh cuba amalkan terapi mandian ais ini. Ia salah satu ikhtiar untuk memulihkan kesihatan diri malah dikatakan mampu menghindarkan daripada gangguan.

Berikut merupakan perkongsian dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin sebagai rujukan.

Bila badan penuh angin, badan penuh bisa-bisa, beginilah cara saya menghilangkan bisa dalam badan, lenguh sendi, sakit belakang, sakit kepala, susah tidur malam dan banyak lagi khasiatnya antaranya menghindarkan gangguan makhluk halus.

Buka peti Ais tengok ada limau nipis, kebetulan dah beberapa hari tak Mandi Ais.Badan pun dah bisa.Sebelum ni pun saya ada share cara mandi ais.Setiap kali badan rasa tak selesa saya pasti akan mandi ais.

BAHAN DIPERLUKAN
5 biji@lebih limau nipis
Baldi
Air Kolah masjid (jika ada)
Ketulan Ais

Cara-Caranya:
1.Ambil limau nipis dan dipotong dua.
2.Kemudian perahkan limau nipis tersebut di dalam baldi.
3.Masukkan sedikit air kolah masjid di dalam baldi.
4.Letakkan ais, pastikan air itu menjadi sejuk.

Bila air dah sejuk, sebelum mandi baca;

Al-Fatihah 7 kali
Bismillah5 7 kali
Al-Ikhlas 7 kali
Selawat 3 kali

Jika mandi di bilik air ,sebaiknya angkat baldi itu baca di luar terlebih dahulu. Selesai baca mandi air tersebut.Jika tak tahan sejuk mulakan dari kaki ke atas kepala. Namun jika tahan sejuk mandi sahaja dari kepala,lebih kan siram Mandi belakang tengkuk belakang.

Cara begini jika diamalkan, jika angin banyak dalam badan Insha Allah akan keluar,jika ada gangguan makhluk halus InshaaAllah akan berkurangan.Sifat Jin memang tidak tahan dengan Sejuk.Jin dijadikan dari  API.

Kesannya:

Sekiranya lepas mandi ada rasa seperti angin keluar dari belakang tengkuk,rasa loya,pening,nak muntah,sendawa, itu maknanya di dalam tubuh ada gangguan.Saya nasihatkan segera dapatkan rawatan Islam berhampiran.Jika dalam badan ada gangguan yang lama selepas mandi badan akan jadi penat dan tak bermaya.

Waktu Mandi:

Mandian ini hanya alternatif dalam merawat pesakit buang angin bisa dalam badan. Disarankan mandi sebaiknya selepas subuh atau sebelum maghrib.Sekiranya amalkan buat mandian ini 3 hari sekali Insha Allah izin Allah badan akan rasa lebih segar.Badan dan kepala juga akan menjadi ringan.

Jika kerap sakit belakang, sakit kepala, sakit sendi bisa dalam badan sesuai amalkan mandi ais ini.Siapa yang pernah terima rawatan dengan saya, saya akan suruh mandi air ini sekurangnya 3 hari.

Semua itu atas keyakinan diri sendiri.Izin Allah InshaaAllah sembuh.Kita hanya ikhtiar, kesembuhan semua atas izin Allah.

Sementara itu, berikut adalah antara tanda-tanda ada gangguan makhluk halus;

1.Sakit belakang berat tengkuk.
2.Sakit kepala kerap magrain.
3.Sakit seluruh sendi badan.
4.Sakit Dada dan kerap sesak nafas.
5.Dahi rasa berat cepat megantuk siang hari.
6.Kerap kembung perut,sedawa angin.
7.Berdebar-debar tanpa sebab bila tiba waktu maghrib.
8.Badan jadi panas demam bila masuk waktu maghrib.
9.Kitaran haid tidak menentu bagi wanita.
10.Perut sakit seolah di hiris-hiris.
11.Cepat panas baran.
12.Suka bersendiri.
13.Cepat naik angin terutama orang paling rapat dgn kita suami isteri.
14.Sukar tidur malam gelisah dan kerap tersentak ketika tidur.
15.Kerap ditindih ketika tidur.
16.Kerap terdengar bisikan makhluk halus.
17.Di atas bumbung rumah kerap dibaling pasir dan bunyi guli.
18.Kerap terbau busuk,kemenyan,Cook.
19.Kerap ternampak kelibat bayangan hitam.
20.Kerap bermimpi bermain budak kecil dan menyusu budak.
21.Kerap bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
22.Kerap bermimpi tempat Kotor busuk.
23.Kerap bermimpi sesat dlm hutan.
24.Kerap bermimpi binatang berbisa,ular jengking lipan.
25.kerap mimpi orang mati.

Di atas adalah tanda-tanda yang kerap berlaku bagi orang terkena gangguan sihir dan saka.Sekiranya banyak tanda-tanda tersebut berlaku pada diri, saya nasihatkan dapatkan rawatan Islam berhampiran.Moga dapat jadi panduan.

PETUA ATASI ANAK BATUK TENGAH MALAM

Memang kesian kalau anak yang masih kecil kena batuk yang selalunya makin teruk bila nak baring untuk tidur. Biasanya ibu sendiri pun tak mampu nak lena kerana anak akan meragam.

Nak suapkan anak ubat waktu malam-malam memang mencabar, iyalah anak kecil mana yang suka makan ubat kan tambah lagi dalam keadaan mengantuk.

Jika ada yang sedang berdepan masalah anak batuk ini boleh mencuba petua mudah dikongsi oleh seorang ibu ini. Caranya menggunakan bawang merah, tapi tak perlu makan pun. Hiris saja dan letak bawah bantal anak yang batuk pada waktu malam.

Petua ini dipraktikkan kepada anaknya yang berusia setahun lebih. Selepas diamalkan tidur anak makin lena dan kahaknya juga cair. Satu-satunya ubat paling mudah jika anak batuk tengah malam tanpa pergi ke klinik.

CARA CARANYA

Kupas bawang merah lalu dihiris bulat.
Letak hirisan di bawah bantal sebelum tidur.


RENDAMAN FARAJ APA KEBAIKANNYA

Rendaman faraj ni amalan perbidanan melayu lama dan sampai sekarang, ia sangat digalakkan. Seeloknya rendaman faraj ini buatlah seminggu sekali.

Ada sesetengah wanita yang mengalami kegatalan luar biasa. Mereka tidak dapat menahan kesakitan dan kepedihan untuk menghilangkan kegatalan pada farajnya.

Ada wanita yg akan menggaru2 dan akhirnya melecet dan pedih.Disebabkan pedih yg amat ini,mereka tidak dapat nak berjalan dan akan membuatkan mereka stress. Maka dengan itu,ramai juga doktor yg menyarankan pesakit mereka membuat rendaman faraj ini.

Bayangkan kalau ada lipas dan ulat merayap dibahagian sulit kita. Eeuuww gatal kan sebab dipenuhi bakteria. Begitu juga kalau dibahagian sulit wanita. Bayangkan kalau penuh bakteria jahat?

Sebenarnya ramai juga yang masih tak tahu khasiat mengamalkan rendaman faraj ini. Ini adalah amalan perubatan melayu lama yang membuatkan mahkota wanita sentiasa 'cantik' & bersih. Orang putih pun buat,depa panggil sitz bath.Kalau tanya orang dulu², amalan ni sangat diwajibkan untuk ibu selepas kering darah nifas, kering darah haid & juga diamalkan untuk menghilangkan kegatalan pada faraj.

Rendaman faraj ini juga sangat bagus diamalkan oleh wanita yang mempunyai masalah keputihan dan buasir.

Macam mana cara nak buat rendaman faraj ni?
1. Sediakan besen besar yang boleh muat kan pinggul anda.
2. Pastikan air yang kita nak rendamkan pinggul ni sedikit panas dan ada semua bahan² ni.

Bahan² untuk buat rendaman faraj :
1. Garam bukit
2. Air rebusan sireh
3. Asam keping

Siapa perlu buat rendaman faraj?
1. Ibu hamil - Dibuat ketika rasa tak selesa,berair,gatal & lembab
2. Ibu berpantang - Selalunya dibuat pada hari ke-30, bila darah nifas semakin kering dan sehingga habis darah.
3. Gadis & sesiapa saja - Boleh dijadikan amalan mingguan.

Khasiat merendam faraj :
1. Menghilangkan gatal² & bau yang tak menyenangkan pada miss V akibat keputihan & discharge.
2. Bagus untuk menyembuhkan luka episiotomi.
3. Memantapkan cengkaman faraj.

MERAWAT JANGKITAN KUMAN DENGAN BUAH JERUJU

Orang yang tinggal tepi laut tentu biasa tengok pokok  jeruju dan ada setengah sahaja anak muda yang kenal khasiat pokok ini sebab orang tua-tua dahulu selalu ambilkan daun pokok ini untuk dijadikan sebagai sabun mandian.

Sebenarnya pokok ini cukup berguna dari akar sehinggalah kepada buahnya.

Apa yang ingin saya sampaikan disini ialah masalah jangkitan kuman dari darah sehinggalah kepada paru-paru, dimana ia boleh menyebabkan kematian.

Zaman sekarang sudah moden banyak herba - herba telah di tinggalkan kerana manusia hari ini lebih senang menggunakan ubatan moden, termasuklah pengambilan Antibiotik.

Untuk pengetahuaan semua tidak ada masalah sekiranya kita mengambil antibiotik pada tubuh kita sekiranya betul cara pengambilannya, cuma amat merbahaya kepada kita kalau terlalu kerap kita mengambilnya. Kerana antibiotik adalah merupakan sebatian daripada kimia yang digunakan untuk melawan kuman dan bekteria jahat pada badan kita.

Jadi di sini saya hendak berkongsi herba yang boleh dijadikan antibiotik untuk tubuh badan kita sekiranya mereka yang bermasalah dengan kuman dalam darah atau paru-paru.

Caranya mudah sahaja ambil lebih kurang 15 biji buah jeruju lalu di tumbuk sehingga hancur dan bancuh dengan secawan air untuk di buat minuman dan lakukan dua hari sekali setiap hari in sha Allah ia akan menjadi penawar bagi mereka yang bermasalah dengan jangkitan kuman.

KEBAIKAN SAYUR KANGKUNG UNTUK KESIHATAN


1. Kurangi kolesterol

Yang miliki permasalahan dengan kolestorl jadi dianjurkan untuk makan sayur kangkung, karena kangkung dapat turunkan kolestrol. Jadi obat yang boleh turunkan kolestrol, cukup amalkan kangkung. Dan akan peroleh hasilnya.

2. Penyakit kuning dan hati

Seperti kita ketahui kangkung yakni sayuran yang enak untuk dimakan, selain itu kangkung juga bertindak untuk mengobati penyakit kuning dan hati. kangkung memiliki ciri-ciri anti-oksidan sampai dapat menghindar terjadinya rusaknya hati. Nah apabila kita amalkan kangkung jadi hati kita akan terbangun dan selalu sehat.

3. Mengobati permasalahan pencernaan dan sembelit

Kangkung dapat menjadikan alternatif pencahar untuk membuat lancar pencernaan sampai buat anda yang sering alami persoalan pencernaan jangan sampai susah payah mencari obat. Cukup amalkan makan kangkung dan siap untuk membuat lancar pencernaan.

4. Anti-kencing manis

Ingin bebas dari penyakit kencing manis? Mari amalkan kangkung secara teratur seharian. Hal ini akan membantu lepas dari peluang kencing manis. Namun apabila seorang yang sudah diserang kencing manis tidak perlu takut, amalkan makan cara teratur kangkung agar kencing manis berkurang.

5. Menghindar kancer

Bukan hanya penyakit diatas tetapi kangkung dapat juga sebagai penangkal kancer, terutama kancer kulit.

Manfaat sayur kangkung yang perlu kita ketahui. Jangan sampai lupa untuk makan sayur itu cara teratur apabila ingin selalu sehat. lakukan yang cukup dan jangan sampai sangat berlebihan karena satu hal yang dikonsumsi sangat berlebihan tidak baik untuk kesehatan.

CARA HILANGKAN KOLESTROL DAN LENGUH LENGUH BADAN


BAHAN BAHAN
Tiga batang serai
Tiga inci halia
Satu sudu teh Halba
Susu
Satu Uncang teh (tak letak pun tak apa)

CARANYA
Halia dan serai diketuk, Campurkan kesemua bahan kemudian direbus dengan tiga gelas air dijadikan sehingga satu gelas air dan masukkan susu tepung.

Tunggu Suam baru diminum

Rebusan ini Seeloknya dibuat seminggu tiga kali sesuai diamalkan kepada siapa ya lelaki dan wanita

PETUA HILANGKAN JERAWAT

Mengurangkan jerawat dan anti kedutan

Caranya gosok kulit pisang pada kulit muka dengan lembut dan biarkan selama lima atau sepuluh minit. Setelah itu Bilas dengan air lakukan dua kali sehari.

Kulit pisang dapat membantu mengurangkan timbulnya garis-garis kedutan.

Caranya gosok kulit pisang kekulit muka terutamanya dibagian sudah mula hilang ke anjalan dan biarkan selama 30 minit ataupun semalam. Lalu cuci muka dan lembabkan (dengan pelembab ). Ulangi setiap tiga kali seminggu.

Merawat pening atau Migrain

Caranya masukkan kulit pisang ke dalam peti ais selama satu jam. Gosok lembut dan letakkan sebaris kulit pisang ke dahi dan satu ke belakang leher. Biarkan hingga menjadi panas. ulang lagi ke masih rasa sakit kepala.

Membersihkan serpihan kaca yang masuk ke dalam kulit

Caranya sapukan kulit pisang masak ke kawasan yang terkena serpihan kaca itu kemudian biarkan selama 15 minit. Buang dengan lembut tanpa menggosokkannya pada kulit tanggalkan serpihannya.


MERAWAT KENCING TIDAK LAWAS

BAHAN BAHAN
1 biji epal hijau.
1 inci timun.
1 inci lobak putih.
1 inci seleri.
1 gelas air masak.

Buang kulit semua bahan diatas, kisar sehingga halus. Minum sekali sehari.  Tak perlu tapis, minum sekali serat-serat yang ada dalam jus ini. Kalau nak rasa manis , tambah sedikit madu.

2. Jus nenas muda.

Biasanya , orang dulu-dulu akan cari nenas muda bila mengalami masalah kencing tak lawas. Caranya mudah saja. Ambil sebiji nenas muda, buang kulitnya, cuci sehingga bersih. Kemudian dikisar sehingga lumat & dijadikan sebagai jus untuk diminum setiap hari.

Potong nipis, masukkan ke dalam pengisar bersama air & kisar sehingga halus. Boleh tambah sedikit gula batu kalau nak rasa manis. Minum satu gelas diwaktu pagi & satu gelas diwaktu malam sebelum tidur. Insya Allah kencing tak lawas akan hilang.


MERAWAT BUAH PINGGANG DENGAN KAKTUS

Kalau budak-budak remaja tahun 1985 dahulu pasti akan kenal dengan pokok kaktus ini sebab mereka selaku menulis nama mereka pada daun pokok ini.

Untuk pengatahuan semua pokok kaktus jenis seperti daun ini mempunya khasiat yang amat berguna bagi mereka yang bermasalah dengan buah pinggang, terutamanya mereka yang kerap mengambil ubat kencing manis.

Cara penggunaannya ialah ambil sekeping daun pokok kaktus dan bakar sehingga isi daun itu lembut, kemudian makan isi daun itu.

Jadikan dia sebagai amalan.
In Sha Allah buah pinggang yang rosak akan sihat semula, apa yang saya kongsikan ini sebab sudah ramai yang berjaya.

PETUA MERAWAT MATA

Wap nasi :
Apabila memasak nasi, halakan mata ke arah wap yang keluar dari periuk nasi. Amalkan setiap kali masak nasi.

Sawi :
Rebus secekak sawi dengan 2 gelas air sehingga mendidih dan tutup api. Minum setelah sejuk pada suhu bilik. Amalkan 3 kali seminggu.

Lobak merah :
Boleh makan mentah-mentah atau minum air lobak merah. Amalkan selalu InsyaAllah semakin baik nanti. Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.

Teh :
Mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ia kan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.

Bawang Putih & Bawang Merah :
Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.

Kacang Walnut :
Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.

Tomato :
Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.

Kacang Soya :
Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.

Telur :
Sebatian sulfur, protein dan cysteine dalam telur membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata.

Brokoli :
Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.

MERAWAT BATU KARANG

Saya panggil buah Belimbing besi ada yang ada belimbing manis

BAHAN BAHAN
Lima biji buah belimbing
Madu lebah secukup rasa
Segelas air

CARANYA
Cuci buah sehingga bersih kemudian dipotong,

Rebus sehingga mendidih dan + madu minum air rebusan sehingga habis

RAWAT BIISUL


Kalau orang tahu ia adalah penawar bisul tentu ia akan berkata “ rumput ini dekat padang bola banyak nie.... tak sangka pulak ia adalah ubat bisul”

Orang kampung saya memanggilnya ialah rumput pahid dan bunganya di gunakan untuk merawat penyakit bisul.

Caranya mudah sahaja ambil bunganya yang kering dalam setengah sudu teh dan campur sedikit air kemudian sapu tempat yang bermasalah dengan bisul, biji bunga tadi akan mengeluarkan lendir.
Lendir itulah yang menjadi penawar untuk merawat bisul.

Inilah petua orang dulu-dulu untuk merawat bisul.

PETUA BUANG ANGIN DALAM BADAN

Macam-macam cara nak buang angin dalam badan, petua ini elok untuk lelaki dan wanita semua usia termasuk ibu mengandung, tapi kurangkan halia untuk ibu mengandung ya.

BAHAN BAHAN
1. Susu kotak ( brand apa pun boleh )
2. halia ( besar ibu jari ) lebih kurang 3-4cm
halia ni ikut ketahanan tekak , kalau nk kaw dan pedas masuk banyak sikit . kalau setakat 3-4cm tak rasa apa-apa pun tapi tetap berkesan.

CARA CARANYA
Hiris halia nipis-nipis reneh dengan susu hingga mendidih (api perlahan) Sedia untuk minum.

Seelok-eloknya minum ketika susu masih suam, kesannya akan serta merta.  Minum bila-bila masa sahaja jika perlu, atau 2-3 kali seminggu.

Sunday, September 8, 2019

KHASIAT TAUGEH









KHASIAT SAYUR TAUGEH
1. Cegah Kanser
2. Baik Untuk Wanita
3. Lebih Subur
4. Kurangkan Lemak
5. Buang Kotoran
6. Lebih Muda

1. Cegah Kanser
Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

2. Baik Untuk Wanita
Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

3. Lebih Subur
Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

4. Kurangkan Lemak
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau ‘lemak jahat’ LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.

5. Buang Kotoran
Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.

6. Lebih Muda
Taugeh juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.